Wednesday, December 30, 2009

Solat: Cara Rasulallah (s.a.w) bersolat (Samb.)

Assalamualaikum,
Kita teruskan perbincangan kita tentang cara dan kaedah Rasulallah (s.a.w) bersolat. Di dalam hadith berikut disebutkan summary perkerjaan solat itu - dimulakan dengan Tahrim, yakni, membaca 'Takbir' (i.e. Takbiratul Ikhram, yakni 'Allahu Akbar') dan Tahlilnya (i.e. disudahai dengan) 'Salam' (i.e. kalimah 'Assalamualaikum wa-rahmatullah') dengan memalingkan muka kita ke kanan kemudian ke kiri, dengan mempastikan bahawa pipi kita boleh dilihat oleh makmum di sebelah kanan dan di sebelah kiri ketika memberi 'Salam' itu.
Diriwayatkan hadith daripada Abu Said al-Khudri, katanya: ‘Rasulallah (s.a.w) telah bersabda: ‘Bermula tahrim (permulaan) bagi solat itu ialah ‘Takbiratul Ikhram’ (yakni, menyebut ‘Allahu Akbar' ) dan ‘Tahlilnya’ (penamatnya) ialah memberi ‘Salam’ (yakni, berkata ‘Assalamu-alaikum warahmatu-Allah’) di akhir solat. Dan tiada solat bagi seseorang yang tiada membaca ‘Alhamdu-lillah’ (yakni, Ummul Kitab atau al-Fatihah) dan surah pada fardu lainnya.’ [Hadith sahih at-Termidzi]
Kita sudah mula bincangkan cara dan kaedah bersolat dengan menyebut tentang wajibnya ada wudu' bila nak solat, kemudian dengan pakaian yg menutup aurat yg bersih, di atas tikar atau sejadah solat yg bersih, kita berdiri tegak mengadap kiblat. Permulaannya disebutkan oleh Rasulallah (s.a.w) yg bersabda: 'Iza qumtu ilas-solati fakabbir ...' [Maksud: Ketika berdiri kamu untuk bersolat, maka takbirlah (i.e. bacalah 'Allahu Akbar')...]. Kita tidak disuruh zahirkan niat, kerana apabila kita berdiri di tempat kita nak solat sudah terlintas dihati kita bahawa niat kita nak solat. Itulah niat (rukun qalbi) kita, kemudian kita bertakbir dengan menyebut 'Allahu Akbar', itulah rukun qaulinya, dan apakala kita angkat kedua-dua tangan ke atas semasa membaca Takbir itu, itulah rukun fe'linya.
Mungkin saudara bertanya pula -buat-buat tak tau atau sengaja nak tanya - lepas tu buat apa dan bagaimana pula cara/kaedah mengangkat kedua-dua tangan ketika menyebut Takbir itu? Kerana kalau kita seorang yg suka nmelihat perlakuan seseorang itu bersolat, kita akan dapat brbagai gaya dan cara, kadang-kadang lucu juga apabila seseorang itu terpaksa mengulang banyak kali Takbiratul Ikhramnya, kerana kononnya rukun qalbi, rukun qauli dan rukun fe'linya tidak dapat digabungkan! Ada juga orang yg bercakap angkat kedua tagan sampai para cuping telinga. Ada kata sampai ke paras bahu. Kalau ke paras bahu kata seorang pegawai MAIS adalah amalan pengikut Wahabi!
Bagaimana Rasulallah (s.a.w) mengangkat kedua tangannya? Sampai paras cuping telinga ke atau sampai paras bahu ke? Dua hadith berikut kita ambil sebagai menunjukkan bahawa Rasulallah (s.a.w) mengangkat kedua-dua tangan sanpai ke para dua cuping telinga:
1. Diriwayatkan hadith daripada Abdul Jabbar bin Wail (r.a) katanya hadith daripada bapanya berkata: ‘Sesungguhnya aku melihat Nabi (s.a.w) ketika memulakan solatnya dan menyebut ‘Allahu Akbar ’ mengangkat dia kedua-dua tangannya sehingga hampir kedua-dua ibu jari tangannya ke cuping telinganya.’ [Hadith sahih an-Nasa’i]
Hadith di atas menjelaskan bahawa ketika menyebut Takbiratul Ikhram kedua tangan diangkat dengan jari-jari terbuka sampai ke paras telinga kedua ibu jari tangan. Bukan diangkat sesuka hati sebagaimana kita sering lihat dilakukan oleh ramai orang. Kaedahnya jelas dan tetap. Tidak ada kaedah lain selain hadith yang menyatakan bahawa diangkat kedua-dua tangan dengan jari-jari terbuka bilamana ibu jari sejajar dengan bahu. Itu versi kedua. Tidak ada versi lain.
2. Diriwayatkan hadith daripada Malik bin Huairith (r.a) berkata: ‘Bahawasanya Rasulallah (s.a.w) apabila takbir ikhram diangkatnya dua tangannya sejajar dengan dua telinganya, demikian pula ketika akan ruku’, dan apabila bangun dari ruku’ sambil membaca ‘Samiullahu liman hamidah.’ [Hadith Muslim]
Dua hadith di atas menjelaskan kedudukan kedua tangan dan jari-jari tangan semasa mengangkatnya sambil membaca Takbiratul iIhram, iaitu ibu jari di paras cuping telinga. Hadith kedua itu menyebutkan bahawa kita hendaklah angkat kedua tangan tiga kali dalam rakaat pertama: pertama, ketika Takbiratul Ikhram, kedua, ketika hendak Ruku’ dan ketiga ketika bangun dari Ruku’. Dalam, rakaat lain dua kali, iaitu ketika hendak Ruku’ dan bangun dari Ruku’. Tiga kali pula pada rakaat ketiga, iaitu semasa bangun hendak berdiri selepas Tahiyat Awal, semasa hendak Ruku’ dan ketika bangun dari Ruku’. Hadith itu juga menyebut tasbihnya ketika bangun dari Ruku’.
Atau, mengikut hadith-hadith di bawah ini pula Rasulallah (s.a.w) mengangkat kedua tangannya, dengan jari-jari diluruskan, dan ibu jari separas kedua bahunya:
3. Diriwayatkan hadith daripada Ibnu Omar (r.a) berkata: ‘Bahawasanya Rasulallah (s.a.w) apabila memulakan solatnya diangkatkannya kedua-dua tangannya sejajar dengan dua bahunya, kemudian takbir ikhram dia, demikian juga ketika akan ruku’ dan bangkit dari ruku’. Dan tidaklah dia mengangkat tangan ketika berdiri dari sujud (yakni, untuk rakaat kedua).’ [Hadith Muslim]
Hadith di atas itu menyebutkan bahawa ketika bangun untuk rakaat kedua (dan juga keempat), tidak diangkat kedua-dua tangan. Namun, kerana kejahilan, ramai umat Islam mengangkat kedua tangan bagi setiap pergerakan.
4. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah (r.a) katanya: ‘Adalah Rasulallah (s.a.w) apabila masuk didalam solat mengangkat ia akan tangannya tegak segala jarinya hala kelangit dengan tiada merenggang akan dia, dan adalah angkatnya itu membetuli (bersetentangan dengan) dua bahunya.’ [Hadith hassan at-Termidzi]
Hadith di atas pula menjelaskan bahawa jari-jari tangan dibuka dan hendaklah tegak atau lurus. Inipun terdapat banyak perlakuan umat Islam, jika kita perhatikan perlakuan mereka yang bersolat di mana-mana.
Jelaslah, ada kaedah mengangkat kedua-dua tangan ketika Takbiraul Ikhram itu: sama ada, ibu jari menepati paras cuping telingan; atau, ibu jari menepati bahu. Jadi versi kedua itu bukanlah amalan fahaman Wahabi! Tetapi, adalah ketetapan as-Sunnah. Kalaulah umat Islam ikuti ketetapan as-Sunnah sepenuhnya dan faham mereka, sudah pastilah tiada berbezaan rukun fe'li dan lain-lain rukun solat, hanya dua cara sahaja dalam mengangkat tangan untuk Takbiratul Ikhram itu.
Selepas Takbiratul Ikhram, kedua tangan telah diletakkan di bahagian atas pusat ditengah-tengah perut (bukan di atas dada), tangan kanan di atas tangan kiri, sambil tangan kanan memegang pergelangan tangan kiri, kita membaca Doa Iftitah.
Dalam meletakkan tangan di atas perut itupun banyak kelakuan orang Islam - ada yg menyenget ke kiri, ada di atas dada di mana jantung kita berada, ada di bawah pusat, ada di bahagian perut, ada meluruskan tangan ke paha! Demikianlah kelakuan ygdilakukan apabila seseorang itu tidak berpandukan as-Sunnah - ikuti caka--cakap orang atau ikut suka hati sendiri!
Jazakalahhu khairah

No comments:

Post a Comment