Assalamualaikum,
Sesungguhnya ramai orang yg mengakui dirinya Islam, tetapi sering lupa diri. Namun apabila ada orang lain cuba menasihat dan mengingatkan mereka, mereka dengan sinis mengatakan bahawa dahlah sendiri tak tau jaga diri nak cuba nasihatkan orang lain! Begitulah sifat manusia yg tidak boleh dinasihat dan tidak mau dinasihati. Ramai yg Islam tidak mahu mengerjakan amalan dan ibadah, mereka pula melakukan pelbagai dosa. Kita diberitahu bahawa dosa kita dengan Allah (a.w) boleh kita bertaubat, mudah-mudahan dengan sifat Allah (a.w) yg Maha Mengampun itu, kemungkinan besar, jika kita menyesali kefasikan kita, Allah (a.w) akan ampunkan kita.
Tetapi, jika kita berdosa dengan orang lain, taubat kita tidak akan diterima Allah (a.w) selagi kita tidak meminta ampun kepada orang yg kita berdosa kepadanya. Yg jelas, mereka yg mengata, mencaci dan memfitnah atau mengaibkan orang lain. Itulah contoh-contoh dosa seorang manusia kepada manusia lain. Contoh yg lain, kita berdosa kerana merompak orang lain atau kita memeras-ugut orang lain, dan kita mengambil pula wang ringgit atau harta orang lain, dengan memaksanya pula. Kemudian kita bersenang-senang mendapat habuan yg batil dan haram pada sisi Allah (a.w). Apabila makan, bagi anak bini makan, maka seperti firman Allah (a.w) memakan sesuatu dari sumber haram, segala daging yg tumbuh di badan kita yg hasilnya dari yg haram, akan dimamah oleh neraka, wal iyazubillah. Mengambil hak orang bukan sahaja satu kebatilan tetapi juga dosa yg terhasil kerananya tidak akan diampunkan Allah (a.w) selagi orang yg kita 'curi' darinya tidak menghalalkannya. Adalah suatu penganianyaan diri, apabila orang yang kita 'songlap' wang dan hartanya, meninggal belum sempat kita meminta ampun padanya, maka dalam kes sedemikian, sudah pastilah kita kekal dalam neraka!
Hari ini, ramai orang yg kononnya Islam mencuri, merompak, meragut, menyamun dan 'menyerkap' orang melalui pelbagai cara dan meminta bayaran wang ringgit supaya mereka tidak dianianya atau keaibannya tidak didedahkan. Kita mungkin senang mendapat sumber yg haram yg membolehkan tercapai sedikit hasrat keduniaan kita. Tapi, itu hanyalah kesenangan yg sedikit dan kesenangan yg menipu dan menganianya diri. Padahnya amat besar dan berat kepada akhirat kita. Kita berdosa, dan setiap dosa perlu dibersihkan dalam neraka di akhirat kelak. Kita minta ampun, dosa kita terhadap Allah (a.w) mungkin terampun, tetapi dosa kita kepada manusia yg kita anianyai tidak akan terampun, selagi tidak diampunnya! Kekallah kita menjadi penghuni neraka yg tiada tempoh penamatnya. Orang lain yg banyak dosa, berkesempatan diampun, lambat laun, merasai syurga, tetapi kita sama sekali tidak terampun.
Mudah-mudahan, wajarlah kita menghisab diri, melakukan segala sesuatu yg perlu untuk menghapuskan dosa kita dengan memohon keampunan Allah (a.w) dan, jika kita berdosa pada manusia,bersegeralah memohon keampunannya sebelum terlambat. Apabila mati orang yg kita berdosa padanya, maka terlepaslah peluang kita untuk mendapat keampunan, sebagai pra-syarat untuk menikmati syurga. Dosa dengan manusia adalah dosa yg berat.
Semoga kita terjaga dari melakukannya dan sekiranya telah berlaku, wajarlah kita usahakan supaya kita mendapatkan keampunan, demi akhirat kita.
Namun ramai orang Islam tidak endahkan nasihat ini. Mungkin kerana mereka sebenarnya tidak Islam pada hakikinya. Mereka meremehkan perkara ini, kerana tertipu dengan dunia dan ajakan syaitan. Tanyalah diri sendiri. Apakah kita tidak yakin kepada Islam dan balasan akhirat? Sendiri buat sendiri tanggung.
Demikianlah Allah (a.w) menyuruh Rasulallah (s.a.w) katakan kepada mereka yg meremehkan perintah Allah (a.w): '... tunggulah dan aku juga menunggu ...'
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment