Monday, December 21, 2009

Solat mengikut as-Sunnah (Sambungan ...)

Assalamualaikum,
Dalam post sebelum ini kita telah lihat hadith penuh Rasulallah (s.a.w) yg mengandungi kalimah-kalimah 'Sollu kama ra-aitumuni usalli' itu. Antara nasihat Rasulallah (s.a.w) kepada Malik dan rakan-rakannya adalah: Pertama, solatlah sebagaimana mereka melihat dia (Rasulallah (s.a.w) bersolat; kedua, ajarkan keluarganya apa-apa yg mereka telah belajar dari Rasulallah (s.a.w); ketiga, suruhlah keluarga mereka amalkan apa-apa yg telah diajarkan kepadanya oleh Rasulallah (s.a.w); keempat, apabila masuk waktu solat, salah seorang mereka azankan, supaya orang Islam bersedia untuk mengerjakan solat; kelima, angkat orang yg tertua di kalangan mereka untuk mengimamkan solat dan bersolatlah secara berjema'ah.
Perhatikan bahawa pemimpin umat Islam dalam konteks solat ini adalah orang yg tertua, kerana mereka, sewajibnya, lebih berpegalaman dan lebih berilmu tentang Islam. Kedua, Islam mengutamakn penganutnya mengutamakan amalan berjema'ah. Malah apabila kita teliti kemudian nanti, dalam sistem sosio-politik dan pentadbiran jema'ah Islam perlu ada seorang ketua. Islam sentiasalah memiliki seorang pemimpin. Zaman Rasulallah (s.a.w) beliaulah pemimpin. Kemudian zaman sahabat ar-rasyidin al-mahdiyin, khalifahlah yg memimpin jema'ah Islam. Kemudian akan ada pula pemimpin yg digelar al-malik (i.e. raja atau sultan), 'amirul mukminin' (i.e. amir atau imam). Di dalam al-Quran disebutkan bahawa setiap seorang kita adalah seorang khaifah di bumi. Khalifah adalah pemimpin pengganti untuk mengimarahkan dan melaksanakan perintah Allah (a.w) di bumi - ada pemimpin negara, ada pemimpin wilayah dan negeri, daerah, kampong dan desa, dan pemimpin keluarga. Ada pemimpin khusus seumpama gabnur dan qadi (hakim) dan penasihat dan sebagainya. Semua yg memimpin bertanggungjawab atas mereka yg dipimpin (i.e rukyah). Akan ditanya di akhirat apakah yg telah dilakukannya tentang perintah Allah (a.w) dan RasulNya. Malah, di dalam Islam seorang pemimpin yg tidak menjalankan tugasnya, yg terutama menasihati rukyahnya, tentang tanggungjawab terhadap Allah (a.w), tidak mencium bau syurga, wal iya zubillah. Berat tanggungjawab itu. Oleh itu janganlah menjadi pemimpin jika tidak dapat melaksanakan tugas yg diamanahkan. Berat padahnya. Memimpin di dunia, mungkin selamat di dunia, tapi tak pasti selamat dalam konteks akhirat ...
Maka dengan itu, bagi mereka yg kononnya memimpin umat Islam dalam konteks ibadah, wajarlah berwaspada. Mereka wajib faham Islam dan syariatnya. Mereka wajib tahu tentang bentuk-bentuk, cara dan kaedah serta perincian rukun dan tertib setiap ibadah dan amalan, bagaimana beramal dan beribadah yg menepati ketetapan as-Sunnah, maka mengajar dan membimbing rukyahnya, sejajar dengan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Begitulah juga dalam perkara solat. Mereka sepatutnya mengajar dan membimbing solat jema'ahnya sejajar dengan suruhan Rasulallah (s.a.w) iaitu 'Sollu kama ra-aitumuni usalli' itu. Malangnya, tidak. Ramailah di kalangan kita yg bersolat sekian lama, kemungkinan tidak diterima ibadah solat kita. Kerana kita diajarkan sesuatu yg berlainan dari ketetapan as-Sunnah. Kita ikuti ajaran dan amalkan sesuatu kerana kita jahil. Malanglah nasib kita.
Mudah-mudahan, Allah (a.w) ampuni kesilapan kita dan memberi kita kelapangan untuk belajar ilmu yg haq supaya kita beramal dengan yg haq, cara dan kaedah yg haq, dan sempat menebus kesilapan kita yg lalu-lalu itu, insya Allah. Amin
Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment