Monday, December 14, 2009

Rasulallah (s.a.w) mengingatkan ...

Assalamualaikum,
Rasulallah (s.a.w) diutus Allah (a.w) bukan sahaja untuk mengajar dan membimbing kita untuk mengabdikan diri kepada Allah (a.w) dengan berpandukan al-Quran dan as-Sunnah, Rasulallah (s.a.w) juga memperingakan kita supaya menjalani kehidupan di dunia tanpa melupakan kehidupan yg jauh lebih panjang, kehidupan yg tidak ada tempoh luputnya (expiry atau terminal date), iaitu akhirat.
Menceritakan hadith oleh Humaidi menceritakan hadith dari Sufian yang menceritakan hadith dari Abdullah bin Abi Bakar bin Omar bin Hazmin yang mendengar Anas bin Malik (r.a) berkata bahawa Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Mengikuti mayat (ke kubur) tiga perkara, maka kembali (yakni, meninggalkan mayat) dua perkara dan tinggal bersamanya (yakni, kekal bersama mayat itu) satu perkara; yang mengkuti (mayat ke kuburnya adalah) (pertama) keluarganya dan (kedua) hartanya, dan (ketiga) amalannya; maka kembali (yakni, yang meninggalkannya itu, setelah disemadikan dalam kubur) (pertama) keluarganya dan (kedua) hartanya; dan tinggal (yakni, kekal berada bersamanya di kubur) amalannya.’ [Hadith Bukhari]
Apabila meneliti pesanan ini, ramailah anak-anak muda akan berkata: 'Kami masih muda, baru 20han tahun atau 30han tahun, masih panjang waktunya untuk bersedia. Buat masa ini biarlah kita maksimumkan mencari keseronokan dan keenakan dunia ...' Namun hari ini, ramai anak mudah yg melakukan dosa yg jauh lebih berbagai dan lebih serius dan berat, berbanding dengan ibubapa mereka! Semuanya kerana pengaruh rakan, pengaruh media maya dan sebagainya. Apabila mereka jahilkan ugama, maka tidak adalah benteng yg dapat membendung perbuatan mereka. Apabila mereka sudah menikmati keenakan dunia, yg berbagai dan mudah pula, bertambah rakus mereka melakukan dosa dan bertambah lupalah mereka.
Maka dengan itu mereka akan membawa bekalan dosa yg berlipat ganda lebih banyak berbanding dengan ibubapa mereka yg mungkin membawa bebanan dosa yg besar juga. Mereka menambah kepada bebanan dosa kepada kedua ibu bapa mereka, yg seringkali tidak tahu apa yg anak-anak mereka bekalkan baginya, selepas mati mereka. Tambahan pula, zaman ini anak-anak muda bebas, ibubapa sibuk mencari rezki, tidak ada masa untuk mendidik anak-anak mereka. Tambahan pula anak-anak zaman ini pandai pula 'berlakun' di depan kedua ibu bapanya, tidak menyangka mereka yg anak-anak mereka kelihatan begitu baik, sopan dan tertib, sebenarnya adalah rakan akrab syaitan tanpa mereka ketahui.
Mudah-mudahan, kita sebagai ibubapa terselamat dari fitnah dunia ini, sebagaimana difirmankan oleh Allah (a.w) bahawa anakpinak adalah fitnah (cubaan) yg besar kepada kita - mereka boleh membantu kita sebagai ibubapa mendapat syurga atau sebaliknya mengheret kita, tanpa kita sedari, ke dalam neraka yg lebih dalam ...

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment