Assalamualaikum,
Sekali lagi kita lihat nasihat kompak dari Rasulallah (s.a.w) yg wajib kita jadikan panduan hidup harian kita sebagai seorang Islam yg beiman dan berhajat untuk masuk syurga dan selamat dari neraka.
Hadith di bawah ini adalah mengandungi nasihat Rasulallah (s.a.w) kepada seorang sahabat beliau bernama Abu Zarr (r.a). Seperti biasa nasihat Rasulallah (s.a.w) kepada sesiapapun adalah nasihat kepada umat Islam, umat beliau, yakni kita.
Diriwayatkan hadith daripada Abu Zarr (r.a) yang bertanya kepada Rasulallah (s.a.w) tentang beberapa nasihat, maka Rasulallah (s.a.w) menyuruh beliau meningkatkan ketaqwaan (yakni, takutkan azab Allah (a.w)) kerana ia (yakni, ketaqwaan) boleh membentuk keperibadian luhur yang menjadi asas segala tindakan dan perlakuan yang menyelubungi jiwa seorang yang beriman.
Kemudian Abu Zarr (r.a) meminta lagi nasehat, maka Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Hendaklah sentiasa kamu secara berterusan membaca al-Quran dan mengingati Allah (a.w)(yakni, seperti berzikir kepada Allah (a.w)), kerana ia ‘nur’ (yakni, cahaya keimanan) di dunia dan ‘zakhirah’ (yakni, perhiasan diri) di syurga.’
Abu Zarr (r.a) meminta lagi nasihat, maka Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Kurangkan ketawa kerana ia menjadikan jiwa sombong dan menghapuskan seri muka kamu.’
Kemudian Abu Zarr (r.a) meminta lagi nasihat, maka bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Hendaklah kamu teruskan berjihad kerana ia adalah ‘ruhbaniah’ bagi umatku.’
Kemudian Abu Zarr (r.a) meminta lagi nasihat, maka Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Biasakanlah dirimu dengan orang-orang yang miskin dan orang-orang yang memerlukan bantuan, berbuat baik kepada mereka dan duduklah bersama-sama mereka.’
Kemudian Abu Zarr (r.a) memohon nasihat lagi, maka bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Lihatlah kepada mereka yang berada di bawah kamu supaya (dengan kerana itu) kamu membiasakan diri merasa syukur terhadap nikmat dan kurniaan Allah (a.w), dan janganlah kamu melihat orang yang berada di atas kamu (dengan kerana itu) nanti kamu akan menjadi tidak bersyukur terhadap pemberian Allah (a.w) kepada kamu.’
Kemudian Abu Zarr (r.a) memohon nasihat lagi, maka bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Biarlah salah silap kamu menjadikan kamu tidak mencemuh orang lain. Dan janganlah mencari salah silap orang lain, kerana kamu sendiri melakukan kesalahan sedemikian. Tidak wajar kamu menyatakan salah silap orang lain dengan mencari kesilapannya, kerana salah silap sedemikian itu kamu sendiri memilikinya tanpa kamu sendiri sedari akan wujudnya (pada diri kamu).’
Kemudian itu Rasulallah (s.a.w) menepuk dada Abu Zarr (r.a) sambil bersabda: ‘Wahai Abu Zarr (r.a)! Tidak ada kebijaksanaan yang lebih baik daripada cermat berbelanja, dan tidak ada keimanan yang lebih baik daripada tidak melakukan kesalahan (atau dosa), dan (tidak ada) sifat ketinggian darjat lebih baik dari akhlak yang baik.’ [Hadith sahih Ibnu Hibban]
Terdapat sebelas perkara yang dinasihatkan oleh Rasulallah (s.a.w) kepada Abu Zarr (r.a), yakni umat Islam umumnya, di dalam hadith tersebut.
1. Hendaklah kita berusaha meningkatkan ketaqwaan kerana ketaqwaan ini akan membentu keperibadian yang luhur kepada seseorang itu kerana ketaqwaan itu melibatkan hubungannya dengan Allah (a.w) dan RasulNya serta hubungannya dengan manusia lain, termasuk kedua ibu bapanya, suami isteri, kaum kerabat, sahabat handai dan rakan taulan serta manusia umumnya.
2. Umat Islam itu digalakkan membaca al-Quran dan berzikir kepada Allah (a.w), kerana membaca al-Quran dan berzikir itu adalah perbuatan memuji-muji dan mengingati Allah (a.w) yang telah memberikan kita pelbagai nikmat yang kita seringkali tidak ambil peduli atau ‘take for granted’. Zaman ini manusia itu seringkali dalam kesebokan maka tidak ada masa untuknya membaca al-Quran dan tidak ada masa juga untuk berzikir. Sebenarnya mereka mempunyai masa tetapi mereka meremehkan kepentingan akhirat mereka.
3. Seseorang Islam yang beriman dan bertaqwa itu tidak membiasakan dirinya ketawa –terutama ketawa sampai berbahak-bahak – kerana ketawa itu adalah perbuatan syaitan dan perbuatan orang yang takbur terhadap Allah (a.w). Orang yang ketawa itu akan lupa dia akan tanggung jawabnya sebagai manusia dalam hidupnya dan lupa dia akan tanggung jawabnya sebagai hamba Allah (a.w) terhadap Allah (a.w). Di dalam sepotong hadith lain disebutkan oleh Rasulallah (s.a.w) bahawa sekiranya kita berpeluang melihat apa yang berlaku dalam neraka, sabda beliau, kita tidak akan mampu ketawa! Sebaliknya, kita akan menangis ketakutan.
4. Seseorang Islam itu hendaklah dia sentiasa berjihad demi ugamanya dan demi ketaqwaannya. Di dalam sepotong hadith disebutkan bahawa selepas hijrah ke Madinah, tidak ada lagi hijrah bagi manusia, selain berhijrah melawan nafsunya. Malah dalam sepotong hadith lain pula Rasulallah (s.a.w) menyebutkan hijrah dari Mekah ke Madinah itu adalah hijrah yang kecil berbanding dengan hijrah melawan nafsu itu. Kerana hijrah melawan nafsu itu yang terbesar dan terpayah sekali dikerjakan. Berhijrah adalah satu bentuk jihad, dan berjihad melawan kehendak duniawi diri adalah jihad yang berat kepada manusia.
Jazakallahu khairah
[Bersambung ...]
No comments:
Post a Comment