Sunday, December 20, 2009

Perlu wudu'kah setelah mandi junub?

Assalamualaikum,
Post ini kekal membincangkan ketetapan as-Sunnah tentang wudu' dan mandi junub. Dalam post sebelum ini kita lihat kaedah mandi junub disebabkan keluar mani (bagi lelaki), berjimak (bagi lelaki dan perempuan) dan haid (bagi perempuan). Mengambil ingatan bahawa mandi junub itu merangkumi dua proses yg ditetapkan oleh as-Sunnah, jika kita hendak bersolat, katalah Solat Subuh, perlukah mengambil wudu'? Kita lihat ketetapan as-Sunnah dalam hadith berikut:
Diriwayatkan hadith dari Abi Ishak hadith dari Aswad hadith dari Aisyah (r.ah) berkata: 'Adapun Rasulallah (s.a.w) tidak mengambil wudu' selepas mandi junub.' [Hadith an-Nasa'i, Kitab Toharah (Bersuci)]
Hadith di atas menyebutkan bahawa setelah mandi junub, Rasulallah (s.a.w) tidak mengambil wudu' untuk bersolat.
Yg wajib kita ingat adalah, jika kita mandi junub menepati ketetapan as-Sunnah sebagaimana yg disebutkan di dalam hadith-hadith yg telah kita semak setakat ini, maka sudah pastilah kita faham maksud ketetapan hadith ini. Kerana, jika kita mandi junub bersandarkan apa-apa yg dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w), maka proses mandi junub itu merangkumi dua bahagian yg utama, iaitu: pertama, mengambil wudu' sebelum mandi,; dan kedua, mandi. Oleh yg sedemikian, selagi tiada apa yg berlaku yg membatalkan wudu' (seumpama kencing, berak, keluar mazi, dan keluar mani pula, dan tertidur kembali, atau terkentut), maka wudu' kita masih ada. Maka dengan itu tidaklah perlu kita mengambil wudu' semula selepas mandi junub.
Mudah-mudahan secebis ilmu ini dapat memudahkan kita mengerjakan ibadah solat tanpa ragu-ragu, insya Allah. Amin

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment