Tuesday, January 5, 2016

Pra-syarat agama Islam yang tidak difahami umat Islam

Assalamualaikum,
Saudara, kali ini kita semak suatu topic atau subject yang tak ramai orang Islam - terutama para ulama' dan ilmuwan Islam di Nusantara fahami - bincangkan dan perjelaskan kepada kita yang beragama Islam.
Saudara, kita diberitahu - atau mungkin sudahpun tahu - bahawa Islam adalah agama yang dicipta Allah (a.w) untuk manusia jadikan agama mereka. Islam adalah agama yang diridhai Allah (a.w) untuk manusia - Ayat 3: al-Maidah. Islam adalah agama yang diiktiraf Allah (a.w) - Ayat 19: ali-Imran. Islam adalah agama yang menjadi asas manusia (dan jinn) mengabdikan diri mereka kepada Pencipta mereka, Allah (a.w) - Ayat 56: az-Zariat. Jelaslah, kalau kita terima Islam, anuti Islam, maka sudah barang pasti segala amalan dan ibadah kita diterima Allah (a.w), dan kerana itu kita selamat dari neraka dan Berjaya mendapat syurga. Dengan syarat kita menepati ketetapan Allah (a.w) berdasarkan perintahNya pada Ayat 13: an-Nisa'; dan kita tidak termasuk dalam golongan orang yang disebutkan pada firmanNya pada Ayat 14: an-Nisa'.
Saudara, dua ayat an-Nisa' itu adalah ketetapan pemutus bagi kita yang wajib kita fahami dan jadikan panduan setiap masa dalam hidup kita.
Tapi, soalnya: adakah kita benar-benar tergolong dari mereka yang akur dengan Ayat 13 itu dan tidak termasuk dalam golongan orang yang disebutkan pada Ayat 14? Kita Islam tapi belum tentu Islam kita benar dan betul menepati ketetapan Allah (a.w) sebagaimana yang disampaikan dan diajarkan oleh Rasulallah (s.a.w)(sekarang berdasarkan as-Sunnah).
Saudara, jika kita akur sepenuhnya - 100% - dengan ayat 13- kita mentaati Allah (a.w) (maksudnya, ikuti panduan al-Quran secara total) dan mentaati Rasulallah (s.a.w) (maksudnya, akur dengan perintah Rasulallah (s.a.w), atau sekarang as-Sunnah, secara total), maka kita pasti 100% dapat menyelamatkan diri dari neraka dan berjaya mendapat syurga. Adakah kita begitu? Orang-orang yang menyebut tentang wujudnya 'bida'ah hasanah' dalam perkara agama - dalam konteks bentuk-bentuk amalan dan ibadah, cara dan kaedah beramal dan beribadah - telah menidakkan suatu aspek perintah Ayat 13 itu dan meliibatkan diri dalam satu aspek yang disebutkan 'wa-yata'addadu hududahu' dalam firman tersebut. Orang yang sedemikian tergolong dalam orang yang mengamalkan kebatilan dalam syariat Islam - bida'ah. Orang yang amalkan bida'ah, batal segala amalan dan ibadahnya, maka tidak akan masuk syurga kelak, kecuali dia bertaubat kepada Allah (a.w) dan Allah (a.w) menerima taubatnya. Tetapi, Allah (a.w) tidak akan menerima taubat orang-orang tersebut, kecualilah dia telah terlebih dahulu meninggalkan amalan bida'ahnya. Kerana, Allah (a.w) bukan sahaja tidak menerima setiap amalan dan ibadah orang tersebut, malah Allah (a.w) tidak menerima taubatnya, selagi dia tidak meninggalkan setiap amalannya yang bersifat atau bercorak bida'ah! Jika begitu, rugilah dia walaupun dia Islam. Kedudukan mereka tak lebih baik dari orang yang sama sekali menolak Islam, i.e. orang kafir. Dalam pada itu Rasulallah (s.a.w) menhukumi pula orang yang mengemalkan bida'ah terkeluar dari Islam tanpa mereka sedari! Jika begitu, terlucutlah Islam dari lehernya, wal iya zubillah.
Oleh itu berhati-hatilah. Semak setiap amalan kita berdasarkan ilmu as-Sunnah, bersihkan setiap amalan kita dari sebarang sesuatu yang mencemarnya dan merosakkannya, dan dengan mengilmukan diri kita, kita perbaiki amalan kita, dan mohonlah keampunan Allah (a.w) secepat mungkin. Mungkin sekejap lagi ajal kita sampai tak sempat hendak bertaubat ...
Saudara, syariat Islam itu wajib dimurnikan sebagaimana orinya, sebagaimana yang diajarkan oleh Allah (a.w) melalui wahyu dan melalui utusan Jibril (a.s), dan kemudian sebagaimana yang diajarkan, dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w), yakni sebagaimana dibawakan kepada manusia asalnya oleh Rasulalah (s.a.w) lebih dari 1,435 tahun yang lampau. Agama Islam itu tidak ada tempoh penamatnya, walaupun yang diutus Allah (a.w) menyampaikannya kepada kita telahpun diwafatkan. Aqidah dan syariat agama Islam itu telah disempurnakan dalam zaman hayat Rasulallah (s.a.w). Kerana Islam itu sudah disempurnakan maka Nabi Muhammad (s.a.w) itu diwafatkan, dan Allah (a.w) tidak lagi mengutus seorang nabi selepas beliau. Beliau adalah 'khatamal nabiyin' - nabi penghabisan/penutup. Sebelum Rasulallah (s.a.w), agama Islam itu - syariatnya - disesuaikan dengan manusia zaman para rasul dan nabi sebelum beliau. Dengan terutusnya Rasulallah (s.a.w) dan turunnya al-Quran agama Islam itu sudah sempurna - Ayat 3. al-Maidah. Jika sudah sempurna maka tidak ada pertambahan atau penambahan kepada ketetapan agama Islam. Maka sesiapa yang Islam berpandukan syariat Islam yang ori itu telah menepati ketetapan Allah (a.w).
Panduannya adalah al-Quran dan as-Sunnah dan panduan hidup orang iman serta panduan untuk ketaqwaan adalah al-Quran dan as-Sunnah. Panduan untuk selamat dari neraka dan panduan untuk mendapat kurniaan syurga adalah al-Quran dan as-Sunnah semata-mata.

(-)  Ketetapan mengenai agama itu tidak akan berubah

Saudara, berikut adalah beberapa petikan firman Allah (a.w) dari al-Quran yang menyebutkan keaslian dan kemurnian dan orinya Islam itu.
Firman Allah (a.w): Maka hadapkanlah wajahmu kepada agama yang benar (condong kepada Allah (a.w), fitrah Allah (a.w) yang menetapkan fitrah manusia atas agama itu; tidak ada perubahan pada ciptaan Allah (agama dan syariatnya). (Itulah) agama yang lurus (i.e. tulin, ori atau murni), itulah agama yang ditegakkan - Ayat 30: Rom 
Saudara, ketetapan Allah (a.w), termasuk ketetapan mengenai agama yang Allah (a.w) ciptakan untuk manusia mengabdikan diri mereka kepadaNya telah ditetapkan dan disempurnakan dan tidak boleh diubahsuai atau ditokok tambah. Manusia tidak diberi mandat (mandate) oleh Allah (a.w) untuk mengubah ketetapan Allah (a.w) dan ketetapan Rasulallah (s.a.w) dalam perkara agama.
Firman Allah (a.w): Dengan (itu, ie. berdasarkan firman di atas itu) kembalilah kepadaNya dan bertaqwalah kepadaNya serta laksanakanlah solat dan janganlah kamu tergolong dari kalangan orang-orang yang syirik (sebagaimana kaum Yahudi dan Nesrani dan majusi).) - Ayat 31: Rom 
Rasulallah (s.a.w) dalam hadith memeberitahu bahawa pengamal bida'ah, sebagai contoh, melakukan perbuatan dan amalan syirik. Kenapa? Sekiranya Allah (a.w) sudah tetepkan sesuatu - seperti kesempurnaan syariat agama Islam - dalam konteks bentuk-bentuk amalan dan ibadah, amal soleh dll, kita ubahsuai, maka seolah-olah kita beranggapan bahawa ada kuasa ketuhanan yang lebih berkuasa dari Allah (a.w) meminda atau mengubahsuai ketetapan Allah (a.w). Maka mereka itu sudah mengamalkan sesuatu yang bersifat syirik terhadap Allah (a.w). Maka batallah keimanan mereka, terkeluar mereka dari Islam. Malah, Rasulallah (s.a.w) memberitahu sesiapa yang amalkan bida'ah maka semua amalan dan ibadahnya - yang wajib/fardhu dan yang sunat - tidak diterima Allah (a.w) dan dia terkeluar dari Islam tanpa dia sedari yang dia keluar Islam! Oleh itu, semaklah amalan dan ibadah kita berdasarkan ilmu as-Sunnah, dan bertaubatlah, dan perbetulkanlah, mudah-mudahan kita masih sempat memperbaiki amalan dan ibadah kita sebelum ajal kita tiba, insya Allah.
Firman Allah (a.w): (jika kalian engkar maka menjadilah kalian) Dari kalangan orang-orang yang berfirqah-firqah (i.e. berfahaman lain yang berbagai-bagai) dalam agama mereka, dan adalah mereka (yang berfirqah itu) beberapa golongan; tiap-tiap golongan berbangga dan berkeras dengan apa yang ada disisi mereka (i.e. fahaman mereka), mereka berbangga.) - Ayat 32: Rom 
Hari ini majority umat Islam berkeras mengatakan wujudnya 'bida'ah hasanah' dalam Islam. Mereka membuat perubahan, tokok tambah kononnya untuk menjadikan amalan dan ibadah mereka lebih cantik dan 'sempurna', sehingga menjadi berlainan dari syariat yang disampaikan oleh Rasulallah (s.a.w). Maka jadilah syariat agama Islam itu tercemar dan berbagi-bagai sebagaimana jadinya agama samawi (i.e. agama yang diwahyuan terdahulu - agama Yahudi dan Nesrani, apabila penganut-penganutnya meminda dan mengubah Kitab Taurat dan Injil.
Dalam ayat ini Allah (a.w) memberitahu reality kefahaman penganut agama Islam yang suka menubuhkan perkumpulan (seumpama mazhab) atau menganjurkan berbagai-bagai fahaman dalam agama (termasuk fahaman tarikat) , dan mereka masing-masing berbangga dengan kefahaman atau pegangan perkumpulan masing-masing. Mereka mengikuti jejak langkah kaum-kaum yang syirik dahulu - kaum Yahudi dan Nesrani - yang diberi kitab Taurat dan Injil tetapi mengubahnya mengikut selera mereka. Di dalam al-Quran Allah (a.w) memperingatkan manusia (yang Islam) supaya 'berjema'ah' dalam Islam maka akan ada sistem dan proses yang memastikan kemurnian Islam itu kekal, dan Allah (a.w) melarang berfirqah-firqah (termasuk, bermazhab) dalam beragama - Ayat 103: ali-Imran. Tapi itulah realitinya. Umat Islam meremehkan atau mengabaikan perintah dan peringatan tersebut. 
Sehubungan itulah juga, Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa di akhir zaman – setelah ketiadaan beliau – umat Islam akan berpecah belah dalam agama/fahaman mereka tentang Islam, masing-masing berdegil dengan cara dan sistem Islam yag mereka amalkan. Akan terdapat 73 jenis atau fahaman Islam (i.e. fahaman agama Islam yang mereka ikuti kerana dipengaruhi oleh para ulama' yang jahil ilmu), daripada 73 golongan yang akui diri mereka Islam tersebut, 72 golongan atau bentuk/fahaman Islam gagal mendapat syurga, dan masuk ke dalam neraka. Hanya satu gologan atau bentuk Islam yang berjaya mendapat syurga, iaitu umat Islam yang memandu kehidupan sebagai orang iman dan beramal dalam Islam berpanduannya semata-mata sabda Rasulallah (s.a.w) ‘ma ana alaha wa-ashabi’ (yakni as-Sunnah) dan bentuk Islam yang diikuti mereka adalah ‘wa-hiya jama’ata’ (yakni, berjema'ah secara formal dalam Islam)
Islam yang tidak berpandukan as-Sunnah dan tidak pula diamalkan secara berjema’ah atau bentuk pengamalannya adalah berjema’ah, tidak akan mendapat syurga. Tambahan pula, lebih-lebih lagi Islam yang diamalkan tidak murni kerana tercemar atau dicemari dengan amalan yang sama sekali tiada panduannya dalam al-Quran dan as-Sunnah. Golongan ini menggunakan akal fikiran dan kepintaraan fikiran mereka sendiri, membuat penambahan atau mengubah syariat Islam dalam amalan dan ibadah, menyelisihi apa yang dibawakan, demokan atau dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w). Maka, Isam yang diamalkan tidak lagi murni dan asli. 
Paling terdepan dalam pencemaran agama ini adalah syirik samar (contoh: mengakui kejayaan kita dalam sesuatu itu semata-mata kerana usaha kita atau kebijaksanaan akal fikiran atau strategi atau kepintaran kita), melakukan pelbagai kurafat (contoh: memakai gelang magnet kononnya boleh menghindar diri dari sesuatu penyakit/menyembuhkan sesuatu penyakit), mempercayai pelbagai perkara tahyul (contoh: adanya hantu toyol yang mencuri wang yang hilang, adanya penunggu di atas pohon besar, atau perigi buta, dll) dan dalam urusan ibadah dan amalan bertaklid kepada manusia (mengikuti amalan dan cara beramal para ulama’ dan ilmuan tertentu yang tidak berpandukan al-Quran dan as-Sunnah) dalam tarikat dan fahaman sufi, dll dan mengamalkan bida’ah, terutama meyakini wujudnya ‘bida’ah hasanah’ dalam perkara agama (contoh: menyebut ‘Nawaitu …’ ketika berwudu’, menyebut ‘Usolli…’ ketika memulakan solat, membaca Do’a Qunut pada solat subuh, membaca tasbih ‘Subhanallah, wa-hamdulillah, wa-lailaha ilallah wallahu akbar’ dalam 7 dan 5 takbir ketika Solat Aid, menambah kalimah ‘wa-bihamdihi’ dalam tasbih Rukuk dan Sujud, berdo’a selepas solat secara berjema’ah, membaca al-Quran dan talqin di kubur, majlis tahlil berkala untuk simati, dll). Semua amalan ini tidak ada nas dan dalil al-Quran atau as-Sunnah, maka membuat pembaharuan dalam urusan agama yang manusia tidak ada hak membuat pembaharuan atau perubahan kepada agama yang dicipta Allah (a.w) sebagaimana aqidah dan syariat Islam yang disampaikan kepada manusia oleh Rasulallah (s.a.w)! 
Rasulallah (s.a.w) memberitahu Allah (a.w) tidak akan menerima kesemua amalan dan ibadah pengamal bida’ah, dan mereka terkeluar dari Islam sebagaimana terkeluarnya sehelai rambut dari adunan tepung roti (maksudnya, segala amalan dan ibadah serta aqidah Islamnya hangus, hapus dan terhakis sama sekali). Maka mereka tidak lagi diakui Islam oleh Allah (a.w). Maka, pasti mereka tidak mendapat syurga walaupun nampak lahiriahnya orang yang soleh dan ‘alim. Malah mereka syirik kerana apa yang mereka lakukan adalah suruhan satu pihak yang mengatasi suruhan Allah (a.w) dan suruhan RasulNya. 
Agama Islam itu adalah ciptaan Allah (a.w) untuk manusia dan disampaikan kepada Rasulallah (s.a.w) melalui wahyu dan perantaraan malaikat Jibril (a.s) (apakala perlu dicontohkan praktikalnya), dan disampaikan kepada manusia oleh Rasulallah (s.a.w). Tiada siapa yang boleh mengubah ciptaan dan ketetapan Allah (a.w) dalam semua perkara, termasuklah ketetapan dan peraturan mengenai Islam dan cara mengamalkan atau mengibadahkan ketetapan khusus dan umum aqidah dan syariat Islam.
Baru--baru ini Mufti Selangor dan Mufti Kedah telah mengkedepankan ijtihad yang kata mereka didasarkan kepada pandangan 'para ulama muktabar' yang mengatakan beberapa amalan yang disebutkan terkeluar dari nas dan dalil itu boleh diamalkan. Apakah begitu? Ulama' adalah mengikut al-Quran dan as-Sunnah, 'pewaris para nabi'. Rasulallah (s.a.w) memebritahu dalam as-Sunnah para nabi mewariskan ilmu - ilmu mengenai perkara akhirat - imu menegnai agama - ilmu al-Quran dan as-Sunnah (i.e. ketetapan Allah (a.w). Yang paling cocok menjadi pewaris para nabi adalah para ulama' yang memiliki ilmu al-Quran dan as-Sunnah, mereka faham dan mereka beramal hanya dengan dasar ilmu tersebut. Kalau ulama' memerintahkan berbuat sesuatu yang bertentangan dengan al-Quran dan as-Sunnah, mereka bukanlah ulama' dalam konteks Islam. Mereka bukanlah 'pewaris para nabi' kerana para nabi tidak mewariskan kebatilan dalam perkara agama.
Kita hanya mampu berdoa'a semoga Allah (a.w) tunjukkan kepada mereka jalan yang benar, kerana dalam Islam umat Islam tidak dibenarkan dengar apatah lagi patuhi perintah yang bersifat 'maksiat' (= perintah yang bertentangan dengan ketetapan as-Sunnah).


Jazakallahu khairah

1 comment: