Wednesday, December 16, 2009

Batalkah wudu' tersentuh kemaluan?

Assalamualaikum,
Kita telah teliti bahawa lelaki (suami) yg ada wudu' kemudian menyentuh (malah mencium) wanita (isterinya), tidak batal wudu'nya. Itulah ketetapan as-Sunnah.
Jikalah seorang lelaki itu tersentuh atau menyentuh kemalauannya (i.e. zakarnya), padahal dia masih ada wudu', adakah batal wudu'nya? Mengikut ajaran tok-tok guru dan nenek moyang kita ketika kita kecil, mereka kata menyentuh dubur dan kubul (kemaluan), membatalkan wudu'.
Cuba kita teliti ketetapan as-Sunnah mengenai perkara ini, dalam 3 hadith berikut:
1. Diriwayatkan hadith daripada Muhammad bin Jabir berkata: ‘Aku mendengar Qais bin Tolaq al-Hanafi menceritakan hadith daripada bapanya berkata: ‘Aku mendengar Rasulallah (s.a.w) ditanya oleh orang mengenai urusan menyentuh zakar, maka bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Tidak ada di dalam perkara menyentuh zakar itu mewajibkan wudu’ (semula). Sesungguhnya ia (yakni, zakar itu adalah) sebahagiuan daripada dirimu.’ [Hadith ibnu Majah]
2. Diriwayatkan hadith daripada Abi Umamah (r.a) berkata: ‘Ditanya Rasulallah (s.a.w) daripada urusan menyentuh zakar (ketika ada wudu'), maka bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Sesungguhnya ia (yakni, zakar) itu sebahagian potongan daging dari (diri) engkau.’ [Hadith ibnu Majah]
3. Diriwayatkan hadith daripada Qais bin Talaq bin Ali, hadith daripada bapanya berkata: ‘Keluar kami bertamu hingga datang kami atas Rasulallah (s.a.w), maka berbai’at dengannya, dan bersolat aku dengannya (yakni, Rasulallah (s.a.w)). Maka ketika selesai (solat), datang seorang Arab, adapun dia seorang Beduwi, maka berkata dia (bertanya): ‘Wahai Rasulallah (s.a.w)! Apakah pendapat (atau pandangan) engkau didalam (perkara) seorang lelaki menyentuh zakarnya di dalam bersolat.’ Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Adakah tidak dia (yakni, zakar itu) kecuali potongan dagingnya dari kamu atau sepotong lebihan daging daripada engkau?’ [Hadith an-Nasa’i, Kitab Solat]
Ketiga-tiga hadith yg kita petik di atas itu menyebutkan bahawa kemaluan (i.e. zakar) itu adalah sebahagian daripada tubuh badan kita, maka apabila sentuhnya, samalah seumpama menyentuh lain-lain bahagian tubuh badan kita - tidak membatalkan wudu'.
Mungkin ada pihak yg mempersoalkan ketetapan ini. Namun, hadith-hadith yg dirujuk adalah sohih, maka dengan itu terpakai dalam menentukan prinsip atau hukum dalam Islam dan syariatnya. Mungkin, jarang-jarang kita diberitahu hadith-hadith tersebut oleh tok guru atau para ulama', maka dengan itu amalan biasa telah menetapkan hukum mengenainya selama ini.
Dalam post yg lalu kita telah lihat bahawa peraturan Islam tentang mandi junub itu melibatkan dua proses, iaitu: berwudu', dan meratakan air ke tubuh badan. Bagaimanakah mungkin mandi junub kita sah, apabila wudu' kita tidak sah, jikalah kita, selepas mengambil wudu', kemudian semasa meratakan air itu, menyentuh atau tersentuh zakar kita! Maka sukarlah bagi kita untuk mempastikan mandi junub kita sah tanpa membatalkan wudu' kita.
Alhamdulillah, hari ini kita temui ketetapan as-Sunnah mengenai perkara terebut. Tidaklah kita ragu-ragu lagi bahawa menyentuh kemaluan itu tidak membatalkan wudu'. Wajarlah kita jadikan panduan. Amin

Jazakallahu khairah

1 comment: