Assalamualaikum,
Kita telah lihat bahawa yg menjadi panduan utama dan hakiki bagi umat Islam telah kita teliti dalam post sebelum ini, iaitu:
1. Allah (a.w) memberi kita tahu tidaklah Dia (Allah (a.w)) jadikan jinn dan manusia itu kecuali untuk memperhambakan atau mengabdikan diri kita (i.e. beribadah kepada dan menyembah hanya) kepadaNya;
2. Ugama yg diterima Allah (a.w) hanyalah Islam; janganlah kiat menyangka sebaagimana orang lain sangka bahawa ugama selain Islam itu selamat;
3. Janganlah kita mati dalam ugama lain atau terkeluar dari ugama Islam walaupun kita kini Islam dan jangan kita menyangka bahawa kita sekarang Islam maka kita mati juga Islam;
4. Hendaklah kita terima dan ambil pakai dan amalkan segala sesuatu yg dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w) kepada kita, dan hentikanlah mengerjakan sesuatu yg ditegah oleh Rasulallah (s.a.w).
Panduan kedua bagi kita adalah Ayat 7, Surah al-Haysr, iaitu hendaklah kita trima dan ambil pakai dengan mengamalkan segala ketetapan as-Sunnah dan tinggalkan sesuatu yg ditegah oleh Rasulallah (s.a.w) kita amalkan. Jika kita lakukan sebaliknya bererti kita engkari ketetapn Allah (a.w) dalam Ayat 7, Surah al-Hasyr itu. Sejajar dengan ketetapan Allah (a.w) itu, maka Allah (a.w) perintahkan kita dalam ayat-ayat berikut:
Firman Allah (a.w): [Maksud: Dan, barangsiapa taatkan Allah (a.w) (yakni, ikuti al-Quran) dan RasulNya (yakni, ikuti as-Sunnah) dimasukkanNya ke dalam syurga.’[Ayat 13, Surah an-Nisa’]
Dan, firmanNya berikut, jika tidak taat atau ingkar atau jika melanggar pula ketetapan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w), balasannya disebutkan dalam firman Allah (a.w) berikut pula:
Firman Allah (a.w): [Maksud: Dan barangsiapa menentang Allah (a.w) (yakni, tidak ikuti al-Quran) dan RasulNya (yakni, tidak ikuti as-Sunnah) dan melanggar batas-batas ketetapan yang ditetapkan (oleh Allah (a.w) (yakni, al-Quran) dan RasulNya (yakni, as-Sunnah)) dimasukkanNya ke dalam neraka ’[Ayat 14, Surah an-Nisa’]
Dan, firmanNya berikut, jika tidak taat atau ingkar atau jika melanggar pula ketetapan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w), balasannya disebutkan dalam firman Allah (a.w) berikut pula:
Firman Allah (a.w): [Maksud: Dan barangsiapa menentang Allah (a.w) (yakni, tidak ikuti al-Quran) dan RasulNya (yakni, tidak ikuti as-Sunnah) dan melanggar batas-batas ketetapan yang ditetapkan (oleh Allah (a.w) (yakni, al-Quran) dan RasulNya (yakni, as-Sunnah)) dimasukkanNya ke dalam neraka ’[Ayat 14, Surah an-Nisa’]
Kemudian Rasulallah (s.a.w) memberitahu melalui al-Hadith (i.e. dalam sunnahnya) bahawa dia tinggalkan sebagai panduan hidup dan panduan amalan dan ibadah kita dua sumber atau khazanah ilmu dan panduan, iaitu al-Quran dan as-Sunnah. Jika kita pegang kedua-duanya - terima dan amalkan - maka pastilah kita tidak sesat mencari 'siratul mustaqim', i.e. jalan mendapatkan syurga Allah (a.w) dan selamat dari siksaan Allah (a.w) dalam neraka [Hadith]. Pendeknya, jika kita ikuti ketetapan Allah (a.w) dalam al-Quran dan kita berpandu dengan as-Sunnah pastilah kita selamat di dunia dan selamat di akhirat.
Ketetapan as-Sunnah itu amat mudah, asalkan kita sentiasa menjadikan ' sami'na wa-ato'na' itu moto hidup kita sebagai seorang muslim dan mukmin, lebih-lebih sebagai orang yg bertaqwa. Kita akur dengan perintah Allah (a.w) dalam al-Quran dan printah Rasulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah kerana kita ingin 'wa-yarjuna rahmatahu, wa-yakhafuna 'azabahu' [Maksud: Mencari kerahmatan Allah (a.w) (i.e. mengharap balasan syurga), dan takutkan siskasaan Allah (a.w) (i.e. dicampakkan ke dalam neraka Allah (a.w)] [Ayat 36, Surah al-Isra']
Sesiapa yg menepati ketetapan dalam Ayat 13, Surah an-Nisa' tersebut pasti mendapat syurga, iatulah janji Allah (a.w). Sebaliknya, jika kita tinggalkan dan lupakan al-Quran dan as-Sunnah atau kita memandai-manda membuat prubahan atau mengubah atau menambah atau mengurangkan sesuatu yg ada dalam al-Quran dan s-Sunnah, pasti masuk neraka.
Jelasnya, hanya panduan al-Quran dan as-Sunnah yg akan meletakkan seseorang itu di ats landasan ugama yg betul.
Jazakallahu khairah
.
No comments:
Post a Comment