Monday, December 28, 2009

Jema'ah Islam: Berbai'at kerana dunia

Assalamualaikum,
Berbai'at atau ikrar janji taat setia oleh rukyah terhadap Imam atau Amir (i.e. ulil amri) adalah satu ciri jema'ah Islam atau berjema'ah dalam Islam. Keikhlasan berbai'at itu utama sebagaimana keikhlasan dalam menetapai Islam dan dalam mengikuti al-Quran dan as-Sunnah. Keikhlasan dalam Islam itu adalah menepati firman Allah (a.w) dalam Ayat 57, Surah al-Isra' yg berbunyi: '...wayarjuna rahmatahu, wa-yakhafuna 'azabahu ...' [Maksud: Dan kerana mencari (dan inginkan ) kerhamatan Allah (a.w) (i.e. dapat balasan syurga) dan takutkan azab Allah (a.w) (i.e. terjerumus ke dalam neraka) ...' ] [Ayat 57, Surah al-Isra']. Malah segala sesuatu yg kita lakukan dalam Islam untuk siapapun, termasuk untuk diri sendiri, adalah kerana inginkan kerahmatan Allah (a.w) supaya mati mendapat syurga dan selamat dari neraka. Itulah misi orang Islam.
Demikian juga dalam berbai'at kepada Imam atau Amir atau 'ulil amri. Jika tujuannya selain itu, maka tidak mendapat syurga, seperti dijelaskan dalam hadith berikut:
Diriwayatkan hadith dari Husein b Furatin hadith dari bapanya hadith dari Abi Hazim hadith dari Abi Hurairah berkata: ‘Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Thalathtun la yukalihumullahu yaumal qiamati wala yuzakkihim wa-lahum ‘azabun alimun: rajulun ‘ala fadli main bit-toriqi yamna’u minhun –sabili, wa-rajulun baya’a imaman la yuba’iuhu illa lid-dunya in ‘atahu ma ma uriduwafa lahu wa-illalam yafi lahu, wa-rajulun yubayi’u rajulan bisil’atin ba’dal ‘asri fahalafa billahi laqad ‘utiya biha kaza wa-kaza fasaddaqahu fa-akhazaha walam yu’tabiha.' [Maksud: Tiga golongan tidak berkata-kata Allah (a.w) pada mereka pada hari qiamat dan tidak mensucikan (atau melebur Allah (a.w) atas) mereka (dari dosa-dosa mereka) dan bagi mereka azab yang besar (yakni, masuk neraka): (pertama) seorang lelaki yang dikurniakan Allah (a.w) dengan kelebihan air dalam perjalanan (i.e. musafir) mencegah dia akan airnya pada musafir (yakni, orang yang dalam perjalanan mendapat manfaat dari air tersebut), dan (kedua) seorang lelaki yang berbai’at dia pada imamnya tetapi tidak berbai’at dia kecuali kerana (yakni, kepentingan) dunianya, jika memberi (imamnya) kepadanya (akan dunianya) apa-apa yang diingininya dia taat, jika tidak (diberikan apa-apa yang dikehendakinya) tidak menetapi dia (yakni, ikrar janjinya), dan (ketiga) seorang lelaki yang berbai’at suatu jual beli barangan sesudah ‘Asar, lalu yg membeli bersumpah dengan nama Allah (a.w) bahawa telah dibayarnya sekian dan sekian, lalu dibenarkan oleh orang yg menjual akan kata-katanya; maka diberikannya barang itu kepadanya, padahal belum dibayarnya harga barangan tersebut.] [Hadith Bukhari]
Orang yg berbai'at kerana tujuan dunia tidak akan dilihat Allah (a.w) di akhirat dan tidak akan dihapuskan dosa-dosa mereka:
1. Orang yg mempunyai bekalan air yg melebihi keperluannya semasa bermusafir, enggan memberikan sedikit apabila diperlukan oleh orang lain sama-sama bermusafir;
2. Seorang lelaki yang berbai’at dia pada imamnya tetapi tidak berbai’at dia kecuali kerana (yakni, kepentingan) dunianya, jika memberi (imamnya) kepadanya (akan dunianya) apa-apa yang diingininya dan jika tidak (diberikan apa-apa yang dikehendakinya) tidak menetapi dia baginya (yakni, ikrar janjinya) (i.e. tukang bodek, pengampu atau mengikut istilah sekarang ini kroni);
3. Seorang lelaki yang berjanji dalam suatu urusan jual beli pada waktu 'Asar, bersumpah dengan nama Allah (a.w) sudah membayar harga barang yg dibelinya, kemudian disahkan oleh penjual, walhal belum dibayarnya (Yakni, berbohong atau menipu dia).
Semoga Allah (a.w) selamatkan kita dari tergolong dari kalangan orang yg sedemikian itu - melakukan sesuatu dalam Islam semata-mata kerana pertimbangan keduniaan. Amat ramai manusia Islam sepereti ini sekarang ini, banyak kategori manusia, yg ada ilmu ugama dan yg takda ilmu ugama atau yg langsung jahil tentang ugama.
Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment