Monday, December 7, 2009

Manusia, manusia ... lupa bayar hutang ...

Assalamualaikum,
Kita orang Melayu merasa selesa dilahirkan dalam ugama yang diterima Allah (a.w). Walaupun ada di kalangan kita yg tidak mengerjakan sebarang amalan yang wajib lebih-lebih lagi sunat!Dalam pada itu, tak kiralah pula apa dosa yang kita lakukan setiap hari. Maknanya, dalam Kitab atau Buku Catitan Amalan kita itu hanya ada 'overdraft' atau negative entries atau berhutang! Dalam Islam tidak ada kemudahan 'overdraft', tidak ada juga 'pinjaman', kerana bila sampai tempoh hayat kita di dunia, hutang itu hanya boleh dibayar melalui siksaaan dalam kubur dan dalam neraka.
Allah (a.w) memberikan kita banyak upahan, bonus dan bayaran overtime di dunia sebelum kita mula bekerjapun. Ada upahan, bayaran overtime dan bonus yg sangat tinggi dan lumayan, kerana kacak, hansome, tinggi, sauk badan yang tinggi tampan, raut muka yang manis dan menarik pula, suara yang lunak, gerakgeri yang mempesonakan. Ada upahan yg cukup-cukup sahaja. Ada yg tersohor pula dalam bermacam-macam bidang, memiliki peminat ratusan ribu, yg sanggup melemparkan dirinya kepada kita, hanya dengan sekali kenyitan atau kerdipan mata, goyangan badan atau lambaian tangan. Namun kita mendapat upah, bonus dan bayaran overtime itu, tanpa bekerja... kerana Allah (a.w) berikan kita peluang hidup - mewah tak mewah tak kira. Tapi kita hidup. Kehidupan itu boleh saudara nilai sendiri. Malah kita lebih baik. Ada yang juga dapat hidup macam kita, tetapi cacat. Tak ubahlah seumpama membuat kerja yang sama dengan kita tapi dapat bayaran separuh atau sepertujuh atau seumpamanya.
Yang penting, kerana nikmat kehidupan, Allah (a.w) sudah berikan kita ganjaran yang banyak. Ini tidak termasuk ganjaran kerana qadar kita dalam hidup pula. Kerana limpah kurnia Allah (a.w) kita menjadi kaya, mulia, berkedudukan, disanjung, diberi habuan pendapatan yang melebihi dari apa yang kita perlu. Namun, kita sering lupa atau 'take for granted'! Kita lupa nak bekerja untuk Allah (a.w) setelah diberinya upahan yang tidak sedikit (seumpama upahan pra-bayar). Kemudian, setelah kita mendapat kelebihan berbanding orang lain - kita menjadi jutawan, tokoh bisnes, tokoh politik, tokok pemimpin dan pelakun terserlah, pendakwah motivasi yg dibayar ribuan ringgit untuk mendengar kita berceloteh, penyanyi popular menjadi model ikutan remaja dan sebagainya - kita semakin angkuh kepada Allah (a.w) dan semakin lupa. Seolah-olah kita akan hidup 1,000 tahun lagi.
Baru-baru ini seorang bekas penjawat awam yg dah lama meninggal, tersebar berita tentang hartanya yang ditinggalkannya, berupa wang simpanan berpuluh-puluh juta dan hartanah berpuluh juta juga, yang tak sempat dihabiskannya semasa hidupnya. Kini, adik dan anak berkelahi untuk menjadi pemilik tunggal harta itu. Mengapa tidak disedekahkan atau diinfaqkan atau diwakafkan sedikit, supaya mengalir pahala sampai kiamat dunia, untuk kebajikan akhiratnya? Alangkah banyaknya aliran dividen akhiratnya kalaulah separu atau sepertiga atau seper empat harta yg begitu banyak di infaqkan demi kebaktian atau membayar balik hutang kepada Allah (a.w). Malangnya, dia terlepas peluang.
Ramai yg lupa. Maka dengan itulah disebutkan oleh Rasulallah (s.a.w) di akhirat nanti daripada 1,000 orang yg mengakui dirinya Islam dan beriman, hanya seorang sahaja yg berjaya masuk syurga dan 999 lagi merengkok dihalau ke neraka! Mengapa begitu?
Kita yg hidup hari ini di Malaysia yang Islam berapa orang? Katalah 53% penduduk Malaysia ini orang Melayu yang 'Islam'. Tambah pula dengan 2% bangsa lain yg Islam - India dan Cina dan sukukaum lain, menjadikan jumlahnya 55% dari 25.0 juta penduduk. Jadi yg Islam kira-kira 12.0 juta, ditolak yg belum baligh separuh, tinggallah seramai 6.0 juta yag Islam. Jadi hari ini, kalaulah kita ambil kira semua yang Islam itu benar-benar memenuhi tanggungjawabnya dalam Islam menepati al-Quran dan as-Sunnah, daripada 6.0 juta orang Islam hanya 6,000 sahaja yg berjaya mendapat syurga! Soalnya: Adakah kita termasuk dalam senarai 6,000 orang itu?
Kita juga diberitahu di akhir zaman kelak, umat Islam itu banyak - seumpama buih dipermukaan air lautan, tetapi isinya kosong. Maksudnya: mereka Islam nama sahaja, setiap hari membuat maksiat dan tidak pernahpun membuat sebarang amalan dan ibadah, dan kalau dibuatpun dibatalkan oleh perbuatannya yang lain kerana akhlak dan sifat-sifat keji yg lain seumpama mencaci, mencerca, mengata, memfitnak dan seumpamanya - semuanya ini menghakis pahala dan mendatangkan dosa. [Nota: Kesemua sifat ini menjadi pencukur segala pahala dan kebaikan kita]. Fikirkanlah.
Allah (a.w) begitu baik dengan kita. Tetapi, kita begitu sombong dan bongkak kepadaNya!
Mudah-mudahan kita yg masih bernyawa ingat dan tidaklah melalui jalan yg telah dilalui oleh orang yang lupa ...

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment