Saturday, December 19, 2009

DYMM Raja Perlis Murka ...?

Assalamualaikum,
Di dalam beberapa akhbar hari ini, Sabtu 19 Disember 2009, kita membaca laporan tentang perayaan Maal Hijrah kelmarin. Ada beberapa perkara yg menarik, antaranya dilaporkan bahawa DYMM Raja Perlis dalam Titah Ma'al Hijrahnya menyebut tentang komen dan tuduhan yg dibuat oleh beberapa pihak termasuklah seorang penjawat JAIS dan MAIS yg menuduh bahawa Perlis mengamalkan fahaman Wahabi. Kerana di Perlis, kata mereka, tidak berqunut pada Solat Subuh dan mereka tidak berdoa secara berjema'ah selepas solat fardu (i.e imam solat tidak berzikir, berwirid dan kemudian membaca doa dan diaminkan oleh jema'ah solat). Baginda berkata sepatutnya mereka yg kurang setuju dengan amalan di Perlis boleh berbincang. Dan, lebih baik jika tidak setuju, mereka sepatutnya berikan nas dan dalil al-Quran dan as-Sunnah, jikalah apa yg diamalkan di Perlis itu menyalahi syar'iah Islam.
Penulis rasa sewajarnyalah beliau murka apabila ada pihak-pihak yg membangkitkan sesuatu yg mungkin disalah tafsirkan oleh orang-orang yg kurang sempurna ilmunya atau memang jahil, yg mungkin menimbulkan fitnah terhadap beliau dan pihak berkuasa ugama Islam di Perlis. Baginda seterusnya memaklumkan bahawa negeri Perlis menerima semua mazhab, tetapi tidaklah mengikuti mana-mana mazhab sebagai sandaran amalan dan ibadah ugama Islam di Perlis.
Penulis tidak mau menambah komen, kerana dalam post blog inipun penulis telah tuliskan komen yg agak panjang juga. Tambahan pula, memang ramai mereka yg dikatakan ahli ugama, tetapi mereka jahil tentang fahaman Wahabi. Malah mereka lebih jahil tentang ketetapan as-Sunnah. Maka dengan itu ada yg tersilap tafsir bahawa ketetapan as-Sunnah dianggap ikutan atau amalan Wahabi dan sebagainya. Di dalam blog ini penulis sudahpun tuliskan beberapa dimensi amalan yg dikatakan amalan kemazhaban, kononnya, ikutan mazhab as-Syafie, tetapi belum tentu benar. Malah beberapa dimensi atau aspek amalan umat Islam di mana-mana adalah berlainan dari ketetapan as-Sunnah. Dalam blog ini kita telah lihat bahawa tiada di dalam as-Sunnah ketetapan untuk membaca Doa Qunut yg dijadikan sekarang ini amalan 'seumpama wajib' oleh para ulama' arus perdana.Kita telah teliti sandaran nas dan dalil as-Sunnah tentang beberapa perkara,antaranya:
1. Bahawa Rasulallah (s.a.w) tidak membaca Doa Qunut dalam Solat Subuh (melainkan selama sebulan beliau membaca Doa Qunut Nazilah yg dibaca selepas bangun dari Ruku' rakaat terakhir kelima-lima solat fardu dan kalimah-kalimah doanya berlainan; dan, kemudian amalan tersebut diberhentikan);
2. Bahawa kalimah-kalimah Doa Qunut yg kita baca sekarang ini ketika Solat Subuh itu adalah kalimah-kalimah Doa Qunut untuk Solat Witir yg diajarkan oleh Rasulallah (s.a.w) kepada cucunda beliau, Husin, supaya dibaca ketika Solat Witir dalam bulan Ramadhan, selepas 15 Ramadhan.
3. Sememangnya, berpandukan ketetapan as-Sunnah Rasulallah (s.a.w) dan kesemua imam solat zaman Rasulallah (s.a.w) dan zaman khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin, tidak wirid, berzikir dan berdoa secara berjema'ah selepas solat fardu yg dijema'ahkan. Doa adalah permintaan hamba kepada Allah (a.w). Semestilah kehendak dan hajat setiap seorang hamba itu tidak sama. Maka dengan itu perlu didoakan sendiri-sendiri. Itulah ketetapan as-Sunnah. Itulah yg dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w).
4. Jika kita teliti lagi ketetapan as-Sunnah, kita akan dapati ketetapan as-Sunnah bahawa kita tidak mengangkat tangan untuk berdoa dalam solat, jikalah kita berdoa semasa bersolat (kecuali, ketika berdoa dalam Solat Meminta Hujan). Jikapun ada doa dalam solat yg dijema'ahkan pula, doa hendaklah dibaca dalam hati secara bersendirian (i.e. imam tidak bacakan dan makmum aminkan). Itulah contoh perlakuan Rasulallah (s.a.w). Rasulallah (s.a.w) adalah 'uswatun hasanah' (i.e. model ikutan terbaik bagi orang iman), maka wajib kita ikuti apa-apa yg dicontohkan oleh beliau.
Dan, seperti kita sudah maklum, bahawa Allah (a.w), melalui Ayat 7, Surah al-Haysr, perintah kita yg Islam ambil dan amalkan segala sesuatu yg dibawakan oleh beliau, tinggalkan apa yg ditegahnya. Justeru itu, kita wajib pelajari as-Sunnah, barulah sempurna ilmu kita mengenai Islam dan segala sesuatu amalan dan ibadah berkaitan dengan syariat Islam.
Semoga kita mulakan anjakan paradigma dengan memulakan proses berjinak-jinak dengan as-Sunnah, demi kesempurnaan amalan dan ibadah kita dan demi mempastikan kita beramal sejajar dengan as-Sunnah. Hanya amalan dan ibadah yg sejajar dengan as-Sunnah yg diterima Allah (a.w). Amin

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment