Monday, December 14, 2009

Rasulallah (s.a.w) mengingatkan ...

Assalamualaikum,
Panduan hidup dalam hadith berikut baik kepada semua yg mengakui dirinya Islam dan beriman, tidak kita umur mereka.
Diriwayatkan hadith dari ibnu Abbas (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w) kepada seorang lelaki, dan Nabi menasihatinya: ‘(Ya’izuhu ightanim khamsan qabla khamsin, syababaka qabla haramika, wa-sihhatika qabla saqatika, wa-ghinaka qabla faqrika, wa-faraghaka qabla sughlika, wa-hayataka qabla mautika) [Maksud: Meraihlah (yakni, berusahalah atau mencarilah) (yakni, beramal dan beribadahlah untuk menyediakan diri untuk akhirat) lima perkara sebelum datangnya lima perkara: (pertama) ketika usia muda sebelum usia tua, (kedua) ketika sihat kamu sebelum sakit (atau, uzur) kamu, (ketiga) ketika kaya kamu sebelum faqir (yakni, tidak berada); (keempat) ketika longgar (yakni, lapang) kamu sebelum sibuk kamu, dan (kelima) ketika (masih) hidup kamu sebelum mati kamu.] [Hadith al-Hakim dalam Mustadrak]
Rasulallah (s.a.w) menasihatkan umatnya supaya manfaatkan lima perkara dalam hidup mereka, demi kesejahteraan akhirat mereka, yakni menyediakan diri untuk terselamat dari neraka dan berjaya mendapat syurga:
1. Ketika muda buatkan amalan dan ibadah sebanyak mungkin untuk akhirat, walaupun tidak melupakan dunia
2. Sediakan bekalan akhirat ketika masih sihat sebelum uzur, kerana apabila uzur banyak amalan dan ibadah tidak upaya dikerjakan
3. Sediakan bekalan ketika kita berupaya dari segi kewangan dan kekayaan, kerana apabila sudah miskin atau fakir, tidak mampu melakukannya, seperti menginfaq dalam jalan Allah (a.w)
4 Usahakanlah mengerjakan ibadah dan amalan dan membuat amal makruf dan meninggalkan kemungkaran, ketika masih lapang, kerana apabila sibuk tidak dapat melakukannya
5. Usahakanlah beramal dan beribadah serta mengerjakan yg makruf dan meningalkan yg mungkar semasa ada nyawa, kerana apabila mati sudah tiada peluang lagi.
Tidak kekal umur kita dan tidak tahu kita bila ajal kita sampai, yg pasti kematian dan segala sesuatu yg disebutkan dalam hadith ini, tidak mengenal atau mengira umur. Malah ada ketikanya Allah (a.w) lanjutkan umur kita, menambah dan memudahkan peluang ntuk mengerjakan kemungkaran, sebagai 'istidraj' (i.e. kemusnahan yg sengaja diberikan supaya seseorang itu lebih jauh dan lebih dalam tersasar dari kebaikan).
Mudah-mudahan, nasihat Rasulallah (s.a.w) dapat kita jadikan panduan hidup kita setiap masa dan ketika., insya Allah. Amin

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment