Saturday, December 19, 2009

Jauhi sifat banggakan (dan ujubkan) diri

Assalamualaikum,
Saudara, satu sifat yg sangat membahayakan diri seseorang yg Islam dan beriman itu adalah perasaan membangga diri atau ujub diri. Ada orang yg alim merasa bangga dia kononnya alim. Ada yg hafiz (i.e. hafal al-Quran), maka bangga dia bahawa dia itu seorang 'al-hafiz', sehinggakan suka mereka jika di belakang namanya ditulis 'ABC al-hafiz'. Ada yag kaya dan berbangga dia bahawa kerana kecerdikan dan kepandaiannya dalam hidup, maka berjaya dia mengayakan dirinya, dan terbilang dalam buku rekod orang yg terkaya di Malaysia, sebagai contoh. Ada yg berilmu dan diakui seorang imuwan seumpamanya, maka di tulis di depan namanya dengan gelaran seumpama 'Dr.' atau di belakang namanya di tulis pula 'Ph D'. Bukan apa, ditakuti kita termasuk dalam orang yg berkemungkinan terlupa atau lupa diri dan merasa bangga diri dan ujub diri pula.
Mudah-mudahan hadith di bawah ini sentiasalah memperingatkan kita supaya terhindar dari merasa bangga diri atau ujub diri:

Diriwayatkan hadith daripada Abi Hurairah (r.a) berkata: ‘Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Berlindunglah kamu dengan Allah (a.w) daripada ‘Hubbul huzzan’!’

‘Berkata mereka (yakni, para sahabat) (bertanya): ‘Wahai Rasulallah! Dan apa itu ‘Hubbul Huzzan’?’ ‘Bersabda Rasulallah (s.a.w) (menjawab): ‘Satu lembah di dalam neraka jahanan, berlindung daripadanya neraka jahanam setiap hari seratus kali.’
‘Berkata aku (yakni, Abi Hurairah): ‘Wahai Rasulallah (s.a.w)! Dan siapakah orang yang memasukinya?’ ‘Bersabda Rasulallah (s.a.w) (menjelaskan): ‘Alqurai mura una bi’amalihim [Maksud: Qari-qari (i.e. orang yg pandai) yang memandang mereka dengan ‘amalan mereka (yakni, merasa seronok diri atau bangga diri kerana kepandaian mereka, atau perasaan ujub diri)].’ [Hadith gharib at-Termidzi]

Hadith ini menyebutkan betapa bahayanya jika kita tergolong sebagai seorang yg dikatakan bangga diri atau ujub diri. Kita memiliki sesuatu kelebihan kemudian dalam segala sesuatu yg kita kerjakan kita merasai bahawa kitalah yg terbaik, terbijak atau terpandai atau paling berilmu dan sebagainya. Kita rasa kita ini lebih dari orang lain. Apabila dikritik pula kita naik marah dan kadang-kadang kita berkata 'aku lebih tau ..' atau 'aku lebih bijak ...' atau 'kerana kebijaksanaankulah maka aku sekarang ini lebih kaya dan mewah ...' dan seumpamanya.
Rasulallah (s.a.w) memberitahu kita bahawa orang yg bangga diri atau ujub diri itu diperingatkan supaya jangan tergolong dalam kalangan mereka yg banggakan diri atau ujub diri, kerana di akhirat kelak mereka ini akan dimasukkan ke dalam 'hubbul huzzan', iaitu lembah neraka yg paling dalam! Siksaan dalam 'hubbul huzzan' itu jauh lebih azab dari bahagian-bahagian lainnya. Fikirlah, neraka itu amat berat siksaannya, apatah lagi di bahagian 'hubbul huzzan' ini, jauh lebih berat siksaannya. Begitu beratnya siksaan dalam 'hubbul huzzan' itu, neraka sendiri berdoa 100 kali kepada Allah (a.w) agak dia diselamatkan dari menerima orang yg akan dimasukkan ke dalamnya! Fikirkanlah. Kalau neraka sendiri tidak sanggup melihat betapa berat dan azabnya siksaan dalam 'hubbul huzzan' itu, bagaimana mungkin kita melakukan sesuatu yg akan mengheret kita ke dalamnya. Justeru itu,usahakanlah dan pastikanlah jika kita diberi kelebihan - apa juapun - janganlah kita merasa bangga diri atau ujub diri.
Hari ini ramai orang yg tidaklah teristimewa sebanyak manapun atau lebih setakat manapun berbanding orang lain, merasa bangga diri atau ujub diri. Kalaulah kita, atas kurniaan Allah (a.w), memiliki kelebihan, maka hendaklah kita membela atau membantu orang lain yg kurang dari kita. Jangan sekali-kali kita suburkan perasaan meninggi-ninggikan kelebihan kita, jikapun ada, atau jikapun disebut-sebut orang selalu, kerana takutkan kita lupa diri, dan melayan hati dan perasaan yg membolehkan kita tergolong sebagai orang yg bangga diri atau ujub diri itu, wal iyazubillah.
Mudah-mudahan dengan potongan nasihat Rasulallah (s.a.w) ini, kita sentiasalah berwaspada supaya tidak terjebak, insya Allah. Amin

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment