Friday, December 25, 2009

Pemimpin dan jema'ah Islam yg selamat

Assalamualaikum,
Semua kita kenal Omar b Khattab (r.a), iaitu khalifah ar-Rasyidin al-mahdiyin yg kedua selepas Abu Bakar as-Siddiq (r.a). Makam Omar (r.a) amat tinggi sehinggakan Rasulallah (s.a.w) memberitahu umatnya, bahawa:
1. Allah (a.w) membenarkan kata-kata Omar (r.a) [Nota: Banyak ketetapan syariah Islam dinobatkan oleh Allah (a.w) dalam al-Quran, antaranya aurat wanita dan pakaian wanita Islam)
2. Rasulallah (s.a.w) menyuruh umatnya bahawa selepas beliau wafat ikuti sunnah Abu Bakar (r.a) dan Omar (r.a)
3. Allah (a.w) memberi kita tahu bahawa Rasulallah (s.a.w) adalah 'khattamal nabiyin' (i.e. Nabi penutup atau penamat). Rasulallah (s.a.w) juga memberitahu kita bahawa dia adalah nabi terakhir, i.e. tiada nabi selepas beliau; dan jikalah Allah (a.w) hendak melantik seorang nabi selepas beliau wafat orang itu adalah Omar b Khattab (r.a.)
Kita harus ingat dalam post yg lalu bahawa Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa yg dikatakan 'as-Sunnah' itu adalah sunnah beliau dan sunnah khalifah yg empat selepas beliau wafat (i.e. Abu Bakar, Omar, thman dan Ali, radiallahu 'anhum)
Menyebut tentang Islam yg haq itu, Omar (r.a) berkata seperti berikut:
Diriwayatkan hadith daripada Tamin ad-Daramii (r.a) berkata: ‘Telah berkata Omar ibnu Khattab (r.a): ‘Bahawasanya tidak dikatakan Islam seseorang yang mengaku Islam mereka kecuali dengan berjemaah, dan tidak ada dikatakan berjemaah umat Islam itu kecuali dengan beramir atau berimam. Dan tidak ada keamiran atau keimaman kecuali dengan taat (yakni, wujud budaya taatkan amir atau imamnya). Maka barangsiapa yang dijadikan pemimpin (yakni, amir atau imam) untuk memimpin kaumnya (yakni, jemaahnya) atas kefaqihan atau kefahaman (tentang as-Sunnah ugamanya) maka ada kehidupan (yakni, selamat atau berbahagia dan tenteramlah di dunia) baginya (yakni, bagi amir atau imam) dan bagi kaumnya (yakni, bagi jemaahnya), dan barangsiapa menjadi pemimpin kaumnya atau jemaahnya atas sifat-sifat selainnya (yakni, tidak berpandukan kepada as-Sunnah, maka jahil dia tentang syariat ugamanya atau kerana pertimbangan-pertimbangan lain) adalah rosak bagi amir atau imam itu dan rosak bagi kaumnya atau jemaahnya (i.e. kedua-dua pihak akan dicampakkan kedalam neraka).’[Hadith ad-Daramiu]
[Nota: Ad-Daramiu adalah salah seorang perawi atau pengumpul hadith dan kitabnya adalah salah satu daripada 51 kitab-kitab hadith dan beliau adalah seorang ulama’ muhadithin. Ad-Daramiu specialises dalam hadith tentang kepimpinan dan kerajaan Islam secara berjema’ah.]
Hadith ini adalah panduan hakiki syariat Islam, kerana ia sebahagian dari 'as-Sunnah'. Apakah ketetapan hadith ini?
1. Tidak dikatakan kita dalam Islam yg haq sekiranyanya kita tidak anuti Islam secara berjema'ah (i.e. belum Islam kita jika tidak anuti Islam secara berjema'ah)
2. Tidak dikatakan wujudnya jema'ah Islam itu kecuali ada pemimpin (i.e. Imam atau Amir)
3. Tidak dikatakan ada pemimpin dalam jema'ah Islam kecuali jika ada ketaatan oleh rukyah terhadap pemimpin dalam jema'ah
4. Tidak dikatakan adanya keta'atan itu jika tiada ikrar janji taat setia (i.e. bai'at) antara rukyah dengan pemimpinnya (i.e. Imam atau Amir)
Itulah empat ciri yg mesti wujud dalam sekumpulan umat Islam yg dikira berada dalam 'jema'ah ummah' yg haq. Tanpa salah satu syarat-syarat tersebut, belum wujudnya jema'ah. Selain itu, Omar (r.a) memberi ketetapan bahawa selamatlah Imam atau Amir dan rukyah jema'ah tersebut jika Imam atu Amir jema'ah faqih dan faham tentang Islam (i.e. faham dalam ilmu al-Quran dan as-Sunnah).
Maka dengan itulah Rasulallah (s.a.w), dalam hadith-hadith yg telah kita rujuk sebelum ini, memberikan dua ciri utama yg wajib wujud untuk menjadikan sekumpulan atau segolongan umat Islam itu 'ahlus sunnah wal-jama'ah', iaitu adalah mereka (pemimpin dan rukyahnya) berpegang kepada al-Quran dan as-Sunnah dan mengamalkan Islam secara berjema'ah yg ciri-ciri wajibnya adalah seperti yg disebutkan dalam hadith di atas.
Justeru itu, konsep 'jema'ah' dalam Islam adalah sutau konsep yg khusus (i.e. specific) bukan longgar sebagaimana yg ditakrifkan oleh majoriti umat Islam dan para ulama' . Maka dengan itulah Islam adalah 'ad-din' suatu sistem dan cara hidup yg sempurna lagi formal. Dan, harus diingat tiada dichotomy antara 'keduniaan' dan 'ugama', kerana segala sesuatu yg berlaku dalam dunia, akan mencorakkan kesudahan akhirat seseorang itu.
Maka dengan itulah Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) memberi kita tahu sesiapa yg mengutamakan dunianya, maka membahayakan dan rosak akhiratnya, dan sesiapa yg mengutamakan akhiratnya, maka Allah (a.w) akan membantu dan mempermudahkan dunianya.
Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment