Thursday, December 17, 2009

Solat: Perintah dan Janji Allah (a.w) pada manusia

Assalamualaikum,
Semua kita yg mungkin diperingatkan selalu bahawa kita ini makhluk Allah (a.w) yg utama. Kitalah ciptaan Allah (a.w) terbaik. Allah (a.w) itu Tuhan kita dan Rasulallah (s.a.w) itu Utusan Allah (a.w) - orang yg membawakan, mengajarkan dan memimpin manusia ke arah mentaati ketetapan Allah (a.w), supaya apabila kita mati, maka kita berjaya mendapat kerahmatanNya (i.e.dapat syurga) dan terselamat dari kemurkaanNya (i.e. disiksa dalam neraka). Semua yg hidup akan mati. Apabila mati hanya dua tempat untuk kita - berjaya menyediakan diri untuk akhirat, maka dapat syurga, dan jika gagal menyediakan diri untuk akhirat, maka dapat neraka. Tiada jalan tengah!
Solat fardu adalah syarat pertama untuk dapatkan syurga. Kalau dalam solat kita gagal, ketika di hisab kelak, maka kita gagal yg lain! Malah ibadah-ibadah lain takda makna, kalaulah solat kita abaikan. Ada orang kata kalau kita banyak buat 'amal makruf', pasti dapat syurga. Tak. Tanpa solat amal makruf lainpun tak berguna. Jadi, eloklah kita terus mengaji tentang solat, supaya tidaklah kita kecundang nanti setelah mati kita.
Kita lihat perintah Allah (a.w) tentang solat ini, dalam firman-firman Allah (a.w) berikut, mula-mula Surah al-Baqarah:
Firman Allah (a.w)[Maksud: Dan dirikanlah (i.e. krjakanlah) solat dan datangkanlah (i.e keluarkanlah) zakat, dan ruku’lah (i.e. bersolatlah) bersama-sama orang yang ruku’ (yakni, solatlah secara berjemaah)][Ayat 43, Surah al-Baqarah]
Dan, Allah (a.w) ulangi perintahNya dalam firmanNya dalam Surah al-Maidah, berikut:
Firman Allah (a.w):[Maksud: Dirikanlah solat … dan rukuklah bersama-sama orang-orang yang ruku’] [Ayat 6, Surah al-Maidah]
Solat adalah perintah wajib. Dalam post sebelum ini kita telah meneliti hadith, tentang janji Allah (a.w) kepada manusia dan juga janji Rasulallah (s.a.w) kepada manusia yg bersolat. Di dalam as-Sunnah kita juga diberitahu oleh Rasulallah (s.a.w) perintah Allah (a.w) tentang solat fardu ini. Dalam post yg lalu kita telah lihat janji Allah (a.w) kepada kita dan janji Rasulallah (s.a.w) kepada kita tentang solat (fardu) itu. Biar kita lihat semula:
Diriwayatkan hadith daripada Ibni Syihab al-Zuhri (r.a) berkata bahawa telah berkata Said bin Musaiyab (r.a): ‘Sesungguhnya Aba Qatadah bin Rab’ii (r.a) memberitahunya dengan berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w), dengan sabdanya (menyampaikan firman Allah (a.w)): ‘Telah berfirman Allah (a.w): ‘Bahawasanya Aku (Allah (a.w)) mewajibkan atas umat engkau (Muhammad (s.a.w)) lima solat (fardu) dan menjanji Aku (Allah (a.w)) di sisiKu ‘Bahawasanya barangsiapa menjaga dia atas solat (yang lima itu) pada waktunya, Aku (Allah (a.w)) masukkan dia ke dalam syurga, dan barangsiapa tidak menjaga (lima solat itu) maka tidak ada janji Aku (Allah (a.w)) bagi mereka di sisiKu.’ [Hadith Ibnu Majah][Hadith Qudsi] 
Hadith ini adalah hadith qudsi - hadith yg amat kuat dijadikan sandaran hukum dalam Islam. Hadith qudsi adalah firman atau perintah Allah (a.w) yg disampaikan melalui lisan Rasulallah (s.a.w). Rengkasnya, sesiapa yg tidak mengerjakan solatnya, tiada jaminan dia akan masuk syurga! Malah dalam segala hal, pasti masuk neraka dan tak mungkin dapat syurga! Hadith yg sama diriwayatkan oleh Abu Daud, iaitu berikut:
Diriwayatkan hadith oleh ibnu Syihab az-Zuhri (r.a) berkata: Berkata Sa’id bin Musayab (r.a) bahawa sesungguhnya aba Qatadah bin Rabi’i (r.a) menxeritakan kepadakdengan katanya: ‘Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Berfirman Allah (a.w): ‘Sesungguhnya Aku (Allah (a.w)) mewajibkan atas umat engkau (Muhammad (s.a.w)) lima solat dan menjanjikan Aku di sisiKu suatu janji bahawasanya barangsiapa datang (kepadaKu, i.e. di akhirat) menjaga atasnya (solat yang lima itu) pada waktunya, Aku masukkan mereka ke dalam syurgaKu, dan barangsiapa tidak menjaga solatnya pada waktunya maka tiadalah janjiKu baginya di sisiKu.’ [Hadith qudsi, Riwayat Abu Daud] Apa pula nasihat Rasulallah (s.a.w) kepada kita yg mengaku kta ini Islam dan beriman?
Diriwayatkan hadith daripada ‘Ubadah ibnu Samit (r.a) berkata: ‘Aku mendengar Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Lima solat yang mewajibkan Allah (a.w) atas hamba-hambaNya. Maka barangsiapa datang (kepada Allah (a.w) di akhirat kelak) dengannya tidak kurang daripadanya sesuatu, tidak meremehkannya (yakni, meringankannya atau menganggap enteng akan solat-solat itu), maka sesungguhnya Allah (a.w) mendatangkan baginya di hari qiamat nanti janji Allah (a.w) bahawa dimasukkanNya ke dalam syurga. Dan barangsiapa datang dengannya sungguh-sungguh kurang daripadanya sesuatu, meremehkannya dengan haqnya, tidak ada baginya di sisi Allah (a.w) janji. Jika dikehendaki Allah (a.w) diazabnya (maka diazabnya), dan jika berkehendakkan Allah (a.w) mengampunkannya, (maka diampunkannya dosa-dosanya kerana meninggalkannya)’ [Hadith Ibnu Majah, Kitab Solat]
Demikianlah ketetapan al-Quran dan as-Sunnah sebagai renungan dan panduan kita, bagi memulakan pengajian kita tentang solat (fardu dan sunat) itu.
Mudah-mudahan kita dapat menyedarkan diri kita alpa dan cuai sehingga akhirat kita tergadai kerana dunia. Kita terlalu seronokkan dunia, kita lupa tanggungjawab kita sebagai hamba Allah (a.w). Maka berwaspadalah, bertaubatlah dan berjaga-jagalah ... Amin.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment