Friday, December 25, 2009

Pemimpin yg mengajak umatnya ke neraka!

Assalamualaikum,
Meneruskan perbincangankita tentang 'ulil amri' (i.e. Imam atau Amir) dalam konteks mendefinasikan 'ahlus sunnah wal-jama'ah', kita teliti siapakah yg sewajarnya memimpin jema'ah umat Islam itu? Pemimpin jema'ah 'ahlus sunnah wal-jama'ah' bukanlah mereka yg disebutkan oleh Rasulallah (s.a.w) dalam hadith berikut:
Diriwayatkan hadith daripada Khuzaifah bin Yaman (r.a) berkata: ‘Adapun manusia (banyak) bertanyakan kepada Rasulallah (s.a.w) dari urusan (atau perkara-perkara) kebaikan, dan adapun aku bertanyakan kepadanya dari keburukan (yakni, perkara-perkara yang tidak disukai), kerana takut akan ditimpa (keburukan tersebut). Maka bertanya aku: ‘Wahai Rasulallah (s.a.w)! Sesungguhnya kami dahulu dalam zaman jahiliah (yakni, keadaan sebelum Islam) dan keburukan, didatangkan Allah (a.w) kepada kami kebaikan (i.e. Islam dan iman). Adakah sesudah kebaikan ini akan terjadi keburukan (i.e. zaman jahiliah dan kemungkaran)?’ Jawab Nabi (s.a.w): ‘Ya.’
Berkata aku: ‘Adakah sesudah keburukan itu dari kebaikan?’ Jawab Nabi (s.a.w): ‘Ya. Tetapi ada yang merosakkannya (i.e. walaupun zaman keIslam dan keimanan, tetapi ramai yg merosakkan aqidh dan pegangan orang iman dan Islam itu)’
Berkata aku: ‘Apakah (yakni, siapakah) perosak itu?’ Jawab Nabi (s.a.w): ‘Sekumpulan orang yang memimpin bukan menurut jalan (yakni, sunnah) yang benar (i.e. sunnahku). Sebahagian daripada tindakan mereka ada yang engkau pandang baik dan ada yang tidak (pada pandangan engkau).’
Berkata aku: ‘Apakah sesudah (zaman) kebaikan itu terjadi lagi (zaman) keburukan?’
Jawab Nabi (s.a.w): ‘Ya. Orang yang memanggil di pintu neraka (maksudnya, orang yang mengajak dan mengajar sesuatu yang tidak terdapat dalam syariat Islam yang hak kerana mereka jahil dengan syariat Islam yang haq itu). Sesiapa yang memperkenankan panggilannya (i.e. bersetuju dan mengikuti perintah dan suruhan mereka), mereka dilemparkan ke dalam neraka (maksudnya, orang yang menerima atau menyahut ajakan sedemikian, maka akan masuk neraka bersama-sama dengan orang yang mengajak).’
Berkata aku (Khuzaifah): ‘Wahai Rasulallah (s.a.w)! Terangkanlah kepada kami keadaan mereka!’ Menjawab Nabi (s.a.w): ‘Kulit mereka sama dengan kulit kita (yakni, yang memimpin tanpa berpandukan ketetapan as-Sunnah itu adalah manusia biasa) dan mereka bercakap dalam bahasa kita (maksudnya, orang-orang dalam masyarakat yang sama).’
Berkata aku (Khuzaifah): ‘Apakah yang engkau perintahkan kepada aku, kalau seandainya aku menjumpai hal demikian?’ Jawab Nabi (s.a.w): ‘Hendaklah engkau tetap dalam jemaah kaum Muslimin (yakni, kekal dalam jemaah as-sunnah, berpegang teguh dengan ketetapan al-Quran dan al-Hadith, yakni jalan Rasulallah (s.a.w)) dan mengikuti imam (yakni, taatkan pemimpin) mereka.’
Berkata aku (Khuzaifah): ‘Bagaimana kalau mereka tidak mempunyai jemaah (pemimpin tersebut tidak dalam jemaah as-Sunnah) dan tidak mempunyai imam (yakni, pemimpin)?’ Jawab Nabi (s.a.w): ‘Jauhilah semua kumpulan biarpun oleh kerana itu engkau sampai menggigit (mengunyah-menguyah) akar kayu (yakni, dalam keadaan amat sengsara untuk hidup), sehingga engkau menemui kematian engkau atas demikian keadaan.’ [Hadith Bukhari]
Saudara, hari ini sudah wujud pemimpin-pemimpin yg dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w) dalam hadith di atas itu. Mereka itu berkuasa, mungkin disanjung, tetapi mereka jahil akan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, dan mereka dinasihatkan oleh mereka yg dianggap 'ulam' atau 'ilmuwan', tetapi sebenarnya tidak faqih dan faham tentang ajaran Islam sebagaimana yg terdapat dalam al-Quran dan as-Sunnah, sebagaimana yg dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah, kerana mereka mengikuti kata-kata atau pendapat atau pandangan manusia, yg mereka kagumi, kononnya 'alim dan berilmu.
Rasulallah (s.a.w) menasihatkan kita umat Islam yg berpegang kepada yg haq, supaya berwaspada dan berhati-hati kerana kemungkinan kita terjermus ke dalam neraka dan jauh dari mendapat kerahmatan Allah (a.w). Biarlah kita sengsara dan tidakmendapat apa-apa dari kurniaan pemimpin sedemikian,memadailah kita terus berpegang kepada yg haq, walau apapun situasi dan keadaan kita ketika hidup, kerana yg kita tolerate hanyalah sekadar sepanjang umur kita, akhirat itu lebih kekal.
Mudah-mudahan Allah (a.w) dapat membantu kita megurangkan siksaan dunia angkara peribadai pemimpin yg sedemikian. Kerana kematian adalah jalan keluar bagi kita. Kita diberitahu dalam keadaan yg sebegitu sukar menjalani kehidupan dunia sebagai seorang iman, jika kita tabah dan sabar terhadap angkara kepimpinan yg zalim, kita mati dijamin syurga! Tetapi, kematian adalah permulaannya siksaan terhadap pemimpin sedemikian. Disebutkan dalam as-Sunnah pemimpin yg menyeleweng dan mengajak kepada kebatilan serta tidak menasihati jema'ah umatnya akan perkara-perjkara yg haq, di akhirat kelak tidak mencium bau syurga, walhal syurga itu dapat dicium dari jarak 40 tahun perjalanan.
Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment