Tuesday, November 10, 2015

Memahami Islam dengan Ilmu

Assalamualaikum,
kali ini kita ubah sedikit presentation dalam blog ini dengan memuatkan satu kuliyah atau lecture yang penuh terhadap sesuatu topic/tajuk. Mudah-mudahan lebih mendatangkan manfaat kerana tak perlu tunggu untuk dapatkan/tengok segment isi yang dikemukakan.

Kuliyah as-Sunnah
Ilmu dan Islam

Mukaddimah
Allah (a.w) memberitahu manusia (dan jinn) bahawa mereka dijadikan atau dicipta hanya untuk satu tujuan - memgabdikan diri mereka semata-mata kepada Allah (a.w) (maksudnya, menyembah Allah (a.w) sebagai Tuhan yang Esa dengan mengerjakan/melaksanakan apa-apa yang disuruh (dan yang disuruh oleh Rasulallah (s.a.w) ) sekuat mampu, dan menjauhi atau meninggalkan apa-apa yang dilarang/ditegahNya (dan yang ditegah/dilarang oleh UtusanNya)tanpa pengecualian. Inilah perintah universal Allah (a.w) kepada manusia (dan jinn). 
Firman Allah (a.w): ‘Wa-ma khalaqtul jinna wal-insa illa li-ya’buduni.’ (Yang bermaksud: Dan, tidaklah Aku (Allah) jadikan jinn dan manusia kecuali untuk mengabdikan diri mereka kepadaKu) – Ayat 56: az-Zariat  
Bagaimana mengabdikan diri kepada Allah (a.w) itu diperjelaskan oleh UtusanNya, Rasulallah (s.a.w). Manusia tidak boleh berkomunikasi dengan Allah (a.w), kecuali UtusanNya. Perintah Allah (a.w) itu disampaikan kepada UtusanNya melalui malaikat Jibril (a.s) dan melalui wahyu. Justeru itu hanya Rasulallah (s.a.w) yang sempurna ilmunya mengenai perintah Allah (a.w), bentuk-bentuk pengabdian/perintah, cara dan kaedah pengabdian itu dilaksanakan dalam reality hidup dunia manusia. Manusia diperingatkan: jika manusia akur dengan perintahNya, maka mereka diberi ganjaan syurga; dan jika tidak akur dengan perintah Allah (a.w) mereka menjadi penghuni neraka. Kesudahan manusia disebutkan dalam firman berikut:
Firman Allah (a.w): ‘… fariqun fil-jannati, wa-fariqun fil-sa’iri.’ (Yang bermaksud: Segolongan masuk syurga, dan segolongan lagi masuk neraka.) – Ayat 7:  as-Syura. 
Untuk memahami hakikat pengabdian ini dalam realiti hidup di dunia dan memahami akibatnya kelak di akhirat, manusia wajib berilmu. Malah jika Islam manusia itu, maka secara khusus diperintah oleh Rasulallah (s.a.w) bahawa setiap orang Islam itu wajib belajar ilmu – al-Quran dan as-Sunnah. Dan, hanya dengan ilmu manusia itu berjaya di dunia dan lebih-lebih lagi di akhirat.

Yang kita cari – kejayaan akhirat

Orang iman itu sedar dan yakin dia dengan firman Allah (a.w) bahawa dunia ini bukan sahaja sementara malahan dunia ini hanyalah tempat bersuka-ria (lahu) berfaedah untuk dunia tidak untuk akhirat atau tempat menghabiskan masa (la’ib) tanpa apa-apa faedahnyapun untuk dunia, jauh sekali akhirat. Kita diberitahu oleh Allah (a.w) yang utama dan wajib utamakan kehidupan akhirat yang kekal, dan dunia ini adalah tempat menyediakan bekalan untuk akhirat. Orang yang mensia-siakan hidup dunianya, pasti menyesal tidak berjaya di akhirat. Yang menyediakan bekalan sebanyak mungkin untuk akhirat, dia mendapat syurga secara pasti dengan syarat dia memenuhi ketetapan Allah (a.w) dalam firmanNya berikut: 
Firman Allah (a.w): ‘Man (-ai) yuti’illaha war-rasuluhu yudhilhu jannatin’ (Yang bermaksud: Sesiapa yang taatkan Allah (a.w) dan taatkan Rasulallah (s.a.w) pasti dimasukkan ke dalam syurga) – Ayat 13: an-Nisa’. 
Apakah maksud ‘mentaati Allah dan mentaati Rasulallah’ itu? ‘Mentaati Allah’ bererti kita ikuti, fahami dan kerjakan segala suruhan Allah (a.w) yang terdapat dalam al-Quran sekuat mampu; dan kita tinggalkan segala larangan dan tegahan al-Quran tanpa pengecualian. ‘Mentaati Rasulallah (s.a.w)’ bererti kita ikuti ketetapan Rasulallah (s.a.w) (maksudnya, ketetapan as-Sunnah) – yang disuruhnya kita buat sekuat mampu dan yang ditegahnya kita tinggalkan tanpa pengecualian. Kerana, Rasulallah (s.a.w) menyampaikan perintah Allah (a.w) dan dia memperjelaskan kepada kita perintah Allah (a.w) dan mengajarkan kita bagaimana mentaati Allah (a.w), kerana dialah yang sempurna ilmunya mengenai perintah Allah (a.w), dan ilmu mengenai agama Islam, agama yang diwajibkan atas manusia sejagat semua zaman. Malah beliau sebagai ‘uswatun hasanah’ adalah model ikutan mencontohkan keperibadian terulung sebagai orang iman yang bertaqwa ‘par axcellence’.
Dan, kita juga diberitahu sebaliknya pula jika enggan taat – kita tolak perintah dan ketetapan Allah (a.w) dan RasulNya – walaupun hanya satu ayat al-Quran atau sepotong hadith, dan kita pula melanggar batasan-batasan ketetapan yang ditetapkan, oleh al-Quran dan as-Sunnah, maka kita dapat neraka:
Firman Allah (a.w): ‘Man (-ai) yaksillaha war-rasulahu wa-yata’addadu hududahu yudhilhu nara, …’ (Yang bermaksud: Sesiapa yang menentang Allah (a.w) (maksudnya, tidak mahu terima ketetapan al-Quran) dan menentang Rasulallah (s.a.w) (maksudnya, tidak mahu terima ketetapan as-Sunnah) dan melanggar batasan-batasan ketetapan (Allah (a.w) dalam al-Quran dan RasulNya dalam as-Sunnah) dimasukkan ke dalam neraka) – Ayat 14: an-Nisa’. 
Menentang Allah’ bermaksud tidak akur dengan ketetapan Allah (a.w). Contoh: kita tidak solat. ‘Menentang Rasulallah (s.a.w)’ bermaksud kita tidak akur dengan ketetapan Rasulallah (s.a.w) (maksudnya as-Sunnah). Contoh: kita amalkan bida’ah. Walaupun Rasulallah (s.a.w) diwafatkan namun perintah dan suruhan serta larangan dan tegahan Rasulallah (s.a.w) kekal dalam as-Sunnah dan wajib akur kesemuanya. ‘Melanggar batasan-batasan’ merangkumi segala ketetapan khusus mengenai sesuatu perintah – suruhan dan larangan atau tegahan. Contoh: membunuh, mengubah syariat Islam dan membuat pembaharuan kepada amalan dan ibadah. Islam memutlakkan ketaatan kepada dua pihak iaitu Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w).

Manusia itu wajib taatkan Rasulallah (s.a.w)

Kita diberitahu bahawa pengabdian manusia, sebagaimana yang disyaratkan oleh Allah (a.w) pada Ayat 56: az-Zariat itu, hanya diterima jika kita terima dan anuti agama yang dicipta oleh Allah (a.w), iaitu agama Islam. Jika tidak beragama Islam maka kesemua pengabdian kita – amalan dan ibadah – dan kesemua kebaikan yang kita lakukan di dunia, tidak ada nilai kerana tidak diterma Allah (a.w). 
Kalau kita Islam, pengabdian – amalan dan ibadah kita – dan segala kebaikan kita lakukan semasa hidup kita diterima Allah (a.w) SEKIRANYA kita mengabdikan diri kita kepada Allah (a.w) menepati ketetapan Allah (a.w) sebagaimana disampaikan, sebagaimana yang diajarkan dan sebagaimana yang dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w).  Rasulallah (s.a.w) sahaja yang diberi ilmu yang sempurna oleh Allah (a.w) mengenai aqidah dan syariat Islam serta segala sesuatu mengenai agama Islam itu. Manusia hanya tahu ketetapan Allah (a.w) melalui ilmu yang disampaikan oleh Rasulallah (s.a.w) kepada kita melalui hazanah ilmu dan panduan hidup Islam yang disebutkan sebelum ini - iaitu al-Quran dan as-Sunnah.
Apabila pengabdian kepada Allah (a.w) itu memerlukan praktikal (rukun qalbi, rukun qauli dan rukun fe’li) maka Allah (a.w) utuskan malaikat Jibril (a.s) mengajarkan Rasulallah (s.a.w) praktikal amalan tersebut. Jelasnya, hanya Rasulallah (s.a.w) yang tahu secara sempurna bagaimana mengabdikan diri kepada Allah (a.w) menepati kehendak Allah (a.w), melibatkan bentuk-bentuk pengabdian, cara dan kaedah mengabdikan diri kepada Allah (a.w). Maksudnya semua bentuk, cara dan kaedah beribadah dan amalan, dan mengerjakan kebaikan di dunia kerana menepati perintah Allah (a.w) itu diperjelaskan dan diperincikan oleh Rasulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah. Maka ilmu as-Sunnah itu wajib dipelajari supaya kita mengabdikan diri menepati preskripsi Allah (a.w).
Sehubungan itulah, Allah (a.w) perintahkan kita yang Islam, supaya kita taati Rasulallah (s.a.w) (maksudnya, ikuti panduan dan ketetapan as-Sunnah tanpa pilih-pilih, ambil semua). Ketaatan terhadap Rasulallah (s.a.w) adalah mutlak, sama dengan mentaati perintah Allah (a.w).
Firman Allah (a.w): ‘Wa-ma atakumur-rasula fa-khuzuhu wama-nahakum fantahu’ (Yang bermaksud: Apa-apa yang dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w) hendaklah kalian ambil/terima (dan amalkan atau kerjakan), dan apa-apa yang ditegahnya atau dilarangnya hendaklah kalian jauhi dan tinggalkan) – Ayat 7: al-Haysr
Dan, Allah (a.w) memberitahu kita bahawa Rasulallah (s.a.w) bercakap atas dasar wahyu, pasti kebenarannya - Ayat 3-5: an-Najmi. Malah Allah (a.w) memberi pengesahan (endorsement) bahawa mentaati Rasulallah (s.a.w) itu sama dengan mentaati Allah (a.w) – Ayat 80: an-Nisa’.
Firman Allah (a.w): ‘Man (-ai) yuti’irrasula fa-qad ata’allaha’ (Yang bermaksud: Sesiapa yang taatkan Rasulallah (s.a.w) dia telah mentaati Allah (a.w) – Ayat 80: an-Nisa’.
Sehubungan itu, seorang Islam yang yang beriman itu – yakin dia bahawa dunia ini adalah sementara, apa yang dikerjakan dan dituturkan semasa hidup menentukan dimanakah tempat akhir mereka kelak di akhirat, maka mereka berwaspada dan berusaha sekuat mampu bermuhasabah diri, menyemak amalan dan ibadah mereka, supaya menyelamatkan diri dari dihumbankan ke dalam neraka dan berjaya mendapat balasan syurga. Maka mereka menyiapkan diri semasa hidupnya – tidak melakukan yang berdosa dan memperbanyakkan apa-apa yang mendatangkan pahala. Dunia adalah tempat menyediakan bekalan untuk akhirat.

Panduan kejayaan akhirat adalah al-Quran dan as-Sunnah

(-)        Sah Islam jika ikuti al-Quran dan as-Sunnah

Kita telah diberi tahu mengapa kita berada di dunia dan kita diberi tahu apakah yang terjadi setelah tamatnya tempoh kehidupan dunia. Kita diberitahu bahawa pra-syarat pertama untuk dapatkan syurga adalah mentaati Allah (a.w). Bagaimana? Kita ditinggalkan al-Quran untuk membolehkan kita mengetahui bagaimana hendak mentaati Allah (a.w). Soalnya: Bagaimana ‘mentaati Allah’ dan bagaimana ‘mengabdikan diri’ kepada Allah (a.w)? Mengabdikan diri kepada Allah (a.w) sama dengan ‘mentaati Allah (a.w)’. Apakah sebenarnya maksud ‘mengabdikan diri’ itu? Atau, ‘mentaati Allah (a.w)’? ‘Mengabdikan diri’ itu adalah buat segala suruhan dan perintahNya dan perintah Rasulallah (s.a.w) – lakukan atau kerajakan apa yang disuruh (sekuat mampu) dan tinggalkan/jauhi diri dari segala tegahan dan laranganNya tanpa pengecualian. 
‘Mentaati Rasulallah (s.a.w)’ adalah satu daripada pra-syarat untuk dapatkan syurga. Bagaimana mentaati Rasulallah (s.a.w)? Mentaati Rasulallah (s.a.w) adalah akur dengan segala ketetapan Rasulallah (s.a.w) – buat apa yang disuruh menepati apa yang disuruhnya dan tinggalkan apa-apa yang ditegahnya. Walaupun Rasulallah (s.a.w) sudah tiada bersama kita, Allah (a.w) wajibkan manusia taatkan ketetapan Rasulallah (s.a.w) dengan mengikuti ketetapan dalam as-Sunnah. Semua ketetapan Rasulallah (s.a.w) terkumpul dalam as-Sunnah. Justru itu, mentaati Rasulallah (s.a.w) – maksudnya mengikuti ketetapan as-Sunnah – adalah pra-syarat kedua sahnya Islam kita. Tidak masuk syurga jika menolak as-Sunnah.

(-)        Ilmu as-Sunnah adalah ilmu al-Hadith

Bagi mereka yang belajar ilmu as-Sunnah, terdapat seramai 52 ulama’ muhadithin yang telah berusaha mengumpul hadith-hadith Rasulallah (s.a.w), Yang paling terkenal adalah Imam Bukhari, Imam Muslim, Imam at-Termidzi, Imam an-Nasa’ie, Imam Abu Daud, dan Imam ibnu Majah. Enam kitab-kitab hadith mereka dikenali sebagai Kuttubul Sittah. Selain itu terdapat kitab-kitab hadith yang lain termasuklah kitab-kitab Imam as-Shafie (al-Umm), Imam ibnu Hanbal (al-Musnad), Imam Malik (al-Muatok), kitab Abu Hanifah, dll. Imam yang 4 itu juga ulama’ hadith tetapi dinobatkan oleh manusia kononnyya sebagai ‘pengasas mazhab’. Kerana mereka adalah ulama’ hadith, maka sudah barang pasti mereka tidaklah mengajarkan sesuatu yang bertentangan dengan al-Quran ataupun as-Sunnah.
Imam as-Shafie sebagai seorang ulamak hadith (muhadithin) mengumpul banyak hadith. Kitab koleksi hadithnya yang terutama adalah al-Umm. Bagi mereka yang ingin tahu apakah ‘ajaran as-Syafie’ mereka boleh belajar al-Umm. Tidak adapun satu ‘ajaran’ dalam Kitab al-Umm yang menyebutkan sesuatu yang bertentangan dengan ketetapan as-Sunnah. Termasuk ‘ajaran’ menyebut ‘Nawaitu …’ ketika mengambil Wudu’, menyapu hanya sebahagian bahagian kepala ketika berwudu’, melafazkan niat ketika memulakan solat dengan kalimah-kalimah ‘Usolli …’, menyapu dahi dan muka ketika memberi ‘salam’ setelah selesai solat; membaca Do’a Qunut dalam Solat Subuh; menambah kepada tasbih Rukuk dan Sujud dengan kalimah  ‘… wa-bihamdihi’, dan banyak lagi. Malah dalam mukaddimah kitabnya Imam as-Syafie menyebut sekiranya ada hadith yang beliau belum ketemui yang menyebut sesuatu yang bertentangan dengan apa yang di’ajarkannya’, maka buang apa yang dia ajarkan dan ambillah ketetapan hadith tersebut. Jelasnya, beliau utamakan as-Sunnah dari pendapat atau pandangan beliau sendiri. Beliau menyedari hakikat bahawa Rasulallah (s.a.w) sahaja yang sempurna ilmunya mengenai Islam.

(-)        Nilai pengabdian

Apa-apa yang disuruh dan apa-apa yang ditegah itu disenaraikan dalam al-Quran dan dalam as-Sunnah. Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa sebaik-baik kitab yang dikarang adalah Kitab Allah (a.w) – al-Quran dan sebaik-baik hidayah/petunjuk adalah petunjuk yang Allah (a.w) berikan kepada Rasulallah (s.a.w). Maka dengan itu yang paling utama umat Islam beri keutamaan adalah belajar al-Quran (membaca, memahami mesejnya dan menghafalnya) dan belajar as-Sunnah (atau al-hadith), kerana hadith memperjelaskan perintah Allah (a.w) untuk dikerjakan atau dilaksanakan dalam reality kehidupan manusia di dunia. Hanya melalui ilmu – al-Quran dan as-Sunnah – umat Islam itu terpandu dalam melaksanakan apa-apa yang diperintah atau disuruh Allah (a.w) dan menjauhi atau meninggalkan apa-apa yang ditegahNya, diperjelaskan. Semua ini diperincikan oleh Rasulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah. 
Allah (a.w) memberi ganjaran pahala apabila mentaati apa-apa yang diperintahkan – buat yang disuruh dan tinggalkan/jauhi apa yang ditegah/dilarang. Tahap pahala yang dikurniakan oleh Allah (a.w) itu berdasarkan kemurniaan niat serta keikhlasan (maksudnya, kekhusukan) ibadah/amalan yang dikerjakan apabila menepati bentuk-bentuk, kaedah serta cara yang ditetapkan oleh as-Sunnah. Yang menilai setiap pengabdian – apa jua bentuk amalan dan ibadah dan segala kebaikanyang bersabit dengannya – adalah Allah (a.w). Nilai sesuatu amalan dan ibadah itu dilihat oleh Allah (a.w) bukan ditentukan oleh kita atau ulamak. Maka dengan itu, setiap amalan dan ibadah dan apa-apa jua pengabdian yang kita kerjakan dinilai baik hanya oleh Allah (a.w) bukan oleh orang lain. Namun kita diberitahu dalam al-Quran dan as-Sunnah yang baik dan yang tidak, yang diterima dan yang ditolak, yang benar dan yang batil. Al-Quran memberitahu apa-apa yang wajib dilakukan, dan as-Sunnah menjelaskan bagaimana melakukannya dan apakah yang menyebabkan setiap amalan dan ibadah serta umumnya pengabdian kita itu diterima Allah (a.w) atau yang ditolak dan tidak diterima Allah (a.w). Maka, untuk mengetahui semua itu kita wajib ilmukan diri kita.

Peranan Rasulallah (s.a.w)

(-)        Yang haq dijadikan panduan as-Sunnah

Allah (a.w) yang mencipta manusia. Dan, Allah (a.w) mencipta dan menetapkan panduan hidup manusia dan panduan pengabdian yang Dia tetapkan. Segala-galanya tertulis dalam al-Quran yang disampaikan kepada manusia oleh Rasulallah (s.a.w), UtusanNya. Orang yang ditugaskan memberitahu manusia apa-apa yang mereka perlu buat dalam hidup mereka, bagaimana dan akibatnya kalau tidak melaksanakan ketetapan Allah (a.w). Rasulallah (s.a.w) mendapat perintah daripada Allah (a.w) melalui wahyu (berupa hikmah atau as-Sunnah) yang menunjukkan serta memperincikan bagaimana pengabdian itu hendak dilaksanakan secara praktikalnya menepati kehendak Allah (a.w) dan diterima Allah (a.w) apa-apa yang dikerjakan. 
Hakikatnya jelas: mengabdikan diri (i.e. beribadah dan beramal) sebagaimana yang ditetapkan oleh Allah (a.w) hendaklah menepati ketetapan atau spesifikasi yang ditetapkan oleh Allah (a.w) – dari segi bentuk-bentuk ibadah dan amalan, cara dan kaedah diamalkan atau diibadahkan. Semua ini disampaikan – diajarkan dan ditunjukkan atau didemokan – oleh Rasulallah (s.a.w). Rasulallah (s.a.w) yang dimandatkan menyampaikan perintahNya dan mengajarkan manusia bagaimana hendak melaksanakan perintah tersebut. Oleh kerana itu, sesiapa yang bercakap tentang aqidah dan syariat Islam tanpa terlebih dahulu mempelajari dan memahami as-Sunnah adalah mengajarkan atau menyuruh kebatilan. Semua ketetapan hendaklah bersandarkan nas dan dalil al-Quran, termasuk apa yang dikatakan qias, ijmak dan ijtihad hendaklah disandarkan kepada al-Quran dan as-Sunnah – Ayat 57: an-Nisa’.

(-)        Islam yang benar itu apa?

Para ulama’ dan ilmuwan Islam acapkali menyebut tentang konsep ‘hidayah’ (atau disebut juga sebagai ‘petunjuk’). Hidayah itu penting. Kerana hanya dengan hidayahlah seseorang manusia itu faham bahawa tujuan manusia itu diberi kesempatan hidup di dunia adalah kerana untuk mengabdikan diri (i.e. beribadah) kepada Pencitanya, Allah (a.w) – Ayat 56, Surah az-Zariat - menepati ketetapanNya.
Kerana hidayahlah manusia itu faham bahawa Allah (a.w) itu Tuhan manusia, Nabi Muhammad (s.a.w) itu, Utusan Allah (a.w) kepada semua manusia, semua bangsa dan semua zaman. Kerana, hidayahlah manusia menganuti agama Islam, agama yang diterima atau diredhai oleh Allah (a.w). Kerana hidayahlah, manusia itu faham bahawa agama Islam itu dicipta oleh Allah (a.w) sebagai wadah manusia mengabdikan diri mereka kepada Allah (a.w) yang mencipta mereka, yang memberi peluang kepada mereka hidup di dunia dan memberikan pelbagai nikmat dan kurniaan yang mereka tidak mungkin dapat hitung dan senaraikan. Kerana hidayahlah, seseorang yang Islam itu tahu dan faham bahawa bentuk-bentuk, kaedah dan cara mengabdikan diri kepada Allah (a.w) hendaklah menepati spesifikasi dan preskripsi Allah (a.w) sebagaimana yang disampaikan oleh Rasulallah (s.a.w). Dan, paling utama jangan dilupakan dan diremehkan adalah hidayahlah yang memberi kefahaman kepada manusia yang Islam itu bahawa Islam itu berpaksikan tiga tunjak – iaitu al-Quran dan as-Sunnah dan dijema’ahkan.

(-)        Mengapa Islam mewajibkan umatnya belajar ilmu? 

Sehubungan itulah, hidayah itu menunjukkan kepada manusia, khususnya yang Islam, bahawa mereka wajib ilmukan diri mereka. Kenapa? Kerana, hanya dengan ilmu manusia tahu tuntutan dan perintah Allah (a.w). Mereka tahu, dunia adalah sementara. Yang kekal adalah kehidupan akhirat. Bahawa segala sesuatu yang mereka lakukan – kerjakan dan tuturkan semasa hidup mereka – diperhatikan dan dicatitkan dan diberi nilai pahala atau dosa dalam Kitab Catatan Amalan yang ditulis oleh malaikat Rakib dan Atid (atau, Kiraman dan Katibin). Ilmulah yang memberitahu manusia bagaimana hendak selamat kelak di akhirat – yang berjaya di syurga dan yang gagal di neraka – Ayat 7: as-Syura:  
Firman Allah (a.w): ‘Fariqun fil-jannati wa-fariqun fi-sa’iri’ (Yang bermaksud: Segolongan masuk syurga dan segolongan masuk neraka) – Ayat 7: as-Syura.
Kerana, Allah (a.w) telahpun memberitahu bahawa sesiapa yang akur dengan perintah Allah (a.w) dan perintah Rasulallah (s.a.w) pasti mendapat syurga – Ayat 13: an-Nisa’. Dan, sebaliknya pula, sesiapa yang engkar atau tidak mentaati perintah Allah (a.w) dan perintah Rasulallah (s.a.w) dan melanggar batasan-batasan ketetapan-ketetapan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) pasti masuk neraka – Ayat 14: an-Nisa’. Dan, kelak, akan ada ‘mizan’ di padang makhsyar setelah kiamat dunia, bermulanya hari pembalasan – dibentangkan Kitab Catatan Amalan kita, ditimbang dosa dan pahala’ dan ditetapkan siapa yang mendapat syurga dan sesiapa yang dicampakkan ke dalam neraka. Di dalam syurga Allah (a.w) sediakan nikmat yang belum terlintas di hati, terlihat oleh mata dan belum pernah didengar oleh teliga kita! 
Manusia diberitahu bagaimana hendak mendapatkan syurga dan penyebab masuk neraka. Ilmu yang memberitahu. Semuanya disebutkan dalam al-Quran dan as-Sunnah. Tiada suatupun yang terlindung dari pengetahuan kita, sekiranya kita belajar dan fahami ilmu yang disediakan. Malah Allah (a.w) mewajibkan manusia, terutama yang Islam itu, mengaji atau belajar ilmu supaya faham dan dapat melaksanakan perintah Allah (a.w) dan dapat menjalani kehidupan dunia yang diridhai Allah (a.w), yang membolehkan mereka selamat dari neraka dan berjaya mendapat syurga - Ilmu al-Quran dan ilmu as-Sunnah.  Apa yang diperlukan hanyalah melapangkan masa mengaji.
Kerana utamanya ilmu itu, manusia itu diberitahu bahawa belajar ilmu itu wajib – dimestikan, jika diabaikan mendapat dosa. Dan, Allah (a.w) peringatkan manusia jangan amalkan atau ibadahkan apa juga keculi mereka telah memiliki ilmu mengenainya.
Firman Allah (a.w): Wala taqfu ma laisa laka bihi ‘ilmun’ (Yang bermaksud: Dan janganlah kalian kerjakan (i.e. buat amalan dan ibadah) sesuatu apa-apa (perkara agama/syariat agama) yang tiada kalian memiliki ilmu mengenainya (terlebih dahulu).)  - Ayat 36: al-Isra’ 
Sabda Rasulallah (s.a.w): ‘Al-Ilmu qabla ‘amal’ (Yang bermaksud: Berilmulah dahulu sebelum beramal/mengerjakan sesuatu amalan (atau ibadah) - al - Hadith.
Jelasnya, nas ini menyebutkan sekiranya seorang Islam itu tidak belajar al-Quran dan as-Sunnah (secara berguru), tidak tahu dan faham bentuk-bentuk amalan dan ibadah, cara dan kaedah beramal dan beribadah, maka amalannya/ibadahnya tidak diterima! Beramal hendaklah atas dasar ilmu. Tidak boleh secara ikut-ikutan atau bertaklid. Maka kita wajib belajar ilmu mengenai sesuatu amalan dan ibadah sebelum mengamalkan atau mengibadahkannya.
Sabda Rasulallah (s.a.w): ‘Talabul ilmi faridatun ‘ala kulli Muslim’ (Yang bermaksud:  Belajar ilmu itu wajib atas setiap orang Islam) – Abu Daud dan ibnu Majah.
Dan, ilmu yang diwajinkan itu adalah ilmu yang haq, iaitu al-Quran dan as-Sunnah. Belajarnya mengesahkan setiap amalan/ibadah kita, menghindar diri dari berdosa dan diberi pula ganjaran pahala yang banyak. Sedikit masa yang kita lapangkan untuk belajar ilmu itu diberi pahala melebihi nilai dunia dan segala isinya! Belajar ilmu adalah suatu jihad fi sabilillah. 
Dan, setelah berilmu, mengajarkan orang lain pula merupakan pelaburan akhirat yang tidak ternilai pulangan dividen akhiratnya (i.e. ganjaran pahalanya). Maka dengan itulah Rasulallah (s.a.w) menyuruh kita ‘balighti walau bil-ayat’ (Yang bermaksud: Sampaikan ilmu dariku walaupun hanya sepotong ayat/hadith). Dan, Rasulallah (s.a.w) memperingatkan apabila mati seorang anak Adam (orang iman), terputus segala kebaikan untuk dirinya, kecuali 3 perkara yang akan terus mengalirkan dividen pahala untuk akhiratnya: pertama, do’a anak-anaknya yang soleh/solehah; kedua, sedekah jariah (i.e. infaq fi sabilillah) yang dikeluarkannya semasa hidupnya, dan ketiga, ilmu yang diajarkannya kepada orang lain semasa hidupnya. DENGAN SYARAT, anaknya adalah mengikuti syariat Islam yang menepati ketetapan as-Sunnah. Dan, sedekah jariahnya tidak terhapus kebaikan/pahala kerana dia mencemarkan amalan dan ibadahnya dengan bida’ah. Ilmu yang disampaikannya adalah ilmu al-Quran dan as-Sunnah yang benar, bukan dicemari oleh hakaza-hakaza (kata-kata sifolan dan sifolan tanpa sandaran nas dan dalil al-Quran dan as-Sunnah) dan dicemari oleh bida’ah. Mewariskan (atayu, menyebarluaskan) bida’ah akan mendapat kiriman dosa dari mereka yang kita ajarkan, dan kiriman dari orang-orang lain yang mereka ajarkan pula, walaupun kita sudah mati!
Diriwayatkan hadith daripada Abdullah bin ‘Amru bin ‘Ass (r.a) berkata: ‘Bahawasanya Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Al-ilmu thalathatun, wama siwa zalika fahua fadlun: Ayatun muhkamatun, au sunnatun qaimatun au faridatu ‘adilatun.’ (Yang bermaksud: Bahawasanya ilmu yang wajib dipelajari itu adalah tiga, adapun di belakangnya (yakni, selepas ilmu yang tiga itu) maka ilmu sedemikian baik (untuk dunia): (Ilmu yang diwajibkan) iaitu (pertama) ayat-ayat yang menghukum (yakni, al-Quran), (kedua) as-Sunnah yang tegak (yakni, al-hadith atau as-Sunnah yang benar), dan (ketiga) hukum faraid (i.e. pembahagian harta warisan yang adil).) - Hadith Abu Daud & ibnu Majah

(-)        Pahala dan dosa menyebarkan ilmu

Ganjaran pahala kerana belajar dan mengajarkan ilmu itu hebat sehinggakan Rasulallah (s.a.w) memberitahu sebahagian waktu siang atau malam ditumpukan untuk belajar ilmu (al-Quran dan as-Sunnah) itu pahalanya mengatasi nilai dunia dan segala isinya. Mereka yang berilmu pula diberi ganjaran pahala yang begitu hebat lagi iaitu dia mendapat kiriman pahala dari mereka yang dia ajarkan ilmu tersebut. Maka lagi ramai muridnya atau lagi kerap dia mengajarkan/menyebarkan ilmunya, maka lagi banyaklah gandaan pahala yang diterimanya! Tambahan pula para malaikat dan makhluk lain, sehinggakan ikan di airpun, mendo’akan kebaikan dan keberkatan kepada mereka yang belajar ilmu. Sebaik-baik orang iman adalah orang yang belajar ilmu dan mengajarkan ilmu. Orang Islam yang faham agama Islam itu tidak akan melepaskan peluang mengilmukan orang lain, sama ada diminta atau tidak.
Kerana utamanya ilmu yang benar itu, manusia juga diberitahu sebaliknya mengajarkan sesuatu yang batil – sesuatu yang maksiat dan bida’ah - mendapat dosa, dan orang yang kita ajarkan ilmu yang batil juga mendapat dosa. Dan, lebih wajar difahami, bahawa orang yang mendapat ilmu yang batil dari kita itu mengirimkan dosa pula kepada kita kerana kita mengajarkan mereka. Kiriman itu kekal selagi ilmu yang batil itu menjadi amalan orang yang kita ajarkan dan mereka ajarkan pula orang lain ad infinitum. Contoh: mengajar bida’ah akan membatalkan semua amalan dan ibadah – yang wajib atau yang sunat – bagi orang yang mengamalkannya. Malah mengamalkan bida’ah membatalkan keIslaman pengamalnya. Dan, orang yang mendapat ilmu yang batil itu, mendapat dosa kerana mengamalkannya dan mengirimkan dosa pula kepada kita yang mengajarkannya sesuatu yang batil (spt bida’ah) ad infinitum pula!

Justeru itu, berwaspadalah, semak ilmu kita dan muhasabah diri kita,  
Maka dengan ilmulah manusia itu tahu apa yang benar dan apa yang batil dan apa yang betul dan apa yang salah, apa yang mendatangkan pahala dan apa yang mendatangkan dosa. Ilmu menunjukkan betapa batilnya perbuatan mereka mengada-adakan sesuatu – amalan atau ibadah - yang tiada dalam Islam dalam konteks bentuk-bentuk amalan dan ibadah, serta cara dan kaedah beramal atau beribadah!  Maka orang Islam yang faham ilmu mengenai Islam itu tidak akan mengajarkan atau menyebarluaskan amalan-amalan yang tiada sandaran ilmu, yakni yang tiada nas dan dalil al-Quran dan as-Sunnah.

Matlamat akhir orang iman – selamat di akhirat

Umat Islam mengabdikan diri kerana itulah perintah utama Allah (a.w) – Ayat 56: az-Zariat – yang kita rujuk terdahulu. Ilmu memberitahu bagaimana mengabdikan diri. Umat Islam mengharapkan selamat dari neraka dan berjaya mendapat syurga di akhirat – Ayat 13: an-Nisa’. Ilmu yang menunjukkan bagaimana hendak selamat dan berjaya. Kita mencari jalan pintas dan pantas mendapat syurga iaitu ‘siratul mustaqim’. Bagi seorang Islam yang mengerjakan solat fardhunya 5 kali sehari, sama ada secara sedar atau tidak sedar, kita memohon agar Allah (a.w) tunjukkan ‘siratul mustaqim’ – jalan lurus ke syurga – Ayat 6: al-Fatihah
Kita memohon pada Allah (a.w) agar diberikan dan ditunjukkan kepada kita ‘siratul mustaqim’ itu – jalan orang-orang yang Allah (a.w) kurniakan nikmat kepada mereka di dunia dan di akhirat, dan bukannya jalan-jalan orang-orang yang dimurkai Allah (a.w) dan bukan juga jalan-jalan orang-orang yang sesat dan disesatkan oleh Allah (a.w) – Ayat 7: al-Fatihah.

(-)        Ilmu menunjukkan ‘Siratul mustaqim’

Allah memberitahu dalam al-Quran apa dia ‘siratul mustaqim’ itu dan bagaimana memperolehinya.
Firman Allah (a.w): ‘Wa-an haza siratul mustaqiman fattabi’uhu, wa-la tattabi’us subula fatafarraqa bikum ‘an sabilihi; zalikum was-sokaum bihi la’allakum tattaquna.’ (Yang bermaksud: Dan inilah (i.e. al-Quran dan as-Sunnah adalah) jalan yang lurus ke syurga itu dan janganlah kalian ikuti lain-lain (jalan, mengikuti ajaran dan ajakan orang yang tidak berpandukan al-Quran dan as-Sunnah), nanti kalian akan menyimpang (sesat) dari jalan yang lurus itu (sebagaimana yang ditetapkan oleh al-Quran dan as-Sunnah) dan (janganlah) berfirqah-firqah kalian (ie maksudnya bermazhab); demikianlah diwasiatkan (yakni, diwajibkan atas kalian) dengan peringatan itu, mudah-mudahan (maksudnya, pasti) kalian menjadi orang yang bertaqwa) - Ayat 153: al-An’am 
Bagi mereka yang berilmu, mereka faham ‘taqwa’ mempunyai 3 sifat: pertama, kasihkan Allah (a.w). Maka kerana itu kita usahakan segala sesuatu yang disukai, yang mendatangkan keridhaan dan kerahamatan Allah (a.w) kepada kita, dan jauhi segala sesuatu yang mendatangkan kemurkaan Allah (a.w), sebaik mungkin. Kedua, kita takutkan Allah (a.w). Kerana itu kita pastikan sepanjang hidup kita, kita hindari segala sesuatu yang ditegah dan dimurkai Allah (a.w), dan lakukan segala sesuatu yang tidak mendatangkan kemurkaanNya. Ketiga, berharap dan mengharap. Kita lakukan segaka sesuatu yang menyukaiNya supaya kita diberiNya syurga dan supaya diselamatkan olehNya dari neraka.
‘Siratul mustaqim’ itu hanyalah SATU JALAN SAHAJA – iaitu ikuti ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Sebaliknya, istilah ‘subula’ dalam firman tersebut adalah plural (=jamak) atau banyak, sebagaimana banyaknya fahaman dan aliran umat Islam, dan sebagaimana banyaknya pula ‘firqah’ atau mazhab! Fahaman yang benar dalam Islam hanyalah fahaman berdasarkan as-Sunnah. (Ingat: as-Sunnah termasuk al-Quran).
Firman Allah (a.w): ‘Innallaha rabbi wa-rabbukum fa’buduhu; haza siratum-mustaqimun’ (Yang bermaksud: (Isa (a.s) berkata kepada kaumnya) ‘Sesungguhnya Allah (a.w) itu tuhanku dan tuhan kalian, maka sembahlah Dia; inilah jalan lurus ke syurga.’) - Ayat 51: ali-Imran.
Firman Allah (a.w): ‘Innaka laminal-mursalina @ ‘ala siratim-mustaqima.’ (Yang bermaksud: Sesungguhnya engkau (Muhammad (s.a.w) nescaya dari kalangan orang-orang yang diutus (i.e. para rasul) @ atas jalan lurus (ke syurga)) - Ayat 3 & 4:  Yaasin
Firman Allah (a.w): ‘Wa-ani’budni, haza siratum-mustaqun.’ (Yang bermaksud: Dan bahawasanya kalian mengabdikan diri kepadaKu (Allah), inilah jalan lurus ke syurga.’ - Ayat 61: Yaasin.
Firman Allah (a.w): ‘... wa-man ya’tasim billahi faqad hudiya ila siratim-mustaqimi.’ (Yang bermaksud: Barangsiapa berpegang teguh kepada tali (agama) Allah (a.w) (maksudnya, agama Islam yang didasarkan semata-mata al-Quran dan as-Sunnah) maka sungguh-sungguh dia telah diberi hidayah (i.e. petunjuk) kepada ‘siratul mustaqim’, (= jalan lurus (ke syurga)) - Ayat 101: ali-Imran. 
Siapakah orang yang Allah (a.w) berikan nikmat kelak di akhirat kerana berjalan berada dan mengikuti ‘siratul mustaqim’ itu? Mereka adalah yang disebutkan dalam firman Allah (a.w) pada Ayat 69: an-Nisa’ 
Firman Allah (a.w): ‘(Orang-orang yang diberi Allah (a.w) nikmat itu adalah) Orang yang taatkan Allah (a.w) (maksudnya, ikuti al-Quran) dan taatkan Rasulallah (s.a.w) (maksudnya, ikuti as-Sunnah) mereka itu akan bersama-sama (di syurga) dengan orang-orang yang diberi nikmat oleh Allah (a.w) dari kalangan para nabi, para siddiqin (yang benar), para syuhada (yang mati syahid) dan para solehin (orang-orang soleh) …’ – Ayat 69: an-Nisa’. 
Siapa para ‘solehin’? Orang iman yang mentaati Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) sepanjang hidupnya mengerjakan amalan dan ibadah sekuat mampu mereka serta melakukan kebaikan yang disebut di dalam al-Quran dan as-Sunnah, tanpa mencemarkan aqidah dan syariat agamanya (i.e. syariat Islam).

(-)        Hidayah – Siapa yang dapat hidayah?

Firman Allah (a.w): ‘Wallahu yahdi mai yasya-u ila siratim-mustaqima ‘(Yang bermaksud: Allahlah yang memberi hidayah kepada sesiapa yang dikehendakkiNya ke jalan lurus (= siratul mustaqim) ke syurga itu). - Ayat 46: an-Nur
Allah (a.w) memberitahu bahawa Rasulallah (s.a.w) menunjukkan ‘hidayah’ dan hidayah terbaik adalah hidayah yang Allah (a.w) kurniakan kepada Rasulallah (s.a.w). Namun, yang mengurniakan hidayah kepada kita hanyalah Allah (a.w). Kerana Allah (a.w) memberi mertabat tertinggi di kalangan manusia sebagai ‘uswatun hasanah’ (model ikutan trbaik bagi orang iman).
Kerana hidayahlah seseorang yang Islam itu mendalami ilmu mengenai aqidah dan syariat Islam serta segala sesuatu mengenai agama Islam supaya pasti dia bahawa:
Pertama, dia faham Islam, syariatnya dan tuntutannya dan bagaimana menepati tuntutan tersebut (Ayat 13: an-Nisa’) dan dia berwaspada supaya tidak tergolong dari kalangan orang yang disesatkan dan dimasukkan ke dalam neraka (Ayat 14: an-Nisa’);
Kedua, dia faham panduan Islam itu adalah al-Quran dan as-Sunnah semata-mata, maka sesiapa yang berpandukan juga panduan lain daripada yang dua itu, maka mereka menghapuskan ketulenan atau keaslian atau kemurniaan agama Islam itu, maka tidak lagi sama dengan agama yang diperintahkan oleh Allah (a.w) sebagaimana yang disampaikan oleh Rasulallah (s.a.w) kepada manusia; maka apabila tercemar, terbatallah segala semua amalan dan ibadahnya;
Ketiga, disamping berpandukan al-Quran dan as-Sunnah, dia juga faham bahawa dalam mengamalkan Islam, Allah (a.w)) mensyaratkan bahawa dia berjema’ah dalam Islam, dan kalau dia tidak berjema’ah maka belum sah Islamnya, dan batal segala ibadah dan amalannya, tidak diterima Allah (a.w) segala amalan dan ibadahnya, walaupun ibadah atau amalannya menepati bentuk-bentuk, cara dan kaedah beramal menepati panduan al-Quran dan as-Sunnah – Ayat 103: ali-Imran dan as-Sunnah; 
Keempat, dia wajib beramal dan beribadah hanya berdasarkan ilmu dan bukan secara taklid atau dalam kejahilan atau secara ikut-ikutan, menuruti amalan nenek moyang mereka, atau berdasarkan kata-kata atau cakap-cakap sianu atau sifolan atau baca buku dan kitab itu dan ini atau layari internet atau lawan web – firman Allah (a.w): ‘Wa-la taqfu ma laisa bihu ilmun’ (Yang bermaksud: Janganlah kalian kerjakan (sesuatu amalan dan ibadah) tanpa mengetahui terlebih dahulu ilmu mengenainya (i.e. amalan dan ibadah itu) - Ayat 36, Surah al-Isra’;
Kelima, dia beramal dengan niat yang betul (mukhlis) - niat yang mengesahkan segala amalan dan ibadahnya murni semata-mata kerana Allah (a.w) – firman Allah (a.w): ‘Wa-yarjuna rahmatahu, wa-yakhafuna ‘azabahu’ (Yang bermaksud: Kerana mencari dan mengharapkan kerahmatan (maksudnya, syurga) Allah (a.w), dan takutkan siksaan (maksudnya, neraka) Allah’ - Ayat 56: al-Isra;
Keenam, dia faham bahawa ilmu yang benar mengenai Islam dan tuntutannya itu hanyalah al-Quran dan as-Sunnah semata-mata – al-Hadith;
Ketujuh, dia faham bahawa bukan sahaja ilmu itu penting untuk kefahaman agamanya, dia faham bahawa belajar ilmu itu suatu kewajipan dan mendatangkan pula pahala yang amat banyak, berbagai dan yang tidak mungkin dapat dikumpul olehnya sepanjang hayatnya kalaupun dia adalah seorang yang alim dan ahli ibadah – as-Sunnah;
Kedelapan, dia faham bahawa mengamalkan sesuatu amalan dan ibadah yang dicemari oleh bida’ah, membatalkan bukan sahaja pahala tetapi membatalkan/membatilkan aqidahnya, (kerana mengamalkan bida’ah seolah-olah dia mengikuti perintah seseorang yang lebih berkuasa sehingga mengatasi kuasa Allah (a.w) yang memerintahkan, melalui RasulNya, jangan amalkan bida’ah) menyebabkan dia jatuh syirik, sehingga mengeluarkan dia dari Islam yakni terlucut keIslamannya tanpa dia menyedarinya – al-Sunnah;
Kesembilan, ilmulah yang memberinya kefahaman bahawa mengamalkan sesuatu amalan dan ibadah tanpa didasari ilmu al-Quran dan as-Sunnah adalah sisa-sia sahaja tidak diberi pahala, tidak diterima oleh Allah (a.w) semua amalannya, malah menghakis semua pahala amalan dan ibadah yang terdahulu dan semasa – as-Sunnah. 
Kerana hidayahlah seseorang Islam itu menyempatkan masa hidupnya untuk mengaji atau belajar ilmu (dari orang yang berilmu dan faham), dan sentiasalah menyemak asas amalan dan ibadahnya dan muhasabah dirinya/menghisab amalan dan ibadahnya yang terdahulu, apakah sejajar dengan as-Sunnah. Kerana hidayahlah seorang iman itu benar-benar faham bagaimana sesuatu perintah Allah (a.w) dan ketetapan Rasulallah (s.a.w) itu hendak dipatuhi atau diamalkan atau dikerjakan dengan betul. 
Hidayah adalah kurniaan Allah (a.w). Diberikan kepada sesiapa yang Dia (Allah (a.w)) inginkan mendapat hidayah. Hidayah tidak otomatik. Tapi, seseorang yang mencari hidayah, maka pasti Allah (a.w) berikan. 
Dengan itulah terdapat orang yang lahir tidak Islam, ketika dewasa masuk Islam dan menjadi seorang Islam yang alim dan warak pula serta istiqamah beramal menepati tuntuan al-Quran dan as-Sunnah. Kerana mereka faham tuntutan Islam. Tanpa hidayah seorang Islam itu tidak akan menyempatkan dirinya belajar ilmu, dan berpuas hati dengan beramal dan beribadah berdasarkan kata-kata sianu dan sifolan atau membaca buku dan kitab itu dan ini atau melayari laman web untuk mencari jalan mudah mendapat ilmu. Walaupun mendapat ilmu yang sama dengan ilmu yang diperolehi melalui sistem dan kaedah pengilmuan Islam yang benar, tetap amalan dan ibadahnya tidak diterima Allah (a.w). Kerana, ilmu dan amalan hendaklah secocok dengan ketetapan Allah (a.w) dan RasulaNya, iaitu belajar secara mangkul (berguru), musnad (berdasarkan isnad as-Sunnah) dan muttasil (sumber ilmu sampai kepada Rasulallah (s.a.w)).

(-)        Pertolongan Allah (a.w) 

Firman Allah (a.w): – ‘Wal-lazina jahadu fina la-nahdiyan-nahum subulana wa-innallaha la-ma-‘al mukhsinina’ (Yang bermaksud: Dan orang-orang berjihad (i.e. bersungguh atau memepersungguh dalam agamanya) untuk (mencari keridhaan) Kami (Allah), nescaya Kami (Allah) akan tunjukkan (i.e. berikan hidayah kepada) mereka (pada) jalan-jalan Kami (Allah). Dan, sesungguhnya Allah (a.w) nescaya berserta dengan orang yang mukhsin (yakni, mukhlis, murni niat dan amalannya).) - Ayat 69: al-Ankabut. 
Hidayah itu adalah kurniaan Allah (a.w). Namun akan diberikan kepada sesiapa yang berusaha dan bersungguh-sungguh mencarinya.
Diriwayatkan hadith daripada Abi Hurairah (r.a) berkata: ‘Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Man yuridillahu bihi khairan yufaqqihhu fid-dini.’ (Yang bermaksud: Barangsiapa mengkehendaki oleh Allah (a.w) dengannya (i.e. untuknya) kebaikan (di dunia dan di akhirat) (maka) memberi kafahaman (Allah (a.w)) di dalam ilmu mengenai agamanya.’ - Hadith ibnu Majah, Kitab Mukaddimah. 
[Nota: Hadith di atas memberitahu kita bahawa jika Allah (a.w) ingin menjadikan hambanya seorang yang baik atau mendapat kebaikan dalam hidupnya, dan juga dalam menjalani kehidupan dua alam selepas matinya, maka Allah (a.w) mendorong dia untuk mencari dan belajar ilmu tentang Islam dan syariatnya, dan memudahkan dia faham akan agama Islam dan syariatnya. Jelasnya, jika Allah (a.w) hendak menjadikan seseorang daripada hambaNya orang yang baik, maka Dia (Allah (a.w)) permudahkan orang itu mengenal dan faham akan agamanya. 
Demikian jugalah hidayah. Tidak siapa boleh memberi hidayah atau petunjuk kepada seseorang. Malah Rasulallah (s.a.w) sendiri tidak dapat memberi petunjuk kepada bapa saudaranya, Abu Thalib, yang memeliharanya sampai dewasa, dan melindunginya semasa berdakwah, untuk menerima Islam. Abu Thalib telah memberi sumbangan yang begitu besar kepada agama Allah (a.w), kerana melindungi Rasulallah (s.a.w) dalam berdakwah menyebarkan dan mengajarkan Islam kepada masyarakat Quraisy. Namun dia, tidak mahu mengikuti Rasulallah (s.a.w) dan memeluk Islam, walaupun dipujuk oleh Rasulallah (s.a.w). Walaupun dia tidak menyembah berhala sebagaimana sepupu-sepupunya dan saudaranya sendiri, seumpama Abu Lahab. Namun, kerana jasa beliau terhadap Islam dan Rasulallah (s.a.w) itulah Allah (a.w) ringankan siksaan neraka baginya. Di kalangan manusia semenjak zaman Adam (a.s) sampaikanlah manusia terakhir ketika terjadinya kiamat kelak, siksaan yang paling ringan adalah kepada Abu Thalib, iaitu diletakkan sepuntung bara api neraka di telapak kakinya. Walaupun sepuntung sahaja, menggelegak otak kepalanya! Fikirkanlah pula bagaimana siksanya kelak seorang wanita Islam yang mendedahkan kepala atau rambutnya diikat rambutnya dengan tali dari api neraka dan digantung? Betapa pula siksaannya terhadap seorang lelaki yang melabuhkan pakaian bawahnya menutup buku lalinya atau memakai sutera dan emas. Kerana Allah (a.w) melarang lelaki iman berbuat sedemikian.] 
Hadith di atas itu memberitahu bahawa jika Allah (a.w) inginkan kebaikan di dapati oleh seseorang yang Islam itu, pasti dia diberi kefahaman oleh Allah (a.w) mengenai agamanya. Antara kefahaman itu adalah:  
Pertama, Islam sahaja agama yang diterima dan diridhai oleh Allah (a.w) dianuti oleh manusia sepanjang zaman, maka agama selain Islam itu pasti menyalahi perintah Allah (a.w) pada Ayat 56: az-Zariat
Kedua, kalau dia tidak Islam pastilah dia tidak akan mendapat syurga di akhirat kelak. Orang yang tidak Islam boleh dapat syurga jikalah boleh unta masuk keluar dari lubang jarum! – Ayat 40: al-A’raf
Ketiga, dia faham mengapa Allah (a.w) peringatkan manusia dalam al-Quran bahawa janganlah mati atau pastikan mati hanya mati sebagai seorang Islam, kerana kalau mati kafir pasti masuk neraka kekal kelak; atau dia Islam tetapi mati tidak mengamalkan Islam yang berteraskan semata-mata al-Quran dan as-Sunnah maka terbatal Islamnya, jatuh kafir dia – Ayat 102: ali-Imran.
Keempat, dia fahami dalam Islam panduan hidup sebagai orang Islam dan panduan beramal dan beribadah, yakni panduan syariat, yang mutlak dalam Islam, hanyalah al-Quran dan as-Sunnah – Ayat 13: an-Nisa’.
Kelima, jika Allah (a.w) inginkan kebaikan terhadap seseorang yang Islam itu dia faham bahawa al-Quran dan as-Sunnah itu adalah petunjuk ‘siratul mustaqim’ – al-Quran.  
Keenam, dia akan faham bahawa segala amalan dan ibadahnya hanya diterima Allah (a.w) jika menepati ketetapan al-Quran dan as-Sunnah dan dia berada dalam Islam yang bentuknya berjema’ah dan panduannnya as-Sunnah – Ayat 103: ali-Imran.
Ketujuh, dia tahu dan faham bahawa semua amalan dan ibadah itu diterima Allah (a.w) kalau diamalkan atau diibadahkan olehnya atas dasar ilmu al-Quran dan as-Sunnah, yang dia belajar secara khusus melalui system pembelajaran ilmu Islam yang benar – berguru secara mangkul, musnad dan mutassil  Ayat 36: an-Nisa’ dan as-Sunnah.
Kedelapan, dia mendapat kefahaman bahawa segala amalan dan ibadah itu diberi pahala atau diterima Allah (a.w) kalau niatnya betul, iaitu mencari kerahmatan Allah (a.w) dan takutkan siksaan Allah (a.w) – Ayat 56: al-Isra’.
Kesepuluh, dia faham bahawa jika dia mempersungguh tanpa ragu-rgu berpegang kepada Islam yang benar, dia telah diberi hidayah oleh Allah (a.w) kepada ‘sirtul mustaqim’ itu – Ayat 101: ali Imran.
Kesebelas, dia faham bahawa dia wajib berjema’ah dalam Islam – Ayat 103: ali-Imran, yang dipimpin oleh seorang imam dan dia bernaung di bawah seorang imam yang dibai’atnya - Ayat 59: an-Nisa’; dan dia wajib mentaatinya imam yang dibai’atnya – Ayat 10: al-Fath, dan Ayat 18: al-Mumtahannah dan as-Sunnah.
Keduabelas, dia faham bahawa aqidah dan syariat Islam itu jelas dan sudah sempurna – tidak perlu diubah atau diubahsuai – maka sebarang tokok tambah atau variations terhadap kedua-duanya adalah pencemaran yang tidak diridhai Allah (a.w) – Ayat 3: al-Maidah.
Justeru itu, mengamalkan bida’ah mebatalkan keIslaman kita, batal segala amalan dan ibadah, dan dia terkeluar dari Islam secara otomatik tanpa kita sedari – as-Sunnah.

(-)        Panduan hidup mukmin

Kita telahpun diberitahu bahawa ‘siratul mustaqim’ itu adalah al-Quran dan as-Sunnah, dan Allah (a.w) mewajibkan taati dan ikuti Rasulallah (s.a.w) (maksudnya, as-Sunnah) – Ayat 13: an-Nisa’, Ayat 7: al-Hasyr, dan Ayat 80: an-Nisa’ dan Ayat 21: ali-Imran. Allah (a.w) peringatkan umat Islam apabila tetalah ditetapkan sesuatu oleh al-Quran dan as-Sunnah – jelas hukumnya ada dalam al-Quran dan as-Sunnah – orang Islam tidak boleh menolak ketetapan tersebut. 
Rasulallah bersabda: ‘Taraktu fikum amraini lan tadillu ma tamasaktum bihima kitaballahi wa-sunnata nabiyihi’ (Yang bermaksud: Aku (Nabi) tinggalkan pada kalian dua perkara, kalian TIDAK AKAN TERSESAT selagi kalian berpegang teguh dengan kedua-duanya, iaitu kitab Allah (a.w) (i.e. al-Quran) dan Sunnah nabinya (i.e as-Sunnah).’ – Hadith al-Hakim dll
Ilmu memberi kta tahu bahawa Rasulallah (s.a.w) membawak dua hazanah ilmu dan panduan hidup tersebut. 
Sabda Rasulallah (s.a.w): ‘Ketahuilah aku telah diberikan sebuah kitab (i.e. al-Quran) dan bersamanya (yakni, yang diberikan Allah (a.w) bersekali dengan al-Quran itu) sesuatu yang menyerupainya (yakni, yang seiring dengan al-Quran, yakni as-Sunnah atau al-Hadith).’ - Hadith Abu Daud. 
Umat Islam wajib mentaati ketetapan kedua-duanya – buat yang disuruh sekuat mampu, dan jauhi segala tegahan/larangan. Antara tegahan yang sering disebutkan oleh Rasulallah (s.a.w) adalah jauhi syirik – yang jelas dan yang samar, fahaman kurafat dan tahayul, jangan bertaklid kepada orang secara membuta tuli atau ikut-ikutan, jangan amalkan bida’ah dalam beramal dan beribadah, wajib bermal atas dasar ilmu, dll. 
Allah (a.w) telah memberi kita kebaikan apabila Allah (a.w) memberi kita kefahaman bahawa syurga itu mudah didapatkan jika kita faham Ayat 13: an-Nisa’: ‘Sesiapa yang taatkan Allah (a.w) (i.e. ikut al-Quran) dan taatkan Rasulallah (s.a.w) (i.e.ikuti as-Sunnah), pasti dimasukkan ke dalam syurga.’ Itulah jalan pintas ke syurga. Kita akan masuk neraka jika kita tergolong mereka yang disebutkan pada Ayat 14: an-Nisa’ atau orang yang Rasulallah (s.a.w) kata yang enggan terima sunnahnya.

(-)        Siapa yang dapat Petunjuk? 

Diriwayatkan hadith daripada Marwan bin Junahi, hadith daripada Yunus ibnu Maisarah bin Halbasin, bahawasanya diceritakan kepada aku (kata Marwan) hadith oleh Maisarah, yang berkata: ‘Aku mendengar Mu’awiyah bin Abi Sufyan menceritakan hadith daripada Rasulallah (s.a.w) bahawasanya dia (Rasulallah) bersabda: ‘Al-Khairu ‘adatun, was-syarru la-jajatun. Wa-man yuridillahu bihi khairan yufaqqahu fid-dini.’ (Yang bermaksud: Kebaikan itu pada adat, dan keburukan pada kekecohan (atau kekacauan). Dan, barangsiapa dikehendaki Allah (a.w) dengannya (i.e. untuknya) kebaikan (baginya di dunia dan di akhirat) maka (memberi) kefahaman kepadanya (oleh Allah (a.w) di dalam agamanya).’ - Hadith ibnu Majah. 
[Nota: Hadith di atas itu memberi kita tahu perkara yang sama dengan sepotong hadith yang lain, iaitu: 
Diriwayatkan hadith daripada Abi Hurairah (r.a) berkata: ‘Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Man yuridillahu bihi khairan yufaqqihhu fid-dini.’ (Yang bermaksud: Barangsiapa mengkehendaki oleh Allah (a.w) dengannya (i.e. untuknya) kebaikan (di dunia dan di akhirat) (maka) memberi kafahaman (Allah (a.w)) di dalam ilmu mengenai agamanya.’ - Hadith ibnu Majah, Kitab Mukaddimah
Apakah maksud kefahaman beragama? Antaranya, pertama, Islam adalah agama yang dicipta oleh Allah (a.w) untuk semua manusia, semua bangsa dan yang hidup semua zaman semenjak manusia pertama Adam (a.s) sehinggalah Nabi Isa (a.s) diturunkan semula ke dunia kelak untuk memerangi Dajjal. Kedua, agama Islam itu panduannya adalah al-Quran dan as-Sunnah, maka sesiapa yang patuh 100% kepada ketetapan al-Quran dan as-Sunnah pasti diberi oleh Allah (a.w) syurga – Ayat 13: an-Nisa’. Ketiga, as-Sunnah itu, sebagaimana al-Quran, adalah ketetapan yang mutlak dipatuhi oleh setiap orang yang akui dirinya Islam, kerana itulah perintah Allah (a.w) – Ayat 80: an-Nisa’ dan Ayat 7: al-Haysr, antara lain. Keempat, syariat Islam itu berpaksikan tiga perkara, iaitu al-Quran, as-Sunnah dan berjema’ah. Justeru itu, erti sebenar ‘ahlus sunnah wal-jama’ah’ itu adalah orang Islam itu ikuti panduan al-Quran dan as-Sunnah dan dia berjema’ah dalam mengamalkan Islam.

Panduan syariat Islam yang benar

Melalui ilmu al-Quran dan as-Sunnah itu kita diberi kefahaman beberapa ketetapan dan hakikat yang amat fundamental mengenai Islam. 
Pertama, semua manusia itu boleh mendapat syurga, jika dia fahami al-Quran dan as-Sunnah, maka dia menerima Islam sebagai agamanya, dan mengamalkan tuntuannya; 
Kedua, mentaati Alah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) adalah ketaatan mutlak - sesuatu yang haq – wajib tidak boleh tidak jika kita inginkan selamat dari neraka dan berjaya mendapat syurga;
Ketiga, sehubungan itu, panduan yang hak menjalani kehidupan dunia yang diridhai Allah (a.w) adalah al-Quran dan as-Sunnah;
Keempat, panduan aqidah dan syariat – panduan amalan dan ibadah – yang diterima Allah (a.w) adalah al-Quran dan as-Sunnah;
Kelima, syariat Islam itu sudahpun sempurna dan tidak perlukan ubah suai atau tokok tambah, memadai diamalkan dan diibadahkan apa-apa yang termaktub dalam al-Quran dan as-Sunnah semata-mata untuk dapatkan syurga dan terselamat dari neraka – Ayat 3: al-Maidah
Keenam, agama Islam itu wajib dijema’ahkan secara formal dan umat Islam ditegah sama sekali berfirqah atau menubuhkan aliran atau fahaman berasingan seumpama mazhab – Ayat 103: ali-Imran dan as-Sunnah; 
Ketujuh, sehubungan dengan ini, setiap amalan orang yang akui dirinya Islam, tetapi tidak berjema’ah dalam Islam, kesemua amalan dan ibadahnya batal dan batil tidak diterima Allah (a.w) – as-Sunnah; 
Kedelapan, segala sesuatu mengenai aqidah dan syariat Islam itu hanyalah al-Quran dan as-Sunnah. Mengikuti kedua-duanya menjamin syurga; dan menolak sebahagian – walaupun satu ayat atau satu hadith – pasti masuk neraka – al-Quran; 
Kesembilan, kerana syariat Islam itu mewajibkan umatnya berjema’ah secara formal, maka umat Islam itu wajib taatkan ‘ulil amri’ (dalam Islam disebut ‘imam’) (maksudnya, mereka yang diberi kuasa mentadbir-uruskan jema’ah umat Islam dalam hal ehwal agamanya); tetapi mentaati ‘ulil amri’ itu tidak mutlak. Mereka hanya ditaati selagi mereka tidak membuat peraturan (fatwa atau ijtihad atau ketetapan) yang bertentangan dengan al-Quran dan as-Sunnah (maksudnya, menyuruh buat sesuatu yang ‘maksiat’). Malah, jika timbul perselisihan atau perbezaan pendapat atau bertentangan menyentuh suatu perkara dalam Islam, antara sesama ‘ulim amri’, ‘ulil amri’ dengan rukyah (yang dipimpinnya) wajib kembali merujuk kepada al-Quran dan as-Sunnah untuk dapatkan penyelesaian; dan semua ketetapan/penyelesaian ada dalam al-Quran dan as-Sunnah – Ayat 59: an-Nisa’ dan as-Sunnah; 
Kesembilan, sehubungan dengan itu, seseorang yang Islam, tetapi tidak bernaung di bawah seorang Imam, maka tidak halal hidupnya di dunia, kerana syariat Islam mensyaratkan bahawa jikapun hanya ada 3 orang yang Islam di atas bumi Allah (a.w), wajib mereka mengangkat salah seorang daripada mereka bertiga menjadi imam kepada mereka – as-Sunnah; 
Kesepuluh, sehubungan dengan kewajipan berjema’ah dan bernaung di bawah seorang imam itu, Islam seseorang itu hanya sah jika dia berjema’ah, dia mempunyai Imam dan dia berbai’at taat setia dengan imam yang diangkatnya – al-Quran dan as-Sunnah; 
Kesebelas, sehubungan itu juga, sesiapa yang Islam, tetapi tidak berjema’ah, maka semua amalan dan ibadahnya – walaupun dari segi bentuk ibadah dan amalan, cara dan kaedah beramal atau mengerjakan ibadahnya menepati al-Quran dan as-Sunnah, tidak diterima Allah (a.w) – as-Sunnah; 
Keduabelas, aqidah dan syariat Islam itu wajib dimurnikan – sebagaimana aslinya dibawakan oleh Rasulallah 1,437 tahun yang lalu – tanpa mengubah dan meminda atau menokok tambah kepada setiap sesuatu yang tersebut didalam aqidah dan syariatnya, sebagaimana yang tertera dalam as-Sunnah. Aqidah Islam itu tercemar kerana syirik samar, kerana amalan kurafat dan tahyul; dan syariat Islam itu tercemar kerana taklid dan bida’ah – Ayat 153: al-Ahzab dan as-Sunnah; 
Ketigabelas, sehubungan dengan itu, seseorang Islam yang mengamalkan sesuatu yang bida’ah, Allah (a.w) tidak terima semua amalannya/ibadahnya – sama ada yang wajib/fardhu ataupun yang sunat; dan dia terkeluar dari Islam tanpa dia menyedarinya – as-Sunnah; dan
Keempatbelas, kerana Islam itu wajib berpandukan al-Quran dan as-Sunnah, wajib dijema’ahkan dan wajib ada imam yang mentadbir-uruskan jema’ah umat Islam dalam perkara agamanya, di akhirat kelak mereka berhimpun di belakang imam masing-masing untuk penyaksian atas keIslaman mereka dan diberi Kitab Catatan Amalan, maka sesiapa yang tidak berimam, mengahdapi masalah yang besar tentang penyaksian di akhirat. Firman Allah (a.w): ‘Yauma nad’u kulla unasin bi-imamihim.’ (Yang bermaksud: Setiap manusia akan dipangil bersama-sama dengan imam-imam mereka)  – Ayat 71: al-Isra’ dan Surah al-Kauthar

lmu menghapus kejahilan

Jelaslah, sesiapa yang faham tentang syariat Islam itu, sesungguhnya Allah (a.w) mengasihinya dengan memberikan dia kafahaman mengenai agamanya. Demikianlah juga sebaliknya. 
Ramai orang yang belajar ilmu mengenai agamanya, tetapi kekal jahil dia atau kurang faham dia. Atau, keliru dia apabila dipengaruhi oleh warisan nenek moyangnya, atau terpengaruh oleh kata-kata atau ajaran orang yang belum layak diberi taraf ‘ulama’ (= orang berilmu), kalau mereka kekal berfahaman bahawa syariat Islam itu boleh diubahsuai mengikut zaman dan keadaan, termasuklah orang yang yakin wujudnya ‘bida’ah hasanah’. Termasuklah, kekeliruan tentang hakikat ‘berjema’ah’ dalam Islam.

(-)        Golongan umat Islam yang Berjaya

Majoriti umat Islam meremehkan peringatan Rasulallah (s.a.w) dalam 2 hadith berikut. Hadith pertama membertahu umat Islam yang berjaya mendapat syurga itu berpandukan as-Sunnah; manakala hadith kedua menyatakan mereka juga berjema’ah dalam menganuti Islam: 
Sabda Rasulallah (s.a.w): ‘Sesungguhkan di kemudian hari nanti akan berpecah umatku (dalam hal atau perkara agamanya, yakni agama Islam dan syariatnya) sebagaimana berpecahnya kaum Yahudi (iaitu, tidak berpandukan syariat Nabi Musa (a.s) dan Kitab Taurat) dan Nesrani (iaitu, tidak berpandukan syariat Nabi Isa (a.s) dan Kitab Injil) dalam agama mereka. Berpecah umatku (umat Islam zaman selepas kewafatan Rasulallah (s.a.w)) menjadi 73 firqah (atau golongan atau mazhab), 72 golongan atau firqah atau mazhab masuk Neraka dan satu (golongan sahaja) masuk Syurga.’ Maka bertanya para sahabat: ‘Siapa golongan yang satu itu, ya Rasulallah (s.a.w)?’ Sabda Rasulallah (s.a.w): ‘Ma ana ‘alaihi wa-ashabi’ (Yang bermaksud: Iaitu mereka yang mengikut jalanku (yakni, as-Sunnah atau sunnahku) dan jalan (yakni, Sunnah) sahabat-sahabatku) (iaitu, Khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin adalah Abu Bakar, Omar, Othman dan Ali). - Hadith sahih at-Termidzi dll 
Diriwayatkan hadith daripada Muawiyah berkata bahawasanya Nabi (s.a.w) bersabda: ‘Ketahuilah, sesungguhnya orang-orang Ahli Kitab (yakni, Yahudi dan Nesrani) yang sebelum kamu (yakni, sebelum datangnya Islam) telah berpecah kepada 72 firqah (mazhab), dan sesungguhnya umat ini (yakni, umat Islam) akan berpecah kepada 73 firqah (mazhab atau golongan), 72 golongan dalam neraka dan satu golongan sahaja dalam syurga, mereka yang berjemaah.’ - Hadith Bukhari dan Hadith at-Termidzi 
Dua hadith ini menjelaskan siapakah ‘ahlus Sunnah wal-jama’ah’ itu. Majority umat Islam di Nusantara, contohnya, berbangga kerana ikuti Mazhab as-Syafie, maka mencanangkan diri mereka, merekalah ‘ahlus Sunnah wal-jama’ah’ itu. Walhal, Rasulallah (s.a.w) telahpun memberikan definasi atau syarat-syarat perlu sebagai ‘ahlus sunnah wal-jama’ah’ itu. Jelaslah, ilmulah yang memberi kefahaman kepada kita mana yang haq dan mana yang batil dalam perkara agama.

(-)        Perintah berjema’ah dalam Islam

Allah (a.w) brfirman pada Ayat 103: ali-Imran bahawa umat Islam atau orang iman itu wajib berjema’ah menganuti agama Islam. Malangnya, perkara ini disalahtafsirkan oleh manusia apabila mentafsirkan ayat tersebut. As-Sunnah mentafsirkan hakikat ini dengan panjang lebar dalam Bab Dalil, Bah Akhkam, dan Bab Imaroh (kepimpinan dalam Islam). Perintah induk berjema’ah adalah ayat berikut: 
Firman Allah (a.w): ‘Waktasimu bi-hablillahi jami’an wa-la taffaraqu;’ (Yang bermaksud: Berpegang teguhlah kalian pada tali (maksudnya, agama) Allah (a.w) dengan berjema’ah (atau dengan cara berjema’ah atau bentuknya berjema’ah) dan jangan berfirqah (maksudnya, menubuhkan fahaman atau perkumpulan terasing seumpama mazhab) – Ayat 103: ali-Imran 
Ada dua perkara yang disebutkan dalam firman tersebut: pertama, pegang sekuat-kuatnya agama Allah (a.w) (Islam itu) sebagaimana diperjelaskan dalam al-Quran dan as-Sunnah, jangan lepaskan (atau abaikan) atau cemarkan; dan kedua, jangan berfirqah atau bermazhab dalam menganuti agama Islam. Malangnya, dalam kebayakkan tafsir, ayat ini pentafsir tidak menyebut ‘berjema’ah’ dan tidak menyebut larangan Allah (a.w) bermazhab atau berfirqah. Kenapa? Rasulallah (s.a.w), dalam sunnahnya, memperjelaskan bahawa perintah Allah (a.w) dalam al-Quran itu sama dengan perintah dalam as-Sunnah. 
Diriwayatkan hadith dari Harith al-Asy’ari berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): Wa-ana amurukum bi-khamsin allahu amarani bihinna al-jama’atu was-sam’u wat-to’atu walhijratu wal-jihadu fi sabilillahi, fa-innahu man kharaja minal-jama’ati qida syibran faqad khala-‘a ibqatal-Islami min ‘unuqihi illa an yuraji’u wa-man da-‘a bida’wa jahiliatin fahua min jutha jahannama.’ (Yang bermaksud: Dan aku (Nabi) memerintahkan atas kalian 5 perkara, Allah (a.w) perintahkan atasku dengan ini 5 perkara. (Pertama) berjema’ah (kedua) mendengar (nasihat dan ketetapan Islam yang diijtihadkan oleh Imam), (ketiga) taat (kan Allah (a.w), Rasulallah (s.a.w) dan Imam); (keempat) berhijrah; (kelima) berjihadlah membela agama Allah (a.w); maka sesungguhnya sesiapa yang keluar dari jema’ahnya kira-kira sejengkal (walaupun sedikit) maka sungguh-sungguh dia telah mencabut tali Islam dari lehernya, kecuali kembali dia (i.e. bertaubat dia). Dan sesiapa yang memanggil dengan panggilan jahiliah (saudaranya sesama Islam) maka dia di tengah-tengah neraka jahannam). Berkata (mereka sahabat): ‘Wahai Rasulallah (s.a.w)! Dan, jikapun dia bersolat dan berpuasa?’ Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Wa-in solla wa-in soma, wa-za’ama annahu Muslimun. Fad’ul-Muslimina bi-asmaihim ‘ala ma sammahumullahu ‘aza waj’al Muslimna wal-mukminuna ‘ibadallahi.’ (Yang bermaksud: Dan jikapun dia bersolat dan berpuasa dan menyangka dia bahawasanya dia adalah orang Islam. Maka panggillah orang-orang iman lelaki dan orang iman perempuan dengan nama-namanya yang telahpun diberikan oleh Allah (a.w) demikianlah sifat-sifat hamba Allah (a.w)). - Hadith Imam Ahmad 
Rasulallah (s.a.w) memberitahu keridhaan Allah (a.w) pada umat Islam yang berjema’ah dalam Islam.
Diriwayatkan hadith daripada Abu Hurairah (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Innallaha yarda lakum thalathan wa-yakrahu lakum thalathan, fa-yardha lakun an ta’buduhu wa-la tusyriku bihi shai-an wa-an ta’tasimu bihabillahi jami’an wa-la tafarraqu; wa-yakrahu lakum qila wa-qala, wa-kathratass-suali wa-ida’atal mali.’ (Yang bermaksud: Sesungguhnya Allah (a.w) redha (yakni, sukakan) bagi kamu tiga perkara: (pertama) tidak menyekutukan akan Dia (Allah (a.w))(yakni, tidak syirik) dengan sesuatu apapun, (kedua) dan bahawa berpegang teguh dengan tali Allah (a.w) (yakni, agama Allah (a.w), iaitu agama Islam) secara berjemaah atau berjema’ah, dan (ketiga) jangan berpecah belah (atau berfirqah-firqah atau bermazhab-mazhab dalam Islam); dan benci Allah (a.w) bagi kamu tiga perkara (iaitu) (pertama) banyak berkata-kata dan bercakap-cakap, dan (kedua) banyak soal (tentang agamanya) dan (ketiga) pemboros atau membazirkan harta.) - Hadith Muslim 
‘Banyak berkata-kata’ = apabila diberitahu sesuatu yang haq berdalih atau berhujjah dengan batil. ‘Banyak soal’ = tidak mahu terima sesuatu yang haq atau benar apabila bertentangan dengan apa-apa yang mereka lazim tahu dan amalkan. ‘Memboroskan harta’ = kaya dan berada tetapi tidak mahu menginfaq atau berbelanja untuk fi sabilillah, tetapi dihabiskan semata-mata untuk kecapi nikmat dunia. 
Diriwayatkan hadith dari ibnu Omar berkata: ‘Telah berkhutbah Omar (r.a) di tanah Jahbiyah, maka berkata dia (Omar): ‘Ya aiyuhannasi inni qumtu fikum kama qami Rasulillahi (s.a.w) fina, fa-qala usikum biashabi thummal-lazina yalunahum thummal-lazina yalunahum tumma yafsyul-kazibu hatta yahlifr-rajulu wa-la yustahlafa wa-yasyhadas-syahidu wa-la yustasyhada ala la yahluanna rajulun bi-amra-atin illa kana thalithahumas-syaitana ‘alaikum bl-jama’ati wa-iyakum walfirqata fainnas-syaitana ma’al wahidi wa-hua minal-ithnainiab’adu, man arada buhbuhatal-jannati falyalzamil-jama’ata, man sarrathu hasanatuhu wa-sa-athu saiyiatuhu fazalikal-mukminu.’ (Yang bermaksud: Wahai sekelian manusia! Sesungguhnya aku, berdiri aku di kalangan kamu sekelian sebagaimana Rasullah (s.a.w) berdiri di kalangan kami (suatu masa dahulu di sini, tempat ini). Maka bersabda dia (Nabi): ‘Berwasiat (yakni, memerintahkan) aku (Nabi) pada kamu sekelian dengan (kehadhiran) beberapa sahabatku, kemudian orang-orang yang mendekati mereka (i.e. para tabi’in), kemudian orang-orang yang mendekati mereka (i.e. pengikut para tabi-in); kemudian tersebar luas pendustaan/dusta sehingga bersumpah seorang lelaki, dan dia tidak diminta bersumpah, dan menjadi saksi (lelaki) dan dia tidak diminta menjadi saksi. Ingatlah jangan menyepi (= menyendiri) seorang lelaki dengan seorang perempuan kecuali ada orang yang ketiganya bersama kedua mereka syaitan; menetapilah jema’ah dan takutilah (yakni, jauhilah) perpecahan (=firqah), maka sesungguhnya syaitan itu bersama-sama dengan seorang (yang menyendiri, yakni tidak berjema’ah) dan dia (=syaitan) itu dengan dua orang (=jika berdua atau lebih, yakni berjema’ah) maka menjauhi mereka; barangsiapa (=sesiapa) yang menghendaki dirinya berada di tengah-tengah syurga, maka hendaklah dia menetapi jema’ah, barangsiapa (=sesiapa) yang menyenangkan dia pada orang lain pada kebaikannya (i.e. orang itu), dan menjelikkan/memburukkan keburukan orang, maka demikian itu (sifat-sifat) orang yang beriman).) [Hadith at-Termidzi, Kitab Fitan – Hadith hasan, sahih]
Rasulallah (s.a.w) dalam hadith lain menyebut bahawa Allah (a.w) merahmati umat Islam yang berjema’ah, dan akan menyiksa orang yang berfirqah nanti di akhirat. Dan, Rasulallah (s.a.w) dalam hadith lain pula memberitahu sesiapa yang inginkan berada dia ditengah-tengah syurga (maksudnya, pasti) di akhirat kelak, hendaklah dia berjema’ah dalam Islam. 
Di atas itu adalah sebahagian dari sekian banyaknya hadith yang menyebutkan tentang kewajipan berjema’ah secara formal dalam Islam, kepimpinan dalam Islam, dan kedudukan Imam dalam jema’ah umat Islam. Malah dalam kitab-kitab hadith kita akan dapati begitu banyak hadith dikumpulkan oleh para muhadithin (= ulama’ hadith) di bawah tajuk ‘ahkam’ (hukum-hakam) dan ‘Imaroh’ (KeImaman).

(-)        Perintah mentaati Imam dan bernaung di bawah seorang Imam 

Allah (a.w) pada Ayat 59: an-Nisa’ menyebut tentang kewajipan mentaati ‘Ulil amri’ (i.e. orang-orang yang diberi kuasa mentadbir-uruskan jema’ah umat Islam dalam Islam). Bagi mereka yang faham ilmu as-Sunnah dan al-Quran, ‘ulil amri’ adalah Imam jema’ah umat Islam. 
Firman Allah (a.w): ‘Ya aiyuhallazina amanu ati’ullaha wa-ati’ur rasula wa-uli amri minkum’ …’ (Yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Taatilah Allah (a.w) dan taatilah Rasusullah (s.a.w) dan (taatilah) ‘ulil amri’ di kalangan kalian; ...) – Ayat 59: an-Nisa’
Ada 3 pihak yang wajib ditaati oleh seorang Iman, iaitu Allah (a.w), kemudian Rasulallah (s.a.w) dan kemudian ‘ulil amri’ atau Imam jema’ah. Perhatikan mentaati ‘ulil amri’ tidak disebut secara khusus sebagaimana disebut secara khusus mentaati Rasulallah (s.a.w). Mentaati Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) itu adalah ketaatan mutlak yang tidak boleh tidak – yang disuruh buat/laksanakan sekuat mampu dan yang ditegah itu ditinggalkan atau dijauhi. Ketaatan kepada ‘ulil amri’ atau Imam adalah ‘conditional’, yakni tertakluk kepada ketetapan Allah (a.w) (i.e. al-Quran) dan ketetapan Rasulallah (s.a.w) (i.e. as-Sunnah). 
Sehubungan itulah, pada bahagian kedua (i.e. sambungan firman Allah (a.w) itu) Allah (a.w) perintahkan kita: ‘fa-in tanaza’tum fi syai-in fa-rudduhu ilallahi war-rasuli in kuntum tukminuna billahi wal-yaumal akhiri; zalika khairun wa-ahsanu takwila.’ (Yang bermaksud: maka jika kalian berselisihan faham dalam sesuatu perkara mengenai agama Islam, maka kembalikan (maksudnya, rujuk) kepada Allah (a.w) (i.e. al-Quran) dan Rasulallah (s.a.w) (i.e. maksudnya, as-Sunnah) jika adalah kalian orang yang beriman dengan Allah (a.w) dan hari akhirat; demikian itu (merujuk kepada ketetapan al-Quran dan as-Sunnah itu) lebih baik dan sebaik-baik penyelesaian/kesudahan perkara.) – Ayat 59: an-Nisa’ 
Justeru itu, jika berselisih faham di kalangan ‘ulil amri’ atau antara ‘ulil amri’ dengan rukyahnya, ‘ulil amri’ tidak boleh membuat keputusan bersendirian tetapi wajib dimusyawarahkan dengan merujuk kepada al-Quran dan as-Sunnah. Segala-galanya ada jawapannya dalam 2 panduan tersebut. 
Dalam kitab-kitab hadith dihuraikan dengan panjang lebar ketetapan serta prinsip menyentuh mentaati Imam dalam Bab Ahkam atau Imaroh atau Jema’ah atau Kepimpinan. Islam utamakan penyaksian dalam semua perkara, termasuk dalam menerima dan mengamalkan tuntuan Islam. 
Firman Allah (a.w): ‘Yauma nad-‘u kulla unasin bi-imamihim … al-ayat’ (Yang bermaksud: (Ingatkanlah) Pada hari itu (yakni hari kiamat) Kami (Allah) panggil tiap-tiap manusia (i.e. umat) dengan imam-imam (i.e pemimpin) mereka); maka didatangkan/diberikan Kitab Catatan Amalannya dengan tangan kanannya maka mereka akan membaca Kitab mereka dan mereka tidak akan dizalimi sedikitpun.)  - Ayat 71: al-Isra’

(-)        Peirintah supaya memurnikan aqidah dan syariat Islam 

Firman Allah: ‘Wa-ma umiru illa li-ya’budullaha mukhlisina lahud-dina hunafa-a … al-ayat ‘(Yang bermaksud: Dan mereka tidak diperintahkan kecuali supaya beribadah kepada Allah (a.w) dengan memurnikan agama kepadaNya dengan condong (kepada yang hak) (i.e. tunduk, yakni betul-betul khusyuk mengerjakan ketetapan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w)) … sehingga akhir ayat.’ - Ayat 5: al-Maidah
Umat Islam wajib murnikan – jangan cemarkan aqidah dan syariat Islam. Inilah ketetapan dalam firman Allah (a.w) di atas dan diperjelaskan lagi dalam as-Sunnah oleh Rasulallah (s.a.w) (dalam hadith, contoh di bawah). 
Diriwayatkan hadith Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Innallaha la yuqbalu minal-‘amali illa ma kana lahu khalisan wabtughiya bihi wajhuhu.’ (Yang bermaksud: Sesungguhnya Allah (a.w) tidak akan menerima suatu amalan kecuali amalan yang dikerjakan itu murni (yakni, sebagaimana diturunkan oleh Allah (a.w), sebagaimana yang diterima oleh Rasulallah (s.a.w), dan dibawakan kepada umat manusia, tidak dicemari oleh sesuatu apapun) dan (dikerjakan kerana) mencari (i.e wajah Allah (a.w)) (yakni, kerana mengharapkan kerahmatan dan keridhaan Allah semata-mata). - Hadith an-Nasa’i, Kitab Jihad 

(-)        Berjema’ah sah setiap amalan – diterima Allah (a.w)

Syariat Islam itu murni apabila dijema’ahkan. Maka semua amalan dan ibadah dalam Islam hanya diterima Allah (a.w) sekiranya yang mengamalkannya berjema’ah dalam Islam. 
Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Man ‘amila lillahi fil-jama’ati fa-asoba qabilallahu minhu, wa-in akhto-a ghafara lahu; wa-man ‘amila yabtaghil-firqata fa-asoba lam yataqabbalillahu minhu, wa-in akhto-a fal-yatabauwa-a maq’adahu minan-nari.’ (Yang bermaksud: Sesiapa yang beramal kerana Allah (a.w) (maksudnya, betul niatnhya) di dalam jema’ah (maksudnya, dia berjema’ah dalam Islam) lantas amalannya benar (sejajar dengan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah), maka Allah (a.w) menerima darinya (amalannya/ibadahnya) dan jika keliru/tersilap maka Allah (a.w) mengampuninya; dan (sebaliknya) sesiapa yang beramal dalam firqah (i.e. tidak berjema’ah) lantas amalannya benar (yakni, dari segi bentuk, cara dan kaedah sejajar dengan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah), maka Allah (a.w) tidak menerima darinya dan jika keliru/tersilap maka supaya bertempat dia tempat duduknya di neraka) – Hadith at-Tobrani.

(-)        Bida’ah membatalkan keIslaman

Pembaharuan dalam perkara agama (maksudnya, aqidah dan syariat > amalan dan ibadah) suatu topik yang amat sukar difahami oleh umat Islam, kecuali mereka mempunyai ilmu dan faham Islam. Yakni, mereka diberi petunjuk oleh Allah (a.w). Rasulallah (s.a.w) memberitahu semua pembaharuan dalam perkara agama adalah bida’ah. Semua bida’ah sesat dan menyesatkan. Anihnya, majoriti umat Islam berpandangan bahawa tidak semua bida’ah itu kesesatan. 
Ramai orang yang berilmu tetapi kekal dia melakukan pelbagai amalan bercorak atau bersifat ‘bida’ah’ walaupun dia tahu mengamalkan dan mengajarkan ‘bida’ah’ membatalkan semua bentuk dan jenis amalan dan ibadah. Semua amalan dan ibadahnya tidak diterima Allah (a.w). Ramai orang yang dinobatkan oleh masyarakat sebagai berilmu, atau, merasa diri mereka berilmu, kerana mereka diberi kuasa oleh pemerintah atau mereka ada ijazah Ph D dalam bidang/disiplin keagamaan, atau mereka pintar bercakap/berceramah, tetapi kekal dia tak faham Islam dan mengutamakan dunianya dalam segala sesuatu.
Diriwayatkan hadith dari ‘Abdillah berkata: ‘Ittabi’u wa-la tabtadi’u faqad kufitum kullu bid’atin dolalatun.’ (Yang bermaksud: Mengikutilah kamu akan jalan (Sunnah Nabi) dan janganlah membuat bida’ah, maka sungguh-sungguh telah dicukupkan (maksudnya, disempurnakan) bagi kamu sekelian (agama kamu), maka setiap bida’ah itu kesesatan.) - Hadith at-Tobrani
Apa yang dikatakan oleh majority umat Islam sekarang tentang ‘bida’ah hasanah’ adalah kerana mereka berpendapat syariat Islam – amalan dan ibadah – perlu diperdalami dan diperbaiki supaya lebih baik. Allah (a.w) menyebut dalam al-Quran supaya membuat kebaikan atau menganjurkan kebaikan, kerana itu adalah baik dan mendatangkan pahala. Allah (a.w) memberitahu ilmu Allah (a.w) itu tidak ada siapapun yang boleh tandingi. Jelasnya, Allah (a.w) tahu segala sesuatu – masa dan zaman manapun – dan dia yang menetapkan apa yang Dia mahukan, maka batillah pendapat bahawa yang disampaikan oleh Rasulallah (s.a.w) itu belum sempurna! Rasulallah (s.a.w) melarang umatnya lakukan sesuatu yang tidak disampaikan atau diajarkan oleh beliau (maksudnya, yang tiada sandaran as-Sunnah).
Diriwayatkan hadith dari Ibnu Abbas berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Ya aiyuhannasu iyakum wal-ghulua fid-dini, fainnahu ahlaka man kana qalakumul-ghuluwu fid-dini.’ (Yang bermaksud: Wahai sekelian manusia! Takutilah kamu sekelian pada melampaui batas di dalam beragama (maksudnya, menambah-nambah), maka sesungguhnya (perbuatan sedemikian itu) telah merosak pada orang-orang yang ada sebelum kamu (orang Yahudi dan Nesrani) sekelian kerana melampaui batas (i.e. tidak mengikuti sunnah para nabi tetapi berlebih-lebihan dengan mengubah dan menambah pada syariat agama yang ditetapkan, dan menokok tambah pada amalan dan ibadah) di dalam beragama.) - Hadith Ibnu Majjah, Kitab Manasik

(-)        Buat yang disuruh tinggalkan yang tidak disuruh 

Diriwayatkan hadith dari ‘Amasy hadith dari abi ‘Amasy, hadith dari abi Salleh hadith dari Abi Hurairah (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Biarkanlah (yakni, janganlah kalian kerjakan) apa-apa aku tinggalkan (yakni, tidak contohkan atau suruh). Maka sesungguhnya apa-apa yang telah merosakkan barangsiapa (yakni, kaum-kaum) yang ada sebelum kalian (adalah) kerana banyak soal mereka dan banyak perselisihan mereka dengan nabi-nabi mereka. Maka ketika memerintahkan aku (Nabi) akan pada kalian dengan sesuatu (perintah) maka ambillah dari perintah tersebut (dan kerjakan) sekuat mampu kalian. Dan ketika melarang (atau menegah) aku akan kalian dengan sesuatu maka kalian hentikanlah (atau tinggalkanlah) - Hadith ibnu Majah.

(-)        Jangan ubahsuai/tambah syariat Islam yang dibawakan Rasulallah (s.a.w) 

Diriwayatkan hadith daripada Abdullah bin Masud (r.a) bahawasanya Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Sesungguhnya apa-apa yang ada padaku itu dua, (iaitu) kalam (yakni, al-Quran) dan hidayah (yakni, petunjuk, iaitu as-Sunnah). Maka sebaik-baik kalam itu kalam Allah (a.w) (yakni, al-Quran). Dan sebaik-baik hidayah itu (adalah) hidayah Muhammad (s.a.w) (iaitu, al-Hadith atau as-Sunnah).  Ingatlah! Takutkanlah oleh kalian sekelian pembaharuan kepada perkara (yakni, urusan agama). Maka sesungguhnya seburuk-buruk perkara (yakni, urusan agama itu) adalah pembaharuan kepada perkara (agama). Dan kesemua pembaharuan (kepada perkara agama) adalah bida’ah. Dan, kesemua bid’ah adalah kesesatan… - Hadith ibnu Majah

(-)        Amalan dan ibadah dicemari bida’ah ditolak

Diriwayatkan hadith dari Aisyah (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah ((s.a.w): ‘Man ahdatha fi amrina haza ma laisa fihi amruna fahua raddun.’ (Yang bermaksud: Barangsiapa membuat pembaharuan dalam perkaraku (Nabi), (i.e. syariat Islam) apa-apa yang tiada di dalamnya (yakni, sesuatu yang dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w)) maka dia (i.e. amalannya) ditolak.) - Hadith Abu Daud.

(-)        Amalkan bida’ah terkeluar dari Islam

Diriwayatkan hadith dari Ibrahim b Abi ‘Ablata hadith dari Abdillah b Dailamiyi hadith dari Khuzaifah berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘La yaqbalullahu lisohibi bid’atin sauman wa-la solatan wa-la sodaqatan wa-la hajjan wa-la ‘umratan wa-la jihadan wa-la sorfan wa-la ‘adlan yakhruju minal-Islami kama takhrujus-sya’aratu minal-‘ajin.’ (Yang bermaksud: Tidak diterima Allah (a.w) dari ahli bida’ah (i.e. yang mengajar atau menganjurkan atau mengamalkan bida’ah) puasanya dan tidak (diterima) solatnya dan tidak (diterima) sodakahnya dan tidak (diterima) hajinya dan umrahnya dan tidak (diterima) jihadnya dan tidak (diterima) amalan fardunya yang lain dan tidak (juga diterima) amalan sunatnya yang lain, (malah) terkeluar dia dari agama Islam sebagaimana (atau seperti mana) keluarnya (sehelai) rambut (yang ditarik keluar) dari adunan tepung roti (yang telah diuli). - Hadith ibnu Majah. 
Nota: Di akhir hadith ini disebutkan suatu permisalan, iaitu sehelai rambut yang terjatuh ke dalam adunan tepong yang diadun untuk dibuat roti, tiba-tiba terdapat sehelai rambut dalam ulian tepong itu. Apabila ditarik keluar dari adunan tersebut, sehelai rambut yang bersih dari tepong keluar. Tepong itu tidak melekat atau membekasi rambut tersebut. Itulah ibarat orang yang amalkan bida’ah/cemarkan amalan dan ibadahnya dengan bida’ah, dia tak dapat sebarang pahala terhadap kesemua amalan dan ibadahnya!

Sinario akhir zaman

(-)        Beramal dengan akal fikiran

Diriwayatkan hadith dari Abi Hurairah berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Ta’malu hazihil-ummatan bi-kitabillah, thumma ta’malu burhatan bi-sunnati Rasulaillah (s.a.w), thumma ta’malu bir-rakyi, faiza ‘amilu bir-rakyi, faqad dollu wa-adollu.’ (Yang bermaksud: Mengamalkan ini umat sebentar (i.e. suatu zaman) dengan Kitab Allah (a.w) (i.e. al-Quran), kemudian beramal (ini umat) sebentar (i.e. suatu zaman) dengan sunnah Rasulallah (s.a.w) (i.e. al-Hadith), zaman kemudiannya beramal ini umat dengan rakyi (i.e. pendapat mereka sendiri), maka ketika beramal mereka dengan ‘rakyi’ (i.e. pendapat mereka sendiri), maka sesat mereka dan menyesatkan mereka (orang lain).) - Hadith Abu Ya’la di dalam Musnad
Sinario inilah yang berlaku pada saat ini. Orang yang kononnya berilmu, mengajarkan dan mengamalkan serta menganjurkan perbuatan mempelbagaikan amalan dan ibadah yang sudahpun disempurnakan. Tidak curiga dengan amalan dan ibadah yang tercemar ditolak atau tidak diterima Allah (a.w). Tidak faham the dos and the don’ts dalam Islam.

(-)        Disesatkan oleh syaitan kerana jahil ilmu 

Rasulallah (s.a.w) memberitahu kita bahawa seseorang yang faqih (yakni, benar-benar faham) akan sesuatu dimensi daripada ilmu mengenai agamanya, maka berat bagi syaitan untuk mempengaruhinya. Malah lebih sukar bagi syaitan mempengaruhi daripada memengaruhi 1,000 hamba yang kuat beribadah (ahli ibadah) tetapi tidak faham agamanya. 
Diriwayatkan hadth daripada ibnu Abbas (r.a) berkata: ‘Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Faqqihun wahidun asyaddu ‘ala syaitani min alfi ‘abidin.’ (Yang bermaksud: Seseorang yang faqih (yakni, faham) satu ilmu mengenai agamanya lebih memberatkan atas syaitan daripada seribu (1,000) ahli ibadah (yang mengerjakan ibadah secara istiqamah tetapi tidak berilmu atau berilmu, tetapi tidak faham).’ - Hadith ibnu Majah. 
Hadith di atas menyebutkan bahawa sesiapa yang faqih tentang Islam, khususnya ilmu as-Sunnah, maka sulit bagi syaitan untuk mempengaruhinya, berbanding dengan 1,000 orang Islam yang beramal tetapi jahil. Syaitan itu – mengikut Rasulallah (s.a.w) – termasuk syaitan manusia – yang mengajarkan dan menyuruh sesuatu yang batil tentang tuntuan Islam semata-mata kerana kepintarannya berhujjah walaupun hujjahnya batil.

(-)        Yang tidak disuruh tinggalkan 

Di dalam hadith yang agak panjang berikut ada beberapa mesej yang disampaikan oleh Rasulallah (s.a.w) kepada kita sebagai panduan kita setiap masa. 
Menceritakan hadith oleh Qur’at b Khalid hadith dari Dhohak b Muzahim hadith dari Taus berkata: ‘Aku mendengar Aba Zarr berkata: ‘Aku mendengar Rasulallah ((s.a.w) bersabda: ‘Innallaha faradha faraidha fala tudhoyi-‘uha wa-hadda hududan fala ta’taduha wa-sakata ‘an kathirin min ghairi nisyani fala tatakallafuha. Rahmatun minallahi faqbaluha.’ (Yang bermaksud: Sungguh-sungguh Allah (a.w) telah mewajibkan beberapa kewajipan, maka janganlah mensia-siakannya (yakni, kerjakanlah dan tunaikanlah kewajipan itu dengan sepenuh ikhlas), dan (Allah) membuat beberapa batasan (had) (atau larangan) maka janganlah melanggarnya, dan (Allah) diam (atau, berdiam, yakni tidak membuat sebarang ketetapan mengenai) dari banyak perkara dari selain lupa (yakni, bukan kerana Allah (a.w) itu lupa (Nota: kerana Allah itu tidak bersifat lupa)), maka janganlah memaksakan (yakni, meminta supaya ‘yang ditinggalkan itu’ diminta mengada-adakan peraturan atau ketetapan mengenainya). Kerahmatan Allah (a.w) itu (dalam semua perkara), maka terimalah. - Hadith at-Tobrani.

(-)        Agama Islam itu sudah sempurna 

Allah (a.w) memberitahu umat Islam dalam firmannya pada Ayat 3: al-Maidah bahawa syariat agama Islam itu sudah sempurna – tidak perlu ditokok tambah atau diubahsuai. 
Firman Allah (a.w): (Yang bermaksud: Pada hari ini telah Aku (Allah (a.w)) sempurnakan untuk kamu sekelian agama kamu (yakni, Islam) dan telah Aku (Allah (a.w)) cukupkan nikmatKu (yakni, nikmat nur Islam) atas kamu sekelian dan telah Aku (Allah (a.w)) reda bahawa Islam menjadi agama kamu sekelian.) - Ayat 3: al-Maidah
Dan, Rasulallah (s.a.w) dalam hadith berikut menjelaskan hakikat yang sama bahawa syariat agama Islam itu seumapa barang yang putih – tetap putih ketika malam dan ketika siang. Tidak kira bila-bila masanya diteliti Islam itu, tetap satu dan sudah sempurna. Sesiapa yang mengubahnya atau menokok tambah kepada apa-apa yang telah disampaikan, pasti akan sesat. Wajib pegang sekuat-kuatnya aqidah dan syariat Islam yang disampaikan supaya jangan terlepas dan tercemar. 
Diriwayatkan hadith daripada Abdul Rahman bin ‘Amru as-Salami (r.a) berkata sesungguhnya dia mendengar ‘Irbad bin Sariah (r.a) berkata: ‘Dan memberi nasihat kepada kami oleh Rasulallah (s.a.w) suatu nasihat yang mengalirkan air mata (mereka yang mendengar) daripada nasihat tersebut dan menakutkan dari nasihat tersebut beberapa hati (yang mendengarnya)’. Maka berkata aku (Irbad): ‘Wahai Rasulallah (s.a.w)! Sesungguhnya ini nasihat seperti nasihat orang yang (hendak) meninggalkan kami, maka apakah janji atas kami?’ Sabdanya: ‘Sesungguhnya bagi kalian (aku) tinggalkan atas yang putih – malamnya putih dan adapun siangnya putih, jangan sesat (kamu sekelian) sesudahku (wafat) kecuali rosak (i.e. masuk neraka); Barangsiapa diantara kalian, (yang panjang umur) maka melihat (kalian akan) perselisihan yang banyak (di kalangan umat Islam mengenai agama Islam), maka (aku mewajibkan) atas kalian dengan barangapa yang tahu atau arif (faham) kalian dari sesudahku (yakni, sesudah tiada aku kelak) dari sunnahku dansunnah khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin’, gigitlah atasnya dengan gigi geraham, dan diwajibkan atas kalian dengan taat (yakni, taatkan perintah dan suruhan imam atau amir atau kepimpinan yang diangkat jema’ah) dan sekiranyapun hamba Habsyi sekalipun (yakni, orang yang sangat dibenci dan tidak disukai sekalipun menjadi imam atau pemimpin kalian); maka sesungguhnya orang yang beriman itu seperti unta di mana (dan ke mana) ditarik diikuti unta (akan tuannya).’ - Hadith Ibnu Majah
Nota: Bahagian akhir hadith itu menyebutkan kewajipan orang iman berpegang kepada Sunnah Rasulallah (s.a.w). Dan, mentaati kepimpinan mereka, walaupun kepimpinan itu tidak disukainya kerana sesuat. Selagi dia membuat ketetapan, fatwa ata ijtihad yang tidak bertentangan dengan al-Quran dan as-Sunnah, dia wajib didengarkan dan ditaati sekuat mapu. Maka diibaratkan seorang iman itu seumoama unta yang sedia mengikuti ke mana dan dimana disuruh oleh tuannya.

(-)        Terkeluar dari Islam kerana amalkan bida’ah

Diriwayatkan hadith daripada Abdillah bin ad-Dalamii hadith daripada Khuzaifah bin Abu Yamani (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Tidak diterima Allah (a.w) ahli-ahli bid’ah (yang mencipta, yang mengajar, yang menganjurkan dan yang mengamalkan bid’ah) amalan puasanya, tidak diterima amalan solatnya, tidak diterima amalan sedekahnya, tidak diterima amalan haji dan tidak (juga) amalan umrahnya, dan tidak diterima amalan jihadnya, dan tidak diterima amalan-amalan fardu dan tidak (juga) amalan-amalan sunatnya. Maka keluar dia dari Islam seperti keluarnya sehelai rambut (yang ditarik) dari adunan (tepong) roti.’ - Hadith Ibnu Majah, Kitab Mukaddimah

(-)        Disesatkan akhiratnya oleh para ustaz dan ilmuwan yang batil 

Firman Allah (a.w): ‘Wa-qalal-lazina kafaru ...  walau tara iziz-zalimuna mauqufuna ‘inda rabbihim yarji’u ba’duhum ilaba’nl-qaula yaqulul-lazinas-tud’ifu lilla-lazinas-takbaru laula antum lakunna mukminina.’ (Yang bermaksud: Orang-orang kafir (dan kufur) berkata: Kami tidak akan beriman kepada al-Quran dan tidak juga (apa-apa) dengan yang antara keduanya (i.e. kitab-kitab yang terdahulu)’. Dan seandainya kalian melihat ketika orang-orang yang menzalimi diri mereka itu (yakni, mereka yang menolak perintah atau Kitab Allah (a.)) dihadapkan di sisi Tuhan mereka, mengadap sebahagian mereka kepada sebahagian yang lain; berkata mereka orang-orang yang lemah (i.e. pengikut atau murid) kepada orang-orang yang sombongkan diri (i.e. guru atau pemimpin agama) ‘Seandainya tidak kerana kalian nescaya adalah kami orang-orang beriman.’ - Ayat 31: Soba 
Nota: Zaman akhir ini, ramai para ilmuwan yang mengakui mereka faham dan faqih tentang aqidah dan syariat Islam, tetapi mereka tidakpun mneliti perintah Allah (a.w) dalam al-Quran dan perintah Rasulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah. Mereka hanyalah bercakap dengan ilmu yang sedikit. Malah mereka jahil ilmu (dalam konteks ilmu al-Quran dan as-Sunnah), mereka berhujjah atas akal fikiran dan pendapat mereka. Maka dengan itu ramailah yang menjadi pengikut mereka - mengikuti ajaran yang batil tanpa sandaran al-Quran dan as-Sunnah. Di akhirat kelak - berdasarkan firman- firman Allah (a.w) dalam al-Quran, kedua-dua golongan - yang mengajarkan dan yang diajakan berada dalam neraka. Mereka berdebat tuduh menuduh satu sama lain. Walhal, kedua-dua sudah tersilap semaa hidup mereka. Guru (yang mengajar) dan murid/pengikut (yang mnerima ajaran/ijtihad mereka yang mengajar) sama-sama dalam kejahilan. Guru/pemimpin agama sesat kerana jahil ilmu dan mereka pula menyesatkan pengikut/muridnya kerana lebih jahil ilmu! 
Firman Allah (a.w): ‘Qalal-lazinas-takbaru lil-lazinas-tud’ifu anahnu sodadnakum ‘anil huda ba’da iz ja-akum bal kuntum mujrimina.’ (Yang bermaksud: Berkata orang-orang yang (atau golongan) sombong (guru atau pemimpin agama) kepada orang-orang (atau golongan yang lemah atau murid atau pengikut): ‘Adakah kami, menghalang kami akan kalian dari petunjuk setelah petunjuk itu datang kepada kalian? Bahkan adapun kalianlah yang berdosa (maksudnya, tanpa dipaksa mengikuti kami)!’ - Ayat 32: Soba 
Guru/pemimpin agama tidak bertanggung jawab memesongkan murid atau penguikut mereka, kerana mereka sendiri tidak memiliki hidayah dan memimpin pengikut/murid-murid mereka tanpa hidayah. Mereka akui mereka kufur kerana tanpa ilmu. Justeru itu, Allah (a.w) memberitahu di akhir ayat tersebut, mereka tetap menerima balasan kerana kekufuran atau kejahilan mereka semasa hidup mereka. Justeru itulah, kita wajib ilmukan diri kita semasa hidup. Tidaklah kita menjadi pengikut orang - guru atau pemimpin agama yang jahil dan sesat, menyesatkan pula kita kerana kita sendiri tidak menyemak ilmu mengenai apa yang mereka sampaikan atau ijtihadkan. 
Firman Allah (a.w): ‘Wa-qalal-lazinas-tud’ifu lillazinas-takbaru bal makrul-laili wan-nahari iz takmurunana an-nakfura billahi wa-naj’ala lalu andadan; wa-assarrun-nadamata lamma ra-aul-‘azaba; wa-ja’alnal-aghlala fi a’naqil-lazina kafaru; hal ujzauna illa ma kanu ‘ya’maluna.’ (Yang bermaksud: Dan berkata orang-orang yang lemah (i.e. pengikut atau murid) kepada orang-orang yang sombong (i.e. pemimpin atau guru agama): ‘Bahkan tipu daya kalian ketika malam dan ketika siang hari (yang telah menghalangi kami) ketika menyeru atau mengajak kalian akan kami bahawasanya kufur kami dengan Allah (a.w) dan menjadikan sekutu-sekutu terhadapNya.’ ... (Allah (a.w) berfirman) ‘Mereka tidak akan dibalas kecuali apa-apa yang ada mereka kerjakan.’ - Ayat 33:  Soba 
Tiga ayat ini jelas menunjukkan bahawa orang yang mengajarkan sesuatgu kebatilan dan orang yang mengikut mereka akan berdebat dalam neraka menuduh bahawa mereka disesatkan. Namu sebenarnya kedua-dua golongan itu silap sendiri – guru/pemimpin agama ajarkan yang batil bertentangan dengan yang haq (= al-Quran dan as-Sunnah) dan murid atau pengikut menerima ajaran guru ata pemimpin tanpa menyemak apakah benar atau batil apa yang diajarkan kepada mereka. Oleh itu jadikanlah sinario ini panduan hidup kita, supaya kita selamat.

(-)        Jangan tergolong dalam golongan ini 

Allah (a.w) peringatkan manusia supaya berwaspada. Janganlah jadi orang yang banyak amalannya dan istiqamah beramal, tetapi tiada satupun amalannya yang benar dan dapat diterima Allah (a.w). Ada banyak perkara yang menyebabkan amalan dan ibadah batal dan batil dan tidak diterima Allah (a.w). Sebahagian telah disebutkan dalam kuliyah ini: iaitu, pertama, niatnya bukan kerana Allah (a.w); kedua, amalannya berlainan dari apa-apa yang ditetapkan oleh al-Quran dan as-Sunnah; ketiga, dia tidak beramal berdasarkan as-Sunnah; keempat, dia tidak berjema’ah dalam menganuti Islam; kelima, mencemarkan aqidah dan syariat Islam mengamalkan bida’ah; keenam – tidak dihuraikan dalam kuliyah ini – memfitnah dan melaga-lagakan manusia, menolak satu ayat al-Quran dan sepotong hadith Nabi (s.a.w), dll dan mengutamakan dunia dan meremehkan agama dan akhirat - disuruh ilmukan diri sebelum beramal tidak mahu atau remehkan perintah tersebut. Kerana itu, di akhirat kelak dia adalah orang yang muflis: 
Firman Allah (a.w): ‘‘Wujuhuy yaumaizin khasyi’ah @Amilatun nasibah @ Tasla naran hamiah.’ (Yang bermaksud: Beberapa wajah manusia pada hari itu (di akhirat) tunduk merasa hina dan rendah diri @ Dahulu mereka telah beramal dengan bersusah payah @ Akhirnya masuk ke neraka yang sangat panas.) - Ayat 2-4: al-Ghasyiah
Mudah-mudahan material dalam kuliyah ini dapat memberikan panduan yang berguna kepada sesiapa yang membacanya, dan mengambilnya dan memandu diri dalam menyedakan diri untuk berjaya di akhirat. Amin.

Jazakallahu khoirah

Catatan dari pengajian JQH
Sumber al-Quran dan Hadith-hadith Sahih