Wednesday, December 23, 2009

Peringatan yg haq #1 (Sambungan)

Assalamualaikum,

Ada beberapa ketetapan yg utama dalam post 'Peringatan yg haq #1', iaitu berikut:
1. Kita diberitahu bahawa manusia itu diberi peluang hidup di dunia semata-mata untuk mengabdikan diri mereka (i.e. beribadah) kepada Allah (a.w).
2. Kita diberitahu supaya semasa menjalani kehidupan di dunia ini hendaklah kita sentiasa berwaspada supaya menjaga diri kita dan diri keluarga kita (i.e. isteri dan anak pinak) dari terjerumus ke dalam neraka
3. Kita yg Islam dan beriman diperingatkan supaya memastikan diri kita mati dalam Islam, kerana ada banyak perkara yg boleh membatalkan keIslaman kita tanpa kita sedar.
Yg dimaksudkan dengan #1 'mengabdikan diri' atau 'beribadah' itu adalah melakukan segala sesuatu yg diperintah dan meninggalkan segala sesuatu yg ditegah atau dilarang oleh al-Quran dan as-Sunnah. Di dalam al-Quran, selain 'ayat-ayat mutasyabihat', kesemua yg lain adalah ayat-ayat berbentuk cerita para nabi dan beberapa orang biasa terpilih untuk dijadikan ikbibar dan pengajaran oleh orang iman dalam memperhambakan diri kepada Allah (a.w) dan 'ayat-ayat mukhkamat', i.e. yg menetapkan hukuman Allah (a.w) jika suruhan tidak dikerjakan dan jika tegahan dibuat.
Yg dimaksudkan dengan #2 adalah setiap seseorang itu adalah pemimpin kepada dan memimpin orang lain i.e. ibubapa memimpin keluarganya, suami memimpin isterinya, isteri memimpin anak-anaknya, ketua korporat memimpin pekerjanya, perdana menteri meminpin negaranya, menteri memimpin portfolionya, dsbnya. Kalau bos organisasi dan pejabat melakukan sesuatu yg tidak membolehkan pekerjanya mengerjakan kewajipan sebagai orang Islam, seumpama bersolat, maka bos itu bertanggungjawab di akhirat. Jika perdana menteri dan menteri melakukan sesuatu yg membahayakan ugama Islam dan umat Islam atau melalaikan umat Islam dari melakukan 'yg makruf' dan meninggalkan 'yg mungkar', maka dia bertanggungjawab di depan Allah (a.w) kelak. Demikianlah. Semua yg berkuasa atas orang lain atau sesuatu, bertanggungjawab melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya. Termasuklah, mereka yg berkuasa dalam harta dan kedudukannya bertanggungjawab menjalankan kuasa dan tanggungjawabnya supaya menjaga ugama mereka di bawah kekuasaan dan tanggungjawabnya.
Yg dimaksudkan dengan #3 adalah hendaklah kita yg Islam itu pastikan kita mati Islam. Tidak semestinya yg Islam itu mati Islam, kerana ada banyak perkara dalam ketetapan Islam itu, jika kita terlibat atau mengamalkannya atau menolaknya, kita menjadi kafir tanpa kita sedari! Tak perlu dibahskan apakah perkara pokok atau perkara cabang. Islam adalah total. Jika kita melakukan sesuatu atau mengerjakan sesuatu yg tidak sejajar dengan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, walaupun perkara 'remeh' pada pandangan kita, tetap menentang ketetapan tersebut. Jika begitu jika kita mati, kita mati kafir (i.e. 'jahiliah' dalam konsep Islam). Contoh mengajarkan dan mengamalkan dan menyebarluaskan sesuatu amalan yg 'bid'ah' menjadikan kita terkeluar dari Islam tanpa disedari! Perkara tersebut mungkin kecil dan sampingan tetapi tetap tercela dalam konteks ketetapan al-Quran dan as-Sunnah yg haq. Tiada suatupun yg remeh dan kecil dalam Islam! Tidak menganut Islam 'secara berjema'ah' adalah perkara yg besar, bahkan fundamental, dalam Islam. Mangamalkan Doa Qunut dalam Solat Subuh nampak kecil, tetapi tetap menyalahi ketetapan as-Sunnah. Begitu jugalah berzikir, berwirid dan berdoa secara 'berjema'ah' bukan perkara kecil, tetapi menyalahi as-Sunnah. Rasulallah (s.a.w) menerangkan sesuatu yg terperinci dan secara perincian, bukan semata-mata perkara pokok. Maka dengan itulah Islam bersandarkan al-Quran dan as-Sunnah. Kita mungkin nampak menetapi as-Sunnah dalam perkara pokok, tetapi kita gagal dalam perkara furuq ataucabang atau perkara kecil. Tetap, kita tidak dikira mengamalkan Islam secara haq! Apabila seseorang Islam itu berjema'ah kemudian meninggalkan jema'ahnya, dan mati dia ketika berada di luar jema'ah, maka matinya mati dalam 'jahiliah' (i.e. kafir), walaupun dia bersolat, berpuasa dan menetapi tuntutan pokok dalam Islam!
Perkara #3 ini sangat serius tetapi begitu ramai orang Islam terutama para ulama' dan ilmuwan yg kononnya faham tentang Islam dan syariatnya, tidak ambil endah atau mereka remehkan atau tidak ambil kisah atau ambil peduli! Kerana, mereka merasai diri mereka sudah bijak mentakrifkan perintah Allah (a.w) dalam al-Quran dan mentafsirkan perintah Rasulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah. Oleh kerana majoriti ulama' mentafsirkan 'secara berjema'ah' ini adalah mereka yg berpengaruh dan mereka pula membanteras dan menghalang pentafsiran yg haq, maka umat Islam biasa (rukyah) kekal jahil dan tidak diilmukan dan berkekalan mengamalkan perkara-perkara yg batil dalam konteks ketetapan al-Quran dn as-Sunnah. Mereka ini menambah dosa kepada diri mereka sendiri kerana mereka tahu tidak memberitahu atau mereka jahil atau kurang berilmu, tetapi berlagak berilmu atau bersifat angkuh dan sombong tidak mahu mendengar ajaran yg haq dari orang lain. Mereka tidak mau terima kerana mereka menggagpkan diri mereka lebih terpelajar lebih tersohor dan lebih mendalam ilmunya! Inilah kesilapan ramai para ilmuwan yg mendapat pendidikan akademik dalam ugama hari ini. Inilah juga kesilapan mereka yg tersohor, sehingga menutup mata kepada pandangan yg haq dari orang yg faqih tentang al-Quran dan as-Sunnah secara total. Islam dan syariatnya tidak memerlukan kebijaksanaan mental. Ia bukanlah subjek akademik. Justeru itu, dengan ijazah Ph D bukan bererti seseorang itu faqih dalam al-Quran dan as-Sunnah. Kerana, pencapaian akademik dinilai oleh manusia dan tertakluk pula kepada pentakrifan manusia yg menilai. Islam adalah ketetapan Allah (a.w) dan RasulNya, yg telahpun tersedia untuk diambil pakai kerana ditetapkan oleh Allah (a.w) dalam al-Quran dan ditentukan oleh Rasulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah. Kesemuanya jelas, jika kita mau terimanya berlandaskan 'sami'na wa-ato'na' itu.
Ramai umat Islam, kerana trpengaruh oleh pandangan para ulama' dan ilmuwan, meremehkan ketetapan Islam supaya Islam diamalkan 'secara berjema'ah'. Mereka tafsirkan dengan mudah bahawa setelah mengerjakan solat secara berjema'ah sebagai kelaziman, kita sudah berjema'ah! Jika kita kaji Islam semenjak dinobatkan pertama kali dalam zaman Rasulallah (s.a.w), semua yg Islam berjema'ah. Ada pemimpin, iaitu Rasulallah (s.a.w), dan ada hiraki kepimpinan dalam jema'ah (termasuklah mereka yg berilmu). Ada ikrar janji setia (bai'at) antara jema'ah (i.e. rukyah) dengan pemimpin. Disebutkan seramai 313 para sahabat berbai'at dengan Rasulallah (s.a.w) di bawah pokok. Disebutkan bai'at kaum wanita kepada Rasulallah (s.a.w). Kemudian disebutkan pula bai'at yg dipelopori oleh Omar (r.a) selepas kewafatan Rasulallah (s.a.w) terhadap Abu Bakar (r.a), apabila mencadangkan Abu Bakar (r.a) menjadi khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin yg pertama. Disebutkan ikrar taat setia zaman Rasulallah (s.a.w) iaitu kalimah-kalimah 'sami'na wa-ato'na' (kami dengar dan kami taat) dan kemudiannya kalimah-kalimah 'sami'na wa-ato'na mastato'na' (i.e. kami dengar, kami taat sekuatmampu kami' (kerana Rasulallah (s.a.w) menasihatkan umat beliau supaya tetapi suruhan sekuat mampu, tetapi yg ditegah tidak ada pengecualian.
Insya Allah, kita akan teliti dan halusi hakikat mengamalkan Islam 'secara berjema'ah' ini kemudian nanti, supaya kita semua sedar dan faham bahawa Islam itu adalah cara hidup sempurna, murni, berdisiplin yg total. Maka dengan itulah tiada ugama yg lebih murni dari ugama Islam. Hanya umat Islam yg masih kabur dan masih jahil tentang hakikat Islam yg sebenarnya. Kalaulah sistem Islam yg haq ini difahami oleh orang Islam, terutama mereka yg berilmu, sudah pasti umat Islam tidaklah menjadi dhaif dan tertinggal di belakang dan bercakaran satu sama lain dll lagi. Disebabkan umat Islam telah menjauhkan diri dari al-Quran dan as-Sunnah dan dipengaruhi intelektualisma moden dan dipengaruhi pula oleh nikmat keduniaan, maka hanyutlan orang-orang Islam. Yg menjadi rakyat biasa, terumbang ambing tanpa haluan yg betul. Kita rugi dan orang yg berilmu dan berkuasa merugikan kita dan mereka merugikan diri mereka sendiri.
Tapi, tidak mengkhairankan. Rasulallah (s.a.w) memberi kita tahu bahawa umat Islam akan menjadi semakin buruk dan semakin mudah terjerumus ke dalam neraka semakin berlalunya masa. Hari ini pasti lebih baik dari esok, dan esok pasti lebih baik dari lusa dan seterusnya. Tidak khairanlah hari ini kita temui ramai ilmuwan dan ulama' memperdagangkan ugamanya, demi dunianya. Mereka kelihatan amat berjaya di dunia, sama sebagaimana tokoh-tokoh korporat selainnya - memiliki rumah seumpama istana, kenderaan mewah, makan minum di hotel dan restoran terkemuka, dan suka bergaul dengan orang-orang kenamaan dan berdarjat dan berpengaruh, dan seumpamanya, tetapi yg faqir dan yg miskin dijauhi, orang biasa terbiar, tidak dipimpin sebagaimana yg diperintahkan oleh Islam, menjadi tanggung jawabnya.
Tanda-tanda dunia akan berakhir semakin jelas hari demi hari.
Mudah-mudahan ramai para ilmuwan Islam serta para ulama' dapat mengkaji semula Islam dan tuntutannya, membetulkan yg silap dan mengutamakan dakwah bagi membawa seramai mungkin yg Islam dan jahil sama-sama mendapat kerahmatan Allah (a.w), amin.
Jazakallahu khairah

1 comment:

  1. Assalam'kom,

    Komen saya:

    #1 - Dalil dah jelas tapi masih ramai orang2 Melayu Islam tak menghayatinya dan lebih teruk lagi mereka memperkecilkannya pula saperti hukum AURAT. Nak bahas sampai kiamat pun mereka tetap ambil rengan, entah atas apa sebab tapi mungkin kerana persekitaran masyarakat pula menerima hujah atas dasar kebebasan diri ( personal freedom ) Jabatan agama saperti JAIS, MAIS umpamanya, pula sibuk dengan perkara lain. Mufti dan Ulama yang bersuara lantang mengkritik Dr Asri umpamanya, senyap sepi membisu tentang hukum Aurat.

    #2 - Setiap individu akan jadi pemimpin dan pemimpin itu ada tanggungjawab tertentu sebagai yang telah dihuraikan dalam bloq di atas. Tapi berapa ramai yang paham apatah lagi untuk menghayati dan mengamalkannya. Sedarkah mereka ketika di akhirat nanti mereka diibaratkan sebagai seorang pengembala di dunia ini dan akan di persoalkan bagaimana tentang binatang pengembalaannya?

    #3 - Hukum berjemaah pun ada dalil2nya yang jelas tapi rata2 majoriti masyarakat Islam, keliru dan kurang paham tentang konsep berjemaah yang sebenarnya. Dahlah tak paham tapi cepat pula melenting menuduh dan melebelkan kumpulan yang mengamalnya sesat dsb.

    Pada saya kalau ikut hati, senang saja ... biarkanlah Si Luncai terjun dengan labu2nya... biarkan, biarkan. Tapi kita mesti sedar bahawa sesiapa yang ada ilmu wajib menyampai, mengajar, menegur ( amal ma'aruf , nahi mungkar )kepada semua manusia di muka bumi ini, semampu yang bolih. Kalau mereka menerima dan mengamal apa yang dapat dipelajarinya, alhamdulillah, kita telah menjalankan tanggungjawab sebagai kalifah Allah di muka bumi ini. Insya'allah, blog Yayasan ilmu ini sedikit sebanyak dapat menjelaskan perkara yang benar ( Haq) kerana bersandarkan Quran, hadith dan konsep berjemaah, bagi sesiapa yang mahu mencari kebenaran dan mengajak ramai lagi kearah itu. Ameen.

    ReplyDelete