Assalamualaikum,
Penulis menulis sedikit komen terhadap penulis Dr Asmadi dalam blog:jomfaham.blogspot.com. Dr Asmadi komen dalam akhbar takrifan Dr. Asri tentang definasi golongan 'ahlus sunnah wal-jama'ah'. Dalam tulisan Dr Asmadi itu, beliau menyebutkan pendapat Imam al-Baghdadi, yang berpandangan atau merumuskan bahawa ada 8 golongan yg tergolong dalam 'ahlus sunnah wal-jama'ah'. Dr Asmadi bersetuju dengan pendapat Imam al-Baghdadi dan beliau tidak bersetuju dengan Dr Asri. Penulis hanya komen rumusan yg dicapai oleh Imam al-Baghdadi dan Dr Asmadi, yg berpuas hati dengan berkata (lebih kurang) 'rupa-rupanya ramai golongan dalam golongan ahlus sunnah wal-jama'ah itu!'
Apabila penulis komen 'conclusion' beliau dalam blog tersebut, seorang penyokong bernama 'Ibnu Nafis', menyatakan '... kami sudah ada jawapannya di bawah label Siapakah Golongan Yang Selamat (Firqotun Najiyah) ...' Kemudian beliau menyebut: '... Yang mengikut mazhab apa salahnya ? Ulamak yang bertaraf mujtahid pun ramai mengikut mazhab, takkan anda tak belajar mengenai perkara ini ? Bahkan pada zaman sahabat pun sudah ada mazhab iaitu mazhab ahlu hadith dan ahlu ra'yu. Jadi mengikut mazhab ini sudah menjadi satu kesepakatan umat Islam dari zaman salafussoleh sehinggalah sekarang. Kecualilah mereka yang bertaraf mujtahid mutlaq.' Jadi takkanlah dengan ilmu kita yang sedikit ini boleh mengatakan para salafussoleh dan ulamak besar di atas sebagai memandai-mandai. Sedangkan mereka yang mengikut mazhab (sebenarnya mengikut ulamak yang mengikut mazhab yang memahami al quran dan hadith). Kemudian ibnu Nafis dengan sinis menulis sebagai p/s beliau beikut:
p/s : Ingat tuan, bukan semua orang termasuk anda dapat memahami sunnah dan terus mengeluarkan hukum. Eloklah belajar mengikut disiplin ilmu dan bukan tebuk-tebuk lalu menobatkan diri sebagai aku sudah boleh mengeluarkan hukum hanya dengan hadith. Amat jahil perkataan ini nampaknya.
2009 Disember 23 20:05
2009 Disember 23 20:05
Itulah reaksi dan komen seorang yg bernama 'ibnu Nafis'. Saudar boleh baca dan nilai sendiri.
Penulis tak nak komen. Penulis hanya tuliskan beberapa perkara dalam post ini, untuk saudara ibnu Nafis dan saudara pembaca yg lain.
Penulis tidak menyangsikan begitu hebatnya ilmu keduniaan yg ada pada mereka itu. Malah rasanya Ibnu Nafis dan Dr Asmadi sendiri pun hebat tentang ilmu dunianya. Jika tidak takkan sampai digelar 'Dr'. Tapi, kita harus ingat Islam bukan ugama eksklusif yg difahami oleh mereka yg dikatakan bijak dan pintar, maka orang yg dhaif seumpama orang Bedui Arab dalam zaman Nabi (s.a.w) tidak boleh faham! Kefahaman yg haq dalam Islam adalah petunjuk atau hidayah. Allah (a.w) berikan hidayah itu kepada orang yg berusaha mencarinya. Oleh itu janganlah merasa bangga dengan ilmu yg dicelup dari manusia. Kita wajib berbangga dengan ilmu yg kita dapati dari sumber yg haq dengan cara yg haq pula - iaitu al-Quran dan as-Sunnah.
Rasulallah (s.a.w) menyebut: 'Ilmu yg wajib dipelajari (dan difahami oleh umatnya) adalah tiga sahaja, iaitu ayat yg menghukum (i.e. al-Quran) dan Sunnah yg tegak (i.e.) as-Sunnah dan hukum faraid yg adil.' [Hadith ibnu Majah]
Walau melaut mana sekalipun ilmu para ilmuwan yg disebutkan oleh siapapun (termasuk Dr. Asri ke, Dr. Asmadi ke atau ibnu Nafgis ke), sama ada yg sudah mati atau masih hidup, itu bukan ilmu yg haq untuk dijadikan panduan dan landasan hidup orang iman, lebih-lebih lagi panduan ibadah dan amalan. Maka dengan itulah kita wajib fahami al-Quran dan as-Sunnah, terutama as-Sunnah, untuk memberikan kita keyakinan penuh (i.e. 100% confidence level) bahawa kita adalah tergolong sebagai 'ahlus sunnah wal-jama'ah', kerana hanya golongan tersebut yg akan menikmati syurga!
Bukan pendapat orang seumpama Imam al-Baghdadi maupun Dr Yusof Qaradawi yg diangkat oleh Malaysia, khasnya sebagai tokoh 'Maal Hijrah Malaysia TH 1431', dan dunia sebagai tokoh personaliti Islam sedunia! Yang menentukan siapa boleh dianggap tergolong sebagai 'ahlus sunnah wal-jama'ah' itu, adalah ketetapan al-Quran dan as-Sunnah.
Malah jika kita bersedia merendahkan diri dan belajar dengan penuh sabar dan tekun di bawah panduan guru yg faqih tentang Islam dan syariatnya, tentang al-Quran dan as-Sunnah, kita akan dapat jawapannya. Dalam blog ini kita telah teliti dua hadith yg memberikan pra-syaratnya - iaitu 'neccessary and sufficient conditions' untuk tergolong sebagai 'ahlus sunnah wal-jama'ah' (kemudian ini dipendekkan sebagai ASWJ sahaja); iaitu:
1. Mestilah berpandukan semata-mata al-Quran dan as-Sunnah dalam memandu kehidupan dunia dan mengerjakan segala bentuk amalan dan ibadah (yg fardu maupun sunat) serta tentang kaedah serta cara beribadah dan sebagainya; dan
2. Hendaklah anuti Islam secara berjema'ah bukan secara bergerombolan seumpama bermazhab atau berpuak-puak.
Itulah pesanan Rasulallah (s.a.w). Pesanan Rasulallah (s.a.w) adalah suatu kepastian. ASWJ itu hanya perlu contohi Rasulallah (s.a.w) sahaja, kerana beliau adalah 'uswatun hasanah'. Model ASWJ bukanlah personaliti-personaliti yg disebutkan oleh Dr. Asri atau Dr Asmadi atau ibnuNafis dan banyak orang lagi yg berpendapat sedemikian. ASWJ hanya mencontohi Rasulallah (s.a.w). Kerana itulah perintah Allah (a.w) dalam al-Quran, perintah yg tidak ada expiry period!
ASWJ itu faham ketetapan Ayat 13, Surah an-Nisa' dan Ayat 14, Surah an-Nisa' dan Ayat 7, Surah al-Haysr. Mereka faham Ayat 59, Surah an-Nisa' bahawa 'ulil amri' tidak boleh mengatasi ketetapan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w). Malahan, sebaliknya, ketetapan 'ulil amri' dibatasi oleh ketetapan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w). Maka dengan itu, sebarang ketetapan 'ulil amri' yg maksiat (=berlainan dari ketetapan al-Quran dan as-Sunnah), tidak perlu didengar dan ditaati!
Orang Islam yg berpandukan firman-firman Allah (a.w) di atas itu adalah tergolong dalam ASWJ itu. Kemudian, Rasulallah (s.a.w) perjelaskan lagi dalam hadith:
1. Sabda Rasulallah (s.a.w) (bahawa orang yg mendapat syurga) : ‘Iaitu mereka yang mengikut jalanku (yakni, sunnah beliau) dan jalan sahabat-sahabatku yakni (yakni, sunnah) ‘Khalifah ar-Rasyidin al-Mahdiyin’) (iaitu, Abu Bakar, Omar, Othman dan Ali, radiallahu ’anhum).’ [Hadith sahih riwayat at-Termidzi dll]
2. Sabda Rasulallah (s.a.w) bahawa satu golongan yg mendapat syurga itu adalah mereka itulah yang mengikuti (i.e. Islam) secara jemaah.’ [Hadith Bukhari dan Hadith at-Termidzi ]
Allah (a.w) mengingatkan kita setelah kita tahu ketetapan Rasulallah (s.a.w) dalam perkara ini, janganlah kita ingkar:
Firman Allah (a.w): [Maksud: Dan barangsiapa yang melanggar batas-batas (yakni, larangan serta tegahan-tegahan) RasulNya (yakni, as-Sunnah) setelah nyata baginya petunjuk (yakni, pernyataan dalam al-Quran dan al-Hadith atau as-Sunnah) dan dia mengikuti bukan jalan orang yang beriman (yakni, orang-orang yang tidak akur suruhan dan tegahan Allah (a.w) dan RasulNya, termasuk cara dan kaedah beramal dan beribadat), Kami (Allah (a.w) palingkan dia ke mana dia berpaling dan (kelak) akan Kami (Allah (a.w)) bakar dia di Neraka Jahannam, padahal Neraka itu seburuk-buruk tempat kembali.]’ [Ayat 115, Surah an-Nisa’]
Kerana ditakuti kita terlalu terikut-ikut dengan ajakan dan pandangan manusia, sehingga kita meremehkan perintah Allah (a.w) dalam ayat di atas dan ayat berikut:
Allah (a.w) berfirman: [Maksud: Sesungguhnya orang-orang yang membahagi-bahagikan ugama mereka (yakni, berfirqah-firqah atau bermazhab-mazhab) menjadi beberapa golongan (yakni, firqah atau mazhab) itu, bukanlah engkau (Muhammad) dari (golongan mereka) tentang apapun (yakni, bukanlah pengamalnya umat Muhammad (s.a.w), yakni mereka bukan Islam sebenarnya). Tidak lain urusan mereka melainkan kembali kepada Allah (a.w) (akhirnya), kemudian Dia (Allah (a.w)) akan menerangkan kepada mereka apa-apa yang telah mereka kerjakan (yakni, dimana silapnya mereka di akhirat kelak).] [Ayat 159, Surah al-An’am]
Saya cadangkan saudara ibnu Nafis jangan cepat menjadi defensif dalam ugama. Dalam ugama ilmu dunia tidak akan dapat menegakkan kebenaran. Hanya ilmu Allah (a.w) sahaja yg akhirnya tertegak. Maka dengan itulah Allah (a.w) mengingatkan kita bahawa jikalah semua manusia berzaman kufur atau menjadi kafir semuanya, tidak akan merugikan atau merendahkan mertabat Allah (a.w). Kalaupun, semua manusia mendapat hidayah, dan mereka akur akan al-Quran dan as-Sunnah, mereka taat, tidak juga menambah kemuliaan Allah (a.w)!
Yg rugi kita bukan orang lain. Maka dengan itulah sebagai orang Islam yg tetap cetek ilmunya, wajiblah berpendirian terbuka, dengar yg haq dan kemudian pilih sendiri, jalan ke syurga ke atau jalan ke neraka ke. Yg haq hanyalah apa tersebut di dalam al-Quran dan as-Sunnah, yg selainnya hanyalah kata-kata sianu dan sianu atau sipulan dan sipulan sahaja. Sianu atau sipulan itu mungkin dijulang manusia sebagai ulama' besar, tersohor dan seumpama pujian, tetapi jika mereka mengajak kepada kebatilan dengan ilmu mereka, mereka tetap batil! Jika kita 'hero-worship' mereka, maka kitalah yg hancur, bukan mereka ...
Mudah-mudahan ramai saudara yg sehaluan dengan ibni Nafis bersedia mengikuti tulisan blog ini dan sanggup membuka minda kepada perubahan, insya Allah.
[p.s: Kalau nak belajar al-Quran dn as-Sunnah secara sistematis mulai dari a hingga z, sila sampaikan maklumat diri:
Nama
Tarikh lahir
No Kad Pengenalan
Alamat
No hp (untuk dihubungi)
ke belog ini.]
Jazakallahu khairah.
No comments:
Post a Comment