Assalamualaikum,
Kita telah mendapat tahu, mengikut ketetapan Islam dan syariatnya, bahawa dalam perkara wudu', kita boleh memilih sama ada untuk memperbaharuai wudu' setiap kali kita nak solat atau kita gunakan wudu' yg ada selagi tidak batal. Namun begitu, di dalam hadith berikut diperjelaskan pula bahawa ada pahala tambahan setiap kali kita memperbaharui wudu':
Diriwayatkan hadith daripada Abi Ghutaifin al-Huzali berkata: ‘Aku mendengar Abdullah bin Omar bin Khattab (r.a), di dalam suatu tempat duduk di dalam masjid. Maka ketika datang waktu solat berdiri dia dan bersolat dia, kemudian kembali ke tempat duduknya. Maka ketika datang waktu solat ‘Asar berdiri dia maka berwudu’ dia dan bersolat dia, kemudian kembali dia ke tempat duduknya. Maka ketika datang waktu Maghrib berdiri dia maka berwudu’ dia dan bersolat dia, kemudian kembali dia ke tempat duduknya. Maka berkata aku: ‘Semoga memberi kemurahan atau keluasan Allah (a.w). Adakah wajib atau sunnah, berwudu’ di sisi setiap solat?’ Berkata dia (ibnu Omar): ‘Adakah melihat engkau atasku, dan atas ini kelakuanku?’ Maka berkata Ibnu Omar (menyambung kata-katanya): ‘Tidak. Seandainya berwudu’ aku setiap Subuh nescaya bersolat aku dengan (wudu’) itu dan beberapa solat kesemuanya. Apa-apa tidak membatalkan. Dan akan tetapi aku mendengar Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Barangsiapa berwudu’ atas setiap suci (yakni, wudu’) bagi orang yang membuat sedemikian sepuluh kebaikan’ dan sesungguhnya aku senang (i.e. suka) dengan di dalam (membuat) kebaikan.’ [Hadith ibnu Majah]
Sebagai makluman, ibnu Omar (r.a), anak Omar b Khattab (r.a), adalah seorang ulama' besar zamannya. Dia adalah kanak-kanak semasa Rasulallah (s.a.w) diangkat menjadi Rasul. Dia bersama-sama Anas, ibnu Abbas, Ali Abi Thalib adalah antara kanak-kanak terawal memeluk Islam. Hadith ini menceritakan bahawa beliau suatu hari berada di masjid dan mensolatkan beberapa solat fardu dengan mengambil wudu' berasingan, bagi setiap solat walaupun belum batal wudu'nya yg terdahulu. Apabila ditanya oleh seorang sahabat yg melihat kelakuannya dari awal, beliau memberitahu tahu bahawa mendapat sepuluh kebaikan setiap kali berwudu'.
Dalam hadith-hadith berikut disebutkan bahawa ada juga sahabat lain yg bersolat dengan wudu' yg satu selagi wudu' itu belum terbatal:
Diriwayatkan hadith daripada Anas bin Malik (r.a) berkata: ‘Adapun Rasulallah (s.a.w) berwudu’ dia bagi setiap solat. Dan adapun aku, solat aku dengan beberapa solat kesemuanya dengan wudu’ yang satu.’ [Hadith ibnu Majah]
Hadith di atas menjelaskan bahawa walaupun Rasulallah (s.a.w) suatu ketika membaharui wudu’nya setiap kali dia hendak bersolat (Nota: Yg diperbuat oleh ibnu Omar (r.a) spt dalam hadith sebelumnya di atas), Anas (khadam Nabi (s.a.w)) bersolat beberapa solat selagi wudu’nya tidak batal, yakni dengan wudu’ yang satu. Namun begitu, mengikut beberapa riwayat, selepas umat Islam menawan kota Mekah, Rasulallah (s.a.w) bersolat beberapa solat dengan wudu’ yang satu:
Diriwayatkan hadith daripada Sulaiman bin Buraidah, hadith daripada bapanya yang mengatakan bahawanya Nabi (s.a.w) ada berwudu’ bagi setiap solat (yakni, setiap kali dia hendak solat). Maka apabila ada pada Hari Kemenangan Mekah (yakni, selepas Mekah dapat ditawan oleh umat Islam) solat dia beberapa solat kesemuanya dengan wudu’ yang satu.’ [Hadith ibnu Majah]
Sebenarnya Rasulallah (s.a.w) mencontohkan berbagai-bagai kelakuan berpandukan wahyu Allah (a.w) supaya umat Islam diberi option atau pilihan dalam mengerjakan ibadah, bersesuaian dengan keadaan. Maka dengan itulah Allah (a.w) memberitahu hambaNya yg Islam, Rasulallah (s.a.w) itu adalah 'uswatun hasanah', i.e. model ikutan terbaik bagi mereka. [Nota: Malangnya hari ini mungkin kerana kejahilan ada pegawai JAIS atau MAIS dalam menjelaskan apa yg mereka kata fahaman Wahabi, disebutkan bahawa pengikut Wahabi ketika Takbiratul Ikhram mengangkan kedua tangan ke paras bahu tidak ke paras telinga! Walhal, Rasulallah (s.a.w) mencontohkan kedua-duanya.]
Semoga dengan tambahan ilmu ini kita berusaha untuk memaksimumkan pahala dengan berwudu' atau memperbaharui wudu' setiap kali kita hendak bersolat, insya Allah. Amin
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment