Monday, December 21, 2009

Solat mengikut as-Sunnah (Sambungan ...)

Assalamualaikum,
Sebagai memulakan perbincangan kita tentang solat mengikut as-Sunnah, elok kita senaraikan apa yg wajib berlaku ketika kita solat, khususnya solat fardu yg lima. Prosesnya seperti berikut:
1. Solat hanya sah dengan berwudu' (dengan syarat juga wudu' itu sah mengikut ketetapan as-Sunnah)
2. Berpakaian yg bersih dan sopan menutup aurat - lelaki dan perempuan berbeza auratnya
3. Berniat untuk bersolat (dalam hati) tanpa melafazkan atau menzahirkan niat
4. Berdiri mengadap kiblat
5. Mengangkat kedua tangan sambil bertakbir (i.e. Allahu Akbar), dengan jari-jari tangan lurus tegak, mengangkatnya kedua tangan sampai jari-jari di paras kedua cuping telinga atau kedua bahu, kemudian meletakkan kedua-dua tangan di badan, tangan kanan memegang pergelangan tangan kiri, dan diletakkan di atas bahagian pusat di tengah-tengah tanpa disengetkan ke kriri
6. Membaca doa Iftitah (pendek atau panjang) [Nota: Untuk menjamin kekhusyukan dalam solat, sentiasa tumpukan mata kepada tempat Sujud dan jangan meliarkan mata)
7. Membaca al-Fatihah (i.e. Ummul Kitab) kemudian satu surah (tanpa menzaharkan atau menguatkan bacaan 'Basmalah') bagi rakaat pertama dan kedua (dan hanya al-Fatihah tanpa surah bagi rakaat ketiga dan keempat)
8. Ruku' meletakkan kedua tangan masing-masing di atas lutut dan membaca Tasbihnya (i.e Subhana rabbial 'azim)
9. I'tidal (bangkit dari Ruku') sambil membaca 'Sami'allahu liman hamidah' sambil bangun untuk Iktidal (kalau bersendirian atau kalau menjadi imam) dan makmum membaca 'Rabbana lakal hamdu'
10. Membongkok untuk Sujud dengan mendahulukan kedua telapak tangan diletak atas sejadah (i.e. tempat solat), kemudian kedua lutut dan kedua hujung kaki, dengan jari-jari kaki ditegakkan).
11. Sujud (tujuh anggota Sujud perlu mencecahi tempat solat - dahi (termasuk hidung) kepala, dua telapak tangan, dua lutut dan dua hujung kaki) dan membaca Tasbihnya (i.e Subhana rabbial 'ala)
12. Duduk antara dua Sujud dan membaca Tasbihnya (yg panjang atau yg pendek)
13. Ketika Sujud kedua pada rakaat kedua atau ketiga (i.e. Solat Maghrib) atau rakaat keempat (i.e. Solat Zohor, 'Asar, dan Isya') membaca Tahiyat Awal
14. Bangun berdiri untuk rakaat kedua dan seterusnya (dengan mengangkat kedua tangan dahulu, kemudian baru kedua lutut, untuk berdiri bagi rakaat kemudiannya)
15. Ketika bangun dari Sujud yg kedua untuk rakaat ketiga kita mengangkat semula kedua-dua tangan sambil berdiri sampai ke paras kedua cuping telinga atau bahu untuk rakaat ketiga (bagi solat yg ada 3 atau 4 rakaat).
16. Membaca Tahiyat Akhir pada Sujud kedua pada rakaat ketiga (i.e. Solat Maghrib) atau rakaat keempat (i.e. bagi solat-solat yg 4 rakaat).
17. Memberi 'Salam' ke kanan kemudian ke kiri
18. Berwirid dan berzikir dan berdoa (bersendirian tanpa dijaharkan doa dengan mengangkat kedua tangan terbuka ke atas semasa berdoa).
19. (Jika perlu, malah digalakkan) Imam memberi sedikit tazkirah pendek kepada makmum menasihatkan tentang ugama - amal dan ibadah dan tanggngjawab (harian)
20. Setiap pergerakan (rukun fe'li solat) diikuti dengan bacaan Takbir (Allahu Akbar)
Kita akan teliti ketetapan as-Sunnah bagi setiap pergerakan dan bagi setiap Tasbih untuk semua Rukun fe'linya kemudian nanti, insya Allah. Amin
Jazakallahu khairah

1 comment:

  1. Assalamualaikum WBT

    Saya terjumpa satu blog (http://jomfaham.blogspot.com) yang pihak tuan boleh visit untuk pandangan serta isu yang selalu di perdebatkan. Isinya kuat kearah ASWJ bermazhab Shafie rasanya.

    Teruskan tulisan asalkan panduan serta
    sandarannya Al Quran dan Al Hadith.

    ReplyDelete