Wednesday, December 16, 2009

Menarik hari ini dlm akhbar ...

Assalamualaikum,
dalam akhbar Utusan Malaysia hari ini (Rabu, 16 Disember 2009), penulis terbaca 3 isu menarik:
1. Pendapat isteri mantan PM dulu, Tun Jeanne Abdullah, dan SUK, Persatuan Cina Muslim Malaysia dalam majlis muzakarah:'Mengenalpasti Metodologi Berkesan Dalam Mendepani Mualaf', IKIM kelmarin;
2. Komen Pengerusi J/K Agama Islam Perlis tentang tulisan saudara Mahfuz dalam Utusan Malaysia 7 November 2009 tentang amalan Wahabi di Perlis (ekoran kontroversi Dr Asri, bekas Mufti Perlis, yg ditangkap berdakwah tanpa tauliah di Selangor dan kini didakwa oleh JAIS; dan
3. Keputusan mengenai penggunaan kalimah 'Allah (a.w)' oleh kerajaan ditangguh
Perkara #3 tak perlu kita komen kerana pada hakikatnya kalimah Allah (a.w) merujuk kepada Zat yg Esa. Maka dengan itu bagi ugama-ugama lain, mereka mempercayai ada banyak tuhan. Maka dengan itu kalimah 'Allah (a.w)' tidak layak merujuk kepada tuhan-tuhan mereka. Kalau adalah orang Islam yg membenarkannya, jelaslah mereka sama dengan orang-orang yg sesat!
Perkara #1 itu wajar dihalusi. Bukan kerana beliau isteri bekas PM, tapi perkara yg disebutkan amat relevan dalam sistem, proses dan kaedah berdakwah kepada orang-orang bukan Islam. Ramai orang Islam tidak faham atau belum sepenuhnya faham tentang Islam. Kemudian mereka itu pula kurang ilmu. Mereka bukan 'ahli' tentang Islam. Tidak hairanlah kalau mereka mengilmukan 'saudara baru' atau mengajak bukan Islam masuk Islam dengan cara yg tidak mencerminkan orang Islam yg benar-benar faham Islam. Hampir samalah dengan perbidalan 'Ibu ketam nak mengajar anaknya berjalan lurus, walhal dia sendiri berjalan tak lurus'. Setahu penulis seseorang yg kafir (i.e. tidak Islam) apabila masuk Islam luputlah segala dosa-dosa yg dilakukan oleh mereka ketika belum Islam. Mereka sudah bersih apabila mengucap Kalimah Syahadah. Dosa-dosa mereka dikiran semula,i.e. dicatit dalam Kitab Catitan Amalan mereka mulai saat dia Islam.
Penulis merasai, disebabkan kurang berfungsinya badan-badan ugama Islamlah yg menyebabkan kurang berjaya usaha menarik bukan Islam masuk Islam. Dan, pada masa yg sama, ramailah yg Islam 'murtad', dalam konteks tidak mengerjakan ketetapan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) saban hari. Sebaliknya, mereka melakukan banyak kemaksiatan yg jauh lebih teruk dari mereka yg tidak Islam pula. Malah mereka dari banyak segi dan dimensi tidak menggambarkan peribadi orang yg Islam dan beriman!
Rasanya, saudara baru seumpama Dr Ridhuan Tee dan Mohd Farid Ravi Abdullah lebih faham tentang Islam. Mereka mendapat hidayah (petunjuk) Islam atas usaha sendiri bukan atas ajakan orang-orang ugama.
Penulis tak mau komen panjang. Lagipun dengan mengutamakan forum, diskusi, seminar, dialog dan program seumpamanya, badan-badan seumpama IKIM atau YADIM atau JAISpun tidak akan berjaya menarik bukan Islam masuk Islam. Bukan Islam perlulah ilmu yg haq mengenai Islam. Ilmu yg membuktikan bukan sahaja keselamatan di akhirat, tetapi keperibadian orang Iman yg jauh lebih baik dari yg ditonjolkan oleh orang Islam sekarang, berbanding dengan keperibadian orang yg menganuti ugama lain! Program yg lebih mantap, lebih informatif dan lebih berkesan yg sentiasa disampaikan kepada sebanyak mungkin perkumpulan bukan Islam di mana-mana saja, termasuk mengadakan seminar ataupun kursus khas yg membolehkan mereka tahu tentang Islam yg sebenar.
Entahlah. Kita tidak boleh berdakwah ikut acuan-acuan dulu. Tapi, kalau nak ikut acuan dulu, berdakwahlah sebagaimana Rasulallah (s.a.w) dan para sahabat serta mubaligh zamannya berdakwah menyampaikan dan menjelaskan Islam. Itu model terbaik.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment