Assalamualaikum,
Kita sejak kecil lgi telah diajarkan oleh ibu bapa dan tok-tok guru kita tentang Wudu' - bagaimana berwudu' dan apa-apa yg membatalkan wudu'. Antara yg membatalkan wudu', kata tok guru, adalah menyentuh perempuan, walaupun perempuan itu makhram kita. 'Mahram' = orang-orang yg kita tidak boleh nikahi.
Agak ganjil, bukanke apabila menyentuh mahram kita, wudu' kita batal? Walhal, isteri kita halal kita sentuh, tetapi jika kita berwudu', terbatal pula wudu'!
Kekeliruan ini berlaku, kerana kita tidak menyemak ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, maka pengetahuan kita dicorakkan oleh mereka yg mengajar kita, yg mereka sendiri tidak sempurna ilmunya.
Yg membatalkan wudu' mengikut as-Sunnah adalah:
1. Bersetubuh atau berjunub;
2. Keluar mazi dengan banyaknya;
3. Keluar mani;
4. Kencing dan berak;
5. Terkentut;
6. Terkena najis;
7. Ada wudu’ kemudian tertidur;
8. Terkena kencing (melainkan kanak-kanak mumaiz);
9. Makan daging unta dan Minum susu unta.
Mengikut ketetapan as-Sunnah, dua perkara tidak membatalkan wudu', iaitu:
1. Menyentuh (termasuk mencium) wanita (i.e. lelaki/wanita menyentuh wanita/lelaki;
2. Menyentuh (atau tersentuh) kemaluan (zakar atau faraj)
[Nota: Kanak-kanak mumaiyiz = kanak-kanak yg masih menyusu susu ibunya dan belum makan sesuatu makanan yg 'solid']
Dalam banyak-banyak prkara yg disenaraikan di atas itu, para ulama' arus perdana menyebutkan bahawa, perkara-perkara berikut, jika berlaku, membatalkan wudu';
1. Menyentuh (termasuk mencium) wanita, walaupun isteri atau mahram kita
2. Memegang atau tersentuh kemaluan
Dan kita tidak diberitahu pula bahawa makan daging unta dan minum susu unta membatalkan wudu' kita.
Justeru itu, terdapat beberapa perbezaan preskripsi para ulama' perdana dengan ketetapan Rasulallah (s.a.w) mengenai perkara-perkara yg membatalkan wudu' ini. Jika bertembung sedemikian keadaan, orang Islam diwajibkan mengambil atau menerima ketetapan as-Sunnah dan menolak ketetapan ulama' (Sejajar dengan ketetapan Allah (a.w) dalam Ayat 7, Surah al-Haysr dan Ayat 59, Surah an-Nisa').
Insya Allah kita akan teliti satu persatu sandaran nas dan dalil al-Quran dan as-Sunnah mengenai perkara ini kemudian nanti.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment