Assalamualaikum,
Kita lihat dua lagi nasihat Rasulallah (s.a.w) kepada umatnya dalam hadith-hadith berikut:
Diriwayatkan hadith daripada Aisyah (r.ah) berkata: ‘Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Dunia ini rumah bagi orang yang tiada mempunyai rumah di akhirat, dan harta orang yang tidak berharta di akhirat, dan yang mengumpulnya (keduniaan) hanya mereka yang tidak berakal.’ [Hadith Imam Ahmad]
Sebagai seorang Islam dan beriman,janganlah kita terlalu cintakan dunia. Yang penting adalah akhirat. Mereka yang mengumpulkan harta dan kekayaann semasa di dunia sebenarnya memfakirkan dirinya di akhirat. Kerana, sering kali manusia yang kasihkan dan cintakan dunianya, akan pasti melalaikan akhiratnya. Malah dia akan melakukan serba sesuatu untuk menganianya dirinya di akhirat apabila dia mempebanyakkan usaha untuk dunia, berbuat segala sesuatu untuk dunia, melalaikan amal dan ibadah wajib dan sunatnya, dan menghabiskan masa, dan seringkali pula wang ringgitnya, untuk kenikmatan dunia atu dengan tujuan yang batil, lupa dia akan tanggungjawabnya terhadap Allah (a.w) dan RasulNya dan manusia lainnya dan diabaikannya tugas membuat persiapan untuk hari akhiratnya.
Diriwayatkan hadith daripada Abu Musa asy-Syaari (r.a) berkata Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Sesiapa yang cintakan dunia berbahaya terhadap akhiratnya, dan sesiapa yang cintakan akhiratnya berbahaya terhadap dunianya, maka utamakanlah yang kekal (yakni, kehidupan akhirat) daripada yang fana (yakni, dunia) yang akan rosak binasa.’ [Hadith Imam Ahmad]
Nasihat Rasulallah (s.a.w) di atas itu amat penting kita yang Islam ini jadikan pedoman hidup setiap masa. Jika kita utamakan dunia pastilah tidak akan kita lakukan sesuatu untuk akhirat kita. Atau, kita abaikan akhirat. Dan, lakukan banyak perkara yg menjamin kita terjerumus ke lembah maksiat yg menjerat kita tanpa kita sedari. Apabila kita utamakan dunia terabailah akhirat kita kerana kita melakukan pelbagai perbuatan dan perlakuan serta segala sesuatu untuk menikmati nikmat dunia yang mudah dirasai dan difahami serta sangat menyeronokkan. Nikmat akhirat pula adalah sesuatu yang ghaib dan sukar difahami bagi mereka yang jahil tentang akhiratnya dan bagi mereka yang sangsi tentang akhirat tersebut atau cetek imannya. Rasulallah (s.a.w) menasihatkan supaya kita yang Islam hendaklah utamakan yang kekal.
Kita diberitahu bahawa umur umat Muhammad (s.a.w), mengikut sabdanya dalam sepotong hadith, hanyalah sekadar 60 atau 70 tahun. Berapa lamakah nikmat dunia yang boleh kita rasai. Umur 70 tahun hanyalah seminit, paling lebih, dalam jangka waktu akhirat. Sedangkan apabila qiamat dunia sebelum diistiharkan kekekalan akhirat oleh malaikat di siratul mustaqim selepas hisab, kita menunggu di padang makhsyar untuk Buku atau Kitab Catitan Amalan kita memakan masa 50 tahun dalam hitungan tahun akhirat. Sehari di ahirat adalah bersamaan 1,000 tahun kiraan tahun dunia! Itu belum lagi akhirat, yang kekal tanpa sempadan waktu dan tanpa berkesudahan!
Semoga kita sempat bersedia untuk masa yg jauh lebih panjang dan kekal. Amin
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment