Thursday, December 17, 2009

Puasa (Sunat) Asyura

Assalamualaikum,
Kita telahpun lihat ketetapan as-Sunnah tentang 'Puasa Asyura' - puasa dua hari pada 9 dan 10 haribulan Muharram tahun-tahun Hijrah. Kita telahpun teliti dua hadith yg menyebutkan pahala yg kita dapati jika kita puasakan 'Puasa Asyura' ini, iaitu:
Diriwayatkan hadith daripada Hakam bin ‘A’raj (r.a) berkata: ‘Sampai aku kepada Ibni Abbas (r.a), dan dia menyelindangkan selindangnya di dalam (yakni, ketika berada di telaga) zamzam. Maka berkata aku: ‘Khabarkanlah kepadaku daripada hari ‘Asyura. Apakah dia puasa aku akandia?’ Berkata Ibni Abbas (r.a): ‘Ketika engkau nampak satu haribulan Muharram maka hitunglah, kemudian jadilah kamu daripada yang kesembilan (harinya) puasalah.’ Berkata Hakam: ‘Berkata aku: ‘Adakah begini adanya berpuasa Muhammad (s.a.w)?’ Berkata (Ibni Abbas): ‘Ya.’ [Hadith at-Termidzi]
Puasa sunat Asyura itu, mengikut hadith di atas adalah pada 9 haribulan Muharram. Harinya dihitung bermula terbitya anak bulan Muharram. Manakala hadith berikut pula mengatakan pada 10 haribulan Muharram.
Diriwayatkan hadith daripada Ibni Abbas (r.a) berkata: ‘Telah diperintahkan oleh Rasulallah (s.a.w) dengan puasa ‘Asyura pada hari yang kesepuluh (Muharram).’ [Hadith hasan sahih at-Termidzi]
Jelasnya, Puasa (Sunat) Asyura itu adalah sehari atau dua hari. Yg terbaiknya dua hari.Jika dikerjakan dengan mengharapkan kerahmatan Allah (a.w) (i.e. inginkan dapat syurga) dan takutkan azab Allah (i.e. terselamat dari neraka), maka ganjaran pahalanya menghapuskan dosa-dosa sepanjang tahun lalu.
Diriwayathan hadith dari Qasim b Abbas hadith Abdullah b Umairin berkata hadith dari Abdullah b Abbas (r.a) berkata: 'Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): 'Seandainya aku (i.e. Nabi (s.a.w)) masih hidup tahun yg akan datang, aku akan berpuasa pada tanggal 9 Asyura (i.e. 9 haribulan Muharram).' [Hadith riwayat Muslim]
Mengikut keteranagn ibnu Abbas (r.a), orang-orang Yahudi merayakan hari 10 Muharram itu sebagai suatu hari kebesaran, maka apabila umat Islam membesarkan 10 Muharram sbagai hari Puasa Asyura, maka orang Yahudi berbangga kerana mereka menganggapkan umat Islam mengikuti amalan ugama mereka, maka dengan itulah disuruh Rasulallah (s.a.w) berpuasa dua hari, iaitu pada 9 dan 10 Muharram, supaya menelisihi amalan orang Yahudi itu.
Disebutkan bahawa tanggal 1 Muharram itu jatuh pada hari Jum'at ini (18 Disember 2009), maka 9 dan 10 Muharram 1431 Hijriah jatuh pada hari Sabtu dan Ahad akan datang (i.e. hujung minggu depan), iaitu 26 dan 27 Disember 2009.
Selamat berpuasa.

Jazakallahu khairah

1 comment:

  1. Masya'allah, puasa sunat 1 hari Allah beri ganjaran pahalanya menghapuskan dosa-dosa sepanjang tahun lalu dan setahun kemudiannya. Ini membuktikan zat Allah yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani.

    Tapi berapa ramai yang tahu tentang hal ini? Kalau tak mengaji dan tak diberitahu ?

    Saya telah diberitahu tapi tahun lepas saya terlupa nak lakukan. Rugilah. Itu sebabnya Allah SWT berfirman " Demi masa, manusia sentiasa rugi melainkan mereka yang beriman yang sentiasa nasihat menasihati antara satu sama lain dengan penuh kesabaran."

    Olih itu, siapa yang tahu nasihatilah ahli keluarga, saudara mara, rakan2 dan semua orang Islam yang anda kenali.

    Alhamdulillah, tahun ini saya dapat lakukan semuga Allah terima ibadah ku itu.

    ReplyDelete