Saturday, December 26, 2009

Memakai sutera mengundang celaka

Assalamualaikum,
Lelaki Islam itu sama sekali tidak dibenarkan memakai kain sutera - sebagai baju, kain atau apa jua pakaian yg terlekat ditubuh badan - sekali sekala atau seringkali, tidak kira.
Diriwayatkan hadith dari Omar (r.a) berkata: 'Aku mendengar Nabi (s.a.w) bersabda: 'Jangan kamu memakai sutera, kerana sesungguhnya barangsiapa memakainya di dunia, maka dia tidak memakainya di akhirat.' [Hadith Imam Ahmad, Bukhari dan Muslim]
Diriwayatkan hadith dari Anas b Malik (r.a) berkata bahawa Nabi (s.a.w) bersabda: 'Barangsiapa memakai sutera di dunia, maka dia tidak akan memakainya di akhirat.' [Hadith Imam Ahmad, Bukhari dan Muslim]
Dalam konteks di atas, lelaki yg duduk di atas tilam atau bantal atau hamparan yg diperbuat dari sutera, sama seumpama memakainya!
Kalau seorang lelaki itu 'teringin sangat' nak pakai sutera, hanya dibolehkan setakat selebar dua jari saja!
Sebaliknya, wanita Islam dibolehkan memakai sutera dan lain-lain pakaian, tetapi selagi tidak dipamirkan kepada orang, yg menjadikan lelaki tertarik melihatnya, akan menjadi fitnah. Wanita Islam tidak boleh mempamirkan dirinya pada awam. Kalau dia nak menghias diri, lebih baik duduk di rumah. Malangnya hari ini, kerana pengaruh persekitaran dan kerana begitu baiknya godaaan syaitan itu, manusia semakin hari semakin 'menduakan' kaum bukan Islam dam kaum musyrik. [Nota: Rasulallah (s.a.w) menyebutkan bahawa dunia akan semakin tua dan manusia semakin menyerupai kaum-kaum Yahudi dan Nesarani dalam gayahidup sejengkal demi sejengkal. Mereka semakin menjauhi ugamanya sejengkal kemudian sehasta kemudian sedepa, sehingga sampai masanya tidak ada bezanya antara orang Islam dengan orang yg tidak Islam, kecuali nama sahaja! Itulah akhir zaman akan bermula.
Apa-apa yang dilakukan oleh orang Barat atau bukan Islam pasti ditiru dan dilakukan oleh orang Islam, lebih-lebih lagi orang Melayu.
Demikianlah sedikit panduan semoga, tidaklah kita terikut-ikut dengan perbuatan atau perlakuan yg bersifat kejahiliahan, insya Allah. Amin
Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment