Assalamualaikum,
Kelanjuran kita membincangkan tajuk ini, elok kita teruskan meneliti sepotong hadith lagi yg boleh kita jadikan panduan. Hadith ini adalah nasihat Rasulallah (s.a.w) kepada seorang sahabat bernama Bilal b Harith. Kita yg inginkan kejayaan dalam Islam - kejayaan untuk mendapatkan kerahmatan Allah (a.w) dan terelamat dari siksaan dalam neraka - wajarlah jadikan nasihat ini panduan kita sentiasa.
Diriwayatkan hadith daripada ‘Amru bi ‘Auf al-Muzanni (r.a) berkata: ‘Bahawasanya Nabi (s.a.w) berkata kepada Bilal bin Harith (r.a), sabdanya: ‘Ketahuilah kamu.’ Maka berkata Bilal: ‘Apa yang hamba ketahui wahai Rasulallah (s.a.w)?’ Bersabda Nabi (s.a.w): ‘Ketahuilah hai Bilal!’ Berkata Bilal: ‘Apa yang hamba ketahui wahai Rasulallah (s.a.w)?’ Bersabda Nabi (s.a.w): ‘Bahawasanya barangsiapa menghidupkan satu jalan (as-sunnah) dari jalanku (as-sunnahku) sesungguhnya telah dimatikan dia kemudian daripadaku (yakni, tidak lagi menjadi amalan umat Islam selepas wafatnya Rasulallah (s.a.w)), maka bahawasanya baginya daripada pahala seumpama orang yang mengamalkannya dengannya dengan ketiadaan bahawa kurang ia daripada pahala-pahalanya sesuatu. Maka barangsiapa berbuat bid’ah (walaupun satu) satu bid’ah tiada memberi redha Allah (a.w) dan RasulNya, adalah atasnya daripada segala dosa orang yang ber’amal dengannya (bid’ah tersebut), tiada kurang demikian itu daripada dosa-dosa mereka itu sesuatu.’ [Hadith hasan at-Termidzi]
Mesej hadith ini pendek, rengkas dan padat. Dua situasi yg kita hadapi dan pilih sendiri: satu, ajarkan satu sunnah Rasulallah (s.a.w) kepada saudara Muslim yg lain, kita dapat pahala, dan dia yg kita ajar dapat pahala, dan dia mengirimkan pahala kepada kita kerana mengamalkannya, tanpa pahala yg diperolehinya dikurangkan. kalau dia pula ajar yg lain, samalah manfaatnya. Kitapun dapat kiriman pahala. Inilah pelaburan akhirat trbaik, dividennya mengalir pada kita sampai kiamat dunia dan kita ambil di akhirat kelak.
Sebaliknya, (dalam hadith terdahulu) jika kita buat suatu bid'ah, ajarkan dan dikembangkan, kita berdosa, dikirimkan dosa sampai kiamat pula, wal iyazubillah. Yg utama dalam hadith ini Allah (a.w) tidak redha pada kita. Rasulpun tidak redha pada kita. Jika Rasulallah (s.a.w) tidak redha, bererti kita tidak menjadi umatnya dan ditolongnya di akhirat kelak. Allah (a.w) tidak redha, bererti kita tak mungkin dapat syurga!
Semoga kita dapat membetulkan sandaran amalan dan ibadah kita, sementara kita masih boleh membuat anjakan minda dan amalan, insya Allah.
Jazkallahu khairah.
Sekali lagi, teks hadith dibaca dengan zahir semata-mata. Kemudian syarah guna fikiran sendiri.
ReplyDelete