Assalamualaikum,
Kita yang Islam, terutamanya generasi yang kini dalam lingkungan umur 45 ke atas, mungkin pernah diberitahu oleh tok-tok guru atau nenek moyang kita tentang 'Dajjal'. Di dalam as-Sunnah disebutkan bahawa kesemua para rasul dan nabi sentiasalah memperingatkan umat mereka tentang firnah (atau cubaan) Dajjal ini. Dajjal akan berada di dunia ketika dunia hampir-hampir akan kiamat. Dajjal adalah seorang yang kafir. Dia diberi Allah (a.w) kuasa sebagai cubaan kepada manusia akhir zaman dan manusia yang sudahpun mati, tentang sejauh manakah keimanan mereka terhadap Allah (a.w). Dalam zaman Dajjal itu, dia akan bermaharaja lela di dunia dan akan ramai pula manusia yang mengikutinya. Dajjal adalah kafir. Sesiapa yang mengikutinya, walaupun Islam atau mati dalam Islam sebelumnya, akan menjadi kafir dan syirik.
Dia akan membawa di tangan kanannya neraka dan di tangan kirinya syurga, tetapi sebenarnya adalah sebaliknya. Apa yang dijanjinya adalah sesiapa yang mengikutinya akan mendapat syurga, dan sesiapa yang tidak mahu mengikutnya akan disiksannya seolah-olah satu siksaan dalam neraka. Dari segi fisikal rupa wajahnya, matanya yang kanan buta sementara mata kirinya pula terkeluar dari socket lubang mata terkulai ke bawah, sebagaimana biji mata yang telah dicungkil terkulai tanpa diputuskan dari urat saraf yang melekat pada mata tersebut. Di dahinya tertulis kalimah 'Dajjal'. (Daljimlal, tulian Arab). Semua yang kafir mengikutnya. Dan, semua yang Islam tetapi lemah imannya yang tidak sanggup menahan siksaannya akan mengikutinya juga dan menjadi kafir. Selain itu, apabila dia menemui mana-mana kubur, akan digalinya, kemudian dihidukannya penghuninya buat sementara untuk mengakui bahawa dia adalah Tuhan, dipaksannya beriman dengannya. Semua kubur itu dicam atau dikenalinya kerana binaan yang dibuat atas kubur-kubur tersebut. Apabila kubur digali dan mayat di dalamnya di keluarkan, akan dihidupkannya untuk membuat pengakuan sama ada mahu mengakui dia tuhan atau tidak. Jika kita akui dia tuhan maka akan diselamatkannya simati dari siksaannya, kemudian menjadilah pengikutnya. Dan, jika tidak akui dia tuhan maka akan dipegangnya, diangkatnya kaki ke atas kepala ke bawah, kemudian dikoyakkannya jasad antara bahagian kanan dan bahagian kiri.
Maka sebahagian daripada sebab mengapa Rasulallah (s.a.w) melarang umatnya membuat binaan di atas kubur atau membuat pelbagai tanda pengenalan di kubur, adalah supaya dapat menjauhi fitnah Dajjal ini nanti. Maka dengan itulah kubur orang iman tidak ditanda atau dibangunkan binaan atasnya. Kalau perlupun ditanda, diletakkan seketul batu sahaja (bukan batu nisan yang diukir atau dibentuk khusus, sebagaimana sekarang ini).
Selapas Dajjal bermaharajalela, apabila hampir dikiamatkan dunia, Allah (a.w) akan menurunkan Nabi Isa (a.s), yang akan memerangi Dajjal dan tenteranya dan menegakkan semula syiar Islam yang dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w). Ketika turunnya Isa (a.s) semua taubat manusia tidak akan diterima lagi.
As-Sunnah mengajarkan kita yang beriman supaya menyediakan diri daripada terkena fitnah (cubaan) Dajjal ini dengan memantapkan keimanan kita semasa hidup, supaya jika ditakdirkan kubur kita digali Dajjal, i.e. kita terserempak dengan Dajjal kerana itu, kita tetap tidak berganjak dari beriman terhadap Allah (a.w) sebagai Tuhan kita yang Esa. Rasulalah (s.a.w) memberitahu kita dalam sabdanya dalam hadith berikut bahawa jika kita hafal 10 ayat permulaan Surah al-Kahfi, kita akan terjaga dari fitnah (cubaan) Dajjal terebut.
Diriwayatkan hadith dari Ma'dan b Abi Tolhah al-Yakmariyi hadith daripada Abi Zarr (r.a) bahawasanya Nabi (s.a.w) bersabda: 'Barangsiapa hafal 10 ayat dari permulaan (i.e. ayat-ayat awal) Surah al-Kahfi (maka) terjaga dia dari (fitnah) Dajjal.' [Hadith Muslim, Kitab Solat]
Bagi kita yang beriman dan yakin serta akur dengan ketetapan serta ajaran as-Sunnah, kita sentiasalah percaya kepada cerita-cerita dan kisah-kisah ghaib (i.e. yang diberitahu kepada kita dalam al-Quran mahupun as-Sunnah), maka kita beriman dengan perkara-perkara ghaib tersebut. Oleh yang demikian demi kesejahteraan dunia dan akhirat kita, wajarlah kita mengambil pengajaran dan terima nasihat Rasulallah (s.a.w) tersebut. Insya Allah jika kita usahakan sudah pasti mudah sahaja untuk menghafal 10 ayat-ayat awal Surah al-Kahfi itu dan kemudian kita bolehlah amalkan sentiasa supaya tidak lupa, dengan membacanya ketika kita bersolat fardu ataupun sunat.
Semoga kita amalkan nasihat Rasulallah (s.a.w) ini mulai dari sekarang. Amin
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment