Assalamualaikum,
Insya Allah dari masa ke semasa penulis akan usahakan tuliskan nota-nota pendek supaya dijadikan panduan hidup harian kita semua. Moga-moga ilmu kita mengenai as-Sunnah tertang sesuatu perkara itu cepat bertambah.
Kali ini kita lihat hadith yg menyebutkan bahawa sesiapa yg mati pada hari Jum'at atau pada malam Jum'at, trjaga dari siksaan kubur.
Diriwayatkan hadith daripada Abdullah bin Omar (r.a) katanya hadith daripada Nabi (s.a.w) berkata: ‘Tidak ada dari kalangan orang Islam mati dia pada hari Jum’at dan malam Jum’at kecuali menjaga Allah (a.w) atas orang itu daripada fitnah (yakni, siksaan atau huruhara semasa di dalam) kubur.’ [Hadith (himpunan) Imam Ahmad bin Hanbal]
Kita telah tahu di dalam hadith lain, yg telahpun dipostkan dalam blog ini, iaitu kubur seseorang yg mati itu adalah satu daripada taman-taman syurga bagi mereka yg soleh semasa hidupnya dan dia adalah calun syurga. Sebaliknya, kubur itu menjadi salah satu daripada lubang-lubang (furnace) neraka, jikalah seorang yg mati itu membawa dosa melebihi bekalan pahalanya, dan dia adalah calun neraka.
Jelaslah, segala sesuatu yg kita lakukan di dunia itu membawasalah satu kesudahan - neraka atau syurga. Calun syurga mendapat kuburnya taman untuk dia berehat sementara menunggu kiamat, manakala yg menjadi calun neraka itu, telah dimulakan siksaannya apabila kubur adalah lubang api neraka, wal iya zubillah.
Semoga kita dapat usahakan segala yg baik dan bertaubat dari segala dosa yg kita lakukan bagi menghindarkan diri dari siksaan kubur sebelum siksaan neraka di akhirat. Amin
Jazakallahu khairh
No comments:
Post a Comment