Tuesday, December 15, 2009

Amalan terbaik orang Islam

Assalamualaikum,
Mungkin saudara terdengar atau diberitahu bahawa di kalangan para ulama' dan masyarakat Islam di Malaysia, tidak sedikit mereka yg ingin mengerjakan ibadah dan amalan tambahan sebagai membuktikan mereka sentiasa berusaha untuk meningkatkan keimanan mereka demi mendapatkan ganjaran pahala yg maksimum. Semuanya kerana menyediakan bekalan untuk akhirat. Maka dengan itu, ramailah orang Melayu mengerjakan solat-solat sunat, puasa sunat dan berbagai-bagai lagi amalan dan ibadah, yg dianjurkan oleh mereka yg berilmu.
Ada kalanya kita dinasihatkan supaya buat itu dan ini. Kadang-kadang kita disuruh belajar dengan sipolan dan sipolan, kerana sipolan itu banyak ilmu, rajin mengerjakan yg sunat atau mebuat amal makruf. Antara yg biasa diamalakan dan disuruh kerjakan adalah berpuasa tiga bulan berturut-turut- bulan Rejab, Sya'ban dan Ramadhan - tiga bulan - berturu-turut. Apabila kita semak ketetapan Allah(s.a.w) (i.e. al-Quran) dan ktetapan Rasulallah(s.a.w) (i.e. as-Sunnah), tidak ada puasa 3 bulan berturut yg dianjurkan oleh Rasulallah (s.a.w). Jika begitu, apakah amalan tersebut tergolong sebagai amalan bersifat 'bid'ah?
Saudara lihatlah sendiri ketetapan as-Sunnah, berikut:
Sabda Rasulallah (s.a.w): (Man akhdatha fi amrina haza malaisa minhu fahua raddu) [Maksud: Barangsiapa mengadakan pembaharuan (yakni, bida’ah) dalam perkaraku (yakni, Islam dan syariat ugama Islam) yang ianya bukan daripadaku (yakni, didatangkan daripadaku), maka dia ditolak] [Hadith Bukhari]
dan
Sabda Rasulallah (s.a.w): (Man ‘amala ‘amilan laisa ‘alaihi amruna fahua raddu) [Maksud: Barangsiapa beramal dengan sesuatu amalan yang tidak datangnya daripada perkara atau urusanku (yang didatangkan oleh aku), maka dia ditolak.] [Hadith Muslim]
Berhati-hatilah dalam beramal dan beribadah. Janganlah amalkan atau kerjakan sesuatu amalan atau ibadah yg tidak ada sandaran as-Sunnah. Jika kita kerjakan, tidak diterima Allah (a.w), malah dalam hadith lain kemungkinan semua amalan dan ibadah yg lain ditolak atau kita terkeluar dari Islam tanpa kita sedari.
Yg ada dalam syariat Islam bersumberkan as-Sunnah, adalah amalan solat dan amalan puasa yg terbaik itu adalah seperti hadith berikut:
Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Sesungguhnya (cara atau amalan) bersolat yang paling disukai Allah (a.w) adalah cara (atau amalan) solat Nabi Daud (a.s). Adapun dia tidur separuh malam, berdiri (yakni, bersolat) dia sepertiga malam dan tidur lagi seperenam malam. Dan, (cara) puasa yang paling disukai Allah (a.w) adalah puasa Nabi Daud (a.s), dia berpuasa sehari dan berbuka sehari, dan dia tidak lari apabila menghadapi musuh .’ {Hadith Bukhari dan Muslim]
Amalan terbaik (salah satu amal ibadah yg disukai Allah (a.w) hambaNya yg Islam kerjakan adalah:
1. Membanyakkan solat-solat sunat malam dengan mencontohi rutin amalan Nadi Daud (a.s), iaitu dia tidur separuh malam, kemudian dia tidur sepertiga malam dan kemudian tidur balik seperenam malam.
2. Berpuasa selang sehari, i.e. hari ini puasa esok tidak dan tulat puasa semula, yakni berpuasa sunat selang sehari.
Jikalah seperti di negeri kita ini lamanya siang dengan malam agak-agak sama - 12 jam malam dan 12 jam siang hari. Jika begitu, Nabi Daud (a.s) tidur ketika malam, katalah jam 7.00 sudah senja (i.e. masuk wakyu Solat Maghrib), bermulalah malam, Nabi Daud (a.s) tidur selama 6 jam (i.e. separuh malam) (sampai jam 1.00 pagi), kemudian dia mengerjakan amalan-amalan sunat (khususnya, solat, wirid, berzikir, (kini) membaca al-Quran dan lain-lain amalan dan ibadah sunat selama 3 jam, dan kemudian beliau tidur kembali seperenam malam (sampai waktu Solat Subuh).
Ibadah terbaik Nabi Daud (a.s) yg kedua adalah dia berpuasa sunat selang satu hari (i.e. puasa Nabi Daud (a.s)).
Bagi mereka yg rajin membaca al-Quran kita akan mendapat tahu cerita Nabi Daud (a.s) dan di dalam as-Sunnag disebutkan juga cerita-cerita lain tentang Nabi Daud (a.s) itu. Nabi Daud (a.s) ketika kecilnya berjaya membunuh Jalut, raja zalim zamannya, dengan melastiknya. Beliau kemudiannya diangkat menjadi raja. Pada masa yg sama dia diangkat Allah (a.w) menjadi Rasul untuk menyampaikan syiar ugama Allah (a.w) kepada umatnya berpandukan Kitab Zabur.
Nabi Daud (a.s) diberi Allah (a.w) mukzizat melalui tangannya. Dengan tangannya dia melembutkan besi dan dibuatnya baju besi yg digunakan dalam peperangan. Nabi Daud (a.s) adalah orang pertama membuat baju besi. Baju besi ini dijualnya. Hasil jualannya digunakan olehnya untuk menyara keluarganya (yg terdiri dari 99+1 isteri dengan berapa ramai pula anak-anaknya, satu adalah Nabi Sulaiman (a.s)), dan sebahagian hasil tersebut diinfaqkannya dan menolong rakyatnya yg miskin. Walaupun dia raja, memiliki kekuasaan dan berhak kepada kesemua kekayaan dan hasil mahsul negeranya, dia tidak pernah mengambil sedikitpun harta atau hazanah perbendaharaan negeranya untuk menyara keluarganya! Begitulah tingginya ketakwaan beliau kepada Allah (a.w). Beliau adalah contoh raja terbaik dunia. Hari ini tidak ada seorangpun raja atau pemimpin negara yg tidak mengambil hazanah negaranya untuk keperluan dirinya dan keluarganya. Malah mereka akan mengambil lebih dari yg patut. Malah mengumpul harta dan kekayaan melalui kuasa, menggunakan hazanah negera atau negerinya untuk kesenangan dan kemewahan diri dan keluarganya atau menghakis sumber kekayaan perbendaharaan negara atau negeri pula, dengan berbagai helah atau cara!
Mudah-mudahan, jikalah kita diberi kesempatan untuk memimpin segolongan orang, seumpama, jema'ah Islam, cubalah tiru (emulate) sifat-sifat Nabi Daud (a.s) ini, lebih berkat hidup kita dan lebih tinggi keberkatan apa yg kita makan dan minum sehari-harian, sambil meningkatkan ketakwaan kita, insya Allah. Amin

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment