Assalamualaikum,
Hari ini kalau saudara rajin baca akhbar, jangan baca hal-hal politik, kerana tak kehabisan polemik politik tentang apa sekalipun. baca tentang caka-cakap orang tentang Islam dan orang Melayu, lebih menaikan semangat dan menimbulkan kerunsingan dan kesedihan.
Dalam banyak akhbar hari ini, ada tiga berita yg relevan dan wajar diiukti kata-kata dan hujjah mereka.
1. Dilapurkan bahawa bekas Mufti Perlis, Dr. Asri inginkan Mahkamah Tinggi Syar'iah, mungkin kelak Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Agung Syr'iyah putuskan isu 'tauliah JAIS'.
2. Pandangan prof Emiritus Sejarah UM, Tan Sri Khoo Kay Kim, tentang isu perkauman dan sejarah Malaysia.
3. Isu JAIS mengeragamkan mahar dan menaikkan mas kahwin Muslim di Selangor ke RM 300.00
Pendapat penulis tentang isu #1 adalah, apakah mungin Mahkamah Tinggi Syar'iyah boleh membatalkan keperluan 'Tauliah' untuk berdahwah di Selangor? Kita berbangga kononnya Malaysia dalah 'negara Islam' yg moden, kerana ugama resminya adalah ugama Islam. Ramai orang bincangkan isu ini. Tak perlulah penulis komen. Yg wajar di komen hanyalah sama ada di Malaysia ini, khususnya, Mahkamah Tinggi atau Mahkamah Agung Syari'ah menobatkan atau memaktubkan perintah Allah (a.w) (i.e. ketetapan al-Quran) dan suruhan Raulallah (s.a.w) (i.e. ketetapan s-Sunnah) atau tidak? Kalaulah kerajaan dan pihak berkuasa perundangan Islam di Malaysia ini jadikan al-Quran dan as-Sunnah sebagai 'Perlembagaan Agung Islam' atau 'Undang-undang Agung Islam', maka ada harapan untuk Dr Asri dapatkan pengadilan dan keputusan yg haq. Kerana Allah (a.w) dan RasulNya perintahkan supaya sesiapa saja yg ada ilmu yg haq mengenai Islam, wajib sampaikan kepada yg tiada ilmu. Itulah ketetapan Perlembagaan Agung Islam. Keputusannya jelas. Jikaundang-undang manusia dipakai, gagallah Dr Asri.
Tentang isu #2, tidak dapat dinafikan bahawa orang China dan India bukanlah penduduk asal Malaysia sebagaimana orang Dusun, Orang Melanau, Orang Dayak, orang Iban dan Kadzan dsgnya. Maka dengan itu, mereka, walau berkedudukan apapun, tidak sama tarafnya dengan penduduk asal Malaysia. Mereka harus sedar bahawa mereka sangat beruntung berada di Malaysia dan menjadi rakyat Malaysia. Orang asal Malaysia rata-rata ketinggalan dalam banyak dimensi. Mengapakah mereka dengki dan hasad? Sepatutnya orang China dan India wajar jadikan Farid Ravi Abdullah contoh orang India terbaik untuk Malaysia, dan orang China jadikan Prof Khoo dan Dr Ridhuan Tee sebagai model orang China terbaik untuk Malaysia. Apakah susah? Apakah merugikan mereka?
Tentang isu #3, kita rujuklah Ayat 79, Surah al-Baqarah yg menyebutkan bahawa Allah (a.w) murka akan mereka yg menulis kitab atau membuat ketetapan bertulis yg bercanggah dengan ketetapan Allah (a.w) dan RasulNya. Ditulis sesuatu ketetapan kemudian seolah-olah 'dikatakan' itu ketetapan Islam, i.e. ketatapn al-Quran dan as-Sunnah. Malah Islam mencemuh orang yg setelah diberitahu ketetapan al-Quran dn as-Sunnah kemudian mereka tolak dan terima ketetapan pihak ketiga. Maka dengan itu Allah (a.w) bertanya bahawa adakah mereka ingin kembali kepada hukum jahiliah dalam Islam?
Kalau Islam menggalakan anak muda kahwin cepat bagi mengelakkan berlaku kemaksiatan, biarkanlah mereka kahwin walaupun dengan mas kahwinnya sebutir tamar atau senaskhah al-Quran. Itulah ketetapan Islam. Bolehkah kita membuat ketetapan atau hukum kerana mengikuti zaman, mengalahkan hukum atau ketetapan Allah (a.w). Yg penting adalah pihak pentadbir umat Islam memberi tumpuan kepada mengajarkan muda mudi Islam yg nak berkahwin faham tanggungjawab suami dan isteri, bagaimana medidik zuriat yg akan dihasilkan dari perkahwinan itu, supaya terselamat dari neraka dan mendapat syurga. Itu kankah lebih baik?
Mudah-mudahan kita sentiasa bertindak berlandaskan ilmu yg haq, iaitu al-Quran dan as-Sunnah. Kita tidak membuat sesuatu ketetapan yg menyalahi atau menidakkan ketetapan Allah (a.w) dan RasulNya. Justeru itulah, Allah (a.w) peringatkan kita supaya jangan kita bertindak tanpa landasan ilmu, kerana di akhirat kita dan pancaindera kita akan disoal, siapakah yg mentauliahkan kita membuat peraturan dalam ugama apabila peraturannya sudahpun wujud?
Jazakallahu khairah.
No comments:
Post a Comment