Tuesday, September 23, 2014

Ibadah sunat yang digalakan bulan Zulhijjah

Assalamualaikum,

Saudara, alhamdulillah kita telah selesai membicarakan tentang ibadah haji dan umrah bulan ini. Kita do'akan semoga kesemua jema'ah haji berjaya mengerjakan ibadah haji yang terbaik dan berakhir dengan mendapat haji mabrur.
Dalam post ini kita lihat pula apakah amalan terbaik bagi kita yang tidak mengerjakan haji dan umrah, i.e. bermukim di Malaysia. Antara amalan yang amat banyak mendatangkan pahala dalam bulan ini adalah:



Amalan sunat bulan Zulhijjah


1.Berpuasa sunat sehari pada 9 Zulhijjah - Puasa Hari Arafah - yang menghasilkan pahala yang banyak, iaitu menghapuskan dosa setahun yang lalu dan setahun selepasnya - antara dua hari  Arafah.

2. BerTakbir raya mulai masuknya waktu solat Maghrib - 9 Zulhijjah dan berakhir ketika masuknya waktu 'Asar pada 13 Zulhijjah;
3. Solat Aidil Adha pada 10 Zulhijjah; dan

4. Menyembelih kurban - unta, lembu atau kerbau atau kambing pada 10 Zulhijjah atau dalam hari Tasyrik, paling lewat, tamat tempoh 13 Zulhijjah.

Saudara, kita teliti satu persatu amalan ini dalam post ini dan post-post berikutnya, insya Allah. Kita mulakan dengan meneliti 2 amalan yang amat menguntungkan kita,, iaitu Puasa Arafah dan Ibadah Berkorban.

1. Puasa Sunat Hari Wukuf

Saudara, bagi jema'ah haji, mereka berada di Arafah pada 9 Zulhijjah - Wkuf di Arafah. Kita yang tidak mengerjakan haji diberi Allah (a.w) kesempatan untuk mendapat pahala yang amat banyak jikalah kita sanggup dengn ikhlas berpuasa sehari kerana Allah (a.w) 

Diriwayatkan sepotong hadith daripada Abi Qatadah (r.a), katanya: ‘Sesungguhnya Nabi (s.a.w) telah bersabda: ‘Puasalah pada Hari Arafah, sesungguhnya mencari pahala aku pada Allah (a.w) agar menghapus dosa (oleh Allah (a.w)) (dosa-dosaku) setahun yang sebelum Hari Arafah dan setahun sesudah Hari Arafah.’ [Hadith sahih riwayat at-Termizi]
Puasa hari Arafah itu menghapuskan dosa=dosa orang yang mengerjakannya dua tahun - seetahun sebelumnya dan setahun selepasnya - antara 9 Zulhijjah 1434 - 1435, setahun yang lalu, dan 9 Zulhijjah 1436 - 1437.

2. Solat Aidil Adha

Saudara, Solat Aidil Adha itu, sebagaimana solat Aidil Fitri yang lalu dikerjakan ketika pagi - antara jam 8-8.30 pagi. 10 Zulhijjah itu adalah hari raya umat Islam lebih dimuliakan dari Aidil Fitri kerana dalam bulan Zulhijjahlah umat Islam menyempurnakan Ibadah/Rukun Islam ke-5 mereka, iaaitu naik haji ke Mekah. Dari segi syariatnya dan sunnahnya, solat Aid - Fitri dan Adha - itu sepatutnya diadakan di atas padang sebagai melambangkan kebanggaan serta kekompakan umat Islam dalam perkara agama dan boleh mendemokan kesepaduan dan kesatuan umat Islam. Namun hari ini, tiada sat negarapun yang mengakui Islam adalah agama resminya berbuat sedemikian.
Seperti Solat Aidil Fitri, Khutbah solat Aidil Adha dibaca selepas selesai solat - memberi salam. Dan khutbah tersebut adalah sebahagian daripada solat aid berkenaan, maka hendaklah khutbahnya ibaca dalam bahasa asalnya, Arab dan semua yang hadhir solat tidak dibenarkan bercakap-cakap atau bersembang setelah memberi salam. 
3. Menyembelih kurban

Saudara, Ibadat Kurban itu diperintahkan oleh Allah (a.w) melalui turunnya Surah al-Kauthar, iaitu:
Firman Allah (a.w) dalam al-Quran - Surah al-Kauthar: 'Bismillahi rahmanir rahim
Inna ‘ataina kal-kauthar @ Fasali lirabbika wa-anhar @ Inna syaniaka hual abtar.’ (Yang bermaksud: Dengan nama Allah Zat yang Maha Mengasihi dan Menyayangi. Kami (Allah (a.w)) memberi kepadamu (yakni, Muhammad (s.a.w)) telaga al-Kauthar @ Maka solatlah kamu kepada Tuhanmu dan menyembelihlah kamu (yakni, berkurbanlah) @ Sesungguhnya orang yang benci terhadapmu/kepadamu (yakni, tidak mahu menerima syariat agama Islam yg kamu bawakan itu) dia (yakni, orang itu) terputus kebaikkannya (dari Allah (a.w) dan terputus darimu (yakni, bukanlah umatmu)).’ [Surah al-Kauthar, Ayat 1 hingga 3] 
Saudara, Allah (a.w) memberitahu dalam surah ini penghormatan terbesar Allah (a.w) kepada Rasulallah (s.a.w) , iaitu dikurniakan Telaga al-Kauthar di akhirat kelak. Disebutkan dalam al-hadith gayung/pencedoknya begitu banyak sehingga mengalahkan bilangan bintang-bintang di langit. Tiada seorang nabi atau rasulpun sebelum beliau diberi kurniaan begitu hebat. Dalam al-hadith disebutkan sesiapa yang diberi kesempatan minum air telaga al-Kauthar itu - ketika berhimpun di padang makhsyar kelak - tidak akan merasa kehausan menunggu diserahkan Kitab Catatan Amalannya . Manusia yang berkumpul di padang makhsyar itu berbaris di belakang imam masin-masing - jikalah mereka Islam. Lama menunggu untuk mendapat Kitab masing-masing adalah 50,000 tahun, dan sehari di akhirat  panjangnya 1,000 tahun di dunia. Ketika berhimpun  ke kepaala manusia, dan bumi dijadikan dari tembaga. Pastinya panas, orang yang berhimpun akan berpeluh, sehingga ada penuh mereka sampai ke paras hidung merka, dalam keadaan yang amat haus. Itu satu azab di akhirat!
Bagi orang Islam mereka berhimpun di belakang imam-imam masig-masing. Jika mereka tiada imam maka berkeliaranlah mereka mencari Imam. Jelslah pula mereka yang tiada beriImam tidk diakui umat Muhammd dan jsuteru itu dihalang dari minum air Telaga al-Kauthar.
Seterusnya Allah (a.w) perintahkan Rasulallah (s.a.w) supaya buat Solat Aidil Adha dan kemudian sembelihlah kurban kerana Allah (a.w). Inilah mulanya syariat mewjibkan umt Islam menyembelih kurban.
Saudara, yang utama kita fahami adalah ketetapan Allah (a.w) dalam ayat terakhir Surah al-Kauthar itu yang menyatakan sesiapa yang membenci/tidak mahu iktui syariat agama Islam yang dibawa oleh Rasulallah (s.a.w) itu adalah orang yang dianggap membenci beliau. Maka mereka itu - walaupun Islam - terputus hubungan dengan Rasulallah (s.a.w) dalam konteks agama, maksudnya, tidak diakui menjadi umat beliau di akhirat kelak. Maka golongan tersebut yang menghampiri telaga al-Kauthar tidak diberi laluan oleh malaikat yang menjaga untuk minum airnya. Jelaslah, mereka Islam tetapi mencemarkan Islamnya sehingga tidak termasuk dalam golongan umat Muhammad (s.a.w), walhal sesiapa yang Islam berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah adalah semuanya umat Muhammad (s.a.w). Tapi jelaslah dalam Islampun ada golongan yang tidak diaki atau diktiraf sebagai umat Muhammad (s.a.w). Maka dengan itulah Rasulallah (s.a.w) dalam hadith memberitahu kita bahawa selepas wafatnya beliau umat Islam akan berpecah dalam aqidah dan syariat sehingga menjadi 73 golongan atau fahaman Islam, 72 golongan gagal mendapat syurga dan hanya satu golongan sahaja yang berjaya mendapat syurga, iaitu mereka yang ikuti as-Sunnah dan Islamnya berbentuk jema'ah, maksudnya berjema'ah dalam Islam.
Saudara, selain begitu besarnya pahala mengerjakan puasa sunat sehari pada 9 Zulhijjah - Puasa Arafah itu - menyembelih kurban adalah amat besar pahalanya pula, mengalahkan pahala berperang fi sabilillah! Ini dijelaskan dalam hadith berikut:

Diriwayatkan hadith dari said b Khubairin hadith dari Ibnu Abbas (r.a) berkata: Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Tidak ada dari beberapa hari, yakni hari kesepuluh (bulan Zulhijjah) yang di dalamnya (ada amalan) yang lebih disukai Allah (a.w).’ Berkata mereka (para sahabat): Wahai Rasulallah (s.a.w)! Tidak berjihad fi sabilillah (i.e. membela ugama Allah (a.w))?’ Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Dan tidak juga berjihad fi sabilillah.’ (Kemudian Rasulallah (s.a.w) menyambung sabdanya): ‘Kecuali seorang lelaki (yang berjihad itu) keluar dengan dirinya dan hartanya, maka tidak kembali dia dari demikian (jihad) dengan sesuatupun.’ (Yakni, lelaki yang berjihad dengan diri dan hartanya itu habis hartanya dan mati dia dalam jihad tersebut. Orang sedemikian itu mendapat pahala yang dapat mengatasi amalan (korban) pada 10 Zulhijjah itu.).’ [Hadith Abu Daud]
Saudara, jelas dalam hadith di atas itu pahala menyembelih kurban selepas Aidil Adha (dalam bulaan Zulhijjah) iu amat besar dan hebat pahalanya. Selain pahala yang diberikan bagi setiap bulu-bulu haiwan kurban itu, pahala berKorban itu mengatasi pahala orang yang berperang  fi sabilillah, kecualilah yang berperang itu yang kembali ke rumahnya hanyalah jenazahnya sahaja dan segala hartanya habis dibelanjakan untuk fi sabilillah.


(-) Niat ketika menyembelih

Diriwayatkan bahawa Qatadah (r.a) menyebutkan bahawa Anas bin Malik (r.a) menceritakan kepadanya suatu hadith yang (kata Anas) daripada Nabi (s.a.w): ‘Sembelihlah Kurban dua ekor kibas yang kedua-duanya bertanduk dan gemuk badannya, memijak Nabi atas lembong badan kedua-dua kambing itu, dan menyembelih dia kedua-duanya, dengan membaca Bismillah dan membaca Takbir Nabi (i.e. Allahu Akbar).’ [Hadith sahih an-Nasa’i]

Sepotong hadith lain jelas menyebutkan lafaz tersebut, iaitu:

Diriwayatkan hadith daripada Jabir bin Abdullah (r.a.) berkata dia: ‘Telah datang kami atas Rasulallah (s.a.w) semasa (Aidil) Adha pada tempat bersolat, maka ketika selesai Nabi (s.a.w) pada kutbahnya maka turun dari mimbarnya dan diberikan seekor kambing (kibas) maka menyembelih Rasulallah (s.a.w) dengan tangannya sendiri dengan menyebut: ‘Bismillah, Wallahu Akbar’ atas ini Kurban dariku dan dari orang-orang yang belum menyembelih Kurban dari umatku’. [Hadith sahih Abu Daud]

(-) Tidak ada ketetapan mutlak tentang perkongsian

Sauadara, dalam hadith berikut jelas bahawa Rasulallah (s.a.w) menyembelih kurban seekor kambing dengan diniatkan kurban bagi pihak dirinya, keluarganya dan umat beliau sekali.Jelaslah melebihi seorang. 

Diriwayatkan daripada Aisyah (r.ah) mengatakan bahawasanya Rasulallah (s.a.w) telah memerintahkan dengan (dibawa) seekor kibas yang bertanduk, berwarna hitam dan tidak cacat pada kambing itu dan melihat pada keadaan (atau sifat) kibas itu, maka diberi kepada Nabi dengan kambing kibas itu supaya Nabi menyembelih pada kibas itu, maka bersabda Nabi (s.a.w): ‘Ya Aisyah, bawakanlah pisau.’ Kemudian bersabda pula: ‘Tajamkanlah pisau dengan batu (pengasah pisau).’ Maka mengerjakan Aisyah (r.ah), kemudian mengambil Nabi akan pisau maka mengambil Nabi akan kambing itu, maka ditidurkan oleh Nabi kambing itu, kemudian menyembelih kambing itu dengan membaca ‘Bismillah, Allahumma Taqabbal baina Muhammad, wa-aali Muhammad, wa-min ummati Muhammad’ kemudian menyembelih Nabi kibas Kurban itu.’ - Hadith Muslim.
Saudara, ada beberapa perkara disebutkan dalam hadith ni. Pertama, niat semsa menyembelih kurban iaitu membaca 'Bismillah, Allahumma taqabbal
baina (nama orang yang berkurban)', kemudian dibaca 'Allahu Akbar' dan menyembelihnya. Kedua, haiwan kurban itu boleh diniatkan untuk seramai mana orang yang menyumbang membelinya, tidak terhada kepada 7 untuk lembu/sapi atau 10 untuk unta

(-) Bukan ketetapan yang diwajibkan Sunnah

Saudara, Rasulallah (s.a.w) tidak menetapkan sebagai suatu yang mytlak atau wajib perkongsian dalam seekor haiwan kurban - embu dikongsi 7 orang atau unta dikongsi antara 1o orang. Hadith berikut bukan merupakan perintah atau ketetapan, tetapi hanyalah perbuatan sahabat secara kebetulan dalam membeli haiwan untuk kurban - seekor unta boleh didapati dengan perkongsian 10 orang, manakala seekor lembu boleh didapatui melalui perkongsian 7 orang.

Diriwayatkan sepotong hadith daripada Ibnu Abbas (r.a) yang berkata: ‘Ada kami berserta Rasulallah (s.a.w) semasa dalam perjalanan (musafir) maka datang hari raya Kurban (maksudnya, kebetulan jatuh pada hari raya kurban) maka berkongsilah kami dalam mendapatkan seekor unta (untuk Kurban) berkongsi unta sepuluh orang dan seekor lembu berkongsi tujuh orang. [Hadith sahih an-Nasa’i]
Jelasnya, tiada keteta[an yang menghadkan perkongsian dalam perkara haiwan kurban.


(-) Boleh makan daging kurban milik sendiri?

Saudara, hadith berikut menyebutkan tentag falasi ketetapan yang menjadi amalan umat Islam di Malaysia bahawa seekor kambing itu hanya sesuai untuk kurban bagi seorang dan seekor lembu, seperti yang kita telah ceritakan sebelum ini - hanya boleh/wajardikongsikan oleh 7 orang/individu. Sebenarnya tidak. Islam itu amat hebat, sehinggakan sesiapa sahaja, tak kira status ekonominya, asalkan status keimanannya hebat, dibolehkan berkongsi emnyembelih kurban dengan berkongsi bermaiaramaipun.

 Diriwayatkan sepotong hadith daripada Umarah bin Abdullah (r.a) berkata dia: ‘Aku mendengar ‘Ataq bin Yasari yang berkata bahawa ‘Ataq berkata: ‘Telah bertanya aku (‘Ataq) pada Abu Ayub al-Ansari (r.a) (seorang sahabat Nabi yang hidup zaman Nabi) bagaimana adanya Kurban (bagaimana Kurban itu dilakukan) pada zaman Rasulallah (s.a.w)?’ Maka telah menjawab Abu Ayub al-Ansari: ‘Ada seorang lelaki menyembelih ia dengan seekor kambing dari miliknya dan milik ahli rumahnya (keluarganya), maka makan mereka dan memberi makan mereka orang-orang yang berlumba-lumba (hendakkan dagingnya), maka menjadi apa-apa yang menjayakan sebagaimana engkau melihat engkau kelakuan ‘Ataq itu (yakni, ikutlah sebagaimana ‘Ataq lakukan).’ [Hadith sahih at-Termidzi]
Saudara, hadith in menyebutkan bahawa seorang sahabat zaman Rasulallah (s.a.w) menyembelih seekor kambing dan di iatkan untuk dirinya dan keluarganya sekali, dan daging kambing yang seekor itu dimakan olehnya dn kelarganya.


Jazakallahu khairah
















Wednesday, September 17, 2014

Ibadah Haji: Rukun Islam ke-5 (Samb. dan Rumusan)

Assalamualaikum,
Saudara, kita telah selesai meneliti peraturan/manasik atau cara dan kaedah serta rukun-rukun ibadah haji/umrah, dalam beberapa post yang lalu. Dalam post ini kita rumuskan step-by-step cara dan kaedah tersebut supaya kita tidak tersilap. Saudara, dalam situasi sekarang ini di Malaysia, tidak mudah nak buat haji kerana dikawal oleh Kerajaan Malaysia (melalui Tabung Haji) yang memberi kebenaran siapa yang boleh menunakan haji, walaupun sudah mendaftar untuk naik haji sudah bertahun-tahun.Kerajaan Arab Saudi tidak membenarkan setiap orang yang ingin menunaikan haji datang ke Mekah/Madinah sesuka hati mereka, bila-bila masa mereka nak pergi. Maka jika diberi peluang maka pastikanlah kita kerajakan terbaik, yang terbaik menyemak ilmu mengenai Islam dan syariat Islam, dan syariat haji/umrah apakah ketetapan Allah (a.w) (dan, Rasulallah (s.a.w)), dalam perkara haj/umrah. Jika tidak menepati ketetapan Rasulallah (s.a.w): 'Khuzu 'anni manasikakum ...' itu, maka rugilah kita dan tak gunalah haji kita, dan sudah pastilah kita tak dapat status ;haji mabrur' itu!

Manasik/Peraturan dan Kaedah mengerjakan Haji/Umrah
Rumusuan: Ibadah Haji


1 .Pada pagi 9 Zulhujjah. Mandi hadath besar apabila hendak pergi ke Miqat Haji/Umrah. Dan, bertolak ke Miqat, memakai kain ikhram bagi lelaki/kain telekong bagi wanita, bersolat solat sunat 2 rakaat di Miqat, dan kemudian melafazkan niat Haji/Umrah : 'Labbaikan, Allahumma Hajjan/umratan'.

2. Membaca Talbiah dalam perjaan dari Miqat dan sepanjang perjalanan untuk Wukuf sehinggalah sampai ke tempat Wukuf, di Arafah. Miqat jema'ah haji yang bermukim di hotel di Mekah adalah di hotelya. (Miqat bagi umrah hendaklah keluar ke Tan'im atau Jahranah atau Zulkhulaifah, dan ketika balik ke Mekah untuk Tawaf bacalah Talbiah sepanjang jalan dan berhenti ketika dah sampai kat Sudut Hajar Aswad.

3. Pada 9 Zulhijjah. Bertolak ke Arafah waktu pagi supaya sampai ke Arafah untuk Wukuf di Arafah sebelum masuk waktu Zohor, kerana waktu Wukuf itu adalah bermula ketika tergelincir matahari (i.e. masuk waktu Zohor) sampailah ke tamatnya waktu 'Asar (i.e. masuk waktu Maghrib). Setelah berada dalam khemah solatkan Solat Zohor dan Solat 'Asar jama' qasar - dua-dua rakaat - jama' takdim (i.e. buat kedua-dua solat itu dlam waktu Zohor). Keluar dari Arafah sebelum masuk waktu Maghrib. Ketika di Arafah perbanyakkan berdo'a sahaja kerana do'a di Arafah makbul. Ketika sampai ke Arafah, berada dalam khemah, jama' (takdim) dan qasarkan solat Zohor dan 'Asar.

4. Petang 9 Zulhijjah. Setelah selesai Wukuf - tamat waktu 'Asar atau ketika masuk waktu Maghrib, bertolak ke tanah jami' (i.e. Muzdalifah) dalam waktu Maghrib untuk Mabit di Muzdalifah (maksudnya, berhenti tidur sebentar) di Muzdalifah. Di Muzdalifah solatkan Solat Maghrib dan Solat Isya' jama' qasar, jama' takhir - tiga rakaat Maghrib dan dua rakaat Isya') - dalam waktu Isya'. Memperbanyakkan do'a, kerana do'a di Muzdalifah makbul sebagaimana Arafah tempat makbulnya do'a. Kemudian mencari batu-batu kecil untuk digunakan kelak melontar Jamrah di Mina- pada 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah.

5. Pagi 10 Zulhijjah. Di Muzdalifah, setelah masuk Subuh solatlah Subuh, dan  bersegera keluar dari Muzdalifah pergi ke Mina sebelum terbit matahari, untuk bermalam di Mina selama 3 hari 3 malam, untuk melontar Jamrah pada 10,11,12 dan 13 Zulhijjah. Di Mina sebaik-baiknya sampai di Mina waktu Dhuha.

6. Pada 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah. Setelah tiba di Mina, bermalam di Mina selama 3 hari 3 malam untuk melontar Jamrah. Di Mina kerjakan semua solat fardhu jama' qasar - bukan jama' tamam. Pagi 10 Zulhijjah - ketika sudah masuk Waktu Dhuha pergi ke Jamrah Aqabah (atau Jamrah Qubra) untuk melontar jamrah itu dengan 7 batu kecil, pastikan terkena pada temboknya bukan kawahnya. Setiap lontaran disebut 'Bismilah, Allahu Akbar'. Setelah melontar Jamrah Aqabah pada 10 Zulhijjah, jema'ah haji boleh Tahlul Awal - tanggalkan kain ikhram, pakai pakaian biasa. gugur kesemua pantang larang keharaman haji/berikhram kecuali 3 iaitu berakaitan dengan hubungan suami isteri (foreplay, berjimak/bersetubuh).

7. Ketika masih di Mina pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah (i.e. 3 Hari Tasyrik) pergi ke Jamrah untuk melontar ketiga-tiga Jamrah - Ula, Wusta dan Aqbah - 7 batu kecil setiap satu, untuk 3 hari, dalam waktu 'Asar. Tamat waktu melontar ketika masuk waktu Maghrib.

8. Sesiapa yang ingin buat Nafar Awal pada 12 Zulhijjah, setelah melontar ketiga-tiga Jamrah, boleh keluar Mina bertolak ke Mekah/Ka'abah jika sempat keluar dari Mina sebelum tamat waktu 'Asar. Jika tak sempat kekal tinggal di Mina sehari lagi (pada 13 Zulhijjah) untuk melontar ketiga-tiga jamrah hari Tasyrik ke-3 yang disyaratkan.

9. Selepas Nafar Awal jema'ah haji keluar Mina dan pergi ke Mekah/Ka'abah dengan berwudu' untuk mengerjakan Tawaf Ifadah (= Tawaf Haji), mengelilingi Ka'abah 7 kelilng/pusingan. Mula Tawaf di Sudut Hajar Aswad, dan tamat pusingan di Hajar Aswad juga. Berlari-lari anak pada pusingan 1 hingga 3 pusingan sampai ke Rukun Yamani, dan menyambung pusingan dengan berjalan kaki antara Rukun Yamani hingga Rukun Hajar Aswad. Pada pusingan ke-4 hingga ke-7 berjalan kaki/biasa.

10. Selesai Tawaf Ifadah (=Tawaf Haji) pergi ke belakang Makam Ibrahim berdiri di antara Sudut Hajar Aswad dan Pintu Ka'abah (= Multazam) untuk bersolat sunat dua rakaat di belakang Makam Ibrahim, setelah solat berdo'a - Do'a Nabi Adam dan Do'a Nabi Ibrahim - do'a di Multazam (dan Hijir Ismail) mustajab.

11. Setelah selesai Tawaf Ifadah pergi ke Bukit Safa untuk menngerjakan Sa'i Haji mengelilingi Bukit Safa dan Bukit Marwah 7 pusinagn. Satu pusingan dari Bukit Safa ke Bukit Marwah, dan satu pusingan pula dari Bukit Marwah ke Bukit Safa adalah satu pusingan. Tamat Sa'i itu ketika habis pusingan ke-7 di Bukit Marwah. Setiap kali berjalan dari Bukit Safa/Bukita Marwah ke Bukit Marwah/Bukit Safa, hendaklah berlari-lari anak ketika sampai di kawasan Jurang Mua'isim (yang ditandakan dengan lampu hijau).

12. Setelah selesai Sa'i Haji maka berTahlul Thani dengan membotakkan/menggondolkan kepala sambil berdo'a, maka selesailah ibadah haji (dengan syarat segala rukun-rukun qalbi, qauli dan fe'linya sejajar dengan ketetaan 'Khuzu 'anni manasikakum' itu.

13. Sebelum pulang ke tanah air buatlah Tawa Wada'/Tawaf Selamat Tinggal).

Bagi umat Islam/Jema'ah Haji yang berkesempatan mengerjakan haji tahun ini, sama-samalah kita ucapkan dan do'akan semoga mendapat Haji Mabrur.
Jazakallahu khairah

Ibadah Haji: Rukun Islam ke-5 (Samb.)

Assalamualaium,
Saudara, kita teruskan penelitian kita bagi menyudahkan program latihtubi dan ulangkaji/penderasan, bak kata orang Indon, tentang ibadah haji. Kita telah selesai lihat bagaimana mengerjakan Tawaf Ifadah (=Tawaf Haji) dan seterusnya bagaimana mengerjakan Sa'i Haji. Hanya satu rukun haji sahaja yang tinggal iaitu berTahlul (katakanlah Tahlul Thani, kerana dulu pada 10 Zulhijjah, ketika berada di Mina, Jema'ah Haji, telah melontar Jamrah Aqabah dengan 7 lontaran batu kecil melambangkan lontaran kepada syaitan. Selepas melontar Jamrah Aqabah pada 10 Zulhijjah tersebut, jema'ah haji boleh bertahlul, Tahlul Awal, dengan menanggalkan pakaian ikhram mereka dan memakai pakaian biasa/lazim. Telah gugur kesemua pantang larang berikhram, kecuali pantang larang berikhram yang berat, iaitu bersabit dengan hubungan suami isteri dan urusan nikah kahwin terhadap orang Islam.
Saudara, oleh kerana kita sudahpun Tahlul Awal, maka mengerjakan Tawaf Ifadah (=Tawaf Haji) - mengelilingi Ka'abah 7 pusingan tak perlu pakai ikhram lagi, boleh pakai pakaian biasa termasuk seluar atau jubah atau kain pelekat, dan sebagainya. Dalam post kita kali ini kita lihat Rukun Tahlul Thani ini. Dan, dengan itu selesailah ibadah haji kita/jema'ah haji. Dan, kalau diusahakan sebaik mungkin, terutama pantang larang rohani dan jasmani, segala rukun-rukunnya menepati as-Sunnah, maka insya Allah dapatlah jema'ah haji itu taraf Haji Mabrur.

Cara dan Kaedah Mengerjakan Ibadah Haji (Sambungan)
Bertahalul (Bercukur)

Saudara, setelah selesai mengerjakan Sa'i Haji, berjalan dari Bukit Safa ke Bukit Marwah, dan kemudian berjalan kembali dari Bukit Marwah ke Bukit Safa dan seterusnya, sehingga selesai 7 pusingan di Bukit Marwah, kita/jema'ah haji bertahlul - menggondolkan/membotakkan kepala, atau paling kurang memotong rambut.

Diriwayatkan hadith dari Muawiyah bin Abi Sufyan (r.a) berkata: ‘Aku potong rambut Nabi (s.a.w) dengan (mata) sebatang anak panah bermata lebar di (bukit) Marwah. Atau, aku melihat beliau dipotong rambutnya dengan sebatang anak panah yang lebar matanya di atas (bukit) Marwah.’- Hadith Abu Daud dan juga Bukhari, Muslim dan an-Nasa’i.
Saudara, dalam hadith disebutkan bahawa seorang sahabat Nabi memotong ranbut Rasulallah (s.a.w) untuk berTahlul dengan mata tombak yang lebar. Dalam hadith berikut kita mendapat tahu bahawa Rasulallah (s.a.w) mendo'akan jema'ah haji/Umrah yang membotakkan/menggondolkan kepalanya au memotong mereka.
Diriwayatkan hadith dari Umarah b Ka’ka’ hadith dari Abu Hurairah (r.a) berkata: ‘Telah bersabda (yakni, berdoa) Rasulallah (s.a.w): ‘Allahummaghfir lil-muhaliqina.’ (Yang bermaksud: Ya Allah (a.w), semoga Engkau (Allah) mengampuni orang-orang yang bercukur gondol kepalanya). Dikatakan oleh seorang sahabat: ‘Wa-lil muqassirina?’ (Yang bermaksud: Dan orang-orang yang memendekkan rambut?’). Bersabda Nabi (s.a.w): ‘Allahummaghfir lil-muhaliqina’. Berkata sahabat: Wa-lil muqassirina? Dan, berdoa Nabi (s.a.w), yakni menyebut tiga (3) kali (kalimah ‘al-muhaliqina’) (kemudian) Nabi (s.a.w) bersabda (yakni, berdoa): ‘Wa-lilmuqassirna’ (Yang bermaksud: Orang yang memendekkan rambutnya.) - Hadith Bukhari.
Saudara, dari hadith ini jelas bahawa Rasulallah (s.a.w) dua perkara: pertama, Rasulallah (s.a.w) mendo'akan orang yang membotakkan kepalanya sebagai bukti selesainya ibadah haji/umrah mereka; dan kedua, membotakkan/menggondolkan kepala itu lebih afdhal berbanding dengan semata-mata memotong rambut atau memotong beberapa helai rambut ketika berTahlul thani itu.


Selesai Haji segera pulang

Saudara, setelah bertahlul maka selesailah ibadah haji/umrah kita, dan gugurlah pantang larang haji/umrah yang 3 yang kita telahpun maklum. maka jem'ah haji/umrah bolehlah bergaul dengan isteri mereka, telah dihalalkan baginya.

Saudara, adalah menjadi adab bagi orang yang menziarahi Mekah/Ka'abah, terutama jema'ah haji/umrah, sebelum meninggalkan Arab Saudi atau Mekah, mengerjakan Tawaf Wada', dan kemudian beredar keluar Mekah kembali ke tanah air masing-masing. 
Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Ketika telah menyelesaikan salah seorang kamu akan (ibadah) haji maka mempercepatkanlah kembali kepada keluarga kamu sekelian, maka sesungguhnya (berbuat demikian) itu lebih besar pahalanya.’ - Hadith riwayat Hakim dan al-Baihaqi dalam Kanzil Umal.
Nota: Sebelum pulang ke Malaysia hendaklah buat Tawaf Wada’ (Tawaf selamat tinggal) tanpa memakai ikhram – Tawaf 7 keliling dan solat dua rakaat di belakang Makam Ibrahim dan berdo’a. Tawaf Wada' sebagaimana Tawaf Qudum (=Tawaf Selamat Datrang) itu adalah tawaf sunat, namun ganjaran pahalanya amat besar, kerana Ka'abah akan menyaksikan orang yang mengunjnginya dan mengerjakan Tawaf Wada; di akhirat kelak, sebagai umat Muhammad (s.a.w)/Islam.

Jazakallahu khairah

Saturday, September 13, 2014

Ibadah Haji: Rukun Islam ke-5 (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, harus diingatkan bahawa sebagaimana solat, kita wajib ada Wudu' untuk mengerjakan Tawaf. Apakah terbatalWudu' kita kalau menyentuh/tersentuh wanita bagi lelaki atau lelaki bagi wanita, yang tidak mahram? Tiada ketetapan syariat Islam - berdasarkan as-Sunnah dan al-Quran menyentuh opposite sex itu membatalkan Wudu'. Ketetapan kononnya menyentuh opposite sex itu membatalkan Wudu' adalah peraturan nenek moyang yang tiada sandaran atau didasarioleh al-Quran dan as-Sunnah. Yang ada menyentuh opposite sex itu mendatangkan dosa, lebih-ebh lagi jika disengajakan. Ketika mengerjakan Tawaf dengan begitu penuh sesak dengan manusia dari pelbagai bangsa dan bahasa, pasti tersentuh orang-orang yang tidak mahram. Kerana kita tidak sengajakan, taklah berdosa, dan tidak membatalkan Wudu'. Yang lebih utama adalah hendaklah kita berWudu; dengan cara dan kaedah yang bertepatan dengan ketetapan as-Sunnah. Sila rujuk post-post yang lalu tentang cara dan kaedah berWudu' yang betul berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah.
Selepas mengerjakan Tawaf Ifadah atau Tawaf Haji, maka jema'ah haji berjalan menuju Bukit Safa untuk mengerjakan Sa'i Haji - berjalan dari Bukit Safa ke Bukit Marwah satu pusingan dan dari Bukit Marwah ke Bukit Safa satu pusingan lagi, iaitu pusingan ke-2. Jangan lupa bahawa kita wajib ada Wudu' ketika mengerjakan Tawaf, tetapi tak perlu berwudu' untuk Sa'i. Cara dan kaedah mengerjakan Sa'i itu - setiap rukunnya dijelaskan dalam hadith-hadith berikut:

Cara dan Kaedah Mengerjakan Ibadah Haji (Sambungan)
Sa’i Haji/umrah - dari Bukit Safa ke Bukit Marwah
(Tujuh pusingan)

(-) Ketika berjalan menuju Bukit Safa

Saudara, setelah selesai Tawaf dan bersolat dua rakaat solat sunat di belakang Makam Ibrahim, berjalanlah ke Bukit Sofa/Safa, untuk ibdah Sa'i Haji.
Diriwayatkan hadith daripada Hisyam bin Urwat hadith daripada bapanya bahawasanya (bapanya) berkata: ‘Berkata aku kepada Aisyah (r.ah), isteri Nabi (s.a.w): Dan aku pada hari ini mendengar hadith ... firman Allah (a.w) Yang Maha Mulia lagi Maha Agung ‘Innas sofa wal-marwata min sya’airillaha in yatauwafa bihima’ (Yang bermaksud: Sesungguhnya Safa dan Marwah itu adalah sebahagian daripada syiar (tanda-tanda kebesaran) Allah (a.w)) - Hadith Bukhari, Kitab Tafsir.
Sesiapa yang hendak mengerjakan haji dan umrah, mereka diwajibkan Tawaf Ifadah atau Tawaf Haji (i.e. mengelilingi Ka’abah) tujuh pusingan, kemudian hendaklah dia mengerjakan Sa’i Haji berjalan dari Bukit Safa ke Bukit Marwah dan kembali semula ke Bukit Safa tujuh kali. Satu Sa’i adalah berjalan dari Bukit Safa ke Bukit Marwah dan kembali ke Bukit Safa, maka dibuat 7 kali dan Sa’i selesai selepas tujuh kali di Bukit Marwah, di nana jma’ah haji bertahlul dengan menggondolkan kepala/bercukur/memotong beberapa helai rambut.

(-) Do’a ketika berada di atas Bukit Safa (dan juga Bukit Marwah)

Sa’i itu adalah berjalan dari Bukit Safa ke Bukit Marwah, dan kembali dari Bukit marwah ke Bukit Safa, dan seterusya diulangi 7 kali jalanan. Dari Bukit Safa ke Bukit Marwah satu Sa’i, dari Buit Marwah ke Bukit Safa satu Sa’i. Jalanan yang ke-7, terakhir, dari Bukit Safa ke Bukit Marwah, kemudian bertahlul, i.e. Tahlul Thani dengan mencukur rambut atau membotakkan kepala. Setelah bertahlul selesailah Ibadah Haji/Umrah dan gugurlah pantang larang terakhir.
Apabila sampai ke kaki Bukit Safa (dan kemudian Bulit Marwah) mengadaplah ke arah Kaabah dengan membaca do’a: ‘Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Lailaha illallah wahdahu la syarika lahu, lahul muku wa-lahul hamdu yuhyi wa-yumit wa-hua ‘ala kulli syai’in qadir, lailaha illallah wahdahu lasyarika lahu anjaza wa’dahu wa-nasara ‘abdahu wa-hazamal ahzaba wahdahu.’(3x). Dan seterusnya berdo’a dengan do’a (bebas). Contoh do’a adalah do’a yang dibacakan oleh Ibnu Omar (r.a) semasa dia berada di atas Bukit Safa dan Marwah: ‘Allahumma innaka qultu … (hingga) … waj’alna a-immatil muttaqina.’ .
Kita akan tuliskan do'a ini dalam post kemudian nanti.

(-) Berjalan dari Bukit Safa ke Bukit Marwah

Di antara Bukit Safa dan ukit Marwah ada bahagian yang ditanda dengan lapu Hijau menandakan Jurang Mauisir bilamana Jema’ah Haji/Umrah dkehendaki berlari-lari anak. Ini melambangkan perbuataan isteri Nabi Ibrahim (Siti Hajar) yang terpaksa berlari-lari dari dua bukit tersebut untuk mencari air untuk diminumoeh anaknya Nabi Ismail (a.s). Maka, semasa mengerjakan Sa’i itu, setiap kali berjalan dan sampai ke kawasan yang ditandakan sekarang dengan lampu hijau, jema’ah Haji/Umrah dikehendaki berelari-lari anak, i.e. dari tempat lampu hijau sehingga sampai ke lampu hijau kedua-dua belah jalanan Sa’i itu.

(-) Do’a-do’a yang dibaca semasa Sa’i

Semasa turun dari Bukit Safa (atau Bukit Marwah) memulakan perjalanan, berjalan bacalah ‘‘Subhanallah, wal-hamdulillah, wa-lailaha ilallah, wal-llahu akhbar’, kemudian membaca ‘wala haula wala quata illa billahi’ dan ketika sampai ke bahagian lampu hijau (di atas) berlari-lari anak (bagi lelaki) sambil membaca do’a: ‘Rabbir fir warham wa-anta (atau) ‘wa-annaka a’azzul akramu.’ sehingga sampai ke bahagian lampu hijau yang satu lagi. Kemudian membaca lagi ‘Subhanallah, wal-hamdulillah, wa-lailaha ilallah, wal-llahu akhbar’… sehingga sampai ke kaki Bukit Marwah membaca ‘A’uzubillahi minas syaitanir rajim. Bismilahhir rahamnir Rahim. Innas safa wal-umrata min syaa’irillahi’. Dan, setelah sampai ke atas Bukit Marwah, berdiri mengadap ke arah Ka’abah, berdoa, yakni membaca: Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Lailaha illallah wahdahu la syarika lahu, lahul muku wa-lahul hamdu yuhyi wa-yumit wa-hua ‘ala kulli syai’in qadir, lailaha illallah wahdahu lasyarika lahu anjaza wa’dahu wa-nasara ‘abdahu wa-hazamal ahzaba wahdahu.’(3x). Demikianlah diperbuat setiap perjalanan tujuh kali berSai tersebut.
Diriwayatkan hadith dari Nafi’ hadith dari Ibnu Omar (r.a) bahawasanya Ibnu Omar (r.a) ada berdoa atas Bukit Safa (dan Marwah) (dengan doa ini): ‘Allahumma’-simana bidinika wa-tawa’itiatika, tawa’iyati rasulika wa-jannibna hududaka. Allahumma-aj’alna nuhibbuka wa-nujiba malaikatika, wa-abiyatika wa-rasulika, wa-nuhibbu ‘ibadakas solihina. Allahumma habibana ilaika wa-ila malaikatika wa-inni anbiyaika wa-rasulika wa-ila ‘ibadis solihina. Allahumma yasirna lilyusra wa-janibnal-‘usra wa’sarlana fil-akhirati wa-ula waj’alna min aimmatil-muttaqina.' (Maksud kalimah doa: Ya Allah (a.w) semoga Engkau menjaga aku dengan agamaMu dan menjaga ketaatanku terhadapMu dan menjaga ketaatan kepada Rasul Engkau dan semoga menjauhkan aku beberapa hukum hudud Engkau. Ya Allah (a.w) semoga menjadikan Engkau aku suka kepadaMu dan suka aku kepada para malaikatmu dan para nabiMu dan para RasulMu dan suka akan hambaMu yang soleh. Ya Allah (a.w) semoga menyenangkanku kepada Engkau (Allah (a.w)) dan kepadapara malaikatMu dan kepada para nabiMu dan kepada para RasulMu dan kepada hamba-hambaMu yang soleh. Ya Allah (a.w) semoga memudahkan pada yang memudahkan kepadaku dan semoga Engkau (Allah (a.w)) menjauhkan padaku (apa-apa) yang menyulitkan (atau merumitkan) aku dan semoga mengampuni akandaku di dalam urusan akhiratku dan urusan yang awal (yakni, dunia) dan semoga menjadikan Engkau (Allah (a.w) aku pemimpin dari kalangan orang yang bertaqwa.) - Hadith al-Baihaqi, Kitab Haji.
Semasa mengerjakan Sai dan membaca do'a-do'anya, hendaklah dengan perasaan rendah diri kepada Allah (a.w) dan khusyuk terhadap apa-apa yang diucapkan. Ini melambangkan kemanan kita yang kental dan penuh yakin pula. Ingatlah berdo'a ketika Sa'i atau di kaki bukit Safa dan Marwah dimakbulkan.

(-) Lari-lari Anak di Wadi (jurang) antara Bukit Safa dan Bukit Marwah 

 
Ketika ,Sa'i kita disuruh berlari-lari anak ketika melalui Jurang Muair - kawasan yang ditandakan dengan lampu hijau.
Diriwayatkan hadith dari Safiah bt Syaibah hadith dari seorang perempuan yang berkata: ‘Melihat aku Rasulallah (s.a.w) lari-lari anak di dalam tengah-tengah tempat banjir, dan bersabda: ‘Tidak boleh dilalui wadi (jurang) kecuali berat (yakni, berjalan dengan cepat).’ - Hadith an-Nasa’i, Kitab Manasik Haji.
Nota: Hadith di atas menyebutkan perlakuan Rasulallah (s.a.w) ketika Sa’i tatkala sampai satu kawasan lembah dia berlari-lari anak. Kawasan ‘lembah’ inilah sekarang ini ditandakan dengan lampu hijau untuk mengingati peristiwa Siti hajar (a.s), isteri Nabi Ibrahim (a.s), yang berlari-lari anak dari Bukit safa ke Bukit Marwah mencari danau atau air. Ketika sampai di kawasan lembah tersebut Siti Hajar (a.s) berlari-lari anak, kerana takutkan banjir kilat (falsh flood). Anaknya, Ismail (a.s) ditinggalkan di suatu tempat sebelah Ka’abah, maka keluarlah anak air yang mengalirkan air, iaitu air zam-zam.
Diriwayatkan hadith dari ‘Amru b Dinar hadith dari Taus hadith dari Ibnu Abbas (r.a) berkata: ‘Sesungguhnya apa-apa berlari-lari anak Rasulallah (s.a.w) di Baitullah antara Bukit Safa dan Bukit Marwah supaya dilihat oleh orang-orang musyrik kekuatan Nabi (s.a.w). Berkata Ibnu Abbas (r.a): ‘Dalam ini bab hadith dari Aisyah (r.ah) dan Ibnu Omar (r.a) dan Jabir (r.a). Berkata Abu Isa (i.e. at-Termidzi) bahawa hadith Ibnu Abbas (r.a) adalah hadith yang baik lagi sahih dan dia orang-orang ahli ilmu suka pada hadith ini apabila lari-lari anak antara Bukit Safa dan Bukit Marwah, maka jika tidak berbuat sedemikian berjalan antara Bukit Safa dan Bukit Marwah pada pendapatnya tidak dibolehkan. - Hadith at-Termidzi.
Nota: Hadith di atas menyebutkan bahawa adalah afdhal bagi orang yang mengerjakan haji dan umrah, ketika Sa’i berlari-lari anak di kawasan yang disebutkan itu. Dalam hadith berikut pula, disebutkan bahawa ketika Rasulallah (s.a.w) sudah uzur, beliau tidak berlari-lari anak, tetapi berjalan seperti biasa sahaja. Jelaslah, yang terbaik berlari-lari anak, tetapi jika tidak mampu kerana keuzuran dan sebagainya, boleh terus berjalan seperti biasa.
Diriwayatkan hadith dari ‘Atak b Saib hadith dari Kathir b Jumhan berkata: ‘Melihat aku Ibnu Omar (r.a) berjalan di dalam tempat berlari-lari anak, maka berkata aku kepadanya (Ibnu Omar (r.a)): ‘Adakah berjalan engkau di dalam tempat berlari-lari anak antara Bukit Safa dan Bukit Marwah?’ Maka berkata Ibnu Omar (r.a): ‘Nescaya jika berlari-lari anak aku maka sungguh-sungguh melihat aku Rasulallah (s.a.w) berlari-lari anak. Dan nescaya berjalan aku maka sungguh-sungguh melihat aku Rasulallah (s.a.w) berjalan. Dan adapun aku orang tua dan tersangat tua.’ - Hadith at-Termidzi, Kitab Haji.
Nota: Dalam hadith di atas, Ibnu Omar (r.a) menyatakan bahawa Rasulallah (s.a.w) ada berjalan sahaja dan tidak berlari anak ketika memasuki kawasan lembah antara Bukit Safa dan Bukit Marwah, yakni kawasan yang bertanda lampu hijau sekarang ini.
Menceritakan hadith dari Zuhair menceritakan hadith dari Abu Ishak berkata: ‘Mendengar aku Ibnu Omar (r.a) berkata (yakni, membaca) antara Bukit safa dan Bukit Marwah (yakni, kawasan wadi, i.e. lari-lari anak) ‘Rabbighfirli warham wa-anta’ atau ‘annakal a’azzul akram’ (Yang bermaksud: Semoga mengampuni dan semoga menyayangi dan Engkau (Allah (a.w))’ atau ‘dan sesungguhnya Engkau (Allah (a.w)) zat yang Maha Mulia (i.e. tidak dikalahkan oleh sesiapa) lagi Maha Mulia (i.e. mengalahkan kurniaanNya atas seluruh alam).) - Hadith al-Baihaqi, Kitab haji.
Jazakallahu khairah

Ibadah Haji: Rukun Islam ke-5 (Samb.)


Assalamualaikum,
Saudara, kita teruskan penelitian kita secara terperinci ibadah haji - bagaimana mengerjkannya supaya kita di akhir ibadah tesebut mendapat 'Haji Mabrur'. Kita telah selesai meneliti aa yang kita wajib lakukan semasa bermalam/berada di Mina 3 hari 3 malam, Di Mina kita duduk dalam khemah untuk mengerjakan satu lagi Rukun Haji iaitu pertama melontar Jamrah Aqabah pada 10 Zulkijjah dalam waktu Dhuha dengan 7 biji batu kecil yang kita telah kutip ketika Mabit di Muzdalifah sebelum ini. Ketika melontar setiap batu kita sebut 'Bismillah, Allahu Akbar'. Kemudian, kedua, pada 3 hari Tasyrik - 11 hingga 13 Zulhijjah - melontar ketiga-tiga jamrah - Jamrah Ula, Jamrah Wusta, dan Jamrah Aqabah - pada waktu ketika tergelincir matahari (i.e. masuk waktu Zohor) sehinggalah tamat waktu 'Asar, dengan 7 butir batu setiap jamrah, dan melontar setiap satu batu dengan menyebut 'Bismillah, Allahu Akbar'.
Saudara, setelah selesai melontar Jamrah Aqabah pada 10 Zulhijjah itu, kita boleh menanggalkan/melucutkan kain ikhram dan memakai pakaian biasa - apa yang disebutkan bahawa kita membuat Tahlul Awal. Mulai itu, gugurlah pantang larang berikhram kecuali tiga perkara larangan yang berat, iaitu pertama mngadakan hubungan kelamin dengan isteri/suami, kedua, melakukan perbuatan yang mengarah kepada persetubuhan iaiatu mukaddimah hubungan sumi isteri; dan ketiga, menguruskan perkahinan atau pernikahan, ketika belum selesai haji.

Cara dan Kaedah Mengerjakan Ibadah Haji (Sambungan)

Tawaf Ifadah (Tawaf Haji)

Jema’ah haji membaca Talbiah dalam perjalaanan ke Mekah dari Mina, dan berhenti membaca Talbiah ketika telah kelihatan Ka’abah. Ketika masuk Masjidil Haram (dan masjid Nabawi, Masjid Quba) bacalah Do’a masuk Masjid sebagaimana Rasulallah (s.a.w) contohkan:

(-) Do’a masuk/keluar Masjid

Saudara, ketika masuk/keluar masjid - masjid mana saja, lebih-lebih lagi Masjid al-Haram dan Masjid Nabawi, bacalah doa berikut:
Diriwayatkan hadith dari Fatimah bte Rasulallah (s.a.w) berkata: ‘Adapun Rasulallah (s.a.w) ketika masuk masjid bersabda (maksudnya, membaca do’a): ‘Bismillah, wa-salamu ‘ala Rasulillah. Allahummaghfirli zunubi waftahli abwaba rahmatika.’(Yang bermaksud: Dengan nama Allah (a.w); Ya Allah ya tuhanku! Semoga Engkau mengampuni dosa-dosaku, dan semoga membuka Engkau beberapa pintu kekerahmatanMu (maksudnya, semoga Allah (a.w) melimpahkan kerahmatanNya sebaik-baiknya) dan, ketika dia (Nabi (s.a.w) keluar masjid bersadba (maksudnya, membaca do’a): ‘Bismillah, was-salamu ‘ala Rasulillahi; Allahammuaghfirli dunubi, waftahli abwaba fadlika.’ (Yang bermaksud: Dengan nam Allah (a.w), Ya Allah ya tuhanku! Semoga Engkau mengampuni dosa-dosaku, dan semoga membuka Engkau beberapa pintu kefadhalanMu) - Haditth ibnu Majah, Kitab Masjid dan Jema’ah.

(-) Do’a ketika melihat Ka’abah

Dan, ketika kelihatan Ka’abah bacalah do’a berikut:
Diriwayatkan hadith dari Ibni Juraijin (berkata): ‘Adapun Nabi (s.a.w) ketika melihat Baitullah mengangkat kedua-dua tangannya (seumpa berdo’a) dan bersabda (maksudnya, berdoa): ‘Allahumma zed haza baita tasrifan wa-ta’ziman wa-takriman wa-mahabatan wa-zid man syarafahu wa-karamahu mimman hajahu awi’tamarahu tasrifan wa-takriman wa-ta’ziman wa-birran.’ (Yang bermaksud: Ya Allah ya tuhanku! Semoga Engkau muliakanlah ini rumah kemashorannya dan keagungannya dan kemuliaannya, kewibawaannya, dan semoga Engkau menambah kemuliaan orang-orang yang memakmurkannya dan (orang-orang yang) memuliakannya dari kalangan jema’ah haji dan umrah akan kemasyhurannya kemuliaannya, keagungannya dan ekbaikannya) – Hadith al-Baihaqi
Dan, kemudian mulakanlah Tawaf Ifadah (atau Tawaf Haji) dengan berniat untuk tawaf, bermula di Sudut/Rukun Hajar Aswad dengan mengangkat kedua tangan dan beristilam ‘Bismillah, Allahu Akbar’, mulakan pusingan pertama. Jangan lupa berlari-lari anak untuk pusingan 1,2 dan 3, dari Sudut Hajar Aswad hingga sampai Sudut/Rukun Yamani, meneruskannya sampai Sujud Hajar Aswad, menyempurnakan pusingan pertama, berjalan biasa. Da, seterusnya.
Perhatian: Bagi jema’ah haji yang selesai Nafar Awal atau Nafar Thani ketika di Mina, mereka boleh menanggalkan ikhram dan memakai pakaian biasa, dan kesemua pantang larang berikhram gugur, kecuali 3 pantang larang yang berat-berat, satu adalah melkukan hubungan suami isteri. Jema’ah haji dibolehkan memakai pakaian biasa (maksudnya, tanpa ikhram). Maka pergilah ke Mekah untuk mengerjakan Tawaf Ifadah (Tawaf Haji) dan kemudiaan Sa’i Haji, selepas itu bertahlul (yakni, bercukur/menggondolkan kepala), maka selesailah ibadah haji. Setelah selesai Tawaf dan Sa'i, maka Tahlul Thani dengan menggodolkan kepala/memotong rambut, selesailah ibadah haji. Gugurlah larangan mengenai pantang larang yang 3 berbaki itu.

(-) Perlakuan semasa Tawaf

Saudara, hadith di bawah menyebutkan bahawa ketika Tawaf  jema'ah haji atau orang yang Tawaf disuruh sentuh atau berIstilam pada dua rukun Ka'abah sahaja, iaitu Rukun Hajar Aswad dan Rukun Yamani.
Diriwayatkan hadith daripada Ibnu Omar (r.a) bahawasanya dia berkata: ‘Tidak ada Rasulallah (s.a.w) mengusap (yakni, menyapu dengan tangan kanan) dari (dinding) Baitullah kecuali dua rukun (iaitu) Rukun Yamani dan Rukun Hajar Aswad.’ - Hadith Muslim, Kitab Haji.
Saudara, ketika berIstilam kepada Rukun Hajar Aswad dan Rukun Yami, membaca 'Bismillah, Allahu Akbar',
Diriwayatkan hadith dari Ibnu Abbas (r.a) bahawa Nabi (s.a.w) memasukkan kain ikhramnya dari bawah ketiak kanannya dan menyelubungkan kepada (katiak atau bahunya) yang kiri, setelah itu mengusap Hajar Aswad lalu bertakbir (yakni, menyebut ‘(Bismillah,) Allahu Akbar’. Kemudian beliau berlari-lari kecil (lari-lari anak) tiga kali pusingan (yang mula-mula dalam Tawaf). Apabila sampai ke Rukun Yamani dan tidak terlihat oleh orang Qurais, mereka berjalan biasa, kemudian keluar terlihat berlari-lari kecil pula oleh orang Qurais (musyrik) berkata: ‘Mereka seolah-olah bagai kijang’. Kata Ibnu Abbas (r.a): ‘Maka cara yang demikian itu adalah sunnah (yakni, perlakuan) Rasulallah (s.a.w) ketika Tawaaf).’ - Hadith Abu Daud.
Perhatian: Berlari-lari anak itu adalah untuk 3 pusingan pertama (i.e. pusingan 1, 2 dan 3) dari Rukun Hajar Aswad hingga sampai Rukun Yamani. Dari Rukun Yamani ke Rukun Hajar Aswad berjalan seperti biasa. Bagi pusingan 4 seterusnya sampai 7 tak perlu berlari-lari anak, dan hanyalah berjalan seperti biasa. Satu pusingan itu dikira mulai dari Rukun Hajar Aswad sampai semula ke Rukun Hajar Aswad. Ketika memulakan pusingan Tawaf di Rukun Hajar Aswad memulakan dengan beristilam (melambai ke Sudut itu sambil menyebut ‘Bismillah, Allahu Akbar’ dan mulakan perjalanan (counter clockwise). Bila sampai ke Rukun Yamani beristilam (melambai) semula dengan mengangkat tangan kanan sambil menyebut ‘Bismillah, Allahu Akbar’ dan kemudian mengucup telapak tangan kita.
Semasa berjalan dari Rukun Hajar Aswad ke Rukun Yamani membaca Tasbihnya, diulang-ulang beberapa kali yang dapat. Kemudian mulai dari Sudut Yamani pula ke Sudut Hajar Aswad membaca Tasbihnya yang lain pula. Bacaan-bacaan tasbh itu diperjelaskan dalam hadith-hadith di bawah. Setelah beristilam, yakni melambai ke Sudut-sudut tersebut, mengucup telapak tangan kanan.]

(-) Mengusap/Beristilam Dua Sudut Ka’abah

Sekali lagi hadith berikut juga memberitahu bahawa berIstilam - mengusap/menyentuh dua rukun sahaja, ketika Tawaf.
Diriwayatkan hadith daripada Ibnu Omar (r.a) bahawasanya dia berkata: ‘Tidak ada Rasulallah (s.a.w) mengusap Baitullah kecuali dua rukun (iaitu) Rukun Yamani (dan Rukun Hajar Aswad).’ - Hadith Muslim, Kitab Haji.

(-) Ucapan ketika mengusap/melambai dua sudut

Nas dan dalil al-Hadith tetang apa yang wajib disbut ketika berIstilam.
Diriwayatkan hadith dari Ibnu Syihab hadith dari Ubaidillah bin Abdullah bin ‘Utbah hadith daripada Ibnu Abbas (r.a) bahawasanya Rasulallah (s.a.w) tawaf dalam haji wada’ atas dengan selain berIstilam (yakni, melambai kepada Hajar Aswad) sambil membaca: ‘Bismillah, Allahu Akbar’ dan kemudian mengucup telapak tangan di rukun Hajar Aswad. - Hadith Muslim, Kitab Haji.
Satu hadith lagi,
Diriwayatkan hadith dari Ikrimah hadith dari Ibnu Abbas (r.a) berkata: ‘Tawaf Nabi (s.a.w) di Baitullah ... ketika datang kepada rukun (maksudnya, Rukun Hajar Aswad dan Rukun Yamani) memberi isyarat (maksudnya, berIstilam) kepadanya dengan sesuatu ada disisinya (maksudnya, tongkatnya) dan menyebut ‘Bismillah) Allahu Akbar’.’ - Hadith Bukhari, Kitab Haji.
Satu hadith lagi, dengan menambah, setelah berIstilam mengucup telapak tangan (seolah-olah mengucup Hajar Aswad).
Diriwayatkan hadith dari Ibnu Syihab hadith dari Ubaidillah bin Abdullah bin ‘Utbah hadith daripada Ibnu Abbas (r.a) bahawasanya Rasulallah (s.a.w) tawaf dalam haji wada’ atas dengan selain beristilam (yakni, melambai kepada Hajar Aswad sambil menyebut: ‘Bismillah, Allahu Akbar’ dan kemudian mengucup telapak tangan di rukun (Hajar Aswad) dengan hajinya. - Hadith Muslim, Kitab Haji.

(-) Berlari-lari anak pada pusingan 1 hingga 3 sampai Sudut/Rukun Yamani

Saudara, perintah berlari-lari anak itu adalah ketetapan as-Sunnah, semasa mengelilingi Ka'abah - pusingan 1 hingga 3 sahaja, dan sampai ke Sudut Yamani saja.
Diriwayatkan hadith dari Ibnu Abbas (r.a) bahawa Rasulallah (s.a.w) dan para sahabat beliau melakukan Umrah dari (Miqat) Ja’ranah, mereka berlari-lari kecil (yakni, berlari-lari anak) mengelilingi Baitullah (semasa Tawaf) tiga kali (pusingan yang mula-mula –pusingan 1 hingga pusingan ke-3) dan berjalan biasa empat kali (pusingan) selebihnya. - Hadith Abu Daud dan juga Ibnu Majah.

(-) Bacaan Tasbih/Do’a ketika Tawaf

Tawaf itu mengililingi Ka’abah sebanyak tujuh (7) kali bermula dari sudut Rukun (Sudut) Hajar Aswad sampai kembali ke Rukun Hajar Aswad, iaitu dikira satu pusingan. Ketika hendak memulakan Tawaf, pusingan pertama, berIstilam ke arah Hajar Aswad, dengan kalimah ‘Bismillahi, Allahu Akbar. Bagi keliling yang pertama hingga ketiga, hendaklah berlari-lari anak, sambil membaca sebanyak mungkin Tasbih (i.e. Do’anya) ‘Subhanallah, wal-hamdulillah, wa-lailaha ilallah, wal-llahu akhbar’ kemudian baca ‘wala haula wala quata illa billahi) apabila dari Rukun Yamani (i.e. Sudut ketiga), sampai ke Rukun Hajar Aswad berjalan kaki seperti biasa, sambil membaca do’a ‘Allahumma inni as-alukal ‘afwa wal-afiata fid dunya wal-akhirati. Rabbana atina fid-dunya hasanah, wa-fil akhirati hasanah, wa-qina ‘azabannar’ sebanyak mungkin pula. Kelilingi Ka’abah sebanyak tujuh kali. Dan, ketika sampai ke Rukun Hajar Aswad maka usaplah Rukun itu (atau, beristilam, yakni melambaikan tangan kanan ke arahnya) sambil menyebut ‘Bismillahi, Allahu Akbar’. Lihat nas dan dalil hadith berikut:
Saudara, dalam hadith kita diberitahu apakah kefadhalan membaca do'a ketika berjalan dari Rukun Yayami hingga ke Rukun Hajar Aswad. Dan, kita disuruh supaya jangan bercakap-cakap ketika mengerjakan Tawaf kecuali do'a yang ditetapkan dalam hadith ini, dan hadith di atas.
Menceritakan hadith oleh Humaid b Abi Sawiyah berkata: ‘ Aku mendengar ibna Hisyam bertanya kepadaa ‘Ata’ b Abi Rabah mengenai Rukun Yamani, dan dia sedang Tawaf di Baitullah, maka berkata ‘Ata’: ‘Menceritakan hadith oleh Abu Hurairah sesungguhnya Nabi (s.a.w) bersabda: ‘Disertai oleh 70 malaikat bagi sesiapa yang membaca: ‘Allahumma inni asalukal-‘afwa wal-afiata fid-dunya hasanatan, wa-fil akhirati hasanatan, wa-qina ‘azaban-nari’ (Yang bermaksud: Ya Allah ya tuhanku! Sesungguhnya aku memohon padaMu keampunan dan kesihatan di dunia dan di akhirat kebaikan dan semoga Engkau jauhi daku dari siksaan neraka) mereka para malaikat) menjawab: ‘Amin’ (Semoga Allah (a.w) mengqabulkan)). Maka ketika sampai di Rukun Hajar Aswad berkata ibnu Hisyam: ‘Wahai Aba Mhammad! Apakah yang engkau baca ketika sampai engkau di ini Rukun (Hajar Aswad)?’ Maka berkata ‘Ata’: ‘Menceritakan kepadaku Abu Hurairah sesungguhnya dia mendengar Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Barangsiapa yang melebihinya (Rukun itu) sesungguhnya dia mncium tangan Tuhan ar-Rahman.’ Berkata kepadanya ibnu Hisyam (bertanya): ‘Wahai Aba Muhammad! Maka Tawaf?’ Berkata ‘Ata’: ‘Menceritakan kepadaku Abu Hurairah sesungguhnya dia mendengar Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Man tofa bil-baiti sab’an wa-la yatakallamu illa bi-‘subhanallahi wal-hamdulillahi wa-la-ilaha illallahu akbar, wal haula wa-la quata illa billahi’, muhiyat ‘anhu ‘asru saiyiatin wa-kutibat lahu ‘asru hasanatin wa-rufi’alahu ‘asyarata darajatin, waman tofa fatakallama wa-hua fi tilkal-hali khadha fi rahmatin bi-rijlaihi ka-khoidhil-ma-i bi-rijlaihi.’ (Yang bermaksud: Barangsiapa Tawaf di Baitullah 7 pusingan dan tidak berkata-kata/bercakap-cakap dia kecuali dengan (membaca) ‘Subhanallah … illa billahi’) dihapuskan baginya 10 keburukannya dan ditulis baginya 10 kebaikan dan diangkat darjatnya 10 tingkat; dan barangsiapa Tawaf dan bercakap-cakap/berkata-kata dia sedangkan dia begitu keadaannya (i.e. sedang Tawaf) masuk dia kerahmatan Allah (a.w) dengan dua kakinya seperti masuk dia ke dalam air dengan dua kakinya. ) – Hadith Ibnu Majah dalam Kitab Manasik Haji (Peraturan Haji).
Saudara, kita disuruh beca tasbih/zikir ketika berjalan dari Rukun Hajar Aswad sampai ke Rukun Yamani membaca ' Subhanallah, wal-hamdulillah, wa-lailaha illalah, wallahu akbar'. Jangan lupa bahawa kita hendaklah mengelingi Ka'abah untuk pusingan 1 hingga 3, sambil berlari-lari anak, sampai ke Rukun Yamani; dan dari Rukun Yamani ke Rukun Hajar Aswad, berjalan seperti biasa. Ketika Tawaf kita jangan melanggar atau menolak jema'ah yang lain, atau membuat sesuatu yang menyakiti orang lain.
Diriwayatkan hadith dari Abdullah b Saib berkata: ‘Aku mendengar Rasulallah (s.a.w) bersabda (i.e. membaca) antara dua rukun/sudut (Rukun Yamani dan Rukun Hajar Aswad) ‘Rabbana atina fid-dunya hasanatan wa-fil akhiratu hasanatan, wa-qina ‘azaban-nari’ – Hadith Abu Daud, dalam Kitab Manasik
Nota dan Perhatian: Dua hadith di atas itu menjelaskan apa yang harus dibuat dan baca ketika Tawaf – berjalan antara Rukun Hajar Aswad ke Rukun Yamani dan dari Rukun Yamani ke Rukun Hajar Aswad semula (satu pusingan). Dan, tidak dibolehkan bercakap-cakap atau membaca selain bacaan. Kerana bercakap-cakap mengurangkan pahalanya. Ketika hendaklah menyedikitkan berkata-kata/bercak-cakap. Ini ketetapan Nabi (s.a.w) sejajar dengan perintah beliau ‘Khuzu ‘anni manasikakum …’ (Yang bermaksud: Ambillah dari aku (Nabi) cara dan kaedah kalian mengerjakan haji (atau umrah).

(-) Bacaan antara Sudut Yamani hingga Rukun Hajar Aswad

Diriwayatkan hadith dari Abdullah bin Abi Saib (r.a) berkata: ‘Aku mendengar Rasulallah (s.a.w) berkata (yakni, berdo’a) antara dua rukun (yakni, Rukun Yamani dan Rukun Hajar Aswad) (kalimah do’a): ‘Rabbana atina fid-dunya hasanatan wafil akhirati hasanatan waqina ‘azabannar’ (Yang bermaksud: Ya Allah ya Tuhanku, Engkau datangkanlah kepadaku kesejahteraan di dunia dan kesejahteraan di akhirat). - Hadith Abu Daud dan an-Nasa’i.

(-) Solat sunat dua rakaat selepas selesai Tawaf
Di belakang Makam Ibrahim


Diriwayatkan hadith dari Jabir b Abdullah (r.a) bahawasanya Rasulallah (s.a.w) nescaya apa-apa berjalan dia (selepas Tawaf) menuju ke Makam Ibrahim membaca dia: ‘Wattakhizu mim maqamii ibrahima musalla ...’ (Yang bermaksud: Jadikanlah dari (yakni, pada) Makam Ibrahim tempat bersolat ...) - Ayat 125: al-Baqarah, maka bersolat dia dua rakaat maka membaca dia al-Fatihah dari Kitab (al-Quran), dan ‘Qul ya aiyuhalla kafirun’ dan ‘Qul huallahu ahad’ kemudian berjalan ke rukun Hajar Aswad ... kemudian keluar menuju Bukit Safa (untuk mengerjakan Sai) - Hadith an-Nasa’i.

(-) Do’a selepas solat sunat dua rakaat di belakang Makam Ibrahim

Diriwayatkan hadith dari Buraidah berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Lamma ahbatallahu Adama ilal-ardhi tofa bilbaiti usubun’an wa-solla hiza-al-baiti rak’ataini, thumma qala: ‘Allahumma anta ta’lamu sirri wa-‘alaniati faqbil ma’zirati wa-ta’lamu hajjati fa-‘atini sukli wa-ta’lamu ma ‘indi faghfirli zunubi asaluka imanan yubahi qalbi wa-yaqinan sodiqan hatta ‘alama annahu innahu la yusibuni illa ma katabat li wa-raddini biqada-ika.’ (Yang bermaksud: Ketika apa-apa menurunkan Allah (a.w) Nabi Adam (a.s) ke bumi Tawaf dia di baitullah (Kaabah) tujuh pusingan dan solat dia lurus dekat Baitullah dua rakaat, kemudian berkata (yakni, berdo’a): Ya Allah ya Tuhanku! Engkau tahu rahsiaku (yakni, sesuatu yang samar atau disembunyikan) dan (Engkau tahu) apa-apa yang aku zahirkan (sebutkan), semoga menerima Engkau keperluanku maka memberikanlah Engkau kepadaku permintaanku dan tahu Engkau apa-apa di sisiku (yakni, dosa-dosa yang ada padanya) maka mengampunilah dosa-dosaku; aku minta kepada Engkau keimananku (yakni, ketinggian iman) aku minta pengertian (kefahaman tentang agamaMu dalam) hatiku dan semoga memberi Engkau keyakinan yang benar hingga tahu aku (bahawa) tidak mengenai (yakni, mendapat) aku (sesuatu) kecuali apa-apa yang telah dituliskan (yakni, qada’kan) Engkau untukku dengan beberapa qadar Engkau’. Maka diwahyukan Allah (a.w) keatasnya (jawapanNya): ’Ya Adamu innaka da’autani biduain fastajabtu laka fihi walan yadghuni bihi ahadun min zurriatikan illa istajabtu lahu wa-ghafartu lahu zanbihi wa-farrajtu hammahu wa-ghammahu wat-tajartu lahu min warai kulli tajiri wa-atathud-dinya raghimatan, wain kana la yuriduha.’ (Yang bermaksud: Wahai Adam! Sesungguhnya engkau telah berdo’a padaKu maka telah aku kabulkan bagi kamu di dalamnya (yakni, do’a engkau), dan tidak akan berdo’a kepadaKu dengan ini do’a seseorang dari kalangan keturunanmu (yakni, cucu cicit keturunan Adam, yakni kita semua) kecuali Aku kabulkan baginya dan Aku mengampuni baginya dosa-dosanya dan Aku mengeluarkan dia dari kesusahan (yakni, cita-cita dan hasrat) dia dan (mengeluarkan) musibah dia dan jualbelinya dan di belakangnya tiap-tiap jualbeli (yakni, kebolehan dan kejayaan berniaga) dan datang pada orang dunianya hina (yakni, Allah (a.w) membuka dunia untuk manusia) (dunianya tidak penting pada Allah (a.w)), dan jikapun ada (walaupun) tidak siapa berkehendakkan pada dunia (Allah (a.w) tetap memberinya dan tidak mengira siapa yang diberikanNya) - Hadith at-Tobrani dalam Kitab al-Usita wabnis Asakar.
Nota: Selain Do’a Nabi Adam (a.s) dibacalah Do’a Nabi Ibrahim (a.s). Do’a Nabi Ibrahim (a.s) adalah: ‘Allahumma haza baladuka wal-masjidul haramu … fa’firli war-hamni innaka ‘ala kulli syai-in qadirun.’ Kerana di Makam Ibrahim itu adalah salah satu tempat mustajab berdo'a di dalam Ka'abah, maka eloklah ditambah dengan do’a lain apa-apa do’a yang dihasratkan dibaca, termasuklah do’a yang dikirimkan oleh orang untuk dibaca bagi pihaknya.

(-) Mustajabnya do’a selepas solat di belakang Makam Ibrahim

Apabila kita berdo’a dengan kalimah-kalimah do’a tersebut, Allah (a.w) perkenankan banyak perkara yang dipinta melalui do’a tersebut:

(i) Mengampuni dosa-dosa kita;
(ii) Dibebaskan dari sebarang kesusahan dan kesulitan yang dihadapi;
(iii) Dihapuskan musibah yang terkena kepada diri kita;
(iv) Ditingkatkan ilmu jualbeli dan diberinya kejayaan dalam perniagaan;
(v) Jika diminta kejayaan dunia diberikan oleh Allah (a.w).

Setelah selesai solat di belakang Makam Ibrahim, mengadap Baitullah/Ka’abah beristilam sekali dengan membaca ‘Bismillahi, Allahu Akbar’, kemudian berjalan ke arah Bukit Safa untuk mengerjakan Sa’i Haji, sambil membaca ‘A’uzubillahi minas syaitanir rajim. Bismilahhir rahamnir Rahim. Innas safa wal-umrata min syaa’irillahi’ (Ayat 158: al-Baqarah).

(-) Jika Haid belum Tawaf Ifadah 

 
Diriwayatkan hadith dari Abdul Rahman b Qasim hadith dari bapanya hadith dari Aisyah (r.ah) bahawasanya berkata: ‘Datang aku ke Mekah dan aku haid, dan tidak Tawaf aku mengelilingi Baitullah dan tidak antara Bukit Safa dan Bukit Marwah.’ Berkata Aisyah (r.ah): ‘Maka melapurkan aku demikian keadaan kepada Rasulallah (s.a.w), bersabda dia (Nabi): ‘Berbuatlah engkau seperti berbuat orang-orang yang mengerjakan haji selain bahawasanya tidak Tawaf engkau mengelilingi Baitullah sehingga suci engkau.’ - Hadith Bukhari, Kitab Haji.
Nota: Kalau sudah berikhram untuk Haji, tiba-tiba dating haid, maka jema’ah haji perempuan dibolehkan Wukuf, Mabit di Muzdalifah, kemudian bermalam di Mina dan melontar jamrah, dan mengerjakan Sa’i Haji/Umrah, tetapi tidak boleh mengerjakan Tawaf Ifadah, maka menunggulah sehinggai bersih, barulah kerjakan Tawaf Ifadah (i.e Tawaf Haji) dan berTahlul. 
Jazakallahu khairah