Assalamualaikum,
Saudara, hari ini sudah menjadi suatu yg lumrah dikalangan kesemua umat Islam, terutama yg Melayu, bahawa mereka bermegah-megah dengan pakaian yg cantik, mahal dan berjenama. Orang-orang yg ternama, berkedudukan, berpengaruh, berdarjat dan berpangkat, tersohor, termasuk para ulama' dan ilmuwanpun, dan orang seumpamanya, sering memakai baju batik atau baju Melayu yg diperbuat dari sutera ketika menghadiri majlis-majlis utama. Lebih halus suteranya lebih mahal harganya dan lebih menonjolkan kedudukan atau status ekonomi mereka. Pendeknya mereka berbangga!
Bagi mereka yg tahu ilmunya, Islam mensyaratkan bahawa lelaki Islam tidak dibolehkan sama sekali memakai:
1. Pakaian yg labuh sehingga tercecah tanah atau lantai, kerana berbuat sedemikian melambangkan sifat-sifat dan ciri-ciri kesombongan dan bangga diri. Pakaian orang Islam lelaki adalah tidak melebih paras buku lali.
2. Lelaki Islam dilarang memakai sutera, apa jua kualiti suteranya
3. Lelaki Islam dilarang memakai emas - cincin ke atau rantai ke atau gelang tangan ke
Hari ini, kita lihat orang kaya-kaya dan orang galmour (spt artis) memakai jam dan cincin emas. Kadang-kadang gelang emas di tangan. Kadang-kadang rantai emas di leher pula. Ada juga yg memiliki mahligai yg peralatan dalamnya diperbuat dari emas, melambangkan kedudukan duniawi mereka!
Lelaki Islam yg melakukan salah satu atau ketiga-tiga perkara yg disebutkan di atas itu akan mendapat siksaan di neraka. Malah mereka tidak akan masuk syurga! Wal iyazubillah.
Mungkin ada para ulama' atau ilmuwan Islam yg mengatakan larangan di atas itu adalah larangan 'ringan', tidak merupakan dosa yg besar! Terpulanglah pada mereka. kalau ingin mengiyakan kata-kata serta pandangan mereka, silakan. Sendiri buat sendiri tanggung.
Yg pasti Allah (a.w) menyebutkan di dalam al-Quran bahawa pakaian lelaki dan wanita syurga itu adalah itu adalah berbagai-bagai kualiti sutera. Rasulallah memberitahu, memakai sutera di dunia, pasti tidak memakainya di akhirat - maksudnya pasti tidak akan brada di dalam syurga!
Kita akan teliti hadith-hadith yg membrikan ketetapan as-Sunnah (i.e. Islam) mengenai perkara-perkarra tersebut kemudian nanti.
Semoga kita terhindar dari melakukan segala sesuatu yg boleh menjerumuskan kita ke neraka semata-mata ingin menonjolkan suatu imej yg tidak kekal. Kita lakukan kesalahan kecil yg menyebabkan kita mendapat dosa yg besar pula. Mungkin kita seorang yg istiqamah dalam solat, puasa dan lain-lain ibadah, tapi sia-sia, kerana perbuatan yg kecil, kita di neraka, tidak mendapat syurga. Insya Allah, kita tidak terpengaruh dan tidak terikut-ikut. Amin
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment