Assalamualaikum,
Saudara, dalam menyebut tentang amalan yg batil, yg kita warisi dari kecil dahulu, yg paling sensisitf disebut adalah 'bid'ah'. Sesiapa yg menyebutnya dan memberikan contoh bentuk-bentuk perlakuan atau perbuatan yg tergolong dalam kategori 'bid'ah' itu, pasti ditentang oleh para ulama' perdana dan para ilmuwan yg sealiran atau sependapat dengan mereka. Maka dengan itu telah wujud sekian lama, tak tau bila bermulanya, apa yg ulama' arus perdana kata dan berpegang serta beramal dengannya, iaitu yg mereka kategorikan sebagai 'bid'ah hasanah' (i.e. bid'ah yg baik, atau dibolehkan dalam Islam mengikut pandangan mereka). Ada dua kategori bid'ah kata mereka; iaitu satu 'dolalah' (yg ditegah oleh Rasulallah (s.a.w) dikerjakan) dan satu 'hasanah' (yg tidak dilarang oleh Rasulallah (s.a.w) diamalkan). Yg dilarang amalkan, kata mereka, adalah yg 'dolalah', tetapi yg 'hasanah' sunat, i.e. mendapat pahala pula mengerjakannya. Betulkah begitu?
Apabila ditanya apakah landasan nas dan dalil al-Quran atau as-Sunnah yg menyebutkan 'bid'ah' dibolehkan diamalkan, mereka tidak dapat berikan. Mereka hanya merujuk kepada perintah Allah (a.w) dalam al-Quran iaitu orang iman itu digalakkan 'berbuat amal makruf, mencegah kemungkaran',i.e. berbuat (atau, menyuruh kpd berbuat) baik dan meninggalkan (atau, berusaha mencegah perbuatan) yg buruk. Bid'ah adalah perbuatan baik kerana kalimah-kalimah atau perlakuan yg dianjurkan itu baik, seumpama ibadah dan amalan yg lain. Oleh kerana bid'ah sebagaimana yg mereka anjur dan amalkan, adalah baik, maka dibolehkan, kata mereka.
Apabila kita teliti al-Quran, perintah Allah (a.w) adalah jelas: ikutilah dan ambillah apa-apa yg dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w) dan tinggalkan apa-apa yg ditegahnya (Ayat 7, Surah al-Haysr). Taatkanlah Rasulallah (s.a.w) (i.e. ikuti panduan dan ketetapan as-Sunnah). Kalau Raulallah (s.a.w) larang atau tegah, usahlah buat, kalau disuruh, maka buatlah. Kita akan dapati dalam perkara bid'ah ini, Rasulallah (s.a.w) melarang dibuat atau dikerjakan!
Apabila kita teliti as-Sunnah juga, Rasulallah (s.a.w) tidak menyebut tentang dua kategori bid'ah atau adanya 'bid'ah hasanah' tersebut. Rasulallah (s.a.w) memberitahu setiap atau semua 'pembaharuan dalam perkara ugama' adalah 'bid'ah', dan tiap-tiap bid'ah sesat, dan tiap-tiap kesesatan menjerumuskan pelakunya ke dalam syurga. Tak ada 'biada'ah hasanah'.
Siapakah yg benar? Siapakah yg betul? Rasulallah (s.a.w) ke atau mereka yg menganjurkan atau menciptanya dahulu? Kalau manusia cipta dan Rasulallah (s.a.w) larang kita ikut, maka bukankah kita menolak as-Sunnah dan menerima kebatilan atau sesuatu yg batil? Kita yg menolak as-Sunnah adalah kafir. Ini pasti. Sesiapa yg menentang Rasulallah (s.a.w) pasti masuk neraka. Ini juga pasti. Kemudian, Rasulallah (s.a.w) beri kita tahu bahawa sesiapa yg beramal dengan suatu amalan yg tidak dicontohkan atau diajarkan atau dibawakan oleh beliau, amalan tersebut batil dan tidak diterima Allah (a.w).
Sabda Rasulallah (s.a.w): ‘Man ‘amala ‘amilan laisa minni, fahua raddun’ [Maksud: Barangsiapa beramal dengan suatu amalan yang tidak datangnya dari aku, maka dia (amalannya) ditolak (yakni, tidak diterima).] [Hadith ibnu Majah].
Dalam hadith berikut, Rasulallah (s.a.w) larang membuat 'pembaharuan dalam perkara ugama', i.e. bid'ah.
Diriwayatkan hadith daripada Abi Najih al-Irbad bin Sariah (r.a) berkata: ‘Rasulallah (s.a.w) bersabda: 'Diwajibkan atas kamu sekelian berpegang kepada sunnahku dan sunnah khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin, maka gigitlah dia (yakni, sunnahku dan sunnah mereka) dengan gigi geraham (yakni, pegang kuat jangan lepaskan). Dan, takutilah pembaharuan dalam perkara (atau urusan ugama), dan sesungguhnya tiap-tiap pembaharuan adalah bid’ah, dan tiap-tiap bid’ah adalah kesesatan.’ [Hadith Abu Daud dan juga at-Termidzi, katanya hadith sahih]
Lebih serius lagi, dalam hadith berikut Rasulallah (s.a.w) memberitahu kita bahawa segala amalan dan ibadah 'ahli bid'ah' = yang menciptanya, yg mengajarnya, yg menyebarkannya dan yg mengamalkannya,tidak diterima Allah (a.w)! malah, seseorang yg Islam mengamalkan sesuatu yg bid'ah, terkeluar dari Islam tanpa diebngajai atau diedari olehnya! Berwaspadalah.
Diriwayatkan hadith daripada Abdillah bin ad-Dalamii hadith daripada Khuzaifah bin Yaman (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Tidak diterima Allah (a.w) dari ahli-ahli bid’ah (yang mencipta, yang mengajar, yang menganjurkan dan yang mengamalkan bid’ah) amalan puasanya, tidak diterima amalan solatnya, tidak diterima amalan sedekahnya, tidak diterima amalan haji dan tidak (juga) amalan umrahnya, dan tidak diterima amalan jihadnya, dan tidak diterima amalan-amalm fardu dan tidak (juga) amalan-amaln sunatnya. Maka keluar dia dari Islam seperti keluarnya sehelai rambut dari adunan (tepong) roti.’ [Hadith Ibnu Majah]
Orang yg sukakan bid'ah dan pertahankan bid'ah jelas sudah menentang perintah Rasulallah (s.a.w). Kita telahpun lihat sepotong hadith bilamana Rasulallah (s.a.w) menyebutkan bahawa semua umatnya masuk syurga - setelah dikikis dosanya di dalam neraka - kecuali orang yg 'aba' (=ingkar mengikuti perintah Rasulallah (s.a.w), tidak akan masuk syurga. Maksudnya, statusnya sama dengan seorang yg kafir, wal iyazubillah.
Diriwayatkan hadith dari ‘Amasy hadith dari abi Salleh, hadith dari abu Hurairah (r.a) berkata: ‘Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘(Ma amartukum bihi fakhuzuhu, wa-ma nahaitukum ‘anhu fantahu) [Maksud: Apa-apa yang memerintahkan aku atas kamu sekelian dengan sesuatu (perintah) maka hendaklah kamu ambil (dan kerjakan), dan apa-apa yang melarang (atau menegah) aku atas kamu sekelian dari sesuatu (larangan/tegahan) maka hendaklah kamu jauhilah (atau tinggalkanlah larangan itu).] [Hadith ibnu Majah]
Mudah-mudahan hidayah Islam yg haq sempat sampai kepada kita sebelum kita dipanggilNya. Dengan itu bolehlah kita membetulkan amalan, start from basic menjadi orang Islam yg benar-benar beriman yg sejati dan haq, insya Allah.
Jazakallahu akhairah
Assalamu'alaikum, suka juga nak ingatkan :
ReplyDeleteDari AbduLLah ibn Amr radiyaLLahu ‘anhu bahawa RasuluLlah sallaLLahu ‘alaihi wasallam bersabda yang bermaksud :
ALLah subhanahu wa ta’ala tidak akan mengangkat ilmu pengetahuan dengan cara mencabutnya dari hati ulama, tetapi dengan cara mematikan mereka, dan jika sudah tidak ada lagi seorang ulama yang masih hidup, maka manusia akan mengangkat pemimpin di kalangan orang-orang yang jahil (bodoh), jika (para pemimpin tersebut ditanya tentang kemusykilan agama) maka mereka akan berfatwa tanpa dasar ilmu, dengan itu mereka menjadi sesat dan menyesatkan. (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Cuba tuan blog baca dengan zahir terjemahan matan sahaja. Terima kasih