Monday, December 14, 2009

Rasulallah (s.a.w) mengingatkan ...

Assalamualaikum,
Seperti biasa kita akan teliti beberapa peringatan yg penting kita jadikan panduan hidup kita supaya kita berwaspada selalu. Allah (a.w) memberi kita tahu kesudahan manusia hanya satu daripada dua: segolongan masuk syurga dan segolongan masuk neraka. Itu saja pilihan bagi manusia. Oleh itu wajarlah kita berwaspada sbagaimana yg dinasihatkan oleh sepotong hadith berikut:
Diriwayatkan hadith daripada Syadad bin Ausin (r.a) berkata hadith ini daripada Nabi (s.a.w) yang bersabda: ‘Orang yang pandai (atau bijak) itu adalah barangsiapa mengira-ngira pada dirinya (yakni, menghisab dunianya sebelum matinya) dan beramal dengan apa-apa sesudah matinya (yakni, menyiapkan sebanyak mungkin bekalan untuk akhiratnya), dan (orang) yang lemah adalah orang yang mengikuti dirinya (yakni, memikirkan semata-mata kesedapan dunianya), (keinginan dan kehendak)hawa nafsunya dan berangan-angan dia atas Allah (a.w) (yakni, tetap inginkan kerahmatan Allah (a.w) untuk mendapat syurga, walaupun dia tidak berhak mendapatnya).’ Berkata at-Termidzi bahawa hadith ini hadith hasan (baik).
Berkata (Syadad): ‘Dan makna (atau maksud) sabda Rasulallah (s.a.w) ‘Barangsiapa mengira dirinya’, bersabda (Rasulallah (s.a.w): ‘Mengira-ngira (atau menghitung) dirinya (akan amalan baik dan buruknya) di dalam dunia sebelum bahawasanya dihisab (atau dihitung oleh Allah (a.w)) akan dia (i.e. amalan bekalannya) pada hari Qiamat.’ [Hadith at-Termidzi]
Nasihat Rasulallah (s.a.w) ini adalah mengulangi peringatan Allah (a.w) dalam Ayat 18, Surah al-Haysr, supaya manusia itu semak semula apakah yg dikirimkannya (i.e. dosa ke atau pahala ke) untuk akhiratnya ... hingga akhir ayat.
Dan diriwayatkan dari Omar bin Khattab (r.a) berkata: ‘Hitunglah (atau hisablah) diri kamu sekelian sebelum bahawasanya dihitung (atau dihisab), dan menghiasi (yakni, diperlihatkan atau dipertunjukkan) (segala perlakuan semasa di dunia) pada hari perhimpunan agung (yakni, di padang makhsyar); dan sesungguhnya apa-apa yang seringan-ringan hisaban pada hari Qiamat (adalah) atas barangsiapa (yakni, orang) yang menghitung (atau menghisab) dirinya di dalam dunia.’ [Hadith at-Termidzi]
Hadith ini menyebutkan bahawa sesiapa yg sentiasa mengira-ngira apa yg dikerjakannya di dunia dalam konteks kebajikan atau kersejahteraan akhiratnya, akan sentiasalah berkhemah melalui liku-liku hidupnya di dunia, dan membuat keputusan yg bijak dalam menjalani kehidupan dunianya, supaya tahu dia apa yg dikirimkannya ke akhirat, maka mereka akan mendapat kemurahan hisaban yg diringankan. Siapa yg lupa dan meneruskan dirinya dipengaruhi oleh hawa nafsunya dan oleh dunianya dan kesenangan dari apa-apa yg dilakukannya untuk keseronokan dunia, pastilah tidak mendapat hisaban yg diringankan dan dipermudahkan baginya.
Semoga kita dapat menyedarkan diri kita untuk sentiasalah mengaudit hidup kita, meninggalkan segala sesuatu yg batil yg kita usahakan hari-hari dengan perancangan yg rapi untuk mendapatnya, sebagaimana seseorang yg merancang bagaimana mungkin mendapat kesenangan dan kemewahan di dunia dengan 'menganianya' atau 'memeras' orang lain. Amin

Jazalkallahu khairah

No comments:

Post a Comment