Friday, December 25, 2009

Taatkan Imam atau Amir (ulil amri)

Assalamualaikum,
Kita telah mula semak panduan al-Quran dan as-Sunnah untuk mempastikan kita betul-betul faham tentang apa yg orang katakan sebagai 'ahlus sunnah wal-jama'ah'. Dalampost terdahulu kita tlah teliti dua ciri golongan ini; iaitu panduan mereka adalah al-Quran dan as-Sunnah; dan keduanya, mereka berjema'ah. Kita telah teliti bahawa jema'ah orang iman itu taatkan Imam atau mir asalkan ketetapan dan perintah Imam atau Amir tidak bercanggah dengan al-Quran dan as-Sunnah. Jika bercanggah tidak boleh diingkari ketetapan atau suruhan Imam atau Amir. Malah kalau Imam atau Amir itu zalim atau menzalimi kita atau bertindak tidak adil trhadap kitapun, jika ketetapannya tidak bercanggah dengan al-Quran dan as-Sunnah wajib kita akur! Sila rujuk pesanan Rasulallah (s.a.w) dalam hadith berikut:
Menceritakan kepadaku (kata Muawiyah, iaitu Ibnu Salam) oleh Zaid bin Salamin (r.a) katanya daripada Abi Salamin (r.a) berkata: ‘Telah berkata Khuzaifah ibnu Yamani (r.a): ‘Berkata aku (kepada Rasulallah (s.a.w)): ‘Wahai Rasulallah (s.a.w)! Bahawasanya aku ada sebelum ini dalam keburukan (yakni, pada zaman jahiliah atau semasa belum Islam dulu), maka didatangkan oleh Allah (a.w) dengan kebaikan (yakni, mendapat hidayah menjadi orang Islam), maka adalah kami dalam kebaikan di dalam (ugama Islam itu). Maka apakah dari masa kebelakangan ini zaman kebaikan (akan datang zaman) keburukan pula?’ Maka bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Ya.’
Berkata aku (Khuzaifah): ‘Apakah akan datang demikian (zaman) kejahatan (atau keburukan) (selepasnya zaman) kebaikan?’ 
Bersabda Rasulallah (s.a.w):‘Ya.’ 
Berkata aku (Khuzaifah): ‘Maka apakah akan datang (pula kemudian zaman) kebaikan itu (zaman) keburukan (pula)?’ 
Menjawab Rasulallah (s.a.w):‘Ya.’ 
Berkata aku (Khuzaifah):‘Bagaimana (begitu)?’ 
Bersabda Rasulallah (s.a.w):‘Akan ada sesudahku nanti (yakni, selepas wafat aku) beberapa amir atau imam (memerintah dia) dengan tidak menunjuk dengan petunjukku dan tidak menjalankan (yakni, menguruskan atau mentadbirkan jemaah Islam itu oleh) mereka dengan sunnahku dan akan menguruskan jemaah Islam di kalangan mereka pada masa itu oleh beberapa lelaki (yang memimpin jemaah Islam) yang hati mereka berhati syaitan di dalam jasad atau badan manusia.’ 
Berkata aku (Khuzaifah): ‘Bagaimana berbuat aku wahai Rasulallah (s.a.w) jika berjumpa aku (zaman) sedemikian?’ 
Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Engkau dengarlah dan engkau taatlah (selain yang tidak bertentangan dengan ketetapan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w)) atau tidak menyuruh membuat maksiat terhadap Allah (a.w)) beberapa amir sedemikian itu dan jikapun dipukul mereka ponggong kamu (yakni, dianianya atau dizalimi kamu) dan dirampas oleh mereka harta kamu, maka dengarkanlah dan taatkanlah.’ [Hadith Muslim]


Tapi, kalau disuruh sesuatu yg bersifat maksiat (i.e. maksiat adalah melakukan sesuatu yg ditegah al-Quran dan as-Sunnah atau yg tiada dalam al-Quran dan as-Sunnah), kita wajib jangan endahkan dan jangan taati:
Diriwayatkan hadith daripada Ibni Omar (r.a) katanya daripada Nabi (s.a.w) sesungguhnya telah bersabda: ‘Wajib atas setiap orang Islam itu mendengar dan taat (akan amir atau imamnya) di dalam apa-apa yang dia merasa senang (yakni, perintah yang disukainya) dan benci (yakni, perintah yang tidak disukainya), kecuali apabila diperintahkan (oleh amirnya) dengan membuat maksiat (i.e. sesuatu perkara yang tiada dalam al-Quran dan as-Sunnah), maka jika diperintahkan berbuat maksiat maka janganlah engkau dengar dan janganlah engkau taat (akan perintah dan suruhan mereka, i.e imam atau amir).’ [Hadith Muslim] 
Semoga pembaca faham prinsip penting ini, kerana hari ini ada para ulama' dan ilmuwan Islam yg berpendapat bahawa segala sesuatu yg disuruh pemimpin itu wajib kita akur dan taati atau laksanakan!
Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment