Tuesday, December 29, 2009

Solat: Amalan terbaik orang Islam

Assalamualaikum,
Kita telah lama meninggalkan perbincangan kita tentang ibadah yg terutama dalam Islam iaitu Solat. Solat utama kerana sebab-sebab berikut:
1. Solat ada tiang ugama Islam, maka sesiapa yg meninggalkan solat maka dia meruntuhkan ugamanya sebagaimana rumah yg runtuh tiangnya;
2. Solat adalah ibadah yg paling awal dihisab di akhirat kelak, kita hisaban solat fardu kita itu lancar, maka mudahlah hisaban amalan-amalan lain;
3. Sesiapa meninggalkan satu waktu solat fardu maka dia jatuh kafir;
4. Tanpa mengerjakan solat fardu, lain-lain amalan dan ibadah tidak berguna untuk membela kita di akhirat kelak
Selain itu, solatlah satu ibadah yg banyak dicampuri dengan tambahan atau perubahan oleh para ulama', kerana terdapat perlakuan (rukun fe'li) dan bacaan (i.e. rukun qauli) dan iktikad (i.e. rukun qalbi), yg diamalkan oleh kita sekarang ini tiada sandaran as-Sunnah. Jika tiada sandaran nas dan dalil al-Quran dan as-Sunnah, dan jika tidak dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w), maka perlakuan dan bacaan tersebut berkemungkinan besar tergolong dalam amalan 'bid'ah'. Jika perlakuan sedemikian bersifat 'bid'ah' atau dicemari oleh sesuatu yg 'bid'ah', maka solat kita menjadi batil - tidak diterima Allah (a.w). Kita telah teliti dua hadith yg menyebutkan bahawa jika kita membuat sesuatu 'pembaharuan dalam perkara ugama', kita telah amalkan sesuatu yg 'bid'ah'. Cuba kita teliti sabda Rasulallah (s.a.w) dalam hadith di bawah ini:
Diriwayatkan hadith daripada Abi Najih al-Irbad bin Sariah (r.a) berkata: ‘Rasulallah (s.a.w) menyampaikan suatu peringatan yang membuat gerun beberapa hati dan mengalirkan air mata beberapa mata (orang yang mendengar nasihat itu). Kami berkata: ‘Wahai Rasulallah (s.a.w)! Nasihat ini seolah-olah daripada seorang yang hendak meninggalkan kami. Apakah nasihat engkau kepada kami?’ Maka bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Diwajibkan atas kamu sekelian bertaqwa kepada Allah (a.w) dan dengan mendengar dan taat, jikapun yang memimpin kamu adalah seorang hamba Habsyi. Barangsiapa di kalangan kamu yang panjang umurnya, akan melihat banyaknya perselisihan (di kalangan umat Islam mengenai ugama Islam). Maka diwajibkan atas kamu sekelian berpegang kepada sunnahku dan sunnah khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin, maka gigitlah dia (yakni, sunnahku dan sunnah mereka) dengan gigi geraham (yakni, pegang kuat jangan lepaskan). Dan, takutilah pembaharuan dalam perkara (atau urusan ugama), dan sesungguhnya tiap-tiap pembaharuan adalah bid’ah, dan tiap-tiap bid’ah adalah kesesatan.’[Hadith Abu Daud dan juga at-Termidzi, katanya hadith sahih]
[Nota: Dalam sepotong hadith yang lain Rasulallah (s.a.w) menyebutkan bahawa setiap kesesatan itu tempat mereka yang mengajar, menganjurkan dan mengamalkannya dalam neraka.]
Rasulallah (s.a.w) menyebut tentang 'pembaharuan dalam perkara' itu adalah 'bid'ah'. Beliau seterusnya menggunakan kalimah 'kullu' = 'tiap-tiap'. Kalau kalimah yg digunakan 'kullu = tiap-tiap', maka pastilah tiada pengecualian. Malah semua. Yakni, apa jenis tambahan, ubahsuaian atau pindaan. Jika begitu, apa yg kita lakukan sekarang ini dalam banyak perkara adalah tercemar dengan 'bid'ah! kalaulah begitu apa akan jadi kepada segala amalan kita selama ini? Itulah yg wajib kita sama-sama fikirkan. Maka dengan itulah Allah (a.w) peringatkan kita dalam firman berikut:
Allah (a.w) berfirman: '... wala taqfu ma laisa bihi ilmun ...' [Maksud: janganlah kamu mengikuti apa-apa yang kamu tiada ilmu mengenai...’] [Ayat 36, Surah al-Israk]. Dan, Rasulallah (s.a.w), menasihatkan kita dengan, bersabda: 'Al-ilmu qabla 'amal' [Maksud: Berilmulah dahulu sebelum beramal][Hadith at-Termidzi]
Maka dengan itulah umat Islam itu wajib mencari ilmu, mempelajari ilmu dan memahami Islam dan syariatnya dahulu, barulah mengerjakan ibadah dan amalan. Supaya tidaklah kita beramal dengan sia-sia kalau kesemua amalan kita ditolak! Inilah ketetapan Rasulallah (s.a.w) dalam dua hadith berikut:
Sabda Rasulallah (s.a.w): 'Man akhdatha fi amrina haza malaisa minni fahua raddu.' [Maksud: Barangsiapa mengadakan pembaharuan (yakni, bid’ah) dalam perkaraku (yakni, Islam dan syariat ugama Islam) yang ianya bukan daripadaku (yakni, didatangkan daripadaku), maka dia (i.e. amalannya) ditolak] [Hadith Bukhari] dan potongan hadith berikut
Sabda Rasulallah (s.a.w): 'Man ‘amila ‘amalan laisa ‘alaihi amruna fahua raddu.' [Maksud: Barangsiapa beramal dengan sesuatu amalan yang tidak datangnya daripada perkara atau urusanku (yang didatangkan oleh aku), maka dia (i.e. amalannya) ditolak.] [Hadith Muslim].
Ramai para ulama' arus perdana Malaysia dan lebih-lebih lagi ilmuwan yg mengajar Islam dan subject berkaitan dengannya di IPTA, menyebut tentang 'bid'ah hasanah'. Malah mereka begitu yakin bahawa Islam membolehkan 'bid'ah hasanah'. Berdasarkan banyak sabda Rasulallah (s.a.w), pandangan atau pendirian sedemikian tidak disokong oleh dalil al-Quran mahupun as-Sunnah!
Mungkin nenek moyang kita dahulu diajarkan supaya mengerjakan pelbagai amalan yg bersifat 'bida'ah hasanah' kerana dengan itu mereka, (dan, sekarang, kita) dapat mengumpul sebayak mungkin pahala untuk akhirat kita. Tapi, kalaulah semua itu membatalkan pahala kita, tanpa mereka dan kita sedari, kita kerugian yg amat besar! Sia-sia saja kita menambah amalan dengan penuh istiqamah dan tekun, tetapi tak mendapat apa-apa ganjaran pahala.
Kita akan teliti nanti amalan solat kita. Kemudian kita bandingkan dengan ketetapan as-Sunnah atau dengan solat yg dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w). Apakah solat kita sama dengan solat Rasulallah (s.a.w)? Rasulallah (s.a.w) menyuruh kita: 'Sollu kama ra-aitumuni usalli' [Maksud: Solatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku (Nabi) berolat] [Hadith Bukhari]. Tapi, kita akan dapati bahawa ada banyak prkara yg berlainan dari solat Rasulallah (s.a.w)! Apa akan jadi kepada kita, kepada solat kita?
Jazakallahu khairah.

No comments:

Post a Comment