Assalamualaikum,
Alhamdulillah, penulis terbaca tulisan Dato' Nik Mustapha b Nik Hassan, KP baru IKIM dalam Berita Harian terbitan Jum'at 11 Disember 2009 bertajuk: 'Usaha perkukuhkan ekonomi dituntut agama'. Syabas penulis ucapkan kepada beliau kerana cuba mengalihkan pandangan IKIM dan masyarakat Islam, khususnya orang Melayu, kepada dimensi ekonomi pula. Bagi mereka yg sering berkecimpung dalam bidang ekonomi - terutama dalam pelan, strategi dan program ekonomi - untuk memertabatkan ekonomi dan kedudukan sosio-ekonomi Melayu, mungkin sudah tiba masanyanya organisasi ala Islam, seumpama IKIM dan YADIM, memberi perhatian terhadapnya.
Pada zaman kegemilangan Islam dulu, bukan sahaja pengaruh Islam merebak sampai ke semenanjung Spanyol dan benua Afrika, tanah besar Rusia, China dan India, dan wilayah Nusantara,temadun ilmu dunia orang Islam juga begitu tinggi sehinggakan kemudinnya diceduk oleh masyarakat bukan Islam dalam berbagai bidang, seperti perubatan, kajibintang dan seumpamanya. Islam memberi laluan kepada umatnya untuk mencari kesenangan dan kemewahan dunia, kerana dengan itu nanti mereka boleh membantu mengimarahkan serta mengembangkan ugama Allah (a.w) di muka bumi ini.
Walaupun hari ini, ramai orang Islam yg dah kaya raya dan mewah, tetapi mereka semakin kikir dan semakin riak pula. Lihat sajalah di Timur Tengah, mereka membuat binaan dan bangunan yg canggih berlawan-lawan dengan dunia Barat. Orang Arab kaya lana. Ada yg menyebutkan bahawa faedah daripada wang simpanan orang Arab di Amerika Syarikat - di dalam bank-bank dan lain-lain organisasi pelaburan di sana, kebanyakannya milik Yahudi - dikatakan melebihi USD 4.0 bilion setahun, yg tidak diambil oleh mereka kerana dianggapkan berunsur riba! Maka pihak bank telah menyalurkan wang tersebut kepada badan-badan NGO atau pertubuhan sosial milik bukan Arab untuk mengembangkan pengaruhnya dan untuk membantu kemajuan teknologi, termasuk teknologi senjata, yg kemudiannya digunakan untuk membunuh saudara sesama Islam di Timur Tengah. Kalaulah orang kaya-kaya Arab menyimpannya di negara-negara Islam, seumpama Malaysia, bukan sahaja simpanan tersebut berkat tetapi juga, jika tidak diambil faedahnya, boleh disalurkan untuk membantu meningkatkan ekonomi dan kedudukan sosial, saudara sesama Islam yg memerlukannya.
Ramai orang Islam yg kaya. Di Malaysiapun ramai orang Melayu yg kaya lana. Tetapi, malangnya semakin kaya mereka semakin kikir pula! Mungkin IKIM boleh fikirkan bagaimana boleh digembling sumber kekayaan orang Islam dunia dan orang Islam di Malaysia bagi membangunkan ekonomi ummah yg jauh lebih memanfaatkan mereka.
Allah (a.w) menyebut di dalam a-Quran supaya mereka yg kaya itu menginfaqkan sebahagian kekayaan mereka untuk membantu umat Islam yg dhaif. Begitu jugalah penggunaan sebegitu banyaknya wang zakat yg dikutip hari ini. Pembahagiannya atau agihannya sering dipersolakan. Manakah mungkin, contohnya, pemberian kepada mereka yg dhaif - ibu tunggal dan janda-janda faqir - setakat RM 150.00 sebulan dapat membawa mereka keluar dari cengkaman kemiskinan dan kefakiran! Bagimana pula mereka yg menanggung hutang yg berat, terutama untuk tujuan membangunkan sesuatu aktiviti ekonomi, yg akhirnya akan memanfaatkan ummah. Mengapakah sekian banyak wang zakat yg dikutip dibelanjakan untuk membangunkan binaan tinggi sebagai menandingi projek hartanah orang bukan Islam? Mungkin dengan adanya para pemikir dan bijakpandai di IKIM, pihak IKIM boleh merangka suatu pelan strategi bagaimana mungkin sumber yg begitu banyak lebih utama dibangunkan untuk membela ugama Allah (a.w) mengikut cara baru dan untuk tujuan baru yg akhirnya dapat mengimarahkan lagi ugama Allah (a.w) dan membentuk umat Islam yg maju ekonominya dan boleh pula membantu menyumbang kepada pembesaran atau perluasan kuasa ekonomi ummah.
Dalam usaha kita mengutamakan dimensi ekonomi, jangan kita lupa bahawa tujuan utama Islam bukanlah untuk memberikan kesejahteraan dalam dunia. Kerana, apapun yg kita lakukan demi ekonomi ummah, Allah (a.w) tetap peringatkan kita bahawa janganlah kita terlalu utamakan dunia. Kerana Allah (a.w) menyebutkan dalam al-Quran walau bagaimana sekalipun hebatnya ganjaran dunia, ganjaran akhirat itu tidak ada tandingannya. Panduan orang iman dan taqwa tetap akhiratnya. Allah (a.w) juga memberi kita tahu janganlah kita minta Allah (a.w) lambakkan dunia ke riba kita, jika, kerana itu, kita muflis di akhirat. Sesungguhnya Akhirat itu lebih utama dan lebih kekal. Dengan panduan sedemikian itu, hendaklah kita berhati-hati supaya tidaklah kita bangunkan ekonomi ummah, menjadikan sesetengah ummah kaya dan mewah setanding dengan orang yg tidak Islam, tetapi lupa akan tanggung jawabnya demi akhiratnya. Kalau kita dapat bangunkan ummah yg dapat dan boleh mengimbangkan keperluan dunianya dengan kesejahteraan akhiratnya, itu yg terbaik.
Mudah-mudahan KP baru IKIM dan juga lain-lain NGO Islam dapat merangka sesuatu perimbangan yg optimum, yg memanfaatkan Islam dan umatnya, sambil dapat menandingi kejayaan ekonomi mereka yg tidak Islam, insya Allah. Amin
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment