Assalamualaikum,
Sesiapa yang rajin membaca akhbar, terutama mereka yang suka ikuti perkembangan dari tindak tanduk JAIS tentang penangkapan bekas Mufti Perlis, Dr. Asri,dan reaksi orang-orang politik dan ugama, dan para ilmuwan mengenainya atas tajuk-atjuk seperti 'ahlus sunnah wal-jama'ah', fahaman Wahabi, tauliah dan sebagainya, mungkin ingin baca tulisan A Razak Muthalib yang disiarkan hari ini (Ahad, dalam ruangan 'cetusan', akhbar Sinar Harian, 6 Disember 2009, bertajuk 'Wahabi: Pandangan oriantalis dan penulis Barat'.
Saudara A Razak memberi pandangan bahawa riaksi banyak pihak menunjukkan bahawa kebanyakan mereka kurang memahai apa dia pergerakan Wahabi itu kerena mereka terlalu taksub terhadap pandangan para ulama' arus perdana. Beliau menurunkan 'sampling' pandangan para ilmuwan oriantalis dan Barat (lima orang semuanya) tentang pergerakan dakwah Syeikh Muhamad Abdul Wahab yang kononnya dikatakan pengasas fahaman Wahabi. Mereka itu nampaknya, walaupun tidak mendapat hidayah Islam, faham apakah yang hendak dianjurkan oleh Syeikh Muhamad (i.e. pergerakan Wahabi itu). Di akhir tulisannya beliau bertanya seolah-olah hairan mengapa orang yang tidak Islam faham apakah dakwah Syeikh Muhammad (Wahabi) walhal majoriti para ulama' Islam di Malaysia ini suka menilai sesuatu tidak berdasarkan fakta tetapi kerana hasad, dengki dan niat jahat!
Sehubungan itu juga, dalam blog ini, saya sering menulis dan bercakap agar semua pihak perlu lakukan dan katakan bersandarkan ilmu dan janganlah kita bertindak (dan bercakap) dalam kejahilan. Kalaulah pendorong kata-kata dan riaksi kita adalah kerana perasaan hasad, dengki dan niat jahat, maka kita melakukan sesuatu bersalahan dengan firman Allah (a.w): [Maksud: Janganlah kamu melakukan/berbuat sesuatu atau apa-apa yang tiada bagi kamu ilmu mengenainya, sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati kamu tiap-tiap sesuatunya atasnya akan disoal.(s Ayat 36, Surah al-Isra')]
Dengan itu wajarlah kita sentiaa berhati-hati terutama bagi mereka yang banyak ilmunya, kerana mereka yang ditanyakan sesudah ada ilmu mengapakan kekal tidak bertindak menggunakan ilmu yang ada padanya. Tambahan pula, Allah (a.w) menyuruh kita sentiasalah berusaha supaya diberi ilmu dan kefahaman dengan membuka mata hati kita supaya Allah (a.w) menambahnya, sesuai dengan sabda Rasulallah (s.a.w) dalam hadith berikut:
Diriwayatkan hadith daripada Abi Hurairah (r.a) berkata: ‘Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Barangsiapa mengkehendaki oleh Allah (a.w) dengannya kebaikan (baginya di dunia dan di akhirat) (maka) memberi kafahaman (Allah (a.w)) di dalam ilmu mengenai ugamanya.’ [Hadith ibnu Majah, Kitab Mukaddimah]Mudah-mudahan kita lebih terbuka - membuka hati dan segala panda indera kita untuk berubah menjadi baik dan menerima nasihat dan pandangan yang haq, insya Allah. Amin
Jazakallahu khairah
Sunday, December 6, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment