Assalamualaikum,
Blog ni tak ramai yg tau. Ada yg tau baru-baru ini komen dan memberikan penulis sepotong hadith tentang tajuk di atas.
Oleh kerana telh disentuh tajuk tersebut, elok penulis tambah sikit, tentang kefadhalan belajar dan mengajarkan al-Quran. Sebelum itu elok kita lihat realiti hari ini, dengan mengemukakan beberapa soalan yg amat fundamental.
Berapa ramai orang Melayu yg membaca al-Quran? Mungkin mereka yg bekerja di organisasi seumpama JAIS, MAIS, JAKIM, IKIM, dan mungkin mereka yg bertugs dengan NGO seumpama YADIM. Jika kita jengok orang-orang besar di organisasi ini, kita akan dapat lihat almari yg penuh dengan kitab-kitab tafsir, kitab-kitab hadith. Ada al-Quran di ats mejanya. Soalnya: Apakah mereka baca sentiasa? Ramai orang Melayu ada al-Quran tapi sekadar perhiasan aje, nak tunjukkan mereka Islam.
Yg pasti adakah organisasi di bawah jabatan-jabatan ugama kerajaan yg mengajarkan al-Quran kepada orang Melayu yg ingin belajar al-Quran?
Yg utama sebagai seorang yang beilmu - ulama' dan ilmuwan - hendaklah mereka faqih dengan al-Quran: membacanya, mentafsirnya dan menghafal beberapa surahnya. Mereka perlu faqih sekurang-kurangnya membaca al-Quran dan menjelaskan maksud ketetapan Allah (a.w) di dalamnya. Dan, kemudian diterjemahkan perintah dan ketetapan dalam realiti kehidupan umat Islam. Hanya dengan memahami isi al-Quran seseorang itu dapat melaksanakan berbagai perintah Allah (a.w) yg termasuk dalam Ayat 13 dan Ayat 14, Surah an-Nisa'. Ahlus sunnah wal-jama'ah berpandukan kepada al-Quran. tanpa kefahaman sedemikian, boleh dipersolakan, apakah mereka benar-benar 'ahlus sunnah wal-jama'ah'?
Begitu juga as-Sunnah. 'Ahlus as- sunnah wal-jama'ah' sewajarnyalah faham tentang ketetapan as-Sunnah. Jika tidak masakan mereka boleh mengakui diri mereka 'ahlus as-sunnah'? Para ulama' dan ilmuwan Islam wajib faqih dalam as-Sunnah, barulah mereka boleh memahami ketetapan Ayat 13 dan Ayat 14, Surah an-Nisa' itu. Dan, dengan ilmu sedemikian, mereka lebih layak memimpin umat Islam dan mengajrkan umat Islam tentang pra-syarat serta ciri-ciri yg perlu ada untuk tergolong sebagai 'ahlus sunnah wal-jama'ah'.
Hari ini majoriti umat Islam tidak faham isi al-Quran, jauh sekali ketetapan as-Sunnah. Yg kerap dipelajari dan dikuti adalah ketetapan berupa pandangan manusia yg menulis pelbagai kitab ugama. Malah pelajar sekolah ugama diajarkan kitab-kitab tulisan manusia, yg kononnya faham tentang Islam.
Mengapakah begitu ramai para ulama' dan ilmuwan di Malaysia, dan begitu banyak sekali kutipan zakat saban tahun, tidak dibangunkan institusi khusus mengajarkan ilmu al-Quran dan as-Sunnah? Mengapakah tidak ada sebuah sekolah atau kolej atau universiti yg mengajarkan semata-mata ilmu al-Quran dan ilmu as-Sunnah, walhal dua ilmu itu adalah wajib dipelajari dan diajarkan kepada umat Islam seperti yg diperintahkan oleh Rasulallah (s.a.w)?
Di Malaysia, sesiapa yg ingin belajar al-Quran, hendaklah mencari guru sendiri untuk mengajarkan anak-anak mereka membaca al-Quran. Belum ada yg mengutamakan mempelajari isi kandungan al-Quran, i.e tafsirannya. Yg polular di Malaysia ini adalah sekolah-sekolah informal yg berusaha mengeluarkan anak-anak Melayu yg bergelar 'al-hafiz'. Maka berjaya jugalah institusi tersebut mengeluarkan beberapa 'al-hafiz', yg akan ditugaskan menjadi imam solat di masjid dan surau. Sayangnya pula, 'kebanyakan 'al-hafiz' ini sukakan title 'al-hafiz' itu diletakkan di belakang nama mereka sebagaimana orang yg ada Ph D inginkan namanya didahului oleh Dr. atau dihujungi oleh Ph D itu. Jadi mereka yg hafal al-Quran, inginkan nama mereka diakhiri dengan 'al-hafiz', bagi menunjukkan mereka hafal al-Quran! Kemungkinan perlakuan sedemikian menumbuhkan rasa ujub diri dan rasa riak! Dua sifat yg amat dicela oleh Islam. Lebih malang pula, majoriti yg mendapat title 'al-hafiz' ini, bukan lagi al-hafiz setelah tidak mengulangkaji hafalannya, sehinggakan mereka kurang selesa jikalah disuruh mengimamkan Solat Terawih, membaca al-Quran dari ayat 1 Surah al-Fatihah hingga khattam ayat terakhir Surah an-Nas, sepanjang 30 hari Ramadhan!Cuba kita suruh mereka yg bergelar al-hafiz itu membaca al-Quran dan kita semak al-Quran, betulke atau terlupakah mereka?
Kita telah teliti dalam blog ini bahawa pra-syarat utama tergolong sebagai 'ahlus sunnah wal-jama'ah' adalah memahammi ketetapan as-Sunnah. Ini hanya boleh didapati dengan mempelajari ilmu as-Sunnah. Bagaimanakah mungkin umat Islam fahami as-Sunnah, jika tidak diajarkan dan belajar mengenainya? Bagimanakah ilmu as-Sunnah boleh diajarkan jika tiada ulama' atau ilmuwan yg benar-benar faqih tentang ilmu as-Sunnah? Justeru itulah, wajiblah pihak berkuasa menguruskan umat Islam itu usahakan supaya ilmu as-Sunnah itu diajarkan dan disebarkan, supaya lebih ramai umat Islam dapat bersiap diri untuk mematuhi perintah dalam Ayat 13 dan 14, Surajh an-Nisa' itu.
Dengan itu mereka berpeluang menjadi calun syurga dan seterusnya mendapat paspot atau tiket ke syurga.
Kemudian ciri kedua dalam pra-syarat pertama 'ahlus sunnah wal-jama'ah' adalah mereka itu faqih dengan ilmu as-Sunnah pula. Kerana as-Sunnah adalah panduan gandingan ilmu dan amalan sebagai 'ahlus sunnah wal-jama'ah'. Realiti akan lagi menyedihkan kita. Kerana, ilmu as-Sunnah tidak diajarkan kepada orang Islam. Malah, kemungkinan besar, mereka yg bergelar ulam' dan ilmuwan sendiri mungkin belum khattam Kuttubul Sittah atau sekurang-kurang Sahih Bukhari dan Sahih Muslim. maka dngan itu mereka belum pasti memiliki ilmu as-Sunnah yg cukup untuk mengajarkan danmembimbing umat Islam supaya lebih ramai lagi tergolong sebagai 'ahlus sunnah wal-jama'ah'. Ini penting kerana, dalam blog ini kita telah ketahui bahawa 'ahlus sunnah wal-jama'ah' sahaja yg berjaya mendapat paspot atau tiket ke syurga. Yakni mereka sahajalah calun syurga, dan yg pasti terselamat dari neraka! mereka itu benar-benar daat masuk syurga jikalah mereka lulus ujian dalam Ayat 13 dan Ayat 14, Surah an-Nisa' itu.
Kemudian, melalui ilmu al-Quran dan ilmu as-Sunnah jugalah kita boleh faham bahawa pra-syarat kedua 'ahlus sunnah wal-jama'ah' itu adalah 'menganuti Islam secara berjema'ah'.
Firman Allah (a.w):[Maksud: 'Berpeganglah dengan tali Allah (a.w) (yakni, Islam) secara berjemaah dan jangan berpecah atau berfirqah, ... hingga akhir ayat.][Ayat 103, Surah ali-Imran]
Kalimah 'jami'an' dalam ayat tersebut diterjemahkan atau ditafsirkan sebagai menyuruh umat Islam anuti Islam 'kesemuanya'! Sememangnya orang Islam yang beriman itu disuruh ambil semua tentang Islam (sebagaimana yg ditetapkan dalam al-Quran dan as-Sunnah) tidak boleh ambil sedikit, tinggalkan sedikit. Maka dengan mentafsirkan 'jami'an' sebagai 'semuanya' adalah batil. Ini lebih jelas lagi apakala kita teliti ketetapan as-Sunnah tentang konsep dan hakikat 'Jema'ah' itu.
Tanpa, ilmu as-Sunnah kita tak mungkin faham bahawa dimensi kedua ini amat 'simple' dan 'straight forward', namun amat sulit bagi ramai orang fahami, apatah lagi laksanakan. Umat Islam perlu faham maksud 'berjema'ah' itu dengan berpandukan panduan as-Sunnah. Tanpa ilmu as-Sunnah sukar mereka memahaminya.
Insya Allah penulis akan tampilkan dari masa ke semasa apakah yg dimaksudkan 'anuti Islam secara 'berjema'ah' ini dalam blog ini. Tapi, yg jelasnya hari ini dimensi kedua ini langsung tidak diberi perhatian oleh para ulama' dan ilmuwan Islam. Umat Islam tidak diberi kefahaman mengenai. Mungkin mereka sendiri belum faham. Tanpa mempelajari ilmu as-Sunnah sukar untuk difahami yg haq dalam Islam dan syariatnya.
Semoga Allah (a.w) memberikan kita kesempatan untuk menyediakan diri dan dilembutkan hati kita supaya kita yang sentiasa ingin memperbaiki diri dan amalan demi kesejahteraan akhirat kita. Amin
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment