Assalamualaikum,
Kita telah teliti bahawa jika kita keluar air mazi, kecuali trlalu banyak, maka wudu' kita kekal tidak batal. Tapi, kalau keluar mani, walaupun sedikit membatalkan wudu'.bagaimana pula kaian atau pakaian (seumpama baju dan selur dan jubah) yg kita gunakan terkena air mazi atau air mani, bagimana bolehkah kita gunakan untuk bersolat?
Di dalam ketetapan as-Sunnah disebutkan bahawa air mazi adalah najis, tetapi tidaklah sebagai najis yg berat. Air mani pula, bukanlah najis.
Hadith di bawah ini pula menyebut tentang keluar mazi hendaklah dibasuh dan tidak perlu membaharui wudu’ (yakni, berwudu’ semula) dan jika terkena mazi pada kain memadai dibasuh bahagian kain yang terkena mazi itu sahaja. Hadith ini juga menyebutkan bahawa jika keluar mazi tidak perlu berwudu’ semula dan tidak perlu mandi junub, i.e. wudu' kita tidak batal.
Diriwayatkan hadith daripada Sahil bin Hunafi (r.a) berkata: ‘Adapun aku mengeluarkan dari mazi yang sangat banyak, maka banyaknya (mazi) itu darinya mandi. Maka bertanya aku kepada Rasulallah (s.a.w), maka bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Sesungguhnya bukan dari demikian (memerlukan mandi junub, tetapi) berwudu’.’ Berkata aku: ‘Wahai Rasulallah (s.a.w)! Bagaimana kalau terkena pada kain aku?’ Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Sesungguhnya cukup secedok dari air dengannya pada kain pakaian kamu di mana melihat engkau bahawasanya mengenai (pakaian kamu).’ [Hadith ibnu Majah]
Hadith di bawah ini menyatakan bahawa apakala keluar mazi banyak sangat maka hendaklah dibasuh kemaluan dan berwudu’lah semula. Omar (r.a) ketika Ubai menceritakan perkara ini belum mendengar lagi oleh beliau hadithnya, maka dia minta pengesahan mengenainya:
Diriwayatkan hadith daripada Ibnu Abbas (r.a) bahawasanya datanglah kepadaku Ubai bin Kaab (r.a) dan besertanya ada Omar (r.a). Maka keluar keduanya. Maka berkata Ubai: ‘Sesungguhnya menjumpai aku air mazi, maka membasuh aku kemaluan aku dan berwudu’ aku.’ Maka berkata Omar (r.a): ‘Adakah mencukupi demikian? (maksud, Omar (r.a) menyangkal cakap Ubai (r.a) bahawa keluar mazi perlu hanya berwudu’ semula dan tidak perlu mandi junub)’ Berkata Ubai (r.a): ‘Ya. (Mencukupi).’ Berkata Omar (r.a): ‘Adakah mendengar kamu hadith sedemikian dari Rasulallah (s.a.w)?’ Berkata Ubai: ‘Ya.’ [Hadith ibnu Majah]
Di dalam hadith tersebut diceritakan dialog antara Ubai bin Kaab (r.a) seorang ulama’ besar zaman Nabi (s.a.w) dan Omar ibni Khattab (r.a) juga sahabat akrab Nabi (s.a.w). Omar (r.a), ketika mendengar cakap Ubai (r.a), belum mendengar hadith yang disebutkan Ubai (r.a) itu. Maka disahkan oleh Ubai (r.a) bahawa hadith itu datangnya dari Rasulallah (s.a.w). Jelaslah, jika terlalu banyak mazi keluar barulah disuruh berwudu’ semula untuk bersolat.
Alhamdulillah, kita dapat sedikit lgi tambahan ilmu mengenai perkara-perkara yg membatalkan wudu', iaitu jika keluar ir mazi yg banyak, maka terbatallah wudu' dan hendaklah kita berwudu' semula, tapi tidak perlu mandi junub. Mandi junub hanya jika keluar mani. Amin
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment