Friday, December 11, 2009

Orang Islam meniru tatakelakuan orang musyrik?

Assalamualaikum,
Kita sering diberitahu bahawa Allah (a.w) adalah pencipta terbaik dalam semua perkara. Dalam hubungan ini, manusia adalah ciptaan terbaik. Kita diberikan dua tangan yg mempunyai lima jari (jari kaki dan tangan). Dan , kita mempunyai pergelangan jari dua atau tiga ruas pula. Solat kita ada yg ganjil dan ada yg genap - satu, dua atau tiga atau empat.
Mengapakah kita tidak manfaatkan pemberian Allah (a.w) dengan menggunakan jari-jari kita untuk meraih pahala dalam mengerjakan amalan dan ibadah? Sebaliknya, kita tidak menggunakan jari-jari tangan kita secara maksimum dalam beribadah? Kita tiru pula perlakuan dan tatakelakuan orang musyrik dan kafir dalam mengrjakan amalan pula?
Apabila kita berzikir dan wirid, seringkali kita menghitung menggunakan 'buah tasbih'. Buah tasbih diciptan oleh orang kafir dan musyrik dalam amalan ugama mereka. Kita pasti terjumpa mereka mengkalungkan 'rantai tasbih' di leher mereka dan mengira 'wirid' mereka menggunakan 'buah tasbih'!
Islam menyuruh kita gunakan segala sesuatu yg dikurniakan Allah (a.w), terutama jari-jari tangan kita.
1. Diriwayatkan hadith daripada Hani bin Othman hadith daripada Humaidoh binti Yasir hadith daripada Yusairah mengkhabarkan kepadanya bahawasanya Nabi (s.a.w) memerintahkan kepadanya bahawa supaya menjaga dengan takbir (Allahu Akbar) dan taqdis (Tasbih)(Subhanallah), dan tahlil (lailaha ilallah) dan bahawa menghitung dengan jari-jarinya, maka sesungguhnya jari-jari akan disoal dan disuruh berbicara (pada hari akhirat). [Hadith Abu Daud, Kitab Solat]
Rasulallah (s.a.w) menyuruh kita dalam hadith di atas dan juga hadith di bawah supaya kita membilang atau menghitung dengan jari-jari kanan apabila kita berzikir dan berwirid yg memerlukan kita mengiran berapa banyak nak baca. Alangkah untungnya dapat pahala - sudahlah dapat pahala kerana zikir dan wirid, kita dapat pahala pula mengikut sunnah dan mendapat pahala kerana menggunakan jari-jari (tangan kanan) kita menghitung wirid dan zikir. Jari-jari akan bercakaop di hadapan Allah (a.w) menjadi saksi bahawa kita sering berzikir dan berwirid semasa di dunia.
2. Diriwayatkan hadith daripada ‘Amasy hadith daripada ‘Atak bin Saib, hadith daripada bapanya hadith daripada Abdullah bin Omar (r.a) berkata: ‘Melihat aku Rasulallah (s.a.w) menghitung tasbih (Subhanallah).’ Berkata ibnu Omar (r.a): ‘Mengira dengan jari-jari tangan kanannya.’ [Hadith Abu Daud]
Alhamdulillah, mudah-mudahan kita dapat manfaatkan secebis ilmu ini demi akhirat. Hentikanlah guna 'buah tasbih' kita. nanti orang kafir kata kita meniru mereka pula! Walhal, Islam adalah ugama terbaik - ugama yg diredhai (i.e. diterima) Allah (a.w). Tambahan pula jika kita mengira dengan jari tak siapa tahu kita zikir dan wirid, maka tidak menimbulkan sebarang fitnah pula, apabila orang mengatakan yg kita ni menunjuk-nunjuk wara', membawa buah tasbih merata-rata seolah-olah merasa bangga dan ujub diri pula.
Mudah-mudahan kita manfaatkan ilmu yg kita perolehi ini. Amin

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment