Assalamualaikum,
Dalam post yang lalu kita sebut bahawa Islam itu uagama yang mudah mudah dan mengamalkan sesuatu ketetapan dalam Islam itupun mudah, seumpama berwudu' dan mandi junub, walaupun bagi wanita yang suka menyimpan rambut panjang. Cuba kita teliti hadith berikut:
Diriwayatkan hadith daripada Jumai’ bin ‘Umairin an-Nimiu, berkata: ‘Berangkat aku bersama-sama makcik-makcikku (iaitu, seorang sebelah bapa dan seorang sebelah ibunya) maka masuk ke tempat (yakni, ke rumah) Aisyah (r.a). Maka bertanya kami kepadanya (yakni, bertanya kepada Aisyah (r.ah)): ‘Bagaimana ada berbuat Rasulallah (s.a.w) ketika mandi dia dari junub?’ Berkata Aisyah (r.a): ‘Adapun (nabi (s.a.w)) menuang air atas kedua-dua tangannya tiga-tiga kali. Kemudian memasukkan kedua tangannya ke dalam bekas air. [Disini tidak disebutkan proses wudu’ itu, tetapi proses berwudu itu difahamkan, dalam hadith-hadith yang terdahulu kita pelajari. Kerana hadith ini menjelaskan bagaimana wanita yang panjang serta lebat rambutnya mandi junub] [Bahagian ini menunjukkan proses mandi junub] Kemudian membasuh kepalanya tiga kali. Kemudian meratakan air ke seluruh badannya. Kemudian berdiri dia untuk solat (yakni, Rasulallah (s.a.w) tidak perlu berwudu' lagi selepas mandi junub untuk bersolat). Dan adapun aku maka sungguh membasuh aku lima sanggulku dari bawah sanggulku.’ [Hadith ibnu Majah]
Saudara yang membaca post ini hendaklah terlebih dahulu baca post yang sebelumnya. Dalam post sebelum ini, kita telah teliti sepotong hadith yang menyebutkan kaedah Mandi Junub itu, dengan menggunakan air dalam bekas seumpama bejana atau tempayan atau, sekarang baldi. Begitu juga hadith dalam post terdahulu juga menyentuh situasi yang sama. Maka dengan itu, kedua-dua tangan perlu dibasuh dahulu di luar bekas air, kemudian barulah boleh kita masukkan/celupkan kedua tangan dalam air.
Tanpa merujuk post-post yang terdahulu itu, saudara mungkin keliru dan tertanya-tanya.
Kita rengkasnya prosesnya untuk memudahkan pembaca meneliti mesej hadith ini. Pertama proses mandi junub itu merangkumi dua proses, iaitu: pertama, mengambil wudu'; dan kedua, mandi junub. Keseluruhan proses itu dimulakan dengan niat tanpa dizahirkan niat dan tanpa membaca atau menyebut 'Nawaitu raf'al hadathil akbari ... lilahi ta'ala' atau 'Nawaitul ghaslal akbari ...' atau seumpamanya. Menzahirkan niat tiada sandaran as-Sunnah atau tidak pernah dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w). Yang wajib jangan kita lupakan adalah memulakan proses mandi junub itu dengan menyebut 'Bismillah'. Tanpa menyebut kalimah 'Bismillah' mandi junub (dan wudu') tidak sah. Sebelum memulakan proses berwudu', kita harus bersihkan kemaluan dan dubul dahulu. Setelah selesai berwudu' kita ratakan air ke seluruh badan kita. Di dalam hadith di atas itu disebutkan oleh Aisyah (r.ah) bahawa dia meratakan air ke rambutnya yang dibuat 5 sanggul (tanpa merongkaikannya) dengan menselah-selahkan jari-jari kedua-dua tangannya yang basah dari bahagian rambutnya dari bawah sanggulnya, untuk meratakan air ke kulit kepalanya. Tidak dibasuhnya rambutnya dengan menuangkan air ke atas kepalanya.
Jelasnya, mandi junub bagi wanita berjunub itu tidak mensyaratkan dia menuangkan air supaya membasahi rambutnya, sekiranya rambutnya lebat dan panjang. Memadailah dia membasahkan jari-jari kedua-dua tangannya dan menyeluk-nyelukkan kulit kepala dan kaki rambutnya dari bawah ditolak-tolakkan ke atas supaya air terkena kulit kepala dan kaki rambutnya. Tidak perlu menyiram air ke rambut.
Dalam Islam suci itu mempunyai maksud yang khusus. Konsep suci tidak sama dengan konsep bersih. Tetapi bersih itu sebahagian dari konsep suci dalam Islam. Mandi junub itu adalah melibatkan konsep suci dalam Islam. Maka dengan itulah dalam proses mandi junub itu, tidak ada keperluan membasuh rambut, hanya menyampaikan air ke kulit kepala dan kaki atau pangkal rambut sahaja.
Alhamdulillah, mudah-mudahan dengan tambahan ilmu ini kaum wanita tidaklah merasa sukar untuk mandi junub, dan oleh kerana itulah sebelum ini, mereka mungkin menangguhkan mandi selepas siang hari atau cuaca panas sedikit, kerana membasahkan kepala berambut panjang dan tebal adalah menyejukkan badan di pagi-pagi hari!
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment