Wednesday, December 9, 2009

Menghidupkan as-Sunnah & Mengajar Bid'ah (sambungan)

Assalamualaikum,
Dalam post yg lalu kita telah tahu kefadhalan atau kebaikannya menghidupkan as-Sunnah dan menyebarkannya kepada saudara sesama Islam dan sebaliknya mempelajari dan mengajarkan bid'ah. 'Bid'ah' adalah segala sesuatu amalan atau perlakuan atau cara dan kaedah beramal atau beribadah dan bentuk-bentuk ibadah, termasuk kelainan dalam perkara rukun sesuatu ibadah seumpama bacaan dsnya.

Mengajar dan menyemarakkan as-Sunnah

Hadith di bawah ini wajib dijadikan pedoman dan panduan bagi orang iman. Kerana begitu besar ganjaran pahalanya. Di dunia manusia inginkan laba dan keuntungan yg halal dengan membuat pelbagai pelaboran, dengan harapan menjadi kaya, senang dan mewah apabila pelaborannya menghasilkan dividen yg tinggi setiap tahun - mungkin sekali mungkin dua kali mendapat dividen setahun.
Hadith berikut membriathu pula pelaburan akhirat yg mendatangkan begitu banyak ganjaran pahala, malah lebih kekal pula, kerana jikapun kita sudah nmati pelaburan terebut kekal mengirimkan ganjaran pahala sehingga kiamat dunia! Pelaburan dunia tidak kekal, tetapi pelaburan akhirat kekal - mengirimkan pahala sebelum kiamat dan mendapat kejajikan pula di akhirat.
KIta teliti hadith berikut sebagai panduan untuk kita memulakan langkah memperbanyakkan pelaburan akhirat dan dengan mudah mendapatkan dividen akhiratnya.
Diriwayatkan hadith daripada Kathir bin Abdullah bin ‘Amru bin ‘Auf al-Muzaniu (r.a), menceritakan hadith daripada bapanya, hadith daripada datuknya berkata: ‘Sesungguhnya Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Barangsiapa menghidupkan satu sunnah dari sunnahku maka beramal dengan dia oleh manusia, adalah baginya seperti pahala barangsiapa yang beramal dengannya tidak mengurangi (atau dikurangi) sedikitpun pahala mereka yang mengamalkannya. Dan barangsiapa membuat bida’ah (yakni, pembaharuan dalam amalan dan ibadat, yang tidak termasuk dalam syariat Islam yang disampaikan oleh Rasulallah (s.a.w)) (dan diajarkannya pula kepada orang lain) maka mengamalkan (dan mengajarkannya) dengan bida’ah itu, ada atasnya (yakni, ditanggungnya) dosa barangsiapa mengamalkan dengannya (dan) tidak mengurangi atau dikurangkan dari dosa barangsiapa beramal dengannya sedikitpun (yakni, dosa mereka yang mengamalkannya ditanggung oleh yang mengajar manakala dosa yang mengikut ajarannya juga akan ditanggung pengamal olehnya).’ [Hadith sahih Ibnu Majah]

Mengajarkan dan menyemarakkan yg batil i.e. bid'ah

Sebaliknya, hadith berikut pula memberikan kita panduan bahawa janganlah mengajar dan mengembangkan sesuatu yg batil, iaitu yg tidak disuruh dan yg tidak di redhai oleh Allah (a.w) dan RasulNya. Maka kita mendapat kiriman dosa. Ingatlah, tiada siapapun di dunia ingin melabur sesuatu yg mengakibatkan kerugian. Itu perbuatan yg bodoh. Tapi, di dunia begitu ramai manusia, termasuk orang Islam yg melabur demi kebatilan - sama ada secara sedar ataupun tak sedar. Kita yg Islam tidak hiraukan pelaburan akhirat yg batil oleh mereka yg bukan Islam. Tapi, kita merasa terkilan apabila ramai umat Islam yg melabur untuk kebatial akhiratnya. Mereka mengajarkan dan mengembangkan kebatilan, terutama bid'ah, walhal mereka adalah semakin hari semakin menghampirkan diri mereka ke jurang neraka. Cuba kita teliti hdith berikut:
Menceritakan hadith daripada Kathir ibn Abdullah (r.a), hadith daripada bapanya, hadith daripada datuknya yang berkata: ‘Aku mendengar Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Barangsiapa menghidupkan sunnah dari sunnahku (yang) sungguh-sungguh (telah) dimatikan (atau dilupakan) sesudahku (yakni, setelah ketiadaanku), maka bahawasanya baginya pahala seperti pahala barangsiapa yang beramal dengannya dari kalangan manusia, tidak dikurangi (atau mengurangi) dari pahala manusia yang beramal dengannya sedikitpun. Dan barangsiapa membuat dan mengajarkan bid’ah tidak redha atasnya Allah (a.w) dan RasulNya, maka sesungguhnya diberatkan (atau dipertanggungkan) atasnya dosa seumpama dosa barangsiapa beramal dengannya dari kalangan manusia, tidak mengurangi (atau dikurangi) dosa manusia yang mengamalkannya sedikitpun.’ [Hadith sahih Ibnu Majah]
Mudah-mudahan kita sempat bertaubat dan memperbaiki keimanan kita, sempat mencari ilmu dan membetulkan asas amalan dan ibadah ita, mengenal yg batil dan menerima serta mengamalkan yg hak. Hentikanlah sebar yg batil dan bertaubat dan hentikan mengajar dan mengembangkan yg batil, terutama bid'ah. Amin

Jazakallahu khairah

3 comments:

  1. Saya dipahamkan ada hadith tentang bida'ah yang bermaksud " sesiapa mengamalkan sesuatu yang bukan amalanku nabi, amalan itu ditolak". Kalau benar tentu rugi kepada sesiapa yang berdegil dan terus dengan amalan bida'ahnya. Dahlah rugi, berdosa pula tu.

    ReplyDelete
  2. Jika untuk orang jahil lain ceritanya pakcik. Tetapi jika para salafussoleh yang alim dalam al Quran dan hadith serta para ulamak mujtahid takkan pakcik nak katakan mereka ini berdosa ?

    Tentu pakcik ada belajar di dalam hadith iaitu mereka yang berijtihad akan mendapat dua pahala jika benar dan satu pahala jika tersalah.

    Jadi sama-samalah belajar dengan lebih mendalam untuk mendapat kefahaman.

    Saya lihat yang mensyarahkan hadith di atas nih macam hebat orangnya, tanpa perlu huraian ulamak muktabar. Memang dah kuasai semua disiplin ilmu ?

    ReplyDelete
  3. Maaf lupa beri salam.. Assalamu'alaikum dan jazakaLlah.

    ReplyDelete