Sunday, December 20, 2009

Malaikat (rahmat) tidak masuk rumah orang yg masih berjunub

Assalamualaikum,
Adalah menjadi adab yg lazim bagi seseorang Islam yg beriman itu, jika boleh hendaklah dia tidur dengan berwudu', kerana orang yg sentiasa berwudu' itu mendapat pahala. Adalah menjadi kebiasaan juga di kalangan orang Islam Melayu, setelah berkumpul (i.e. berijimak) dengan isterinya, suami dan isteri terus tidur atau tertidur kerana keletihan. As-Sunnah megajarkan kita bahawa selepas berkumpul, jika tidak mahu mandi junub lagi, seboleh-bolehnya hendaklah kita berwudu', kemudian barulah tidur.
Bagi mereka yg belajar as-Sunnah, mereka di beritahu banyak perkara, antaranya, bahawa malaikat rahmat itu sentiasalah dia mengawasi rumah-rumah orang iman dan masuk ke dalam rumah orang iman bila-bila perlu atas kehendak Allah (a.w) untuk sesuatu. Malaikat rahmat, mengikut hadith berikut, tidak akan masuk rumah orang Islam, jika terdapat tiga perkara:
1. Penghuni rumah tersebut masih berjunub (i.e. belum mandi junub)
2. Penghuni rumah memelihara anjing atau ada anjing di dalam rumahnya
3. Penghuni rumah menyimpan, lebih-lebih lagi, mempamirkan patung-patung yg diukir dari batu, kayu atau apa bahan sekalipun, atau apa-apa ukiran bentuk haiwan atau manusia, seperti kepala buruan seumpama kepala rusa dan sebagainya.
Ramai orang Islam atau Melayu yg biasanya berkedudukan tinggi atau kaya membeli, mempamir dan menyimpan patung-patung ukiran yg dibuat daripada berbagai bahan yg mereka minati atau yg ingin tonjolkan sebagai orang yg berkedudukan tinggi dan utama dalam masyarakat. Patung atau ukiran itu menjadi kebanggaan mereka dan menjadi lambang taraf dan kedudukan dalam masyarakat.
Di dalam Islam, orang Islam itu dilarang membuat rekabentuk menyerupai manusia ataupun haiwan, apatah lagi menyimpannya di rumah. Kita leihta hadith berikut:
Diriwayatkan hadith dari Abdullah b Najjiyi hadith dari bapanya hadith dari Ali (r.a) berkata hadith dari Nabi (s.a.w) yg bersabda: 'Tidak masuk malaikat (rahmat) ke dalam rumah yg di dalamnya ada ukiran (i.e. sculpture) (yakni, ukiran manusia atau haiwan yg hidup, termasuk gambar-gambar yg timbul), dan (tidak masuk juga, jika) ada anjing, dan (tidak masuk juga jika) ada penghuni rumah yg berjunub (i.e. belum mandi junub).' [Hadith an-Nasa'i, Kitab Toharah (Bersuci)]
Sehubungan itulah, di dalam as-Sunnah kita digalakkan mandi junub selepas berjimak, atau sekurang-kurangnya mengambil wudu' selepas berjimak dan sebelum tidur semula. Orang Islam ditegah memelihara anjing (kecualilah anjing itu dipelihara bagi tujuan memburu, kerana memburu menggunakan anjing buruan dibolehkan oleh Islam) dan membuat ukiran (sculpture)serta menyimpan ukiran di dalam rumah dan mempamirkannya pula.
[Nota: Penulis pernah ditunjukkan gambar mantan seorang Presiden Pakistan yg memegang dan memeluk anjing kesayangannya. Tidaklah dapat disahkan sama ada gambar tersebut benar atau difitnahkan! Selain itu, as-Sunnah memperingatkan kita sesiapa yg merekabentuk ukiran (sculpture) benda-benda hidup atau menyimpanya di rumah, di akhirat kelak akan ditanya oleh malaikat mengapa dan untuk tujuan apa, dan akan diperintah Allah (a.w) supaya diberikan nyawa kepada ukiran tersebut. Jika tidak mampu akan mendapt siksaan tambahan pula!]
Mudah-mudahan dengan panduan ini, dapatlah memaksimumkan pahala kita sentiasa, insya Allah. Amin
Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment