Tuesday, December 29, 2009

Jema'ah as-Sunnah: Mengapa wajib?

Assalamualaikum,
Kita telahpun teliti ketetapan al-Quran dan as-Sunnah tentang hakikat 'Jema'ah' dalam Islam dalam konteks menerangkan apakah sebenarnya yg dimaksudkan dengan golongan 'ahlus sunnah wal-jama'ah' itu. Kefaham yg betul tentang perkara ini penting kerana ia akan mencorakkan keIslaman kita. Kefahaman itu juga akan mendorong kita menyemak semula iktikad kita mengenai Islam dan mendorong kita meneliti semula segala ibadah dan amalan kita supaya kita pasti bahawa kita sebenar-benarnya kita mengikuti ketetapan Allah (a.w) (i.e. ikuti al-Quran) dan ketetapan Rasulallah (s.a.w) (i.e. ketetapan as-Sunnah).
Mengapa penting kita perbetulkan iktikad kita dalam berugama? Mengapa penting bagi kita setelah membetulkan iktikad kita membetulkan pula amalan dn ibadah kita?
Kerana Allah (a.w) menyebut dalam Ayat 13, Surah an-Nisa' bahawa jika kita akur dengan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah kita wajib mendapat syurga. Itulah sebenarnya matlamat akhir kehidupan seorang Islam yg beriman. Kerana, jika tidak, kita pasti masuk neraka, mengikut firman Allah (a.w) dalam Ayat 14, Surah an-Nisa'. Kita diberitahu janji Allah (a.w) itu adalah janji yg haq, i.e. pasti benar dan pasti terjadi. Kita perlu perbetulkan ibadah dan amalan supaya sejajar dengan as-Sunnah, kerana Allah (a.w) perintahkan dalam Ayat 7, Surah al-Haysr bahawa orang Islam yg beriman wajib akur dengan ketetapan Rasulallah (s.a.w), yakni as-Sunnah. Tambahan pula, hanya Rasulallah (s.a.w) yg sempurna ilmunya mengenai Islam dan syariatnya kerana dialah yg membawakan serta mengajarkan Islam dan syariatnya pada kita (i.e. manusia sejagat) dan Allah (a.w) memberi kita tahu bahawa Rasulallah (s.a.w) adalah 'uswatun hasanah', yakni model ikutan terbaik (Ayat 21, Surah al-Akhzab). Allah (a.w) memberitahu dalam Ayat 80, Surah an-Nisa' bahawa jika kita taatkan suruhan dan ajaran Rasulallah (s.a.w) sungguh-sungguh kita telah taatkan Allah (a.w). Kemudian, Allah (a.w) berfirman pada Ayat 31, Surah ali-Imran, bahawa jika kita kasihkan Allah (a.w), maka ikutilah Rasulallah (s.a.w), maka Allah (a.w) akan mengampuni dosa-dosa kita. Demikian janji Allah (a.w) kepada kita. Mengapakah kita perlukan model atau panduan atau ajakan orang lain? Kita tidak perlu model ikutan selain Rasulallah (s.a.w)!
Berpandukan firman-firman Allah (a.w) tersebut, kita teliti semula kewajipan umat Islam 'berjema'ah'. Wajib berjema'ah dalam Islam kerana kita diperintahkan oleh Allah (a.w) sedemikian (Ayat 103, Surah ali-Imran) ' Dan berpegang teguhlah kamu dengan tali Allah (a.w)(yakni, ugama Allah (a.w), iaitu Islam, yang syariatnya adalah al-Quran dan al-Hadith atau as-Sunnah) secara berjemaah dan janganlah kamu berfirqah-firqah (yakni, berpecah belah dan berpuak-puak atau berkumpulan yang terasing)'. Malah diwajibkan berjema'ah, walaupun hanya ada di bumi ini tiga orang sekalipun! Inilah perintah Rasulallah (s.a.w) dalam hadith berikut:
Diriwayatkan hadith dari Nafi’ hadith dari Abi Salamah hadith dari Abu Hurairah (r.a) berkata bahawasanya Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Ketika ada tiga orang di dalam bermusafir maka jadikanlah imam atau amir salah seorang dari kamu.] Berkata Nafi’: ‘Maka berkata aku kepada Abi Salamah (kerana beliau seorang dari bertiga): ‘Maka engkaulah amir kami.’ [Hadith Abu Daud]. Dan, perintah yg serupa juga dalam hadith berikut:
Diriwayatkan hadith dari Abi Salim al-Jaisyani hadith dari Abdullah b Omar (r.a) bahawasanya Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘... tidak halal bagi tiga orang dalam satu kumpulan di atas bumi lapang ini kecuali membuat imam atas mereka salah seorang dari mereka.' [Hadith riawayat Imam Ahmad ibni Hanbal]. Kerana, Rasulallah (s.a.w) memberi kita tahu dalam hadith berikut bahawa beliau diperintahkan supaya menyuruh umatnya berjema'ah, seperti hadith berikut:
Diriwayatkan hadith daripada Harith al-Asy’ari (r.a) bahawa Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Aku perintahkan kamu dengan lima perkara. Allah (a.w) memerintah aku dengan ini lima perkara. (Pertama) dengan berjemaah (yakni, hendaklah kamu berjemaah), (kedua) dengan mendengar (yakni, hendaklah kamu dengarkan nasihat dan ketetapan imam atau amir), (ketiga) dengan taat (yakni, hendaklah jemaah taatkan printah imam atau airnya, walau apapun perintahnya, selagi perintah tersebut tidak menunjukkan suatu maksiat terhadap atau pada Allah (a.w)), ... [Hadith Ahmad ibnu Hanbal].
Jika kita ikuti ajakan manusia lain, termasuk 'ulil amri' (i.e. Imam) sekalipun, mereka mungkin tergolong dikalangan orang yg disebutkan dalam sabda Rasulallah (s.a.w) dalam hadith berikut:
Diriwayatkan hadith daripada Zaid bi Salam katanya hadith daripada Abi Salam berkata bahawa Khuzaifa)h (r.a) bertanya kepada Rasulallah (s.a.w) (beberapa perkara, maka Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Akan ada sesudahku (yakni, sesudah wafatku nanti) beberapa imam yang tidak menunjuk kepada (yakni, memimpin) kamu sekelian dengan petunjukku (yakni, sunahku) dan tidak menjalankan mereka dengan sunahku dan mengatur (yakni, menguruskan atau mentadbirkan) mereka dikalangan mereka (yakni, pemimpin) beberapa lelaki (yang menjadi imam atau ketua) (memerintah mereka) dengan hati mereka dengan hati syaitan di dalam jasad manusia (yakni, manusia yang berhati syaitan).[Hadith Imam Muslim]
[Nota: 'Imam berjasad manusia tetapi berhati syaitan' bermaksud: Pemimpin yg memimpin jema'ahnya tanpa berpandukan kepada al-Quran dan as-Sunnah dalam memerintah rukyahnya, maka segala sesuatu yg berlawanan dengan al-Quran dan as-Sunnah adalah semuanya ajakan atau ajaran syaitan, kerana syaitan akan mengingkari perintah Allah (a.w) para RasulNya dan dia berusaha menyesatkan orang iman supaya bersamanya terjerumus dalam neraka!]
Omar (r.a), khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin yg ke-2, memberikan satu fatwa yg amat penting kita fahami tentang berjema'ah ini, dalam hadith berikut:
Diriwayatkan hadith daripada Tamin ad-Daramii (r.a) berkata: ‘Telah berkata Omar ibnu Khattab (r.a): ‘Bahawasanya tidak Islam seseorang yang mengaku Islam mereka kecuali dengan berjemaah, dan tidak ada dikatakan berjemaah umat Islam itu kecuali dengan beramir atau berimam. Dan tidak ada keamiran atau keimaman kecuali dengan taat (yakni, wujud budaya taatkan amir atau imamnya). Maka barangsiapa yang dijadikan pemimpin (yakni, amir atau imam) untuk memimpin kaumnya (yakni, jemaahnya) atas kefaqihan atau kefahaman (tentang as-Sunnah ugamanya) maka ada kehidupan (yakni, selamat atau berbahagia dan tenteramlah) baginya (yakni, bagi amir atau imam) dan bagi kaumnya (yakni, bagi jemaahnya), dan barangsiapa menjadi pemimpin kaumnya atau jemaahnya atas sifat-sifat selainnya (yakni, seperti jahil dia tentang syariat ugamanya atau atas pertimbangan-pertimbangan lain) adalah rosak bagi amir atau imam itu dan rosak bagi kaumnya atau jemaahnya.’[Hadith sahih ad-Daramiu] [Nota:Ad-Daramiu adalah salah seorang perawi atau pengumpul hadith dan kitabnya adalah salah satu daripada 51 kitab-kitab hadith yg diketahui wujud oleh pengkajihadith (muhadithin). Omar (r.a), dalam sepotong hadith Rasulallah (s.a.w), menyatakan bahawa kata-kata Omar (r.a) dibenarkan oleh Allah (a.w). Kemudian Rasulallah (s.a.w) memberitahu jikalah ada seorang nabi selepas beliau, maka orang itu adalah Omar (r.a). Maka dengan itu sesiapa yg mempersoalkan kata-kata Omar (r.a) melakukan suatu kebatilan!]
Omar (r.a) memberitahu perkara-perkara berikut yg amat utama kita jadikan panduan:
1. Kita tidak dikatakan Islam (i.e. orang Islam) tanpa berada dalam jema'ah;
2. Kita tidak dikatakan berada dalam jema'ah Islam kecuali ada Imam (i.e. pemimpin);
3. Tidak wujud kepimpinan (i.e. pemimpin atau Imam) kecuali wujud budaya ketaatan terhadap pemimpin;
4. Ketaatan itu (mengikut sabda Rasulallah (s.a.w) dan firman Allah (a.w) adalah melalui 'bai'at' (i.e. ikrar janji taat setia rukyah kepada Imam);
5. Jika yg menjadi Imam atau yg diangkat menjadi pemimpin itu faham tentang al-Quran dan as-Sunnah maka selamatlah jema'ah umat Islam di dunia dan di akhirat; dan
6. Jika Imam atau kepimpinan jema'ah itu jahil tentang Islam dan syariatnya maka rosak binasalah Imam dan jema'ahnya.
Dengan itu, sama-samalah ita bertafakkur, meikirkan apakah hari ini kita sudah menepati ketetapan Allah (a.w) dan RasulNya dalam Islam? Mudah-mudahan Allah (a.w) dapat mengampuni dosa-dosa kita kerana kejahilan kita dan kerana kejahilan mereka yg meminpin kita dalam Islam, insya Allah. Amin
Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment