Monday, December 28, 2009

Jema'ah Islam: Sifat-sifat Pemimpin

Assalamualaikum,
Melanjutkan perbincangan kita tentang Jema'ah Islam dalam konteks 'ahlus sunnah wal-jama'ah' itu, kita telah maklum ciri-ciri sistem jema'ah itu merangkumi perkara-perkara berikut:
1. Ada kepimpinan (i.e. Imam)
2. Ada rukyah (i.e. rakyat) dalam jema'ah
3. Ada ikrar janji taat setia (i.e. bai'at) oleh rukyah terhadap Imam
4. Wujud setiap masa ketaatan rukyah terhadap kepimpinan (i.e. Imam)
Empat ciri ini adalah penting dalam sistem jema'ah.
Kita juga tahu bahawa orang Islam itu diwajibkan mentaati tiga pihak, iaitu:
1. Taatkan Allah (a.w) (i.e. ikuti al-Quran)
2. Taatkan Rasulallah (s.a.w) (i.e. ikuti as-Sunnah)
3. Taatkan kepimpinan (i.e. ulil amri, yakni Imam dan mereka yg melaksanakan ketetapan Imam)
Ketaatan #3 adalah tertakluk kepada ketetapan Allah (a.w) (i.e. al-Quran) dan ketetapan Rasulallah (s.a.w) (i.e. ketetapan as-Sunnah). Allah (a.w) menetapkan bahawa jika timbul perselisihan atau pertelingkahan mengenai segala sesuatu, Imam dan rukyah wajib merujuk untuk mendapatkan penyelesaian kepada al-Quran dan as-Sunnah. Jelaslah al-Quran dan asSunnah boleh diibaratkan sebagai Perlembagaan Agung Islam (i.e. Islamic Supreme Constitution) dan Perundangan Agung Islam (i.e. The Supreme Laws of Islam). Keputusan 'ulil amri' (i.e. Imam) adalah peraturan atau perundangan kedua (i.e. secondary laws), tidak boleh mengatasi atau menyanggahi atau bertentangan dengan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah (rujuk Ayat 59, Surah an-Nisa').
Imam yg terbaik dan yg terburuk bagi jema'ah Islam itu adalah memiliki sifat atau ciri-ciri berikut:
Diriwayatkan hadith dari ‘Aufi b Malik hadith dari Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Khiyaru a-amtikumul-lazina tuhibbinahum wa-yuhibbunakum wa-usalluna ‘alaikum wa-tusalluna ‘alaihim wa-syiraru a-aimmatikumul-lazina tubghidunahum wa-yubghidunakum wa-tal’anunahum wa-yal’anunakum.’ [Maksud: Sebaik-baik melihat (i.e. memilih) kamu imam atau amir kamu orang-orang yang senang (atau suka) kamu akan mereka dan suka mereka akan kamu sekelian, dan mendokan mereka atas kamu sekelian dan kamu mendoakan atas mereka; dan seburuk-buruk imam-imam kamu adalah orang benci kamu akan mereka dan benci mereka akan kamu, dan melaknat kamu akan mereka dan melaknat mereka akan kamu sekelian.] Dikatakan (oleh sahabat): ‘Wahai Rasulallah (s.a.w) Apakah tidak membunuh aku akan mereka dengan pedangku?’ Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘La ma aqamu fikum as-solata wa-iza ra-aitum min wulatikum syaian takrahunahu fakrahu ‘amalahu wala tanzi’u yadan min taatin) [Maksud: ‘Jangan! Selagi mereka menetapi bersama kamu solat. Dan ketika melihat kamu dari pimpinan mereka (yakni, pengurusan mereka) sesuatu kamu benci akan perkara itu, maka bencikanlah ‘amalannya (yakni, perbuatannya) dan jangan mencabut tangan kamu dari ketaatan (i.e. jangan ingkari perintahnya).’][Hadith Muslim, Kitab Imarah (Keimaman)]
Ciri-ciri Imam yg baik untuk umat Islam itu adalah memiliki ciri-ciri berikut:
1. Rukyahya suka kepadanya, dan Imam sukakan rukhyahnya;
2. Sentiasa mendokan kebaikan kepada Allah (a.w) atas rukyahnya, dan rukyahnya juga berdoa kebaikan terhadapnya;
Sebaliknya, Imam yg buruk bagi jema'ah itu adalah berciri seperti berikut:
1. Rukyahnya bencikan dia dan diapun bencikan rukyahnya;
2. Melaknat Imam akan rukyahnya dan melaknat rukyahnya akan Imam mereka .
Namun, walau apapun sifat Imam tersebut, rukyahnya wajib terus mentaati Imam mereka. Dengarkan nasihatnya dan taatkan perintahnya, jika perintahnya tidak maksiat (i.e. melanggar ketetapan al-Quran dan as-Sunnah). [Nota: Mengikuti segala perintah imam, walaupun dia zalim atau berat sebelah atau pilih kasih atau tidak adil, rukyahnya akan mendapat pahala seumpama pahala 60 orang ahli ibadah [Hadith]]. Sebaliknya, Imam yg buruk itu adalah seperti yg disebutkan dalam hadith di atas dan hadith berikut:
Diriwayatkan hadith dari Ruziq b Haiyan bahawasannya dia mendengar Muslim b Qarazah b Pakcik ‘Auf b Malik as-Syaja’i berkata: ‘Aku mendengar ‘Auf b Malik as-Syaj’i berkata: ‘Aku mendengar Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Khiaru aimmatikuml-lazina tuhibbunahum wa-yuhibbunakum wa-tusalluna ‘alaihim wa-yusalluna ‘alaikum wa-syiraru aimmatikumul-lazina tubghidunahum wa-yubghidunakum wa-tal’anunahum wa-yalaanunakum.’ [Maksud: ‘Sebaik-baik imam kamu adalah orang yang kamu senang (yakni, suka kamu) akan mereka dan mereka suka akan kamu sekelian, dan mendoakan kamu akan mereka dan mereka mendoakan akan kamu sekelian; dan seburuk-buruk imam kamu sekelian adalah orang-orang yang membenci kamu akan mereka dan mereka membenci akan kamu sekelian dan melaknat kamu akan mereka dan mereka melaknat akan kamu sekelian.’] Berkata (auf): ‘Berkata aku wahai Rasulallah (s.a.w)! Apakah tidak membunuh aku akan mereka di sisi demikian (yakni, jika menjumpai kami demikian imam)?’ Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘La ma aqamu fikum as-solata la aqamu fikumus-solata ala man wilaya ‘alaihi walin fara-ahu yakti syaian min ma’siatillahi fal-yakrah ma yakti min ma’siatillahi wala yanzi’anna yadan min taatin.' [Maksud: Jangan! Selagi berdiri (i.e. solat) mereka bersama-sama kamu sekelian di dalam solat kamu (yakni, berjemaah); ingatlah orang yang memimpin atasnya urusan orang (yakni, bertanggungjawab atas yg dipimpin), melihat kamu pengurus mendatangkan sesuatu dari maksiat terhadap Allah (a.w) maka benci kamu atas (perlakuannya) apa-apa yang datang dari maksiat kepada Allah (a.w), dan jangan mencabut tangan kamu (yakni, jangan berhenti) dari ketataan (yakni, keluar dari jema'ah) [Hadith Muslim]
Dalam hadith yg lain diberikan satu lagi dimensi sifat atau ciri baik atau buruk Imam itu:
Diriwayatkan hadith Yunus b Muhammad dan Hashim b Qasim berkata kedua-duanya hadith dari Salih Muriyu hadith dari Said al-Jurairi hadith dari Abi Othman an-Nahdi hadith dari Abi Hurairah (r.a) berkata: ‘Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Iza kana umara ukum khiarakum wa-aghnia-ukum sumaha-akum wa-umurukum syura bainakum fazahru ardhi khairullakum min batniha, wa-iza kana umara ukum syirarakum wa-aghniya ukum bukhalukum wa-umurukum ila nisaikum fabatnul-ardha khairullakum min zahriha.' [Maksud: Ketika ada beberapa amir kamu sekelian pilihan kamu (adalah) yang baik dan kaya pada kamu sekelian, dermawan mereka akan kamu sekelian dan beberapa perkara (mengenai jema’ah) mereka dimesyuaratkan di antara kamu sekelian, maka (jika begitu, berada) di atas bumi (i.e. hidup) lebih baik bagi kamu sekelian dari perutnya (bumi, i.e. mati lebih baik); dan ketika ada beberapa amir kamu seburuk-buruk amir pada kamu sekelian adalah orang kaya dikalangan kamu sekelian bakhil mereka kepada kamu sekelian, dan beberapa perkara kamu sekelian (dibawa) kepada isterinya, maka (dalam keadaan sedemikian berada dalam) perut bumi (i.e. mati) adalah lebih baik dari (berada) di atasnya (i.e. hidup).] [Hadith at-Termidzi]
Rasulallah (s.a.w) memerintahkan umatnya supaya pilih Imam yg berciri seperti berikut:
1. Orang yg baik sifat dan perangainya
2. Orang yg kaya (i.e. berada);
3. Orang yg dermawan (i.e. sering atau bersedia sentiasa membantu rukyahnya)
4. Memutuskan segala sesuatu yg melibatkan kebajikan rukyahnya secara musyawarah
Jika terpilih Imam yg sedemikian sifat, maka hidup lebih baik - bagi Imam dan bagi rukyahnya, kerana aman dan selesa di dunia, tiada masalah. Di akhiratpun mendapat syurga. Jika tersilap pilih, rukyahnya wajib terus taatkan Imam. mentaati Imam itu wajib. Kalau baik Imam itu lebih baik meneruskan kehidupan di dunia sementara menunggu ganjaran kebaikan di akhirat. Sebaliknya, Rasulallah (s.a.w) menyuruh kita jangan pilih Imam orang yg memiliki sifat berikut:
1. Orang yg buruk perangai
2. Orang yg kaya tetapi bakhil atau kedekut atau kikir;
3. Orang yg merundingkan hal ehwal jema'ahnya dengan isterinya
Maka dengan itu, sabda Rasulallah (s.a.w), jika terpilih kategori yg baik, maka rukyahnya dan Imam akan aman. Lebih baik hidup dari mati. Jika sebaliknya, lebih baik mati dari hidup. Kerana ganjaran akhirat lebih baik dari siksaan dalam dunia kerana karenah dan perbuatan Imam mereka. Kerana apabila taatkan Imam pasti mendapat syurga.
Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment