Assalamualaikum,
Orang Islam yg faham akan Islam sebagaimana yg dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w) itu pasti faham bahawa 'ahlus sunnah wal-jama'ah' itu memerlukan pematuhan kepada dua dimensi cara hidup dan panduan amalan, iaitu:
1. Panduan al-Quran dan as-Sunnah; dan
2. Anuti Islam secara berjema'ah.
Kalaulah semua yg Islam itu faham tentang konsep berjema'ah dalam Islam semestinya mereka berjaya mendapat syurga, kerana syarat mendapat syurga itu adalah dua perkara ini. [Nota: Kecualilah sebagai individu, mereka melakukan dosa-dosa. Itupun masih boleh mendapat syurga dengan syarat dia bertaubat dan Allah (a.w) yg Maha Penerima Taubat mengampunkan dia]
Seseorang yg diangkat menjadi 'ulil amri' (i.e. Imam atau Amir) - umumnya pemimpin jema'ah Islam - akan lebih terteram dan tenang kerana rakyatnya wajib taatkan Imam atau Amir mereka. Tidak ada percakaran atau perebutan kuasa. Perbutan kuasa adalah ciri sistem kerajaan ciptaan manusia, terutama masyarakat Barat. Pertelingkahan dalam Islam juga timbul kerana kepimpinan Islam meniru serta terpengaruh oleh sistem sosio-politik dan peradaban dan budaya Barat atau sistem pemerintah ciptaan manusia.
Sistem pentadbiran yg haq dalam Islam menjamin segala sesuatu. Kerana, rakyat tidak dibolehkan menderhaka atau menentang (i.e. tidak taatkan) Imam atau Amir (i.e. pemimpin) mereka. Jika menderhaka mereka mendapat neraka! Imam atau Amir (i.e. pemimpin) yg membelakangkan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah pula tidak akan dapat mencium syurga apatah lagi masuk syuirga di akhirat kelak. Malah pemimpin jema'ah Islam yg tidak memperingatkan rukyahnya tentang kewajipan mereka kepada Allah (a.w) dan RasulaNya melalui ijtihad atau nasihat berkala, tidak mencium bau syurga di akhirat kelak. Jika begitu, manakah mungkin seorang pemimpin itu mengabaikan tanggun jawabnya? manakah mungkin jawatan dalam hiraki 'ulil amri' itu direbut?
Dalam Islam jawatan kepimpinan adalah amanh yg amat berat. Jika tidak dilunaskan sudah pasti masuk neraka. Sebagai rukyah, ketaatan yg absolute amat diutamakan, jika rukyah Islam dalam jema'ah inginkan syurga! Islam adalah suatu sistem yg perfect. Sewajarnyaklah sedemikian, kerana Allah (a.w) yg cipta Islam dan Rasulallah (s.a.w) yg dibimbing Allah (a.w) membimbing manusia, dan Rasulallah (s.a.w) adalah 'uswatun hasanah' (i.e. model terbaik untuk dijadikan contoh).
Malangnya hari ini, ramai mereka yg Islam yg mengakui dan diakui sebagai ulama' atau ilmuwan kekal mengutamakan kebijaksanaan diri sendiri, cuba membuat penyesuaian seolah-olah imu Allah (a.w) itu ada cacat celanya! Maka dengan itu timbul berbagai-bagai pentakrifan, kelainan, penambahan sehinggakan al-Quran dan as-Sunnah tidak dikaji, dipelajari dan difahami, sebaliknya kitab-kitab karangan manusia dihalusi dibuat analisis dan kemudian dikembangkan ide-ide dalamnya, walaupun ide-ide itu tidak sejajar dengan al-Quran dan as-Sunnah.
Kalaulah manusiayg Islam itu kembali kepada yg haq, iaitu pelajari dan fahami al-Quran dan as-Sunnah sebagaimana yg diajarkan oleh Rasulallah (s.a.w), sudah pastilah mereka selamat.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment