Sunday, December 27, 2009

Siapa: Ahlus sunnah wal-jama'ah?? (Samb.)

Assalamualaikum,
Kita telahpun teliti nas dan dalil al-Quran dan as-Sunnah tentang wajipnya kita anuti Islam secara berjema'ah. Allah (a.w) perintahkan kita yg Islam supaya berjema'ah, bukan setakat mengerjakan solat fardu secara berjema'ah. Islam itu atau masyarakat Islam itu sendiri wajib wujud secara berjema'ah. Dan, kita sudahpun faham bahawa apabila umat Islam itu mengikuti panduan al-Quran dan as-Sunnah dan mereka pula berjema'h secara formal, i.e. ada Imam atau Amir (yg memimpin), maka terbuktilah masyarakat umat Islam sedemikian itu dikatakan golongan 'ahlus sunnah wal-jama'ah' dan halallah kehidupan mereka di dunia dan mendapat kerahmatan Allah (a.w) semasa di dunia dan di akhirat berjaya masuk syurga.
Kita rujuk satu lagi hadith bagi menguatkan lagi kefahaman kita tentang konsep 'berjema'ah' ini. Sebenarnya, hadith ini pernah dirujuk sebelum ini:
Diriwayatkan hadith daripada Harith al-Asy’ari (r.a) bahawa Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Aku perintahkan kamu dengan lima perkara. Allah (a.w) memerintah aku dengan ini lima perkara. (Pertama) dengan berjemaah (yakni, hendaklah kamu berjemaah), (kedua) dengan mendengar (yakni, hendaklah kamu dengarkan nasihat dan ketetapan imam atau amir), (ketiga) dengan taat (yakni, hendaklah jemaah taatkan printah imam atau airnya, walau apapun perintahnya, selagi perintah tersebut tidak menunjukkan suatu maksiat terhadap atau pada Allah (a.w)), (keempat) dengan berhijrah, dan (kelima) dengan jihad pada jalan Allah (a.w). Maka sesungguhnya barangsiapa meninggalkan (memisahi) jemaahnya kira-kira sejengkal maka sungguh-sungguh mencabut (Allah (a.w) akan) tali Islamnya dari batang lehernya dan barangsiapa mengajak kepada ajakan jahiliah, maka (tempatnya) dari jurang neraka.' Berkata (para sahabat): ‘Dan jika mereka berpuasa dan bersolat?’ Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Dan jikapun dia berpuasa dan bersolat dan menyangka mereka bahawa mereka Islam. Maka panggillah orang-orang Islam dengan apa-apa memberi nama orang Islam dan orang beriman (sebagai) hamba Allah (a.w) yang Maha Tinggi dan Maha Agung.' [Hadith Imam Ahmad ibnu Hanbal]
Hadith di atas sekali lagi menyebutkan bahawa Rasulallah (s.a.w) diperintah oleh Allah (a.w) lima perkara suaya dilaksanakan oleh beliau. dibumi, iaitu:
1. Hendaklah umat Islam itu berjema'ah dalam menganuti Islam
2. Hendaklah jema'h umat Islam dengarkan nasihat dan ketetapan Imam atau Amir
3. Hendaklah jema'ah umat Islam itu taatkan perintah dan ketetapan Imam atau Amir
4. Hendaklah berhijrah [Nota: Dalam konteks sekarang ini, hendaklah kita memberi tumpuan kepada memerangi nafsu dan jika sulit untuk mematuhi ketetapan Islam kerana halangan atau batasan persekitaran, hendaklah brhijrah ke lokasi yg lebih memudahkan menetapi Islam];
5. Hendaklah utamakan berjihad pada jalan Allah (a.w) (fi sabilillah) [Nota: dalam konteks sekarang berjihad itu adalah melakukan segala sesuatu untuk membela ugama Allah (a.w) dan umat Islam dengan diri kita (i.e. tenaga, kemahiran, kepakaran dan lain-lain kelebihan kita) dan harta kita (i.e. wang ringgit dan kekayaan dengan menginfaqkan sebahagiannya)].
Dalam hadith tersebut Rasulallah (s.a.w) memperingatkan umat Islam yg berjema'ah supaya jangan sekali-kali meninggalkan jema'ahnya, kerana ' ... barangsiapa meninggalkan (memisahi) jemaahnya kira-kira sejengkal maka sungguh-sungguh mencabut (Allah (a.w) akan) tali Islamnya dari batang lehernya (i.e. keluar dari Islam).'
Kemudian Rasulallah (s.a.w) juga mengigatkan Imam atau Amir (i.e. umumnya yg dirujuk 'ulil amri' itu, kerana mereka berkuasa dalam jema'ah umat Islam), bahawa 'barangsiapa mengajak kepada ajakan jahiliah, maka (tempatnya) dari jurang neraka.' 'Ajakan jahiliah' adalah melakukan segala sesuatu yg bersifat syirik yg samar, kurafat, tahyul, taklid dan bid'ah, maka mereka akan masuk neraka! [Nota: Kita telahpun teliti dalam post yg lalu sesiapa yg mengajak atau mengajarkan atau mengembangkan suatu kebatilan, seumpama bid'ah, i.e. amalan atau ibadah, cara dan kaedah beribadah dan beramal, yg tidak terdapat sebarang sandaran nas dan dalil al-Quran ataupun as-Sunnah, mendapat dosa. Kemudian orang yg menerima ajarannya, mengamalkan pula dapat dosa dan mengirimkan dosa pula kepada gurunya, yakni kita yg mengajarkannya. Kalau diajarkan oleh anak murid kita orang lain? Dia berdosa kerana mengajarnya. Orang yg terima ajarannya juga dapat dosa kerana amalkannya, dan dia kirim pula dosa kepada gurunya, dan juga kepada kita yg mula-mula ajarkan kebatilan tersebut! Semua ini tanpa mengurangi atau menjejaskan dosa-dosa orang yg mengamalkannya. Tak ubahlah seperti multi-level marketing, hanya dalam perkara ini, kita dikirimkan dosa dari setiap level, tanpa dosa orang-orang yg mengirimkannya dikurangi, na'uzubillahi min zalik. Sebaliknya, jika yg kita ajarkan sesuatu yg haq, i.e. sebagaimana ditetapkan oleh ketetapan Allah (a.w) dan RasulNya, kita mendapat kiriman pahala dari multi-level orang yg belajar dan beramal dengannya tanpa dikurangi Allah (a.w) pahala mereka di level-level tersebut, masya Allah.]
Kita akan teliti selepas ini, insya Allah, ketetapan tambahan dalam as-Sunnah tentang siapakah Imam atau Amir (i.e. 'ulil amri') yg baik dan buruk dalam Islam serta akibat keburukan Imam atau Amir terhadap dirinya dan terhadap kita sebagai anggota jema'ahnya (i.e. rukyah), dan apakah akibat seseorang yg berada dalam jema'ah itu meninggalkan jema'ahnya.
Mudah-mudahan kita dikurniakan Allah (a.w) taufiq dan petunjuk supaya mudah kita memahami Islam yg haq ini dan dijauhi kita dari sesuatu ajaran atau mengajarkan suatu ajaran yg batil, dan kerana itu, dikirimkan dosa ad infinity kepada kita sehingga kiamat dunia, insya Allah. amin.
[Bersambung ...]
Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment